Thursday, November 18, 2010

For BKT 8987

llham yang secara tiba-tiba muncul di waktu petang ketika kepala sedang penat menelaah pelajaran (skemanya ayat). Secara tiba-tiba aku teringat seseorang yang memperkenalkan aku dengan dunia blog ini. Semoga dia ada masa membaca entry aku ini. Khas buat dia.

Lewat petang saat sarat,
Hadir ilham tanpa diundang,
Memaksa jemari mengatur irama,
Lembut tapi garang,
Buat seorang teman.

Memori lama bertandang,
Sayup mengetuk jendela ingatan,
Tidak sengaja tanpa sedar,
Kenangan menari depan mata,
Membuat aku terbuai seketika.

Kau manusia mulia,
Kau manusia hebat,
Kau manusia berwibawa.

Kagum aku dengan sesuatu,
Kepunyaanmu yang bukan milikku,
Ego? Tamak?
Mungkin ya, mungkin tidak,
Aku sedar situasi,
Aku cuba memahami.

Memiliki atau mengingati?
Layakkah keduanya?
Atau tiada satu pun untukku jua?
Aku rela asal tidak hilang di pandangan mata,
Jua dengar khabar berita.

Biar memori lama jadi peneman,
Biar kenangan manis ku biar tersimpan,
Biar gelak tawa mu peneman kesunyian,
Biar namamu ku kenang-kenang.


*nota kaki: Buat insan istimewa. Pernah suatu ketika hadirmu benar-benar buat aku bahagia. Kau juga yang pernah menyuruh aku berkarya di sini. Aku teruskan ia agar bakatku tidak hilang ditelan masa.Terima kasih.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, November 15, 2010

Tolong, aku lemas !

Tolong.. tolong.. tolong..!!
Tapi perkataan tue sepatah haram tak terkeluar dari mulut aku. Yang terjadi time tue hanyalah air yang tak henti-henti masuk dalam hidung. Yakss.. Sakitnya, tuhan yang tahu. Huhuhu. Paling tragis, aku dapat lihat dengan jelas kaki aku tak dapat nak cecah lantai kolam renang kat pusat akuatik Shah Alam tue. Siot jer. Buat apalah dorang buat kolam tue dalam sangat sampai dua meter setengah!! Huh..

Lama juga aku belajar berenang ni. Sampai sengal-sengal kaki aku. Kenapa lah payah sangat nak pandai. Tension kepala aku bila tengok budak kecil dua tahun releks jer sengih depan aku berenang. Adoi. Tension! Kenapa lah kecil-kecil dulu mak ayah tak nak hantar kelas renang (Poyo lebih. Dulu penakut air. Kena air laut Pulau Pangkor, dah lari. Hahaha..)
Tak pe lah. Belajar pelan-pelan kayuh. Lama-lama pandai lah. Huhu. Adik aku yang ajar pun tension tengok aku cantik cuak dan gelabah bila dalam air. Huhu.


*nota kaki: nak belajar apa pun kena sabar. Tak ada satu benda dalam dunia nie, sekali belajar terus pandai. [mood sedapkan hati sendiri. hihi..]

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, November 11, 2010

KENAPA ABANG SELALU BULI AKU???

Entry ini khas untuk abang aku yang tersayang dan juga abang-abang yang mempunyai adik sekalian...

Kita copypaste dialog iklan digi kejap:

ADIK: Kenapa abang selalu buli aku?

ABANG: SEBAB AKU KAN ABANG!!!... hahaha...

Dear my abang,

Aku tulis entry ini untuk kau sebab aku rasa aku tau kenapa kau selalu buli aku. Yelah, kau kan lelaki, memang suka buli adik perempuan yang cantik lemah macam aku ni kan. Kenapa kau suka larang aku buat something tapi kau sendiri boleh buat? Cuba kau tengok balik apa yang kau dah buat tapi kau tak bagi aku buat. Suka hati kau je kan nak buli-buli aku yang comel lote lemah nie.

