Friday, September 26, 2014

Beli Online Ray-Ban Malaysia Berkualiti

Siapa sini tak pernah pakai cermin mata hitam? Okay, confirm 98% dewasa masa kini pernah pakaikan. Untuk apa? Jawapan paling banyak, mestilah untuk bergaya. Kebiasaannya, kat mana korang usyar cermin mata hitam ni? Harus kedai cermin mata ye dak? Takkan kedai basikal pula. Tapi, sekarang semua di hujung jari anda. Klik klik, terus sampai depan pintu rumah.



Korang pernah dengar cermin mata hitam jenama Ray-Ban tak? Mesti pernahkan. Yelah, artis Hollywood pun pakai tau. Contoh macam Emma Watson, Rihanna, Jennifer Lopez, Jennifer Anniston dan Katy Perry. Bolehlah kau feeling artis kalau pakai Ray-Ban. ^_^



Tak percaya boleh feeling artis? Sila percaya sebab Zalora ada menawarkan koleksi Ray-Ban Malaysia yang mana terdapat cermin mata hitam untuk lelaki dan juga wanita yang berkualiti tinggi. So, korang jangan risau dengan kualiti cermin mata hitam dari Zalora ni sebab dijamin berkualiti. Bukan itu saja. Paling best, trend cermin mata hitam yang dikenalkan oleh Ray-Ban diberi nafas baru dengan adanya pelbagai koleksi cermin mata dengan jenis-jenis yang berbeza. So, bolehlah korang bergaya dengan gaya yang berbeza-beza dengan Ray-Ban dari Zalora ni.


So, tunggu apa lagi. Hujung-hujung bulan ni mesti ada yang poket berkepuk. Bolehlah singgah website Zalora dan membeli-belah cermin mata hitam Ray-Ban Malaysia.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, September 25, 2014

Selamat Hari Lahir Anak


Buat permata hati mama dan ayah tersayang,
Muhammad Zarif Darwish bin Mohd Nasrul Hadi.

Hari ini 25hb September 2014, genaplah usia kamu setahun. Mama taipkan sesuatu di blog usang mama ni masa kamu tengah tidur dibuai mimpi indah. Dan mama tahu, kejap lagi kamu akan ek ek ek sambil konon-konon kesat mata kelihatan seperti tidur terganggu tapinya kamu nak susu. Tak pe, mama faham. Eh, ke kamu hari-hari macam tu sebab dengar ayah dengkur kroh kroh kroh? Takpe, takpe, nanti lama-lama kamu biasalah macam mama ni. >_< 



Mama nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat kamu yang pertama. Di usia ini, banyak sangat pencapaian cemerlang yang kamu tunjukkan. Gigi pun dah nak 8 batang. Berjalan pun dah habis lantai kamu ukur. Bila mama tanya, "Darwish mana?", cepat saja kamu angkat tangan sambil tersengih. Dapat saja buku di tangan, terus sebut A. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan kamu sungguh bijak.



Darwish anak mama dan ayah, mama nak katakan sesuatu di sini. Mama minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana kamu merasa sakit perit yang teramat di usia kamu satu hari, setahun yang lalu. Mungkin kerana lemahnya mama meneran kudrat untuk mengeluarkan kamu dari rahim mama, menyebabkan kamu terpaksa bertarung nyawa untuk terus berada di sisi mama dan ayah. Di usia kamu sehari itu, kamu telah dikenalkan oleh Allah apa itu puasa kerana kamu tidak boleh menyusu. Di usia kamu sehari itu, kamu mampu menahan sejuk dunia kerana tidak boleh berpakaian seurat benang. Terima kasih sayang sebab terus kuat. Bertahanlah kerana di masa depan nanti lagi banyak ranjau yang kena kamu tempuh.



Darwish, mama doakan kamu menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat, insyaAllah. Semoga kamu sentiasa menjadi abang yang baik dan bertanggungjawab bila ada adik-adik nanti kalau ada rezeki, sentiasa tahu untuk merendah diri dan menghormati orang lain. Paling mama mahu, kamu kena pegang dalam hidup ini erti sabar, syukur dan redha. InsyaAllah, kamu akan sentiasa kuat.

Wahai harta mama dunia akhirat, Muhammad Zarif Darwish. Mama dan ayah tak mampu untuk janjikan kesenangan hidup untuk kamu. Tapi, yang mama mampu lakukan, mama korbankan keinginan mama untuk bekerja di luar mencari rezeki membantu ayah demi memastikan mama ada di sisi kamu. Ayah bekerja kuat untuk kita. Semoga, bila kamu besar nanti, kamu tak rasa kurang kasih sayang juga perhatian. Mama dan ayah akan cuba sedaya mampu untuk mendidik kamu. 



Akhir sekali, terima kasih sayang untuk setahun yang sangat membahagiakan ini. Selamat Hari Lahir buat permata hati sulung mama dan ayah.

Ikhlas dari mama.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, September 18, 2014

Azan Syiah Secara Terbuka

Cerita ni mungkin ada segelintir dari kita yang dah pernah dengar. Tapi, bagi aku, memang pertama kali dengar. Seriously, aku langsung tak sangka yang benda ni betul-betul macam dah kebiasaan. Allahu Akbar. Aku sangat takut.

Aku hari-hari berwhatsapp dengan kawan aku kat Dublin, Ireland. Sampailah satu hari, tiba-tiba dia macam gelabah cuak segala. Aku pun tanyalah kenapa. Lebih kurang macam ni lah isi kandungan whatsapp dia tu.

* * * * * * * * * *

Aku dengar azan tu time Maghrib waktu UK. Ireland dengan UK sebelah je. Kat sini pun ada tv macam Astro, namanya Sky. So, kat Sky ni memang banyak rancangan dari UK. Kalau ikut sejarah pun Ireland ni asalnya jajahan UK. Kalau tengok peta, ada Northern Ireland and Ireland, 2 negara yang berbeza. Northern Ireland tu masih bawah UK lagi.

Time aku dengar azan tu, yang masa mengucap tu tak ada Muhammad tapi jadi Ali. Baris depan sama yang “Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah", baris kedua jadi lain. Aishhh time tulis pun dah seram. Allah, minta kuat iman dan tak terpesong.

Pastu ada lagi tambahan perkataan tapi tak pasti apa. Cuma yang terkejut, azan tu dikeluarkan kt tv. Means penyebaran secara terbukalah kan.

Lepas azan tu ada juga macam zikir-zikir. Macam pelik je so aku tak dengarlah. Tak berani, tu zikir syiah kot.

Actually aku tak tahu tu azan syiah. Bila aku check dengan beberapa orang kawan aku yang berilmu agama ni, mereka cakap tu syiah.

* * * * * * * * * *

Takutnya aku. Dunia akhir zaman. Semoga kita sentiasa berada di jalan-Nya. Semoga juga akidah kita tak terpesong. Entah berapa ramai yang ikut azan tu untuk solat. Entah apa kefahaman mereka tentang itu semua. Entahlah. Takutnya nak besarkan anak-anak zaman sekarang ni. Dulu tak ada tv pun tak ada masalah. Astro tak ada pun boleh je hidup. Sekarang? Tepuk dada tanya iman.

Rindu dekat sahabat aku ni. Semoga dia sentiasa baik-baik sahaja di bawah lindungan Allah. Yatim piatu, merantau sorang-sorang. Ya Allah, berikanlah segala yang baik buat sahabatku, jauhkan dia dari keadaan yang sukar dan membebankan. Amin. Gambar ni diambil beberapa hari sebelum dia terbang ke Dublin.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, September 10, 2014

Fisioterapi dan Rumah Sewa

Kalau tahun lepas, masuk je bulan September, aku dah berdebar sangat-sangat. Tiap hari dah fikir cara-cara nak push keluarkan Darwish dari perut. Walaupun hampir setahun berlalu, kenangan tu masih jelas ada kat kepala ni. Darwish pun lebih kurang dua minggu lagi dah nak setahun. Cepatnyalah bujang ni membesar. Tup-tup nak setahun juga fully breastfeed Darwish. Alhamdulillah. Rezeki Darwish. Mama nak dapat Ijazah Sarjana Muda Penyusuan pula ni. >_< Sempena nak setahun, macam biasa, aku botakkan lagi Darwish. Suka tengok dia botak. Seksi. Lol.


Semalam, sesi fisioterapi Darwish macam biasa. Setelah sebulan bercuti raya, bila sampai unit fisio, tengok Darwish teruja. Semangat berkobar tak macam dulu tidur lah, malu-malulah. Therapist pun cakap nampak peningkatan yang positif. Tapi, tak tahulah bila boleh discharge sebab still lagi ada appointment. Tak apalah, asalkan Darwish sihat walafiat. Awal bulan depan pula appointment pakar. Harap semuanya baik-baik. Amin. Dalam video ni Darwish masukkan bola kat tempat gol tu. Sebelum tu, therapist ajar sekali je. Aku ingat dia tak buat atau dia main bola masuk dalam mulut ke. Rupanya elok je dia ikut arahan. Bangga tambah sebak rasa. Good job sayang.


Sepatutnya, bulan ni kami masuk rumah sewa. Menyewa saja dulu, belum mampu membeli rumah lagi. Harap dapat buat doa selamat masuk rumah dengan sempena Darwish setahun. Tapi, harapan je kot. Hahaha. Banyak kekangan lagi nak masuk rumah tu. Semoga semuanya dipermudahkan. Tak sabar nak duduk sendiri, nak deko-deko (angan-angan macam rajin sangat pui!). Jangan terkejut lepas ni blog ni jadi blog deco by ieza (muntah aku menaip bahaha). 

Hari-hari dah termimpi-mimpi nak susun ini kat mana, itu kat mana. Paling best part dapur nak kemas gula garam segala walaupun masaknya belum tentu. Aku takut nanti Darwish je yang banyak mengemas. Tiba-tiba bangun pagi, "mama, bangun breakfast. Darwish dah masak!". Kau mampu? Hahaha.


Okay, aku dah melalut. Semoga September yang aku tunggu-tunggu ni be nice dengan kami sekeluarga. Semoga urusan pindah ke rumah sewa dipermudahkan.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...