Assalamualaikum
Tajuk bukan main 18sx. AMARAN: Ini entry untuk mereka yang sudah berumah tangga dan boleh melakukan hubungan kelamin secara sah dan halal sahaja!
Untuk pengetahuan korang, aku bukanlah dalam golongan yang super subur, tuptup kahwin, bulan depan dah bunting pelamin. Aku golongan biasa-biasa yang berusaha juga pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat dan alhamdulillah, aku disahkan mengandung setelah usia perkahwinan kami plus minus 6 bulan. Siap ada matematik gitu. Kata nak anak pandai. = . ='
Straight to the point. Antara usaha yang aku buat untuk pregnant anak pertama kami:
Haruslah bersama suami. Apakah?
Point 'bersama' kat sini adalah usaha dari kedua belah pihak. Kalau kau sorang je bersusah-payah, kau hengat boleh? Suami isteri kena sama-sama usahakan apa yang mereka nak. Bila berusaha sama-sama, orang cakap apa pun pasal korang, korang boleh releks je. Biasanya husband lebih cool dari wife. Sebab yang selalu sentap dengan soalan "dah ada isi ke belum?", adalah wife macam aku? Pffftt ! Macam yang aku pernah cerita kat SINI. So, husband lah yang akan bagi ubat penenang. :)
Jaga solat
Aku bukan manusia maksum. Terlajak subuh
Kenali waktu subur anda
Part ni aku tak tahu nak terang camne. Korang boleh google sendiri cara-cara nak tahu waktu subur korang. Kalau kau bantai hari-hari pun, tapi timing tak kena, payah gak. Oleh itu, silalah menelaah ilmu bab kesuburan ni. InsyaAllah, ada rezeki pada waktu dan tempat yang betul. Hihi.
Kawal emosi
Part emosi ni kena kawal. Jangan stress. Kalau stress, memang susah nak lekat. Tu yang aku banyak baca lah dari blog yang lain. Emosi ni sangat mempengaruhi hidup kita. Once kita happy, hormon yang elok akan dirembeskan. Dah jadi cikgu pulak aku ajar subjek biologi. Macam tulah sebaliknya. So, sentiasa lah happy dan cool selalu.
Jaga pemakanan dan kesihatan
Bab ni kadang susah sikit. Biasa lah, yang sedap tu lah yang kita bantai ye dak? Kau hengat senang nak elak dari makan jambu batu sejuk yang mak cik tepi jalan depan sekolah jual masa kau tengah tunggu adik kau habis sekolah? Kau hengat senang nak biar saja buah nanas sejuk terhidang atas meja makan yang mak kau potong? Cicah kicap pun sedap ! Kau hengat senang nak elak minum air kelapa sejuk masa kau jalan-jalan beli makanan kat pasar malam? Memang susah. Tapi, itulah pengorbanan. Nak dapatkan sesuatu kenalah korbankan sesuatu ye dak. Makanan-makanan yang orang cakap tajam macam tu aku elak sehabis mungkin. Macam aku, kebetulan, time before pregnant tu kat rumah aku ada lambakan kurma, kismis dan juga air zam-zam. Memang hari-hari aku makan dan minum lepas selawat dan juga doa pendek sikit mohon rezeki anak.
Makanlah makanan yang berkhasiat. Buah dan sayur jangan tinggal kalau boleh. Malas bersenam macam aku, rajin-rajinlah sikit wat kerja rumah. Alah, menyapu sampah je pun dah boleh keluar peluh. Idok le aku suruh kome bersenam macam nak kuruskan badan tu. Asal sihat dah okay.
Nak tambah sikit based on pengalaman aku.
Nak dijadikan cerita, aku ada cyst kecil. Sebenarnya aku tak tahu pun aku ada benda alah ni sampailah aku gi scan. Patutlah aku senggugut teruk tiap kali nak period. Sebelum pregnant, aku buat sikit research untuk macam-macam produk sampailah aku hampir bersetuju nak beli PB set yang korset tu untuk lancarkan peredaran darah. Bila darah lancar, baru senang nak pregnant. Itu salah satu teori yang aku pakai hasil research aku. TEORI AKU FAHAM ! Harga memang oh mak kau lah tapi demi kesihatan dan zuriat aku bertabah cakap kat encik suami. Dia macam biasa dengan respon selambe, "tunggu dulu ye sayang. Ada rezeki, insyaAllah". Boleh? Tapi serius, PB memang bagus sebab cousin aku guna. Dia mampu, aku nan hado. Sobsobsob.
