Tuesday, September 28, 2010

aKu CuAk ??



Motif nak rasa cuak macam nie?


Hurm.. Sebenarnya, tak tau nak post entry aper. Tapi, bila buka blog, ader jer blogger-blogger yang tak kering gusi idea post entry baru yang power dan menarik. Jealous r plak. Kenapa idea-idea mereka seperti mencurah-curah ke ladang gandum? Eh, ada kena-mengena ker? Layan.. zasss..

Kembali ke jalan yang benar tajuk utama. Kenapa merasa cuak? Korang tak payah r nak ikut cuak sama baca entry nie. Saja jer kan aku ni bagi korang suspen. Hahahaha.. Tapi, aku sendiri pun suspen sangat kot bila benda nie jadi. Berdebar-debar jantung aku nie..



kenapa ada khemah depan rumah aku nie??

Mau nyer aku tak terkejut beruk bila tengok depan rumah aku ada khemah-khemah. Cam ada majlis je. Aku ingat saja nak buat surprise kat mak dan abah balik rumah di siang hari pada hari isnin. Tak pernah-pernah aku buat, so ingatkan nak r buat surprise. Biar dorang pelik, aku nie tak ada kelas ke? isnin pulak tue.. Tapi aku yang disurprisekan oleh mereka-mereka. Terkesima aku..

Ada orang datang merisik adik aku kah? Eh, mana boleh. Mesti r merisik aku. Aku??? Oh.. apakah??? Terlampau surprise plak mak abah aku nie. Sampai hati mak abah buat camni tau. Hubhubhub.. 

Masuk saja rumah, mak abah siap berbaju kurung dan berbaju melayu. Cantik-cantik nie nak pegi mana pulak? Huh.. musykil aku. 

Abah : Siap-siap. Tolong bancuh air. Kejap lagi tetamu sampai.

Nak siap apa pulak abah aku ni. Cam tau-tau je aku nak balik rumah. 

Abah macam perah santan perasan muka aku berubah. Konon-konon muka comel lote tak fahamlah. 

Abah : Kejap lagi kawan mak dengan kawan abah nak datang. Nie abah buat open house cam selalu. 

Pergh.. Mulalah aku terasa malu. Hahaha.. Nak kawin konon. Cam r ada orang nak. Poyo jer. 




sayang mak.. aku cakap kat mak yang mak dah chubby.. mak gelak jer.. huhu..
cendol dengan air laici.. sedap tue bila minum waktu tengah hari yang sangat sejuk panas..

ni lah kerja aku kat depan tv.. melantak sate.. :)



*nota kaki : jangan nak poyo-poyo yer.. hahaha.. perasan jer aku nie..


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, September 25, 2010

bapak TENSION !

BENGANG GILER!!!!

Kenapa tiba-tiba terasa ada orang masuk ceroboh blog aku nie?? dah dua kali jadi, aku nampak ada blog yang tak follow, tapi tak malu tanpa segan silunya ada terpampang kat entry blog yang aku follow.. geramnyer!!!



Then, bila nak follow blog lain, nama abdul azim mamat mana entah yang mencapap kat situ dengan gambar kartun yang tak berapa nak comel. Sangat bengang kot..


*mood : memang tak lama r hidup aman kau yang kurang ajar wahai penceroboh!!

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, September 24, 2010

giler !

Kenapa pulak tajuk entry aku nie giler???? musykil-musykil..

Aku pun tak tahu sama ada entry aku ader kena-mengena dengan tajuk nyer atau tak. Fikir sendirilah. Malam tadi kesian kat encik admin 100 penulis kerana terpaksa melayan soalan-soalan aku yang terlampau bagus. Hahaha.. Nampak sangat aku budak baru belajar. Aku rasa giler excited untuk post entry kat blog tue. Sampai termimpi-mimpi aku.

Bila aku usya blog-blog lain yang join 100 penulis tue, aku rasa sangat r rendah diri. Ye r, aku sangatlah tak hebat macam yang lain-lain. Aku rasa agak terkebelakang plak bila tengok blog-blog power penulis yang lain. Aduh, tunjuk ajarku sifu..