Masa kecil-kecil dulu, kau selalu cakap macam ni kan:

"Kau ni sibuklah! Aku nak pergi mana-mana pun kau nak ikut. Duduk je lah kat rumah. Tak payah pergi mana-mana."

Waa.. giler bengang aku time nie! Ada ke patut abang aku cakap kat aku cam ni. Cis! bedebah Bila aku nak keluar pergi mana-mana dengan kawan, kau tak bagi. Tapi, kau tu, pergi keluar tiap-tiap hari, lepak-lepak kat luar tak pe pula, sampai lewat malam pula tue.

Tapi, aku tau. Sebenarnya dalam hati, kau nak cakap camni:

"Abang tak nak kau keluar macam budak-budak perempuan lain kat luar sana tue. Kau tu perempuan, adik abang. Abang tak nak nanti kau jadi liar dan kena heret dengan jantan ntah apa-apa kat luar tu. Lagi pun perempuan tak elok selalu keluar. Bahaya. Dan abang tak kisahlah kau nak marah abang ke apa. Kau tak nampak lagi dunia luar tu macam mana. So, abang kena lah protect adik abang. Abang cakap macam tue sebab abang sayang kau. Kau kan adik abang."


Lepas tu ada lagi, masa sekolah menengah kau cakap macam ni:

"Kau jangan berani nak couple-couple. Kalau aku dapat tau, aku lempang kau. Dengan jantan tu aku lunyai-lunyai kan."

Aku pun jawab macam ni:

"Eh, mana ada!"
[hahaha... Sorry lah ek, dulu aku jahil lagi. Tak nak dengar cakap kau. Sebab tue aku still rassa kecewa kot sampai sekarang. Tak per, sekarang, aku dah dengar. Mungkinkah aku akan bahagia? Abang, carikan pengganti dia... T _ T]


Eleh kau. Punya lah marah kalau dapat tau aku couple. Kau tue, dulu playboy. Asyik cerita kat aku nama makwe baru kau. Apa nie? Sumpah takut tengok muka kau masa dapat tau tue. Break? Jangan harap lah. Aku takut je, tapi aku wat bodoh. Memang bodoh lah aku. Kenapa lah aku tak break dengan dia dari dulu. Hurm, nasi dah jadi bubur.

Tapi, aku tau, sebenarnya hati kau nak cakap macam nie:

"Abang bukan apa. Kau ni, jangan cepat sangat percaya laki nie. Diaorang semua bukannya boleh percaya. Abang ramai kawanlah. Abang tak nak lah adik abang pilih orang ntah apa-apa. Kau pun tengok abang pun kau dah tahu. Abang playboy. Abang tau kau kuat nangis. So, tak nak lah adik abang nangis sebab benda-benda bodoh macam ni. Abang tak nak lah adik abang sedih. Kau ingat abang suka ke ada lelaki lain gedik-gedik dengan kau. Dia orang tue semua tak boleh pakai. Kalau kau nak tau lelaki yang terbaik untuk jaga kau adalah aku. Hahaha. Ye lah, aku kan abang. Selagi kau tak kahwin, abang yang jaga kau tau tak!"


Ada lagi. Kau cakap macam ni:

"Wei, aku lapar ni. Kau masak cepat. Sedap-sedap tau. Jangan hangus pula. Aku nak air sekali. Kau letak ais banyak-banyak. Biar sejuk. Aku nak yang sedap-sedap punya."

Lepas dah kenyang melantak, boleh pulak kau cakap macam nie:

"Wei, pergi basuh pinggan tue. Jangan biar dapur sepah-sepah. Anak dara mana boleh malas-malas. Nanti tak ada orang nak kahwin dengan kau."

