Sunday, August 29, 2010

terima aku apa adanya


aku sentiasa berdoa semoga kau mampu menerima aku apa adanya aku...


mungkin aku bukan bidadari di matamu,
namun aku cuba menjadi permaisuri seumur hidupmu..

mungkin aku bukan seindah bunga,
namun aku cuba sesegar apa adanya..

mungkin aku bukan idaman semua,
namun aku cuba jadi kebanggaan kekanda..

mungkin aku wanita biasa, bukan sesiapa,
namun aku cuba beri kau bahagia, dunia dan syurga...





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, August 24, 2010

.: hujan di mata gadis gerimis :.

malam ini aku menangis lagi,

bersaksikan selerakan kerja yang menimbun banyaknya..


malam ini aku menangis lagi,

kerana dia,

lelaki yang bukan sapa-sapa..


malam ini mata gadis gerimis turun hujan dengan lebatnya,

tiada siapa mampu jadi penawar,

tiada siapa mampu memujuk,

tiada siapa bisa merasa,

sepertiku, gadis gerimis, gadis biasa..


malam ini aku menangis lagi,

moga-moga ada hikmah di sebaliknya..



* kawan-kawan blogger yg dikasihi semua, doakan semoga aku bahagia tanpa duka..

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, August 21, 2010

kisah 1 hari di bulan Ramadhan ~~

al-kisah nak dijadikan cerita...
kalau perasan, langsung xder post aku pasal ramadhan kecuali puisi (yang aku dok karang dalam kelas.. sangat bosan time tue...) dan juga kisah sehari sebelum Ramadhan.

kali nie, nk kongsi citer skit..
hari nie, aku balik umah cam biasa utk cuti sabtu ahad lepas habis kelas pagi tadi. nak dijadikan citer, dok sibuk layan blog, anak buah aku yang comel lote, Amera Raudhah bt Rohaizan, masuk ke bilik dan berkata,

"acik.. nenek suruh gi econsave... adik nak ikut.."

wah.. dia plak sibuk meng'offer' diri utk follow sama.. (sambil2 tarik2 hujung baju aku, takut kena tinggal.. hahaha..)

rupanyer2, kakak aku yang tengah pregnant anak ke-3 tue mengidam nak makan anggur.. sian dier.. mak aku pun pesan beli anggur dan kuih skit utk berbuka..

di econsave, buah yang dicari xder.. kempunan r kakak aku.. aku beli r buah belimbing dan epal merah.. tue pun, dier call ckp dh xder, xper r.. ank buah aku sibuk merengek, penat jalan, nak nek troli.. tapi, xnak plak duduk. nak berdiri..


nie r rupa dier biler berdiri kat troli..

habis berbelanja kat econsave, teringat plak kuih yang mak pesan.. alang2 xpernah g bazar kat sni, aku pun saja r g usyar.. kot2 der kuih yang berkenan di hati.. der r 3 jenis yang aku beli.. tapi, xtau nama.. 1jenis kuih dah habis dimakan sebelum sempat pic di snap.. huhu..


huhu.. cam sedap jer kan.. :P

sebelum habis berjalan kat bazar tue, anak buah aku dh merengek..

"penatnyer.. lama sangat beli kuih.. acik.. adik nak soya.. haus.."

sian aku dengar anak buah aku sorg nie kehausan.. puas r mencari 1 bazar air soya yang diidam-idamkan tue.. akhirnyer, dah dekat hujung bazar, br jumpa.. nampak sangat dia haus, sampai jalan pun dah xtengok kiri kanan.. sumer dilanggar..


jalan laju jer.. tertinggal plak aku kat belakang..








*perasaan : rasa happy plak hari nie dok melayang anak buah yang petah berkata2.. * _ *


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, August 20, 2010

Butiran bicara sukar dari insan bergelar AYAH


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya, akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya, lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?


Mungkin dulu sewaktu kamu kecil...

Ibulah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahawa sekembalinya ayah dari bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil, ayah biasanya mengajari puteri kecilnya naik basikal. Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu dibasikalmu. Kemudian, ibu bilang,

"Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.

Tapi, sedarkah dikau? Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan saksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas,

"Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang".

Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit, ayahlah yang terlalu khuatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata,

"Sudah diberitahu, kamu jangan minum air sejuk!".

Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu.

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja...

Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan, "Tidak boleh!". Tahukah kamu, bahawa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat-sangat luar biasa berharga. Setelah itu, kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu.

Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kamu, bahawa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, bahawa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu.

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu, ayah akan memasang wajah paling cool sedunia. :) Ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu. Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya. Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut-larut, ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam, hati ayah akan mengeras dan memarahimu. Sedarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang sangat ditakuti ayah akan segera datang?

"Bahawa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya!!"


Setelah lulus SPM...

Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata-mata hanya karana memikirkan masa depanmu nanti. Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa...

Dan kamu harus pergi kuliah di kota lain. Ayah harus melepaskanmu di bandar. Tahukah kamu bahawa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini, itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu sambil berkata,

"Jaga dirimu baik-baik ya sayang".

Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT... kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan.

Kata-kata yang keluar dari mulut ayah adalah,

"Tidak... Tidak boleh!"

Padahal dalam batin ayah, ia sangat ingin mengatakan,

"Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".

Tahukah kamu bahawa pada saat itu ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana...

Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecil"nya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang.

Sampai saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya...

Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin. Kerana ayah tahu, bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya...

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang lelaki yang dianggapnya mampu menggantikannya, ayah pun tersenyum bahagia. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu, ayah pergi ke belakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karana ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa... Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata,

"Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik. Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama suaminya. Rahmatilah kehidupan mereka, Ya Allah..."

Setelah itu ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang telah dan semakin memutih, dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya, ayah telah menyelesaikan tugasnya.

Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita... Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis, dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahawa "KAMU MAMPU" dalam segala hal...

*nota ini dikongsi bersama teman bernama IMAN.. terima kasih kerana sudi berkongsi.. ketahuilah bahawa ayah kita satu-satunya insan yang banyak berkorban untuk kita selain daripada ibu..

DEDIKASI KEPADA ABAH TERCINTA, MOHAMMED ASHAARI BIN BERO..
semoga sentiasa beroleh kebahagian di dunia dan akhirat..manjer sayang abah sangat-sangat.. terima kasih atas segalanya..


wallahu a'alam..

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, August 19, 2010

“TANDA 100 HARI SEBELUM MATI”

“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

“TANDA 40 HARI”

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang, tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

“TANDA 7 HARI”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

“TANDA 3 HARI”

Pada ketika ini, akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

“TANDA 1 HARI”

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun, di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

“TANDA AKHIR”

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahu'alam.


pesanan : bersamalah kita mengambil iktibar dan bersiap sedia. masa itu kita pasti akan tiba..

* diambil daripada Hazriq Hasan, ditulis pada, Rabu, June 9, 2010 pada 2:10am



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, August 15, 2010

Suami Mithali Idaman Isteri Solehah



Adaptasi artikel dari seseorang bergelar SUAMI

Lebih kurang 3 minggu yang lepas, saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, "mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawa dia jumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung 2 bulan. Emmm... saya dah agak dah. Maka, bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luar sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al-Quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.

Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharap. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah di luar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkannya.

Saya bercerita kepadanya tentang ALLAH, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar e-mail dan bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda ,kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat dan banyak bersabar. 
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.


5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya". Jawab bapa Imam Abu Hanifah, "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin di sisi isteri hingga dia terlelap.

Saya ke halaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil, semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput. Sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya, akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, InsyAllah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya.

Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah Ilahi. Pesan guruku, air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. InsyAllah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...