Assalamualaikum rakan blogger.
Hari nie, aku penat sangat ! Bangun subuh, tengok handphone, ada mesej dari bos aku (ketua exco).
"Saya dapat mesej dari ... Dia tak dapat datang meeting sebab isteri dia masuk hospital. So, dia ada masalah. Sila ganti dia esok di ... pada pukul 9 pagi."
Pergh ! Nasib aku tergerak hati nak tengok tepon pagi tadi lepas subuh. Kalau aku terus layan bluess, tak ke merana mamat tue sorang-sorang pergi meeting !
Yang memenatkan aku, Shah Alam - PJ bukan jauh pun. Tapi, pagi-pagi tue, jalan tak hengat. JAMMED ! Stress aku. Keluar rumah pukul 7.30 pagi, sampai pukul 8.50 pagi. Adoi, sakit kaki aku. Baru nak sihat, dah mula lemah semula. Aku pergi meeting dengan tak ada apa-apa input dan sangat-sangat blur ! Tragis dan sadis. Nasiblah semua jalan okay je. Cuak sikit sebab meeting dengan badan kerajaan dan satu IPTA yang terkenal kat Malaysia ni.
Aku kena cari sponsor sekarang ni. Event untuk "Larian Perdana Bersama Warga Emas". Korang yang baik hati, tau tak agensi yang senang nak hulurkan sumbangan, kalau boleh wang ringgit lah. Kalau korang pun sangat baik hati, lemah lembut, kacak-kacak, macho-macho (<--- ayat kipas susah mati ni) nak sponsor buat amal jariah pun no hal punya. Lagi dialu-alukan. Boleh tambah pahala di bulan yang mulia ni kan.
Okay, aku nak terjah blog yang datang komen ni. Semalam tertangguh sebab beraya. Ada member pujuk minta teman. Hahaha. Siap kena terjah, "tunang kamu ye?". Tersedak mendengar pertama kali ayat seperti itu singgah di telinga. Pakwe orang tue makcik oi. Hihi. Buat birthday boy itu, SELAMAT ULANG TAHUN. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan mencapai apa yang diinginkan dalam hidup. InsyaAllah.
Dengar-dengarlah lagu kat atas tue. Instrument best tue. Klik je kalau nak dengar, sebab bukan autoplay.
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +