Monday, August 29, 2011

Di ambang Syawal

Assalamualaikum semua. Nak fikir tajuk punya payah malam nie sebab masuk je maghrib, ikut kalendar Islam, umat Islam hari nie sudah berada dalam 1 Syawal. Alhamdulillah, kita semua bersama-sama akan menyambut hari kemenangan umat Islam. Syahdu sangat mendengar takbir dari surau berdekatan tadi.


Waktu berbuka tadi, adik aku menyampaikan satu berita kepada kami sekeluarga. Ada seorang hamba Allah telah dijemput-Nya. Innalillah. Sungguh tak sangka, di saat semua umat Islam bertungkus-lumus menyiapkan keperluan untuk menyambut Aidilfitri, keluarga arwah pula bertungkus-lumus menerima qada' dan qadar yang telah ditetapkan Ilahi. Dengarnya, dikebumikan selepas Isyak. Moga semua berjalan lancar. Amin.


Kita disunatkan untuk bergembira pada bulan Syawal. Menjadi tanda dengan 'hadiah' kurniaan-Nya dan kita bersyukur menerimanya. Kerana itulah diharamkan kita berpuasa pada 1 Syawal. Tentunya, macam-macam persiapan yang korang semua dah buat untuk menyambut Syawal kan.


Hari ni, betul-betul kerahan tenaga dibuat. Sangat meletihkan. Sekarang ni, pinggang macam nak tercabut sebab tadi petang terjatuh dalam bilik air masa tengah berus periuk. Semangat sungguh aku menggosok sampai jatuh. Dari pagi sampai petang macam-macam dibuat. Selagi tak raya, selagi tue lah tak siap-siap. 


Paling tak boleh aku lupa hari ni bila tinggal lagi sejam waktu berbuka, mak aku terima lagi tempahan kuih candy. Masa tue nak tolak, tapi bila fikir saudara, tak sampai hati pula. Memang terkontang-kanting lah dapur rumah aku tadi. Dengan nak siapkan kuih candy yang makan masa 2-3 jam nak disiapkan untuk satu kali masak, persiapan berbuka dan ditambah nak siapkan ruang tamu untuk terima kunjungan 'baraan' (orang surau atau masjid datang ke rumah dan bertakbir serta selawat). Macam biasa, bila ada baraan datang, kena lah ada hidangan. Memang kelibut lah kami sekeluarga.


Paling sadis bila BAJU RAYA aku BARU SAMPAI lepas kami berbuka tadi ! Tragik ! Siap juga baju raya aku. Nasib lah tukang jahit aku dapat siapkan. Hahaha. Aku sampai tak ingat pasal baju aku sebab sibuk sangat. Patut lah aku tengok dekat tempat mak aku gantung baju, macam tak ada je baju aku. Aku buat tak tahu je sebab ingat mak aku simpan kat tempat special ke. Hahaha.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin kepada semua rakan blogger yang disayangi.


Aku letak gambar raya time aku darjah satu. Kenangan ni. Esok, gambar raya baru. Hari ni ambil feel dulu.


Setiap tahun kami akan sedondon. Korang boleh teka yang mana satu aku ?

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, August 28, 2011

Di sebalik Ramadhan 28

Assalamualaikum semua pembaca blog aku. Semoga kalian semua sihat, tidak seperti aku yang semakin hilang suara. Mungkin mahu berganti suara yang lebih merdu menjelang Syawal yang sedang mengintaikan wajahnya. Kemungkinan besar, malam ini terawikh yang terakhir untuk Ramadhan kali ini. Bagaimana persiapan korang ?


Semalam, aku berkongsi 'Kisah seorang Wanita'. Ada yang bertanya dan memberi sepatah dua kata. Adakah ia kisah bersambung ? Mungkin. Bila satu hari nanti aku ada sesuatu yang ingin dikongsi untuk menyambung kisah wanita tersebut. InsyaAllah.


Hari ini, sangat penat aku rasa. Nak patah pinggang pun ada juga. Dari pagi sampai petang, sibuk di dapur membantu mak memasak untuk 'munjung'. Tahu apa munjung ? Tue dalam bahasa jawa. Kalau orang cakap, biasanya macam hantar-hantar berkat ke rumah orang. Dalam berkat tue adalah nasi impit, rendang kerang, ayam masak kicap dan juga sayur campur. Aku tak teringat nak ambil gambar sebab terlalu khusyuk membuat kerja. Sila percaya. Hihi.


Disebabkan aku melantak rendang kerang tak ingat dunia, sekarang ni badan aku dah berbintik-bintik. Minta-minta pagi raya nanti aku masih cantik. Hahaha. Nak bergaya sakan lah konon nya. Masa mak, aku dan yang lain sibuk di dapur, abah aku masih sibuk dengan handphone baru nya. Semua application dia tanya, sampai kan aku letih menjawab. Sampailah tiba-tiba,


Abah : Nje (panggilan aku), kalau abah nak reply mesej macam mana ? Kenapa tak terus keluar reply macam hp lama ?

Aku : Pergi option, pastu reply.

Abah : Ooo . . . 

. . . beberapa ketika kemudian . . .

Abah : Nje, tak dosa kan kalau tak reply mesej yang wish Selamat Hari Raya.

Aku : Tak pun. Dia wish je. (menjawab tanpa fikir apa-apa)

Abah : Okay. Nanti lah abah wish balik.

Aku : Eh, bukan tadi dah ajar ke cara nak reply mesej.

Abah : (sengih-sengih) Tahu. Tapi macam susah sikit. Lagipun abah lupa. Tak topup lagi.

Aku : Ye ye je tanya. 


Aku dah jadi kaunter pertanyaan pula untuk abah aku sebab aku paling expert godek-godek hp dia. Adik-adik aku yang lain tak master lagi. Tapi pening-pening juga lah sebab tak friendly user sangat hp tue. Sabar je lah.


Moral Ramadhan 28 : Sesuatu yang baru itu perlu diterokai dengan lapang dada supaya dapat diterima walaupun sukar. Jangan mudah berputus asa, kerana dengan putus asa, kita akan sentiasa berada pada takuk yang lama.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, August 27, 2011

Di sebalik Ramadhan 27

Salam Ramadhan yang ke 27 kepada semua. Semoga kita semakin excited dengan Ramadhan yang hampir di penghujungnya. Hari ni suara aku sangat rock kerana batuk yang teruk. Nak raya dah ni, tapi tekak sakit sangat. Tak nak lah terlepas menikmati keenakkan rendang, lemang, ketupat yang jarang-jarang ada. Minta sembuh cepat.