Wah, giler hebat bahasa kau. Ingat aku nie kuli batak kau ker apa? Memang panas hati aku masa tue. sedih giler aku rasa. Tapi, aku tau. Sebenarnya dalam hati, kau nak cakap macam ni:

"Adikku, abang sebenarnya nak latih kau jadi isteri mithali ni. Mana lah tau, nanti kau dapat husband yang suka suruh-suruh orang macam dia tu bos besar. Mana lah tau, dulu husband kau masa kecil-kecil, semua mak dia yang buatkan untuk dia sampai seluar kecil dia pun mak dia basuhkan. Sekurang-kurangnya, kau dah ready. Kan? Abang nak kau jadi isteri solehah dan ibu yang baik. Kan abang dah train kau cukup-cukup. See, abang sayang kau tau tak."


Kau cakap lagi kat aku:

"Kau tak payah nak kenal-kenal dengan kawan aku walaupun kawan-kawan aku hensem dan poyo. Aku tak suka kau kenal dia orang. Tapi, aku kenal kawan kau tak per. Sebab kawan dan kau cun-cun. Boleh aku try."

Kau ingat aku nak sangat ke kawan dengan kawan-kawan kau tue. Tak heranlah. Kawan-kawan aku dah ramai. Kau tu yang penyibuk nak usha kawan aku, nak try market. Tak malu ke?

Tapi, aku tau, kau sebenarnya nak cakap macam ni:

"Abang bukan apa. Kawan-kawan abang tu semua buas, rakus, kejam tak boleh pakai. Ntah apa-apa. Kau tue baik. Tak sesuai kawan dengan kawan abang. Dia orang tu pelik-pelik. Harap muka je. Perangai, haram. Abang nak protect kau. Abang harap kau faham, sebab aku kan abang."


Dan lagi, kau cakap macam nie:

"Kau ni kenapa ek? Selalu buat aku marah. Dah pergi blah!"

Eleh, kau ingat kau tu tak pernah buat aku marah ke? Eee, aku pun menyampah tengok muka kau!

Tapi, aku tau. Kau nak cakap macam ni sebenarnya:

"Abang nak kau biasa kena marah. So, nanti kau boleh face life kau tak kira apa pun yang berlaku. Kau tak tau lagi. Dunia ni macam mana. Memang kau dah besar. Tapi, bagi abang, kau still adik abang yang gedik dan manja macam budak kecil. Dan abang sayang gila kat kau. Mati pun abang sanggup. So, abang nak kau jadi kuat macam ironwoman. Hehe. Abang tak nak lah kau mudah sangat jatuh tangga. Pastu, tak boleh bangun. Ye lah, abang jahat dengan kau sebab abang nak kau jadi budak baik. Jangan risau, kau baik sangat. Abang buat kau macam nie sebab abang harap nanti bila abang dah tak boleh jaga kau, kau tau macam mana nak jaga diri sendiri. Sorry lah abang selalu buli kau. Tapi, tangungjawab abang besar. Sampai mati pun dosa kau abang tanggung. So, jadilah perempuan terbaik. Sebab nanti kau boleh tarik abang masuk syurga. Aku kan abang kau."

Wah, macam nie rupanya abang aku. Baik sungguh hatinya. Aku sayang abang aku.


Sekarang ni pula, ada satu benda yang tak kan boleh aku lupa. Mungkin sampai bila-bila, benda nie akan aku ingat dan ia pasti akan terus berulang selagi mana aku bergelar 'driver'. 

Tiap kali aku call, mesti kau cakap macam nie:

"Kenapa pula kali nie? Apa lagi yang rosak? Kau nie tak ada kerja lain ker? Kerja asyik nak rosakkan kereta jer. Aku buka jer box aku, RM50 ok. Tak ada tawar-menawar. Lain kali jalan kaki je."

Hahaha. Aku tak tahu lah. Kenapa aku nie tak faham-faham pasal kereta. Tapi, kau memang membuktikan kau memang abang dan sayang kat aku bila kau sanggup cari aku dan kereta aku tau walaupun aku tak tahu nak bagi tahu kat kau direction di manakah aku berada. Dalam terik mentari, hujan lebat, malam gelita, kau tetap sanggup buat semuanya untuk aku supaya aku boleh drive ke mana-mana dengan selamat. Aku tahu, dalam hati, kau cakap macam nie:

"Bilalah kau nak tau pasal problem kereta ni. Risau aku macam ni. Kalau aku tak ada, siapa yang nak tolong kau. Kawan-kawan nie kadang ada time senang je. Bila susah, semua hilang. Belajar sikit-sikit. Lama-lama pandai. Bukan abang tak nak tolong, tapi abang nak kau tahu apa yang nak dibuat bila kecemasan."