Makanya, aku kaji produk-produk lain antaranya lumiglow dan shaklee. Aku bagitahu sebab hasil research aku ye. Tak ada niat buat perbandingan atau apa. Tapi serius, semua produk ni sangat bagus. Sebab ada antara produk-produk ni kawan-kawan dan juga saudara aku guna dan berkesan. Cumanya, rezeki untuk aku beli tu tak sampai bila aku sampaikan hajat kat encik suami. Maka, bertabahlah aku buat kajian lagi dan akhirnya, encik suami setuju aku makan produk kesihatan SNE Marketing.
Seriously, ia sangat berkesan dekat aku. Aku bukan orang yang senang-senang nak cuba produk or rekemen kat orang kalau aku tak yakin. Tapi, bagi aku, produk ni sangat berkesan dekat aku dengan izin Allah. Paling menggembirakan, lepas aku makan dalam 3 kotak SNE Capsule dan sekotak Beutskin selama 2 bulan berterusan, bulan ketiga aku makan, aku disahkan hamil. Alhamdulillah. Selepas aku hamil 3 bulan, aku pergi scan semula, cyst aku hilang. Alahan seafood yang aku ada sejak dulu alhamdulillah, memang dah kurang sangat-sangat. Kalau korang nak tanya details pasal produk ni, boleh email aku. Aku pun dah jadi stokis untuk produk ni. InsyaAllah tak ada kesan sampingan. Tapi, ini BUKAN UBAT, ini SUPPLEMENT atau MAKANAN TAMBAHAN. Kesannya adalah berbeza untuk setiap orang.
Ini email aku:
ieza26_ashaari@yahoo.com
Ini satu set yang aku makan sebelum pregnant. Lepas aku pregnant, aku just continue SNE capsule (kotak gold) dan juga Excel tea tu sampai sekarang. Para suami pun elok makan set ni sebab yang bermasalah kadang bukan sahaja isteri, tetapi juga suami.
13 comments:
nice sharing... :-)
Assalamualaikum,za amik kapsul juga ye. rezeki za dah sampai kan. alhamdullilah. semua yang za cakap kat atas tu penting. memang diamalkan. cuma rezeki belum sampai lagi... thanks za kongsi ilmu.. satu paket ni bape za? hehe diskaun ada mak?
alaa kita belum kawin tapi dah terbaca entry ni cemana> cemana? rasa bersalah tiba2! hehehe :)
ok paham... boley cube tuk anak kedua..hehehehe...
Yer ar kan...nak mengandung ni..bukan kite ckp hari ni nak..esok jugak dah mengandung...uhuukksss
alhamdulillah...usaha yg diberkati..
berusaha, berdoa, tawakkal.. anak ni rezeki, kalau Allah nak bg, ada la.. klu kata 10 tahun baru nikah, Allah nak bagi, tunggu la 10 tahun kan?
pape pun jaga diri k..
hye dear.. sara pun ada buat some research for pregnancy.. even belom kahwin.. hahaha.. tp mmg suka menimba ilmu.. ini blog pasal mom and dad and baby.. meh jenguk meh..
Hernyzar Helmizan Lil Munchkin
hehehe..tang waktu subur tu mmg sy setuju sgt2..sbb ritu, kebetulan tengah ngam2 dengan waktu subur, eh2, terus lekat..=P
hai sy dtg dr contest .. jom join! http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html
errr sis. terkejut farah baca tajuk entri ni tau
ida hari subur pun susah cari. ida masih dlm on supplement ni. mak tlg doa tuk ida yeeeee ;))
As salam dan salam perkenalan,
Ada sape2 nak try tak set kesuburan SHAKLEE..Alhamdulilah ramai yang dah berjaya dapat zuriat dengn izinNya..
untuk info lanjut layari :
http://rinnran.blogspot.com/2013/06/set-kesuburan-shaklee.html
jangan putus asa ya..berusaha dan terus berusaha In Sha Allah satu hari nanti Allah akan makbulkan..amin
Post a Comment