Boleh tak hari ni aku nak kongsi satu cerita ? Kisah seorang wanita. Wataknya, aku hanya letak sebagai 'wanita'.


Hidup dalam sebuah keluarga yang sederhana, menjadikan Wanita sangat berdikari dalam usia muda. Dilahirkan dalam bilangan adik-beradik yang ramai dan antara perempuan yang paling tua di rumah, Wanita perlu tahu kebanyakkan benda dalam usia yang muda. Perlu memasak untuk keluarga sejak berusia 13 tahun. Angka itu kelihatannya sangat besar, tetapi bagi Wanita, ia adalah sukar kerana perlu memasak nasi tidak menggunakan dapur elektrik seperti sekarang ini. Lauk-pauk perlu dalam kuantiti yang banyak kerana bilangan ahli keluarga yang mencecah 10 orang. Adik perempuannya sekarang yang berusia 20 tahun sahaja belum pandai menyiang ikan ! Oh tak mengapa, Wanita ada untuk melakukan semua itu.


Pada usia tersebut, setiap pagi, Wanita bangun untuk mengemas rumah dan menyiapkan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh orang yang lebih dewasa. Sebelum ke sekolah pada waktu tengah hari, memasak adalah rutinnya. Apa sangatlah yang mampu dimasak pada usia itu. Dengan tiada bekalan wang yang diberi untuk membeli lauk, Wanita akan ke parit di hadapan rumah untuk memetik kangkung. Kadang-kadang ke rumah nenek saudara di sebelah rumah, untuk meminta sedikit pucuk ubi buat hidangan tengah hari. Berbanding adiknya yang bersekolah menengah sekarang, bangun pagi, semua terhidang di atas meja. Dia tidak boleh bangun awal kerana matanya akan bengkak tak cukup tidur. Kasihan pula !


Bila pulang dari sekolah, pastinya akan ada sahaja bebelan yang singgah di telinga. Kadang nasi hangit, lauk masin tak sedap atau kasut di rak tidak disusun. Bebelan sebegitu sudah sebati dengan telinganya. Mahu marah ? Kepada siapa ? Mahu mengadu ? Wanita bukan anak emas seperti kakak mahupun adik perempuannya. Kini, bila sahaja adiknya pulang dari sekolah, mereka perlu tidur untuk berehat. Kasihan mereka berpenat-lelah belajar di sekolah. Tak boleh dibebel kerana itu hanya akan mengganggu emosi remaja.


Malamnya, di saat rakan seusianya menelaah dan menyiapkan kerja sekolah, Wanita hanya akan duduk di satu sudut rumah untuk melipat kain baju yang sudah kering dijemur di siang hari olehnya. Tak banyak, hanya untuk ahli keluarga yang 10 orang ! Selagi tak siap, pasti akan dikata malas membuat kerja. Kalau Wanita berborak dengan adiknya dan tergelak, pasti akan ada sepasang mata yang beralih dari menonton televisyen dan memandang tajam seraya berkata, "sukanya dia. Kerja semua tak siap lagi, dah gelak-gelak !"Begitulah setiap harinya sehinggalah Wanita bertukar ke sesi pagi persekolahan. Adiknya kini pula boleh sahaja mengambil laptop, on9 sepanjang malam bergelak ketawa. FB, twitter dan handphone pun sangat canggih di usia muda. Oh, mereka perlu pendedahan supaya tidak ketinggalan seperti Wanita.


Bangun pagi untuk ke sekolah, ayat pertama yang akan didengarnya, "lain kali bangun awal sikit. Tolong basuh kain, jemur kain ke. Buat sarapan ke". Wanita sangat malas rupanya. Ayat itu didengarnya sehingga Wanita tamat sekolah ! Setiap kali waktu pulang dari sekolah, pastinya Wanita menunggu sesiapa di antara ahli keluarganya untuk mengambilnya di sekolah. Paling sekejap tempoh menunggu adalah 30 minit. Kalau Wanita menalifon ke rumah, hanya akan lebih menyakitkan telinganya sahaja. Pernah dan banyak kali juga Wanita hanya berjalan kaki pulang ke rumah yang jaraknya tidak lah terlalu jauh, 4-5 km sahaja pada pukul 2 petang di saat matahari di atas kepala. Wanita tidak boleh terlalu manja. Kini pula, Wanita perlu memastikan Wanita ada di perkarangan luar sekolah untuk mengambil adiknya dari sekolah lebih kurang 10 mahupun 20 minit lebih awal. Kasihan adik menunggu lama dalam panas. Nanti kulit gelap pula. Jarak sekolah adik dengan rumah pula jauh, 2 km. Adik tak boleh berjalan kaki, nanti kakinya melecet.


Setiap kali markah ujian dan peperiksaan Wanita keluar dan merosot, ayat yang akan didengar Wanita ialah, "kat rumah bukan buat apa pun. Tak buat apa-apa langsung. Entah apa yang dibelajar agaknya !". Kalau pula markahnya tinggi menggunung, "memang patut dapat markah tinggi-tinggi. Kat rumah tak buat apa-apa !". Terima kasih kerana memuji Wanita. "Adik memang pandai pun. Bagi je soalan apa, dia memang boleh jawab. Rajin baca buku", kata-kata yang diterima adik pada satu hari bila markah melonjak tinggi. Bila saja tidak lulus atau markah jatuh menjunam, "hari tue adik tak sihat. Tak boleh nak fokus sangat jawab. Tak apa lah. Bukan teruk sangat pun". Kasihan sungguh melihat adik tak sihat sambil tergelak-gelak di depan laptop bervideo conference dengan rakan-rakan.


Bila musim cuti sekolah tiba, yang di asrama akan pulang ke rumah. Pada masa itu, Wanita tak akan masak kerana masakan Wanita 'sangat sedap'. Hanya yang pakar sahaja yang akan memasak. Bila tiba waktu makan, belum pernah sekali pun nama Wanita dipanggil untuk makan bersama melainkan bila hampir semua orang selesai makan. Ah, tugas mudah. Mencuci semua periuk belanga pinggan mangkuk sudu cawan insan yang pandai-pandai. Sayanglah kalau tangan mereka terkena sabun mencuci pinggan yang boleh mengkasarkan tangan. Tangan mereka perlu dijaga rapi.


Dewasa menjengahkan usianya. Wanita menjadi seorang gadis yang perlu patuh akan setiap arahan yang diberi. Memberontak atau mengeluarkan pandangan hanya akan mengeruhkan keadaan. Bagi mata luar yang melihat, Wanita seorang gadis hebat. Di satu sudut di hujung hatinya, hanya tersimpan satu jiwa yang membuat dia tidak mati. Selalu diungkapnya, "Bahagia itu menanti aku di sana nanti bila bertemu Ilahi".


Apakah yang terjadi kepada Wanita seterusnya ? 


Moral Ramadhan 27 : Bukan semua manusia minta sesuatu yang tidak diingininya terjadi. Bukan semua manusia punya masa silam gemilang. Sebab itu orang cerdik pandai berkata, "Biar kita miskin harta, jangan kita miskin kasih sayang. Biar kita papa kedana, tapi cukup luar dan dalam". Hanya mereka yang merasa, tahu bahawa tiada kekayaan yang boleh meredakan gelora jiwa yang tidak tenang. Sesungguhnya, ketenangan abadi yang dicari hanya bila bersama Yang Hakiki.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Di sebalik Ramadhan 26

Assalamualaikum warga blogger sekalian. Nampaknya, blog semakin sunyi dengan komen-komen berbisa. Mungkin mood raya, bershopping, main mercun dah semakin berleluasa. Sila bersabar wahai kawan-kawan. Ramadhan tak habis lagi.


Hari nie tak banyak benda best jadi. Sebab hujan hampir sepanjang hari, menjadikan mood aku ke katil. Aku pun melayan movie Mega Piranha yang ntah apa-apa sampaikan aku menguap-nguap. Nasib tak tengok kat wayang, kalau tak rugi je. Apa pun tak boleh !


Sekarang ni, tengkuk aku sakit sangat sebab menelaah (gaya macam study je) handphone baru abah aku yang dihadiahkan oleh mak aku petang tadi. Semua orang meletakkan tanggungjawab yang sangat berat ke atas bahu aku untuk men'transfer' nombor-nombor talifon yang ada. Argh, penat ! Aku anak yang sangat baik kerana menggalas amanah yang diberi, kerana handphone itu sangat lah complicated untuk digunakan ! Langsung tak friendly user ! Tapi, mak beli kan abah pun sebab boleh dengar bacaan Quran. Bagus juga.


Hari nie, si kecik mulut becok (adik aku yang last) tak sekolah. Aku bengang pula tengok kemalasan dan kengada-ngadaan dia yang makin menjadi-jadi. Kalau dulu kami nie tak nak pergi sekolah, confirm bertanda kat peha akibat dicubit mak. Sakitnya ! Adik aku selamber je cakap, "esok dah mula cuti. Tak salah pun cuti awal sikit !". Tekanan lama-lama aku dengar dia cakap macam orang besar. Dah lah sibuk mengacau aku kemas rumah. Sabar je lah.


Pastu tadi, dia nak tidur. Nyendeng pula kat sebelah aku sebab mak aku tak balik lagi. Takut lah tue. Dia boleh pula cakap, "kakak tepi lah sikit. Badan adik tak muat nie. Kena kakak !". Ya Allah, sabar je lah. Punyalah besar katil king mak aku beli tue, boleh dia cakap tak muat. Nampak sangat lah takut nak baring jauh-jauh.


Moral Ramadhan 26 : Dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, kesabaran perlu ada bagi mengelakkan rasa berputus asa. Sesungguhnya, berputus asa itu satu keadaan yang akan membawa kita kepada kegagalan. Tanpa kenal putus asa, walaupun kita tidak mendapat sesuatu yang diimpikan, ia bukan bermakna kita gagal, tetapi kita belum berjaya. Bersabarlah wahai umat Islam. Dalam kesabaran, pasti ada kejayaan. InsyaAllah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, August 25, 2011

Di sebalik Ramadhan 25

Assalamualaikum rakan blogger sekalian. Apa khabar hari ni ? 


Sangat sesak Plaza Alam Sentral petang tadi sehinggakan aku terasa berputus asa dan mahu saja ajak mak aku balik. Tapi, apakan daya, kena juga mencari baju melayu untuk abah dan juga si kecik mulut becok yang asyik bertanya mana baju melayu baru dia (ah, puasa pun tak cukup !). Dalam kesibukan membeli-belah (ayat skema sangat ni), sempat juga aku 'dingorat' oleh seorang penjual di situ ! <----- tak tipu okay !


Boleh pula dia borak dengan mak aku,


Penjual : Anak mak cik ke nie ?

Mak aku : Yelah, anak mak cik. Tak kan bawa anak orang lain pula. (macam tak nak layan, sibuk pilih baju)

Penjual : Muka dia tak sama dengan mak cik lah. Mungkin sama dengan ayah dia kot.

Mak aku : Memang lah. Tak kan sama dengan muka kamu pula !


Hahahahaha. Tergelak guling-guling aku kat situ. Okay, aku tipu. Aku tergelak dan tersipu malu. Hihihi.


Sila bertenang semula kawan-kawan. Aku nak cerita lagi nie. Korang semua sibuk dengan dodol doodle sana-sini kan. Aku pun ada satu kat sidebar tue. Nak tau dari siapa, boleh je tekan kat doodle tue. Disebabkan keghairahan ber'doodle' yang sedang memuncak, aku pun tanya lah adik lelaki aku yang aku rapat tue. Sebab aku memang sangat lah tak pakar dan hanya akan menjadikan doodle itu lebih teruk sehingga tidak dapat dikenalpasti identitinya. Tapi, aku telah mendapat satu doodle yang sangat istimewa yang hampir menyerupai aku ! Wah, ayat tak nak kalah. Sila lihat dan terpegun okay.




*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*






sila jangan jealous ! Apa pendapat kamu ?


So, macam mana ? Sama tak dengan muka aku ? Hahaha. Aku sangat berpuas hati selepas bersusah payah petang tadi.