Oit.. satu setengah sudah. Ader kelas lah pulak.. Potong betul r.. Blogger yang join 100 penulis tue, kalau terbaca entry nie, bagilah support ye. Terima kasih, sudah kenyang.. Eh, silap. Terima kasih daun keladi, ada masa post entry lagi.. :)

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, September 20, 2010

70 !


hahaha..

ape kena dengan aku nie.. sibuk pulak dengan nombor 70.. giler bayang per..

entry nie just nak cakap, follower dah 70.. bukan bangga sangat pasal follower dah 70 (orang lain follower beribu pun tak kecoh kan.. malu je r..) tapi pasal follower ke 70 tu adalah junior aku.. yang comel lote.. peanad.. :)

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, September 19, 2010

PERGI ...


Jangan kau mengharap
Pada yang tak pasti...

Jangan kau menanti
Pada yang tiada di sisi...

Jangan kau tangisi
Pada yang tak mengerti...

Jangan kau cemburu
Pada yang bahagia...

Jangan kau simpati
Pada yang melukai...

Jangan kau halang...
Jangan kau halang...
Jangan kau halang...

Biarkan dia pergi
Pergi tak kembali lagi...

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, September 17, 2010

cikgu !

Gila penat kot sekarang nie.. baru jer sampai uamh lepas beraya umah sedara, dah wat entry... tapi, sebab cerita masih PANAS, tangan nie sibuk nak menaip.. hahahahaha.. dah gila ker aku nie, gelak besar-besar.. malu skit anak dara.. bujang-bujang tengok, cancel plan plak nak ngorat.. ader ker?? hehehe.. rasa sangat gembira bila dapat ambil gambar dengan cikgu sekolah rendah dulu.. lama kot tak jumpa.. 10 TAHUN!!.. pergh.. kalau ada anak, dah darjah 4 tue.. hihi..

Aku plak saja panaskan member-member sekolah rendah dengan 'mengupload' gambar tersebut di salah satu laman web sosial yang terkenal... facebook.. wakakakaka.. *gelak bangga diri..* memang tak dapat dinafikan, member-member cemburu tahan gaban.. :P

CIKGU GHAZALI.. antara cikgu aku yang paling garang, tapi hensom.. hehe.. tangan aku pernah bengkak seminggu sebab tak dapat jawab peribahasa yang entah, aku dan kawan-kawan lain tak pernah dengar.. kadang pelik-pelik bunyinyer.. apa-apa pun, sebab cikgu ni lah, BM aku POWER.. tue yang boleh jadi cikgu BM.. wah, over plak.. huhu..

Aku dan abang aku tak lepas peluang untuk snap gambar kenangan.. untuk panaskan hati kawan-kawan lama.. :))

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


abang aku bersama cikgu..
cikgu yang belah kanan yer kawan-kawan.. hahaha..
belah kiri tue abang aku..


giliran aku pula..
cam tak comel r plak..

* semoga kawan-kawan aku makin panas hati.. hahahaha.. suker 3x..

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, September 12, 2010

Sunat Hukumnya

..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & BATIN..


...senyuman di pagi raya bersama mak abah tercinta...


Apa yang sunat tu? Jangan fikir bukan-bukan tau.. Ni pasal pesanan dan peringatan yang abah sampaikan kat anak-anak, menantu dan cucu-cucu dia masa pagi raya.. Seperti raya sebelum-sebelum ni, abah mesti bagi sedikit ucapan dan peringatan untuk kami sebelum kami semua bermaafan antara satu sama lain. Antaranya...

" BERGEMBIRA DI HARI RAYA ADALAH SUNAT HUKUMNYA.. "

Bila dah tau, kena r amik berkat sunat tue.. Moga-moga diberi ganjaran pahala, insyaAllah.. Tahun nie, pagi raya sangat 'happening' sebab kakak dan abang beraya sama. Giliran dorg r tahun nie. tahun depan sunyi r balik.. Anak-anak buah tak ader nak meriuhkan suasana..

Gambar-gambar yang sempat di'snap' di pagi raya.. Tak banyak pun sebab masing-masing sibuk dengan budak kecik...


...Nur Airis Alisya...


...budak ni r yang wat raya tahun nie GILER happening...


..mak abah tercinta..


..keluarga Along..
..bukan Ah long tau.. hahaha..


