Monday, May 27, 2013

Makan percuma !

Assalamualaikum

I'm back ! Doakanlah semoga selepas ni entry aku turun dengan lebatnya macam entry korang. Dalam kepala otak ni, bersepah cerita sampaikan nak terkeluar-keluar tapi empunya diri tak mampu nak menaip disebabkan penyakit malas berleluasa. Tak ada aral, nak aktif berblogging semula sebab dah habis tempoh mabuk. Alhamdulillah.

Ini kisah entry makan secara percuma berjemaah. Untuk aku percuma semuanya, tapi untuk encik suami ada yang kena bayar. Kohkohkoh, kesian dia, tapi tak apa, dia rela walau dalam terpaksa. Semua kejadian makan percuma ni terjadi hari Jumaat yang lepas. Ini entry peram namanya. = . ='

Selamat menempuh alam baru buat sahabat tersayang, Sakinah Ramlan a.k.a owner pearlnity. Member aku ni yang buatkan selendang dengan veil masa aku nikah dulu. Tahniah sahabat. 


Selesai je majlis pernikahan, aku dan encik suami terus cari Ampang Walk untuk sesi kedua makan percuma. Tak pernah pun aku dan encik suami ke sini, sesat tu tak lah, tapi salah tempat. GPS tak membantu. Puih !

Kat sini, kami celebrate Majlis Hari Lahir budak Yaya ni. Blogger yang aku kenal masa event photoshoot dulu, then bekerjasama untuk majlis amal rumah anak yatim. Alhamdulillah, hubungan kami semakin akrab sementelah suami-suami kami semua boleh masuk air.

Selamat Hari Lahir Yaya, yang ke 24. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. Tak berapa nak bestnya, suami Nory, si Zul, tak dapat attend sebab kerja.



p/s : kepada kawan-kawan blogger yang still datang komen even aku tak balas BW, tq so much. Aku akan cuba balas satu persatu. InsyaAllah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...