Moral Ramadhan 25 : Bila nak memikat seseorang, terutamanya anak dara, sila berkelakuan baik dengan keluarganya. Kerana apabila berkahwin, kamu bukan hanya berkahwin dengan anak dara tersebut, tetapi seluruh ahli keluarganya. 
*tetiba mood berkahwin pula <--- lari bab Ramadhan sebab kami sekeluarga diundang untuk mengikut satu rombongan menghantar pengantin, pertengahan Syawal nanti.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Di sebalik Ramadhan 24

Assalamualaikum semua. Wah, dah hari ke 24 lah umat Islam berpuasa ! Macam tak percaya pula. Tapi, makin cepat masa berlalu, makin cepat pula semester baru memanggil. Gaya macam tak dapat nak ber'blogging' sana-sini macam biasa. 


Mengemas dan mengemas ! Sangat penat dan melelahkan. Nak kata dah tua, masih muda belia. Tapi, kesihatan badan macam makin teruk tak sepadan dengan usia. Kenapa ye ? Ubat makan, jamu makan (uwekks), supplement makan, apa lagi yang tak cukup ? Huh, susu pun aku telan juga. Letih lah. 


Apa cerita korang masa hari ke 24 puasa ? Yang bekerja mesti dah mula tunggu approval cuti dari bos-bos kan. Yang study dah mula berkira-kira dan bermimpi-mimpi nak naik bas balik kampung. Wah, sangat mengujakan perasaan tue kan. Korang tau tak, kadang aku macam cemburu bila tengok member-member sibuk packing barang nak berpusu-pusu pergi book tiket awal atau berhimpit kat pudu dan lain-lain (aku pun tak tahu sebab tak pernah pergi) semata-mata nak beli tiket balik kampung untuk beraya. 


Kenapa aku cemburu ? Sebab aku tak ada kampung jauh di mata dekat di hati macam kawan-kawan aku. Kampung sebelah abah aku dekat je. Berapa langkah dari rumah aku, sampai dah rumah dorang. Kampung sebelah mak aku pula, cuma lorong lain je dari lorong rumah aku ni. Tapi, aku bersyukur sebab tak banyak keluar belanja untuk balik kampung. Itu lah, bahagian masing-masing kan.


Aku nak share satu video ni yang buat aku terliur macam nak makan je laptop ni. Si kecik mulut becok (adik aku) tue yang tunjuk kat aku video ni. Dia siap cakap, "nanti kalau kakak ada duit lebih, kakak belikan lah untuk adik ye. Kalau ada duit lebih lah". Pandai lah kau dik ! Tapi, benda nie sesuai untuk orang dewasa je bagi aku. 



Mula-mula aku tengok, dah nak habis dah video nie. Aku tanya adik aku, "macam mana resepi dia ? Macam sedap pula dia buat". Adik aku selamber je jawab, "kakak nie lapar sangat ke sampai kan tanah liat pun nak makan ?!". Tertipu aku rupanya. Argh !! Aku terus tengok video-video yang lain. Memang nampak real lah.

Bagi sesiapa yang tak dapat nak tengok video nie, kasihan lah kepada anda. Video ni pasal "Bandai" (aku pun tak tahu sangat apa benda ni). Adik aku cakap, ni salah satu permainan popular kat Jepun. Dengan benda ni, boleh buat macam-macam makanan (ikut lah apa jenis yang dibeli).

p/s : korang pernah jumpa mainan ni kat Malaysia tak ? Aku macam teringin pula nak buat dan simpan sebagai koleksi peribadi. Pastu upload kat fb, "Resepi air tangan aku". LOL !

Moral Ramadhan 24 : Kepandaian manusia yang tuhan kurniakan bila digunakan ke jalan yang baik pastinya akan membuahkan hasil yang sangat positif kepada masyarakat sejagat. Begitu juga sebaliknya sekiranya ia digunakan pada jalan yang salah, maka musnahlah semua.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, August 24, 2011

Di sebalik Ramadhan 23

Assalamualaikum sahabat blogger sekalian. Apa khabar ? Pejam celik pejam celik, tinggal seminggu lagi nak sambut Syawal. Mesti ramai yang dah sibuk packing barang untuk balik kampung. Yang kemas rumah, tukar langsir, mop lantai dan segala bagai lah. Apa pun yang korang buat, hope semuanya tak berlebihan.


Semalam tak dapat nak update pasal 'Di sebalik Ramadhan 23' nie sebab internet buat hal. Kenapa ntah telefon rumah tak berfungsi. Merajuk agaknya masing-masing dah guna handphone. Internet okay semula pun dah sangat tengah malam dan mata dah rabak perlu ditutup. Hihi.


Dialog aku tak boleh lupa bila adik aku yang kecik tue bebel semula. Banyak dah cerita pasal 'mulut' dia tue dalam blog aku sebelum ni. Nie pun aku nak share juga pasal dia. Korang yang dah besar mesti tahu kenapa perempuan dewasa yang sudah baligh tidak dapat berpuasa. "Orang perempuan yang tak boleh puasa juga menjalankan ibadah kepada Allah. Bukan saja-saja tak nak berpuasa", kata-kata ayah aku suatu ketika dulu bila adik-adik lelaki aku tak faham kenapa kakak-kakak dorang 'ponteng' puasa.


Aku : Aduh, sakitnya perut kakak dik . . . (muka sedih, minta simpati sambil berbaring kat sebelah si kecik mulut becok)

Si kecik mulut becok : Tue lah kakak. Berlagak sangat ! Pagi tadi bukan nak bangun sahur. Kan dah sakit perut. Nak buka lah tue ! (gaya berlagak macam penceramah bebas, sedangkan ponteng sekolah, konon-konon demam !)

Aku : Benci lah cakap dengan adik !


Tak lama lepas tue, aku nampak dia minum air ! Siot je. Alasan dia, "adik kan tak tahan sebab demam. Kena lah minum ! Cuba kakak pegang kepala adik. Panas !"


Alasan lah adik oi. Tapi, mak aku balas dia cakap tue. Mak aku cakap, "Orang hidup memang lah kepala dia panas !". Hahahaha. Terdiam adik aku.