..keluarga abg..
..bakal dapat anak buah lagi sorang aku tahun nie..


..3 dara pingitan.. hahaha..


...2 jejaka harapan keluarga...
..bajet macho r korg nie..


..tengok yg budak kecik tue tau.. bukan mamat spek poyo tue..
..budak paling agresif di dunia..
..penyeri keluarga..




:: mood : masih berhari raya.. :) ::

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, September 10, 2010

Syawal tiba, sayu rasanya

Sayu di hati secara tiba-tiba menjengah. Ramadhan pergi lagi. Harap dipinjamkan lagi usia pada ramadhan akan datang, agar dapat merasa tempias nikmatnya. Moga-moga ketemu malam lailatulqadar. Amin..

Berbicara sejenak ramadhan yang berlalu perlahan-lahan, buat terkenang memori lama. Di luar rumah, bergema dentuman mercun dan kilauan bunga api dimain anak-anak kecil. Teringat nostalgia lama. Nakal juga aku kecil-kecil dulu. Baru raya pertama, dengan berbaju kurung merah jambu, berlari keluar ke rumah arwah atuk dan arwah wan di belakang rumah yang hanya beberapa langkah jaraknya. Degil, tak mahu mendengar nasihat mak.

Mak : Ganti baju tue dulu, baru main di luar. Nanti kotor..

Nasihat mak sebelum aku ke luar rumah untuk bersama-sama yang lain bergembira bermain bunga api di hadapan rumah wan.

Keras kepala aku nie. Tak mahu mendengar nasihat. Terus berlari, duduk di beranda rumah wan, melihat yang lain bermain bunga api. Nak bermain sama, tapi pengecut. Tengok saja lah. Tanpa sedar, adik aku berlari ke arah aku dengan bunga api yang menyala. Cantik... Tapi tiba-tiba...

Aku : Panas.. panas.. (berlari sambil menangis..)

Baju rayaku terkena percikan bunga api, dan terbakar. Takut dan sakit tuhan sahaja yang tahu. Akibat degil, sekali saja aku merasa memakai baju itu. Kelakar bila diingat lagi. Sampai sekarang, tiba saja hari raya dan melihat budak-budak bermain bunga api, pasti teringat kembali. Fobia juga tak pernah hilang. Jangan sampai ada yang mengajak bermain bunga api. Tak mungkin aku terima pelawaan.. hahaha..

Kisah itu mungkin antara kenangan manis bila diingat kembali. Namun, ada kisah yang tak mungkin aku lupa sampai ke mati. Kalau dulu, rumah arwah wan, pasti aku pergi setiap kali ramadhan dan syawal, namun kini, aku seakan-akan cuba menghindar dari mendekati.

Arwah wan pergi ketika ramadhan. Arwah, insan yang paling aku sayang di dunia ini. Aku cucunya yang paling rapat. Setiap hari, ketika arwah masih ada, tak pernah tidak aku ke rumah itu. Kadang hanya untuk mengusiknya. Hahaha.. Saat yang paling indah dalam hidup aku, melihat senyuman darinya dengan sinar mata yang sarat penuh dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Sinar itu sudah tiada lagi kini.

Tiap kali ramadhan tiba, arwah antara insan paling sibuk. Di bangsal buruk belakang rumahnya, arwah menyiapkan segala persiapan membuat bahulu. Sedap sangat. Sampai sekarang aku tak lupa rasa bahulu tue.

Pernah satu syawal dahulu, aku punya baju raya sama dengan arwah. Hanya aku dan dia. Warna coklat, jalur-jalur. Cantik sangat. Aku tak pernah lupa rupa baju tue sehingga sekarang. Cucu-cucu yang lain semua tanya, kenapa hanya aku yang ada baju itu. Bangga sungguh aku menjawab,

Wan sayang aku...

Menyisir rambutnya yang putih dan membuat sanggul di kepalanya, memang hobi aku. Aku ingat lagi rupa sepit rambutnya. Pernah sekali, sepit rambutnya hilang. Arwah minta aku belikan yang baru. Aku pun beli ala-ala orang moden. Bila aku beri kt arwah..

Arwah : Cantik sangat ni. Wan tak pandai pakai.

Aku : Biar Ja pakaikan.

