Monday, July 8, 2013

Resepi Biscuit Cheese @ Cheesecuit

Menjelang Ramadhan ni, aku nak kongsi resepi sangat mudah sampai menjilat jari tak payah nak bakar bagai yang telah menjadi fenomena terhangat. Makanya, lepas resepi lasagna encik suami dulu, bertambahlah lagi entry resepi dalam blog aku ni. Hahaha, macam tak percaya ada entry macam ni. Adakah ini fenomena emak-emak? Sangat ~~

Jom kita tengok macam mana nak buat Biscuit Cheese atau Cheesecuit ni.


Bahan-bahan


1. Biskut Hup Seng Deluxe Crackers Original
2. Cream Cheese 250gm
3. Susu pekat setengah tin
4. Fresh milk 2-3 sudu ikut suka
*Apa-apa jenama lain untuk bahan-bahan ni adalah boleh saja ikut jenama mana yang ada dijual di pasaraya berdekatan anda. Tak ada masalah punya. Tapi, kalau tak jadi, jangan salahkan aku. Hohoho.

Cara membuat


1. Pukul cream cheese, susu pekat dan fresh milk guna mixer. Disebabkan i is malas nak mencari mixer dalam kotak, aku guna blender saja. Lagi cepat, mudah dan senang. Make sure kelikatan cheese ni sesedap rasa. Tak cair tak pekat. Kalau suka manis, tambah susu pekat.

*Dah siap campuran, letak tepi dulu.


2. Masukkan susu segar sikit dalam mangkuk.
3. Celupkan biskut dalam susu segar. BUKAN RENDAM, celup sahaja.
4. Susun biskut dalam bekas.


5. Dah susun biskut, layerkan dengan campuran cheese tadi. Tak perlu tebal-tebal. Cukup sekadar untuk lekatkan layer biskut yang seterusnya.

*Ulang langkah 3 hingga 5 sehingga biskut habis.


6. Jadikan lebihan cheese sebagai topping biscuit cheese anda. Boleh juga kalau nak buat topping pelbagai. Terpulang.

Siap sudah. Resepi yang ringkas dan sangat menyelerakan.

Kredit to nadt



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, July 5, 2013

Peringkat Kehamilan | Trimester Kedua

Cerita Trimester Pertama, klik --> SINI

Trimester kedua ni bila kandungan berusia empat sampailah enam bulan katanya. Alhamdulillah, aku dapat tamatkan trimester pertama dengan jayanya. Sangatlah berjaya (mata ke atas). 

So far, disebabkan trimester pertama aku alami mabuk yang teruk, bila masuk trimester kedua, aku sangat berharap mabuk tu berakhir serta merta. Tapi, nan hado. Ia berterusan okay ! Maka, bersedihlah tak dapat makan nasi lagi. Meh aku cerita sikit kronologi sepanjang trimester kedua ni. Mana tau ada yang sama dengan mommy lain.


Bulan Keempat

Time ni, mabuk seperti biasa. Tak boleh lagi makan nasi, sama macam trimester pertama. So, rutin tak berubah sangat pun. Cumanya, aku stop mengajar sebab tak tahan muntah-muntah dan takut darah tinggi kononnya disebabkan stress mengajar. Hahaha. Perut nak mula membuncit, tapi seluar dan baju-baju masa anak dara okay je boleh pakai. Masa ni dah boleh rasa sikit perut cam blurp, blurp. Tak pasti apakah itu, tapi doktor cakap pergerakan baby. Alhamdulillah.