Allah mencipta manusia itu berbeza-beza dan paling ketara perbezaannya adalah ada lelaki dan perempuan. Kalau perempuan tak puasa, aku faham lah. Tak termasuk kategori yang memang jahil tak tahu nak berpuasa ye. Tapi, yang lelaki tue, aku sangat tak faham kenapa ada yang tak berpuasa walaupun dah cukup syarat wajib berpuasa dan tahu kewajipan berpuasa ! Sebabnya, yang selalu kena tahan 'naik van mayat' tue, kebanyakkannya lelaki.


Aku terfikir bila, kudrat seorang wanita yang dikatakan tidak sekuat lelaki (semua orang tahu) untuk melakukan sesuatu yang berat. Contohnya, berpuasa selama sebulan. Dulu, masa kecik-kecik, ada orang bagitahu aku. Bagi menutup kekurangan seorang wanita yang tidak mampu berpuasa sebulan, sebab itu adanya waktu 'kedatangan haid' supaya mereka dapat pulihkan semula tenaga. So, lelaki yang tak ada kekurangan, CONFIRM boleh puasa penuh sebulan di bulan Ramadhan TANPA SEBARANG ALASAN ! ADAKAH MEREKA YANG TIDAK BERPUASA 'KEDATANGAN . . . .' ?


Moral Ramadhan 23 : Sesungguhnya, segala kejadian Allah itu ada rahsia di sebaliknya. Ia telah tersusun cantik di mana setiap persoalan yang timbul, pasti ada jawapannya. Jangan terlalu bertanya mengapa, kenapa, kerana sesungguhnya Allah Maha Tahu yang terbaik untuk setiap hamba-hamba-Nya.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, August 23, 2011

Di sebalik Ramadhan 22

Assalamualaikum semua. Dah Ramadhan ke 22. Pejam celik, pejam celik tinggal lapan hari berpuasa di bulan Ramadhan. Macam tak percaya je. Macam-macam perubahan ada kan. Tak kira lah dari segi fizikal, mental, lahiriah ataupun batiniah. Harapnya, semua elok-elok.


Pagi tadi, aku kerah tenaga adik lelaki kesayangan aku. Aku minta dia tolong mop lantai dapur sebab aku kemas dapur. Alih perabot sikit. Aku memang tak boleh sangat mop lantai ke, sapu sampah ke. Bukan apa, aku alergi dengan habuk. Payah sikit lah. Walaupun mulut dia pot pet pot pet macam tak nak buat, tapi tangan dia tetap buat juga apa yang disuruh. Terima kasih ye adik ku sayang.


Aku nak share sikit pasal tazkirah masa terawikh tadi. Aku ingat-ingat lupa sebab tak catat time tazkirah tue. So, yang aku ingat saja lah ye. Moga-moga jadi panduan kita semua untuk mengejar Malam Lailatul Qadar, insyaAllah.


TANDA-TANDA MALAM LAILATULQADAR


1.   Bulan kelihatan seperti memancarkan cahayanya ke seluruh alam sehingga menyaksikan malam tersebut lebih cerah berbanding kebiasaannya. Cuaca pada malam itu juga tidaklah terlalu panas atau terlalu sejuk.


2.   Air laut yang masin bertukar menjadi tawar. (Beruntunglah bagi sesiapa yang rumahnya berdekatan laut. Mungkin bila terlihat tanda yang pertama, boleh terus pergi ke laut. Rasa sedikit air tersebut. Wallahua'lam)


3.   Pokok-pokok turun bersujud ke bumi menyembah Yang Maha Kuasa.


4.   Matahari pada keesokkan harinya tidak terik memancarkan cahayanya. Redup sahaja.


Bila berjumpa Malam Lailatul Qadar, kita bolehlah memperbanyakkan amalan, beribadah, zikir, membaca Al-Quran dan berdoa semoga diampunkan segala dosa serta dimakbulkan segala yang diminta. Tapi, janganlah kita 'target' malam bila pula sampaikan malam-malam Ramadhan yang lain terabai begitu sahaja. Semoga kita semua berjumpa Malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu, insyaAllah.


Moral Ramadhan 22 : Sebagai hamba-Nya yang terbatas sifat, sukar untuk kita mengetahui bila berlakunya malam Lailatul Qadar. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui, bila dan siapa di kalangan hamba-Nya yang akan memperolehinya. Kerana itu, kita digalakkan memanfaatkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Jadi, jangan pilih-pilih hari pula nak beribadah.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Di sebalik Ramadhan 20 & 21

Assalamualaikum. Bermula fasa ketiga Ramadhan. Kita sudah sampai ke kemuncak Ramadhan, semoga kita mengambil yang baik-baik daripadanya.


Hari ke 20 dan 21 Ramadhan menyaksikan aku bersama keluarga berehat saja di rumah. Aku combine cerita untuk dua hari sebab hari ke 20 aku just rehat saja. Tak larat nak wat apa-apa. So, tak ada cerita yang 'bermutu tinggi' nak dikongsi sangat. Cuma pada hari tersebut family kakak aku balik ke sini.


Malam tue, anak buah aku yang perempuan, Amera Raudhah, tidur dengan aku. Macam biasa, ada saja barang aku yang digeledah. Sebelum tidur, sibuk dia nak pakai inai. Memang ada inai kat bilik aku ni. Member aku bagi masa mak dia balik dari umrah dulu. Aku pun pakaikan lah. Sibuk nak sepuluh jari semua nak merah macam pengantin. Tapi, aku pakaikan tiga jari je sebab kuku dia kecil sangat. Hilang sabar pula aku nak pakaikan. Hahaha.


Lepas pakai tue, dia baring sebelah aku. Tak perasan pula bila dia tidur. Tiba-tiba aku tengok, "Ya Allah, habis cadar aku berinai !". Aku pun bersihkan lah inai kat kuku dia dan betulkan kedudukan dia tidur. Bila tengah tidur malam tue, dia memang lasak sangat. Aku tak tidur langsung sebab dia perlukan tangan orang untuk digosok-gosok dari pergelangan sampai ke siku ! Kononnya, dia boleh tidur nyenyak bila buat macam tue ! Tapi, aku geli dan tak boleh tidur langsung ! Sabar je lah.


Esoknya, dia asyik menyendeng kat aku. Rindu kot. Sampaikan nak minum susu pun nak baring kat badan aku ! Budak tak puasa ni memang suka nak menggoda aku tau.