Sayu hati aku bila aku tahu kau sayang kat aku. Aku akan berusaha untuk belajar sikit pasal kereta. Terima kasih abang.


Buat semua abang-abang yang ada adik perempuan di luar sana, jagalah adik kamu baik-baik macam abang aku [walau pun aku selalu sakit hati dengan dia]. Dan kepada semua adik-adik perempuan macam aku, kita sangat  beruntung dan bertuah sebab kita ada abang. Percayalah, walau macam mana pun mereka, mereka akan protect kita sebaik-baiknya. Sehinggalah mereka rasa ada orang yang sesuai untuk protect kita. Hanya abang yang sudah nipis iman di dadanya sahaja yang sanggup melakukan perkara yang terkutuk dan hina kepada adik mereka. Jadi, sayangilah abang anda.


*Dedicate for the only one my beloved bro, Mohd Faiz bin Mohammed Ashaari. Dirimu tiada galang gantinya.


Bersama permata hati tersayang, Nur Airis Alisha bt Mohd Faiz

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, November 8, 2010

semua nak kawin

Semua orang nak kawin. Aku pun nak kawin juga. Tension pulak kepala nie bila tengok sorang-sorang member naik pelamin. Sedara-sedara pun dah bunyi-bunyi juga, tanya bila giliran. Adoi, soalan panas + pedas. Tolong jawab sikit. Huhu..

Entry nie bukan nak bebel pasal sedara tanya bila nak kawin. Tapi nak tunjuk kat blogger yang baca entry nie pasal kawan aku (kedua-dua mempelai) bersatu dengan ikatan yang suci. Aduh, touching siot. Yang bestnya, kami semua berkenalan dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Best sangatlah bila ahli nie bersatu. 

Malas nak citer banyak, kita layan gambar.

















Mempelai memilih tema minang. Cantik sangat dan sangat meriah. Aku doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..

*Nota kaki: Cepat-cepatlah jodoh aku sampai. Cam desperate plak. Huhu..

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

pertama kali beb !

Hahaha.. Gile nak expose. Blog lain dapat tak kecoh mana pun. Tak peduli, nak juga. Hahaha.. Ambik nie..


Iklan kat header..


Dua iklan tue.. 

Pertama kali cipta sejarah pulak blog aku ni dapat tiga iklan serentak yang berkelip-kelip buat mata aku terkujat terkejut. Selama ini, satu atau dua jer yg berfungsi diberi iklan. Hahahaha. 

*nota kaki: saja nak riak sikit hiburkan hati. Hihi..


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, November 6, 2010

cempaka berbunga

Bagaikan permata 
Kau anugerah dari Yang Kuasa
Seharusnya dirimu dijaga
Namun jua kau dipersia...

Insan terlupa
Dunia ini hanya sementara
Hadirmu untuk seketika
Setelah mekar kan layu jua...

Usai sudah belaian manja
Hilai dan tawa
Dirimu dibiar melara
Tiada lagi cinta dan sayang...

Dan kini mekarlah bunga
Dirimu ku pastikan terbela
Walaupun kemarau melanda
Sampai masanya cempaka berbunga...


Lagu ni memberi aku kesedaran yang banyak. Mungkin sekarang aku dipersia oleh insan-insan yang terlupa bahawa dunia ini hanya sementara. Walaupun aku terasa hati, ada juga sebenarnya mereka-mereka yang tanpa aku sedari dianugerahkan oleh Ilahi untuk membahagiakan aku. Terima kasih sahabat. Walau kau jauh, tapi engkaulah yang sentiasa ada dan dekat denganku walau apa yang melanda.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...