Bulan Kelima

Alhamdulillah. Time ni lah rupanya segala mabuk hilang membelenggu diri. Time ni jugak nafsu makan membuak-buak macam tak makan setahun. Lepas makan, nak makan lagi sampai tak tahu, "aku ni kenyang ke tak?". Boleh macam tu? Sampailah satu masa, pergi checkup seperti biasa, untuk bulan tu berat naik mendadak sampai 5kg! Tak apa, aku memang sejak azali kurus, so aku rasa bangga bila tengok nombor kat mesin timbang tu naik dengan banyaknya. Rasa macam, "wah, bestnya berat naik berganda-ganda. Bukan senang nak dapat ni!". Hahaha. Dan, time ni juga lah sembelit akan mula membelenggu mommy to be sekalian. Maka, silalah jaga pemakanan anda jangan sampai berak tahi keras dan berdarah. Erkk, citer kotor apakah? Moment paling best sangat-sangat bila bulan kelima ni, aku rasa baby tendang dengan kuat sampai berombak-ombak perut. Teruja sangat-sangat kami suami isteri. Ini gambar aku masa kandungan 5 bulan bersama geng photoshoot menyambut birthday girl, Yaya. Huh, rindu kat dorang ! Tapi ada lagi sorang tak ada dalam gambar. Halal lah ye Eida. Hihi.




Bulan Keenam

Macam biasa, nafsu makan menjadi-jadi. Time bulan ni lah aku terasa nasi lemak itu sangatlah sedap. Sangat sedap sampaikan makan hari-hari pun tak apa. Pernah sekali, dah pukul 9 pagi, aku sanggup paksa adik lelaki aku cari nasi lemak sambal kerang. Rezeki baby mungkin, nasi lemak terakhir dari kedai yang entah keberapa adik aku pergi, ada jual. Alhamdulillah. Rezeki lagi, dengan harga yang murah, sambal kerang tu melimpah ruah. Syukur adik aku memahami kalau kakak dia ni minta bukan-bukan. Lagi satu, malam-malam buta dalam pukul 2-3 pagi, kerap sangat minta encik suami belikan roti canai sampai 2-3 keping. Tapi, tak lah aku kejut dia bangun tidur bagai. Biasanya, bila dia keluar dan balik lewat. Confirm, dia tapau roti canai. Lepas tu, aku boleh pula complaint, "roti canai ni keraslah.. kenapa orang tu bungkus dal? Eee, kari ni masinlah !", dan macam biasa, encik suami akan senyum dan cakap, "lain kali abang bagitahu nak roti canai yang baru ye.. eh, abang dah minta bungkus kari, bukan dal. Orang tu nak kena ni.. tak pe, lain kali abang masakkan kari untuk ayang". Begitulah beliau melayan. Maaf encik suami.

Dan masa bulan keenam inilah, mommy to be sekalian akan menerima suntikan Tetanus Toxoid yang pertama. Doktor cakap, untuk yang pertama kali mengandung, akan kena 2 KALI ! Gurlp. Suntikan ni untuk mencegah kancing gigi. Serius beb, doktor tu cuma cakap akan rasa kebas, sengal-sengal dan sakit sikit. Hukhukhuk. Bila aku kena, malam tu tak boleh tidur sebab sebelah tangan ni berdenyut-denyut lain macam. Ini bukan kancing gigi, ini kancing tangan namanya ! Hahaha. Maka, esoknya, aku pun demam sehari. Kohkohkoh. Bertabahlah untuk menanti suntikan yang kedua.

Okay, settle cerita trimester kedua. Bagi aku, sepanjang trimester kedua ni, aku banyak terkejut dengan perubahan yang berlaku. Macam tak percaya tengok perut semakin membesar, emosi yang semakin sensitif, dan banyak lagi.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, July 2, 2013

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan yang Pertama

Assalamualaikum

PERHATIAN : Ini entry kenangan panjang berjela. 

Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang pertama buat kami suami isteri. Alhamdulillah, itu yang boleh aku gambarkan. Ye, kami masih hijau dalam melayari bahtera rumah tangga. Tapi apa yang boleh aku cakap dan gambarkan, perkahwinan adalah satu medan di mana aku belajar banyak benda dalam hidup. Dari rasa sakit hati, sedih, kecewa, sampailah gembira, bahagia, ketawa. Kau boleh rasa sakit hati sangat-sangat sampai rasa macam nak tumbuk muka orang, tapi dalam masa satu saat kemudiannya, hati kau sejuk cair macam aiskrim bila kena peluk cium dengan suami. Itulah perkahwinan.

