Assalamualaikum semua rakan blogger.
Semua manusia sukakan keindahan. Keindahan itu pula sangat subjektif untuk dibincangkan. Betul tak ? Kalau aku kata warna merah jambu tu warna yang indah, tak semestinya ada yang sependapat dengan aku. Moralnya, semua yang indah di mata, adalah keindahan yang dinilai dari perspektif yang berbeza.
Mungkin apa yang akan aku coretkan hari ni agak 'kritikal'. Sebab perkara ini telah buat aku dalam keadaan yang kritikal selama berminggu-minggu sebelum aku dapat jawapan yang konkrit dan memuaskan hati aku. Terima kasih dekat abah aku yang betul-betul faham dan memahamkan aku tentang satu perkara yang indah, yang sepatutnya menjadi sangat indah buat aku sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Islam itu indah. Sangat indah. Aku pasti, korang semua setuju dengan kata-kata aku ni kan.
Beberapa minggu yang lepas, aku ikut satu 'kumpulan kecil'. Keadaannya seperti ada seorang naqibah yang menjadi ketua dalam kumpulan itu. Korang tahu tak? Kumpulan kecil yang diwujudkan, yang baca al-quran, lepas tue ada penerangan sedikit pasal maksud di sebalik ayat al-quran tue, then ada macam tazkirah sikit. Aku biasa join benda ni time belajar diploma dulu. Tapi, bila dah sambung degree, nie baru first time aku join. Niat aku, nak tambah ilmu, juga kuatkan apa yang dah sedia ada.
Apa yang aku nak share adalah isi yang dibincangkan. Benda tue menghantui fikiran aku berhari-hari sampaikan aku tak boleh fokus dengan study. Dah lah time tue, aku nak exam. Dalam perbincangan tue, ada sentuh pasal tahlil yang biasa dibuat untuk arwah selepas 40 hari kematian dan juga 100 hari kematian. Aku tak dapat terima bila ada si fulan yang meletakkan hukum haram untuk keadaan itu. Aku bertanya dan bertanya. Tapi, jawapan yang aku dapat sangat tak memuaskan hati aku, sehinggakan aku terasa nak meninggalkan majlis ilmu itu. Tapi, sebab hormat, aku duduk di situ sampai habis. Jawapan yang si fulan bagi kat aku yang mungkin baginya sangat konkrit adalah, "nabi tak pernah buat".
Di rumah hari ini, semua terlerai. Abah ulas panjang lebar dengan contoh yang sangat membuka mata, dan hampir buat aku menitiskan air mata. Antara katanya yang sangat terkesan;
"kalau abah meninggal nanti, anak yang mana yang soleh nak doakan abah ? Kita tahu, ada 3 perkara je yang sampai kat abah. Salah satu tu, doa anak yang soleh".
Aku hanya mampu menjawab, "tak tahu, sebab tak tahu siapa yang soleh". Sedih aku rasa. Untuk mengaku aku anak yang solehah, mungkin aku masih jauh untuk itu, tapi tak kan lah aku tak mampu untuk mendoakan kedua ibubapa aku bila mereka tiada nanti. Sangat menyedihkan.
Abah berkata lagi, "islam itu indah nje. Banyak keindahan dalam islam ditutup, sampai orang tak nampak. Kalau anak itu tak soleh, dia meminta simpati orang soleh yang ada dalam kawasan itu, contohnya imam-imam, orang dihormati, untuk datang ke rumah, untuk majlis tahlil arwah. Doa orang yang ada dalam majlis itu adalah untuk anak itu menjadi lebih soleh, sebab anak itu tahu, hanya doa anak yang soleh sampai kepada ibubapanya. Secara tak langsung, anak itu ada dalam majlis yang sangat baik. Bukannya dia berniat, 40 hari atau 100 hari wajib buat tahlil. Lagi satu, perkara yang paling Allah suka adalah memberi makan kepada orang lain. Bila anak tue buat majlis tahlil, mesti dia beri makan kepada tetamu".
Abah menyambung lagi dengan kata-kata yang buat aku sangat bangga dengannya, "bagus nje ikut majlis-majlis tambah ilmu macam tue, berdebat bila tak tahu, tanya bila tak faham, abah suka. Tapi, tak perlu ikut lagi yang ni. Sebab dah makin ramai golongan yang mengharamkan yang masih halal sebab taksub. Golongan ini rasa, mereka sangat betul sehingga semua orang salah".
Banyak lagi yang kami bincangkan. Sampailah abah bagitahu yang si fulan tue tak salah. Aku kena lebih berhati-hati. Abah juga tegur, "silalah buang bear-bear yang ada kat belakang kereta tue. Dulu, Rasulullah masa nak musnahkan berhala, tak memilih. Semua berhala baginda musnahkan". Hahaha. Sebab aku argue, hanya bear dan bukan patung yang menyerupai orang. Aku tak tahu, dan aku ditegur dengan cara yang sangat berkasih-sayang. Sayang sangat lah kat abah.
Bila ilmu tak cukup di dada, perlu banyak bertanya dan bertanya. Tapi, yang pasti, akan banyak perbalahan sebab berbeza pendapat. Kerana itu kita kena percaya dengan Al-quran, As-Sunnah dan juga para ulama'. Selagi ketiga-tiga ini belum kata haram, maka, kita yang kurang ilmu ni, tak boleh lah buat hukum sendiri.
Kata-kata bijak dari abah, "Nabi naik unta, kita naik kereta. Kenapa tak ada unta kat Malaysia ?"