Si gedik Amera Raudhah
Petang tue, kakak aku sekeluarga balik semula ke rumah mereka di Melaka. Tetiba pula rindu semula kat anak buah aku sorang nie. Hahaha. Lepas mereka bertolak, aku bersiap-siap untuk keluar berbuka bersama adik angkat aku. Pertama kali aku berbuka di luar bersama kawan-kawan pada Ramadhan kali ini. Terasa lain pula. Kami berbuka di Rasa Ayamas kat KL Sentral tue. Aku cuma 'penyibuk' saja. Dia minta aku teman sebab nak jumpa seseorang. Tak apalah, janji makan free. Hahaha.


Dari Shah Alam, adik aku ambil aku kat rumah dengan kereta. Kami park dekat LRT Taman Jaya Petaling Jaya. Dari situ, naik LRT saja ke KL Sentral. Ada dua sebab kami naik LRT. Yang pertama malas nak tempuh jammed kat KL yang tak pernah lengang melainkan Hari Raya. Yang kedua pula, tak tahu jalan. Tak sure sangat jalan ke sana. Kalau sesat dah terlepas nak makan free. Betul tak ?


Bersama adik angkat di LRT Taman Jaya, Petaling Jaya (muka sangat tembam dan tak comel ! Pucat sungguh muka bila tak sihat ye.)
Moral Ramadhan 20 : Melayan kerenah seorang kanak-kanak sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Kerana itu, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Hargai dan sayangi mereka selagi ada.

Moral Ramadhan 21 : Apabila melakukan sesuatu perkara, tidak perlu memilih jalan yang terlalu sukar sehingga boleh menyusahkan dan membuang masa. Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Kita saja yang boleh menentukan sama ada keputusan yang kita buat akan lebih memudahkan sesuatu perkara ataupun semakin merumitkannya. Paling penting, mohon petunjuk dari Yang Kuasa.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, August 20, 2011

Di sebalik Ramadhan 19

Assalamualaikum semua. Semoga kamu semua tersenyum kerana kita sedang melalui fasa ketiga dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kita semua masih bernyawa dan bernafas di atas bumi Allah ini sambil melalui bulan penuh gemilang. Syukur.

Hari ke 19 di bulan Ramadhan, aku hanya berehat. Tiada siapa di rumah, melainkan aku dan adik lelaki aku. Semua kerja rumah, mak dah siapkan. Mak dah mula bising *marah-marah sayang bila aku sibuk nak keluar berjalan. Hahaha. Sangat membosankan bila baring saja. Pagi itu, selepas muntah-muntah masa sahur,

Mak : Makan ubat tak okay-okay pun. Try lah cara tradisional.

Aku : Apa ? (mak aku ni suka lah bukan-bukan)

Mak : Try minum ni sikit. (sambil mengambil sudu, dan menuang cecair dalam botol ke dalam sudu, lalu disumbat ke dalam mulut aku !)

Aku : Uwekkks.. (yakkss, pahit gile ! MANJAKANI ! oh mak oi, aku tak kahwin lagi !)

Lepas subuh, aku tidur tak ingat dunia. Makin tak sihat sebab MANJAKANI mak aku tue. Adoi, pelik-pelik lah.

Tapi pelik pula bila petang tue aku dah okay sikit. Bila bangun, kepala dah tak ke laut. Badan pun dah tak pucat sangat. Wah, berkesan lah pula manjakani mak aku tu. Kadang, yang tradisional ni lagi bagus dari yang moden. Sebab tue nenek kita dulu susah nak dapat penyakit. Wallahua'lam.

Petang tue juga aku keluar temankan wak aku beli barang dapur. Cuma bila kat tempat sejuk, aku tak berapa nak cool lah. Hahaha. Pastu, kami sekeluarga buka puasa beramai-ramai kat rumah sedara aku. Sedap dapat makan laksa. Terasa lama pula tak makan.

Sampai rumah, abah dah tunggu kami. Abah tak pergi sama ke rumah sedara sebab tak sempat nak sampai rumah on time dan nak buat surprise untuk isteri kesayangannya a.k.a mak aku.

Abah : (tersengih-sengih bila tengok kami masuk rumah)

Mak : Patutlah sampai rumah lambat. (tergelak-gelak)

Abah : Yelah. Untuk sayang, hadiah buat isteri yang tersayang. Kunci ada sangkut dah tu.

Mak : (tersenyum malu)

Abah aku belikan kereta baru untuk mak aku. Wah, beraya sakan mak aku tahun nie ! Sukalah adik aku dapat bawa ke hulu-hilir kereta lama mak aku lepas ni. Yes, tak ada lah adik aku sorang tu nak kacau kereta aku lagi lepas ni ! Hahahaha (gelak jahat !)

Moral Ramadhan 19 : Jangan kita sesekali melupakan jasa yang lama kepada kita. Tak kisahlah apa yang lama tue. Manusia ke, ubat ke, rawatan ke, guru ke, tapi yang penting, yang dulu PERNAH berjasa. Juga, menghargai apa yang ada dalam genggaman kita dengan menggembirakan dan menyenangkannya adalah suatu kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya berbanding cuba membahagiakan dan menggembirakan sesuatu yang di luar genggaman.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Di sebalik Ramadhan 18

Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Lama ke aku tak ber'operasi' di sini ? Ada ke yang terasa ketiadaan aku ? Hahaha. Semoga, hari-hari anda semua ceria dan sejahtera sahaja.


Alhamdulillah, hari ni, insyaAllah aku akan post entry untuk kisah 'Di sebalik Ramadhan' untuk hari ke 18 dan 19. Ada ke yang tertunggu-tunggu kisah Ramadhan aku ? Moral Ramadhan aku ? Harapnya, ada lah yang rindu dengan coretan aku ye.


Pertama sekali, sebelum aku teruskan menaip, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak komen balik kat blog kawan-kawan yang datang komen entry aku sebelum nie. Terima kasih sebab masih sudi bertandang ke blog aku walaupun aku tak datang komen semula ke blog korang.


Aku nak minta maaf juga bagi readers yang mungkin ada terasa dengan entry aku pasal tudung sebelum nie. Mungkin, aku tak berhak membuat teguran kerana aku juga bukan manusia maksum. Bacalah dulu entry itu betul-betul, fahamkan, dan baru judge apa yang aku sampaikan. Aku tak pernah sekalipun menyalahkan individu yang tidak bertudung.