Cerita bermula seminggu lebih kurang sebelum ulang tahun perkahwinan kami. Ah, kenduri nikah mak cik a.k.a adik mak aku jatuh pada tarikh yang sama. Sedih juga rasa hati sebab tak dapat nak celebrate on time katanya. Redha je lah, rasa macam tak ada keistimewaan pula tarikh anniversary kongsi-kongsi. Makanya, aku mula fikir nak buat kejutan untuk encik suami. Tapi yang peliknya, encik suami sangatlah tak excited nak celebrate anniversary pertama ni. What the pffft ! Masa ni terasa macam, "oh, betapa aku tak penting menjadi isteri dan bakal mama kepada anak beliau". Tapi, aku kan cekal hati konon-kononnya, gigih juga nak buat surprise.

Makanya, aku fikir, nak sambutlah awal sehari (hari Jumaat) sebab kenduri hari Sabtu dan hari Ahad tu pulak birthday ayah aku. Dan dengar-dengar, encik suami cakap ada hal. Dengan kegigihan, malam sebelum kejadian, aku cakap kat encik suami yang aku nak guna kereta. Macam biasa, bila aku nak guna kereta, kenalah berhantar berjemput encik suami ke tempat kerja beliau. Aku dah order carrot cake dari ex-officemate. Baby mengidam katanya. Boleh pula camtu kan? Hahaha. Lepas hantar encik suami, aku pun singgah ambil kek semua. Sampai rumah, kemas bilik bagai macam bilik pengantin siap-siap mop segala. Serius, dengan perut yang semakin membesar, kepenatan dia lain macam.



Siap kemas semua dah Zohor. Kelibut menghantar toto ke dobi pastu nak singgah cari kad anniversary. Nak dijadikan cerita, jam dah nak pukul 3 petang. Kad pula tak ada ! Masa tu rasa macam nak cakap kat auntie kedai tu, "dah kenapa auntie tak jual kad anniversary?", namun apakan daya. Kononnya dengan kekreatifan tangan yang tak seberapa, aku nak buatlah kad. Itu lebih bermakna. Maka, terhasillah,



Serius, siap semua ni pukul 5 petang. Dah gelabah nak ambil encik suami. Mesej siap-siap cakap lambat sikit. Susun elok-elok kek dengan kad atas katil. Biar nanti encik suami buka pintu terus nampak benda alah ni. 

Paling tak boleh blah, bila ambil encik suami dari tempat kerja, dia boleh pula cakap nak singgah potong rambut ! Aku dah terbayang, kek cair, semut jalan-jalan kat kek, adik aku masuk bilik makan kek, dan lain-lain. Waaaaa, redha dan bertabah jelah masa tu walaupun aircond kat bilik dah pasang paling sejuk.

Akhirnya, aku menunggu depan kedai gunting rambut sambil makan aiskrim sebab nak sejukkan hati. Mak buyong kalau dah minum air, makan sejuk-sejuk confirm nak terkucil. Nasib dan-dan tu juga settle dah encik suami potong rambut. Sampai je rumah, aku terus pergi bilik air. Makanya, menjadi juga surprise bila encik suami masuk bilik. 

Yang sedihnya pula, lepas dia baca kad, dia wat bodoh je. Sentap aku rasa. Dia letak je kad kat atas katil, terus on tablet, main game. Panas hati aku rasa masa tu tuhan je tahu. Idok le dia nak cakap terima kasih ke, cium-cium kad tu ke, colet sikit kek ke. Malam tu, memang aku hangin satu badan. Dah lah seminggu dia wat tak tahu je. Boleh pula bila aku tanya, "abang tak suka ke kad yang ayang buat ni?", dia jawab, "suka, kalau tak suka abang dah buang dalam tong sampah !". Serius, meleleh air mata sepanjang malam tu. Huhu.

Keesokan harinya, majlis di rumah nenek aku. Aku biar saja dia pandai-pandai membawa diri. Lantak kau lah. Bila mak aku cakap, "laki kau dah makan belum? Tak ambilkan makanan ke?", aku buat tak tahu je. Rasa berdosa juga, tapi tak apa, dah minta maaf. Aku senyap saja sampailah hari Ahad. Malas nak berborak bagai. Nak dijadikan cerita, ada kenduri kitaorang nak attend Ahad tu. Habis kenduri, encik suami cadang singgah rumah mertua aku di KL sekejap sebelum balik semula ke Shah Alam. Tapi katanya, tak balik rumah terus, nak singgah jumpa kawan ada perbincangan sikit. Aku dengan mood malas nak membantah bagai, setuju je. Lagi pelik bila dia cakap, bawa baju elok sikit, tak nak lah t-shirt macam selalu. Aku makin sentap pula dengan kata-kata tu sebab aku rasa macam, "aku dah tak cantik gamaknya bila perut dah besar ni pakai t-shirt. Lagi-lagi nak jumpa kawan dia !". Serius beb, menangis dalam hati. Tiskkk.