Selang sehari, bila aku ke rumah itu lagi..

Wan : Wan hadiahkan sepit rambut nie kt Ja r. Ja pakai lagi cantik.

Aku lihat di kepalanya, ada sepit baru. Mirip sepit rambut yang hilang. Arwah perasan air muka aku berubah.

Wan : Atuk belikan. Wan leh jer pakai yang Ja bagi, tapi kalau wan pakai nampak muda sangat. Segan..

Sebenarnya, boleh je arwah marah sebab aku salah beli sepit rambut. Tapi, arwah langsung tak pernah meninggi suara kat aku. Cara arwah tegur semuanya berhemah. Aku sayang arwah. Sangat-sangat...

Arwah sentiasa mengingatkan aku tentang solat dan mengaji. Pernah aku leka menonton tv. Dengan ayatnya yang mudah dan ringkas, sehingga sekarang aku ingat dan aku harap tak mungkin aku lupa sampai bila-bila...

"Solat 5 minit tak akan rugi pun kalau tak dapat tengok cerita kat tv tue.."

Aku selalu ponteng sekolah petang semata-mata nak ikut arwah ke surau belajar mengaji berlagu. Alhamdulillah, ilmu-ilmu tue aku guna dengan baik. Paling tak boleh aku lupa, arwah tak berapa lancar menulis. Setiap kali kelas agama dan mengaji arwah, semua nota arwah adalah tulisan aku. Aku rasa bersyukur sangat sebab tanpa aku sedar kini, sepanjang aku dengan arwah, banyak yang aku belajar walaupun aku terlalu mentah waktu itu.

Kini arwah sudah tiada. Aku bersyukur kerana dapat bersama sepanjang hayatnya. Setiap kali ramadhan, ingatan kepadanya tak pernah padam. Walaupun sudah 11 tahun arwah pergi, memori dengan arwah sentiasa segar dalam sanubari. Aku berharap, moga-moga tidur malam ini, aku bertemu lagi dengan senyuman dan jernih mukanya. Aku sangat rindukan arwah.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, September 6, 2010

Berkat oh berkat

al-kisah di suatu hari..
huhu.. cam citer dahulu-kala plak.. hehe..

kisah bermula dari pagi ahad yg nyaman.. dengan angin sepoi2 bahasa.. membuatkan mata susah nk dibuka.. yoler.. cuti lah katakan.. klu boleh nk tidur jer.. huhu..

tp, apakan daya.. mak abah dh plan hari nie nk wat 'munjung'.. org jawa tau r.. kira cam hantar berkat kt umh jiran2 n sedara2.. tau jer r klu wat berkat2 nie.. adoi ai.. lotih den..

dr semalam dh kopek kerang.. menu utama keluarga kami yg terkenal.. "RENDANG KERANG".. sedap sehingga menjilat jari... (mesti korg dh terliur kan.. eee..)

even aku nie alergi seafood, aku tetap bantai makan rendang nie time buka td.. dan akibatnyer..

"padan muka aku sekarang nie.. bintik2 di sana-sini di seluruh badan.."

xper, asalkan puas hati.. hehe..


ayam goreng rempah yg sungguh rangup.. kalah KFC..



sayur campur yang lemak berkrim disukai ramai..


ini dier... RENDANG KERANG istimewa.. i like..


hasil kerja keras kami sekeluarga..




kami mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN..


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, September 4, 2010

Ambillah Waktu...



Ambillah waktu untuk berfikir, 
Itu adalah sumber kekuatan..

Ambillah waktu untuk bermain,
Itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi..

Ambillah waktu untuk berdoa, 
Itu adalah sumber ketenangan..

Ambillah waktu untuk belajar,
Itu adalah sumber kebijaksanaan..

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
Itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan..

Ambillah waktu untuk bersahabat,
Itu adalah jalan menuju kebahagiaan..

Ambillah waktu untuk tertawa,
Itu adalah muzik yang menggetarkan hati..

Ambillah waktu untuk memberi,
Itu adalah membuat hidup terasa bererti..

Ambillah waktu untuk bekerja,
Itu adalah nilai keberhasilan..

Ambillah waktu untuk beramal,
Itu adalah kunci menuju syurga..


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...