Semasa hari ke 17 umat Islam berpuasa, aku mula tak sedap badan. Aku tak sangka pula aku akan sakit semula bila berada di rumah. Tapi, aku cuba juga bertahan. Kalau korang baca Di sebalik Ramadhan 17, korang tahu lah yang pagi tu aku ke satu majlis ilmu. Balik dari majlis tue, aku dah mula lemah. Tapi, aku kuatkan juga badan bila mak aku dah pesan kat adik aku untuk ajak aku membeli baju untuk mereka.  Lepas Zohor, kami pun bersiap keluar.


Pusing satu mall, mencari dan mencari. Adik aku pelik sebab aku tak nak buat pilihan dan ikut saja apa yang mereka nak. Sampailah di kedai kasut, aku hampir pitam. Nasib baik kedai kasut, ada tempat duduk. Kebetulan, adik aku yang pilih tue, lama dia pilih kasut. So, aku dapat rehat sekejap. Aku pergi dengan dua orang adik perempuan aku. Masuk dalam kereta,


Kak chik : Kak, kenapa pucat sangat nie ?

Aku : Tak ada apa lah. Penat sikit kot. (dalam hati, aku cuma mampu berdoa, aku dapat drive sampai rumah dan bawa adik-adik aku balik dengan selamat. Alhamdulillah, dimakbulkan Allah)


Kalau ikutkan hati, aku memang terasa nak buka puasa sahaja petang tue. Aku rasa kurang air sangat-sangat dalam badan. Tapi, aku kuatkan juga semangat. Sampai rumah, terus aku tidur. Bangun time dah pukul 6.30 petang ! Malam tue, aku ingat lepas buka aku okay. Tapi, tak berdaya.


Mak : Bangun sahur. Lewat dah ni.

Aku : (bangun, lemah)


. . . sesi bersahur berlangsung . . .

. . . dan aku muntah . . .


Pagi tue, aku tak okay lagi. Check punya check, fine ! Tekanan darah aku semakin rendah dan beberapa hal lagi yang buat aku rasa down sangat. Ya Allah, tinggal berapa hari saja Ramadhan. Janganlah tarik nikmat Ramadhan ini dari hamba-hamba-Mu. T_T


Moral Ramadhan 17 : Kadang kita terlupa nikmat kesihatan yang pernah Allah kurniakan suatu masa dahulu sehingga kita lupa untuk bersyukur. Bila kita hilang nikmatnya, baru kita sedar betapa nikmat itu sangat berharga berbanding apa yang kita kejar di hadapan kita yang mana ia belum mungkin milik kita. Sesungguhnya, apa yang kita ada sekarang perlulah dijaga sebaik mungkin sebelum kita menyesal kehilangannya.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, August 17, 2011

Di sebalik Ramadhan 17

Assalamualaikum rakan-rakan blogger. Selamat menyambut Nuzul Quran. Bagi yang duduk negeri Selangor, mesti ramai yang cuti.


SEKIRANYA ANDA SAYANGKAN ISLAM, BACALAH !

Hari nie, aku nak kongsi dengan korang semua sedikit ilmu yang aku dapat pagi tadi bila menghadiri satu majlis ilmu. Ustaz yang dijemput untuk menjadi imam solat sunat tasbih dan juga ceramah adalah Ustaz Haji Zainal bin Khamis. Sangat seronok menghadiri majlis ilmu tadi sebab masa ustaz tu bagi ceramah sangat kelakar dan menghiburkan. Contoh-contoh yang dia bagi juga buat aku dan jemaah lain sengih sampai ke telinga.


Ada satu perkongsian ilmu yang boleh aku share dengan korang semua. Yang mana, bagi aku, point dia sangat menarik minat aku sehingga aku jadi takut bila fikir apa akan jadi dengan masa depan anak bangsa kita, Melayu. Fikir-fikirkan semula tentang tuntutan satu pertubuhan *aku rasa, korang semua tahu pertubuhan apa yang diketuai oleh orang bukan Islam tersebut yang dibuat baru-baru ni. Tak baru jugalah. Pertubuhan itu menuntut 14 perkara yang memang terang-terangan boleh menjatuhkan Islam sebagai agama nombor satu di Malaysia. Korang semua tahu apa tuntutan pertubuhan tersebut ? Kalau nak tahu, boleh search google. Atau boleh juga aku bagi satu link nie. Klik SINI.


Aku tak tipulah. Menangis aku dengar ustaz tue cerita pasal tuntutan yang dibuat. Memang sebelum nie aku ada baca juga pasal tuntutan tue. Tapi, aku cuma terfikir, mesti akan ada pihak yang akan ke depan. Astaghfirullah, jahil sungguh aku rasa. Sepertinya aku seakan tak sayang dengan agama aku. Marilah kita semua, sama-sama elakkan daripada tuntutan ini berjaya dituntut. 


Sebagai contoh, korang ada dengar berita pasal sebuah gereja di Petaling Jaya diserbu Jais ? Bukan pasal Jais nak menyibuk hal agama lain, tapi sebab ada orang Islam yang turut serta dalam gereja tersebut ! Itu yang Jais sibukkan. Sebab MEREKA SAUDARA SEAGAMA ! Hukumnya, bukan harus menjaga tepi kain mereka, tetapi WAJIB !


Tuntutan mereka boleh disimpul yang akhirnya akan menjatuhkan bukan sahaja agama Islam, tetapi orang Melayu. Mengapa ? Ustaz memberi satu contoh yang sangat membuka mata aku. Apabila 'kita' jatuh, maka KUASA akan berada dalam tangan 'mereka'. Siapa mereka ? Fikirlah sendiri ye. Bila kuasa di tangan mereka, bukan setakat kekayaan dalam tangan mereka, tetapi pastinya PERLEMBAGAAN NEGARA akan digubal semula ! Ya Allah, minta dijauhkan semua itu kerana dalam perlembagaanlah yang mengatakan kuasa Raja dan juga paling utama Islam agama rasmi Malaysia.


Bukan mudah kita nak dapat semula kuasa bila dah dalam tangan mereka. Ingat tak cerita Hang Tuah diperintah bunuh oleh Sultan kononnya belot kepada Sultan ? Orang Melaka mesti sangat tahu cerita ni. Orang negeri lain pun confirm tahu sebab sekolah dulu belajar sejarah.  Kita tak perlu tahu cerita tu betul atau salah, tapi kita ambil pengajaran yang ada dari cerita tue. 