Sepanjang perjalanan nak jumpa kawan encik suami tu, aku hanya melayan perasaan, dengan fikiran melayang-layang. Macam lagu dah gamaknya. Pusing sana pusing sini, akhirnya tibalah di lokasi. Serius, aku malas nak tengok kiri kanan dengan jiwa kosong. Oh, sampai di tempat kejadian, jalan one way pun encik suami bantai. Nervous kot tak biasa dengan tempat tu. Eh, pintu kereta dia bukakanlah. Dah kenapa sweet sangat ni. Nak pujuk lah tu. Tiba-tiba, "ayang, ada Laman Grill lah kat sini !". Aku dengan malas, tengok depan, "ooo, ni lah kedai Chef Zubir kat dalam Masterchef tu". 

Kitaorang pun jalan mendekati kedai tu. Aku tak bajet encik suami nak jumpa kawan dia kat situ sebab kami dah melepasi pintu masuk belakang masa tu dan dia sibuk dengan hp. Tapi tiba-tiba ada orang panggil nama dia. Ajak masuk dalam kedai tu dan siap reservation. Okay, surprise dinner untuk anniversary katanya. Encik suami pun cakap, saja buat aku masam muka sampai seminggu sebab nak buat surprise. Tetiba rasa berdosa sangat-sangat sebab cepat sangat ambil hati dan sensitif. Tapi, encik suami cakap dia tak kisah dan faham sebab aku mengandung. Terharu rasa.



Menu semua dah dipilih oleh encik suami. Aku tukang makan je. Tapi tak ambil gambar menu sebab malu orang pandang-pandang. Hahaha. Curi kat google je mana yang ada. Air yang encik suami order untuk aku, cam biasa milk vanila shake, untuk orang mengandung katanya. Encik suami minum strawberry juice.

Mula-mula makan pembuka selera. Untuk aku, encik suami pilih Mushroom Cappucino (kiri), dan menu encik suami, Asian Style Oxtail Soup (kanan). Not bad lah. Yang menu encik suami tu bagi aku pedas sangat, tapi bagi encik suami okay saja. 


Lepas tu, bantai main menu pula. Encik suami order set untuk aku yang buat aku tercengang bila makanan sampai. Gila banyak. Memang tak mampu nak habiskan dan kitorang take away. Hahaha. Nama dia Meat Lover's Combo Platter (kiri), dan encik suami tak lepaskan peluang makan favourite dia, katanya nak merasa chef masak, Australian Baby Lamb Foreshank (kanan). 


Akhirnya, aku surrender. Aku tanya, "abang ada order dessert ke?". Encik suami senyum sengeh-sengeh. Okay fine, aku cuba tarik nafas untuk telan lagi makanan yang bakal tiba. Dan tiba-tiba,



Serius, macam nak menangis. Tapi, tahan air mata. Romantik juga rupanya beliau ni, kataku dalam hati. Okay, dah macam cerpen pendek aku rasa entry kali ni. Tu puding roti dengan aiskrim vanila. Aku boleh tanya soalan bodoh, "abang nak perli ayang ye sebab ayang buat puding roti tak jadi hari tu?". Dia macam biasa, sengeh saja. Tak apalah, perli pun perlilah abang, asalkan abang ingat anniversary kita. 

Dah nama dating, kenalah ada gambar bersama. Alhamdulillah, setahun sudah usia perkahwinan kami. Semoga kekal hingga ke syurga. Sempat juga merasa anniversary ketika masih berdua. Kurang 100 hari, insyaAllah, zuriat kami menjengah dunia. Doakan kami kekal bersama hingga syurga.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...