Bila Sultan sedar baginda buat keputusan yang silap, baginda sangat menyesal sehingga berkata, "kalaulah Tuah masih ada !". Namun, orang yang diamanahkan membunuh Hang Tuah memberitahu bahawa Hang Tuah tidak dibunuh. Sultan mengampunkan Hang Tuah. Apakah benda pertama yang diminta oleh Hang Tuah selepas kembali kepada Sultan ? Taming Sari ! Itu adalah lambang kuasa bagi seorang laksamana. Namun, Taming Sari berada dalam tangan Hang Jebat. Apakah yang dikatakan oleh Hang Tuah ? "Jangankan menghapuskan Hang Jebat, melukainya walau sedikit pun belum tentu dapat dilakukan bila Taming Sari dalam tangannya !".


Apa kena-mengena kisah ini dengan apa yang sedang berlaku sekarang ? Andaikan Taming Sari itu adalah kuasa. Bayangkan bila kuasa bukan di tangan kita. Jangankan negara, tanah pusaka kita pun belum tentu hak kita !. Jangan sampai, satu hari nanti anak cucu kita pula berkata, "kalaulah Melayu masih ada !.


Moral Ramadhan 17 : Tiada lagi Nabi, sahabat baginda juga barisan khulafa' ar-rasyidin yang dapat menjaga dan menyebarkan Islam kini. Hanya tinggal kita umat akhir zaman yang sedang menunggu kiamat yang perlu memelihara kesucian agama Allah ini. Sesungguhnya, Islam agama yang mulia dan terpuji serta teragung di sisi Allah.


p/s : Doakan aku sejahtera sentiasa. Entry ni auto publish. Kalau aku tak update esok, maksudnya aku kat rumah sakit lah tue. Maaf sebab belum sempat balas komen korang. Semoga ilmu yang aku perolehi dan sebarkan ini bermanfaat untuk kita semua. Aku taip juga entry ini sebab aku tak nak terlupa pasal apa yang aku dapat.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Di sebalik Ramadhan 16

Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Masih bertahan tak untuk berpuasa ? Harapnya, semua masih gagah perkasa.


Esok Hari Besar, Nuzul Quran ! Sangat teruja pula tahun ni nak menyambutnya. Yelah, tahun-tahun sebelum nie ada saja rintangan dan halangan *alasan !. Moga-moga aku dan korang semua akan memanfaatkannya sehabis mungkin. InsyaAllah.


Aku sedih sangat hari nie bila wak aku (kakak abah aku) nangis sebelah aku. Aku nak peluk untuk tenangkan dia, tapi aku sendiri sebak dan tengah drive time tue. Ceritanya macam nie. Pagi tadi, wak aku minta tolong aku hantarkan dia pergi pasar untuk cari bahan-bahan untuk majlis buka puasa esok. Dia nak buat majlis sikit kat rumah dia sebab ada sepupu-sepupu arwah suami dia nak datang. Aku memang biasa bawa dia ke mana-mana yang perlu dari masa arwah suami dia ada lagi. Sebabnya, anak dia kerja shift, so kadang tak ada kat rumah.


On the way ke pasar tue, biasalah, radio terpasang. Mula-mula tue kitaorang okay saja borak-borak. Maybe, disebabkan kekurangan idea dan isu, kami berdua senyap untuk beberapa ketika. Tiba-tiba ...


~ ~ Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku . . . ~ ~

Wak aku : Wak sedihlah sekarang ni bila dengar lagu raya. (suara yang sungguh sayu meruntun jiwa, sambil mengesat air mata yang tumpah)

Aku : Janganlah fikir sangat.

Wak aku : Sekarang ni dengar pun dah nangis, sayu je. Nanti raya tak tahu lah macam mana. Tak ada pun terasa nak beraya. Dapat jumpa Ramadhan pun dah alhamdulillah.

Aku : (hilang kata-kata. Diam seribu bahasa. Hanya tangan kiri aku letakkan di belakang badan wak untuk cuba menenangkannya)


Untuk pengetahuan korang, arwah suami wak aku meninggal dunia akhir tahun lepas. Bermakna, ini tahun pertama keluarga wak aku beraya tanpa suami dan ayah. Aku sangat rapat dengan family mereka sebab rumah kami dekat saja dan dia betul-betul mirip arwah wan aku, seorang yang sangat memanjakan aku, baik dari rupa paras, kelakuan dan sikap serta gaya masakan.

Tiba-tiba aku jadi marah sebab kenapa lah radio nie sibuk-sibuk sangat awal-awal dah putar lagu raya ! Tapi, bila Ramadhan nak datang, tak ada pula nak buat hebahan besar-besaran. Sedangkan, Ramadhan adalah BULAN TERISTIMEWA dari bulan-bulan yang lain ! Semoga, wak aku tabah.

Peristiwa pagi itu, berlalu begitu saja selepas siap membeli barang dan pulang semula ke rumah. Petang pula, mak mengajak keluar mencari barang. Penat, tapi layankan saja mood mak aku tue.

Terawikh pula, jemaah semalam yang suka rapat dengan aku still kat sebelah aku. Hari nie, beliau okay saja. Aku pun tak ada lah tak kusyuk macam semalam. Dan malam nie juga, aku tiba-tiba tersentuh hati bila adik lelaki aku menjadi bilal. Allahu Akbar, aku terasa nak menangis mendengar suaranya. Aku terasa seperti, "sudah besar rupanya adik aku ni". Semoga dia menjadi seorang lelaki yang suka dengan masjid. Amin. Habis terawikh, aku menolong beberapa jemaah menyiapkan buah tangan (kurma, air dan sedikit kuih raya popia goreng *agaknya :P)

Moral Ramadhan 16 : Sesungguhnya, Ramadhan itu merupakan bulan yang paling mulia kerana di dalamnya terdapat banyak kelebihan yang tidak ditawarkan dalam bulan-bulan yang lainnya. Kedatangan Ramadhan sepatutnya diraikan secara besar-besaran dan gilang-gemilang menandakan kita sangat-sangat menantikannya. Kerana, kita tidak tahu, adakah lagi Ramadhan yang mendatang untuk kita temui.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...