Monday, July 8, 2013

Resepi Biscuit Cheese @ Cheesecuit

Menjelang Ramadhan ni, aku nak kongsi resepi sangat mudah sampai menjilat jari tak payah nak bakar bagai yang telah menjadi fenomena terhangat. Makanya, lepas resepi lasagna encik suami dulu, bertambahlah lagi entry resepi dalam blog aku ni. Hahaha, macam tak percaya ada entry macam ni. Adakah ini fenomena emak-emak? Sangat ~~

Jom kita tengok macam mana nak buat Biscuit Cheese atau Cheesecuit ni.


Bahan-bahan


1. Biskut Hup Seng Deluxe Crackers Original
2. Cream Cheese 250gm
3. Susu pekat setengah tin
4. Fresh milk 2-3 sudu ikut suka
*Apa-apa jenama lain untuk bahan-bahan ni adalah boleh saja ikut jenama mana yang ada dijual di pasaraya berdekatan anda. Tak ada masalah punya. Tapi, kalau tak jadi, jangan salahkan aku. Hohoho.

Cara membuat


1. Pukul cream cheese, susu pekat dan fresh milk guna mixer. Disebabkan i is malas nak mencari mixer dalam kotak, aku guna blender saja. Lagi cepat, mudah dan senang. Make sure kelikatan cheese ni sesedap rasa. Tak cair tak pekat. Kalau suka manis, tambah susu pekat.

*Dah siap campuran, letak tepi dulu.


2. Masukkan susu segar sikit dalam mangkuk.
3. Celupkan biskut dalam susu segar. BUKAN RENDAM, celup sahaja.
4. Susun biskut dalam bekas.


5. Dah susun biskut, layerkan dengan campuran cheese tadi. Tak perlu tebal-tebal. Cukup sekadar untuk lekatkan layer biskut yang seterusnya.

*Ulang langkah 3 hingga 5 sehingga biskut habis.


6. Jadikan lebihan cheese sebagai topping biscuit cheese anda. Boleh juga kalau nak buat topping pelbagai. Terpulang.

Siap sudah. Resepi yang ringkas dan sangat menyelerakan.

Kredit to nadt



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

20 comments:

Masya said...

teringin nak buat.. tp bab kene celup satu² tu yg maleh .. tak boleh remdam semua sekali ker?? hahaha... pemalas btlkan...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. cayalah za. nampak sedap tu. cheese fav sheila. hehe sheila nak try buat lasagna resepi za this week. hehe za bakal jadi mak2 kan. harus ada entri masak2. hihihi :)

DYatie ABakar said...

Kte pn ad wat. X sempat nak tepel kt blog lgi. HewHewHew

humble.yat said...

wah sana sini update cheesekut..
tapi tak minat cheese la plak..huhu
tapi cheese ni mmg namapk sedap.adik2 yt confirm suka..nnti suruh diaorg try lah resipi ni..

thanks for sharing...:-)

Unknown said...

fenomena cheesekut tlh melanda mak2 skrg nie...hehe

Mila Ahmad said...

Ramai dah blogger buat macamni jugak.

nuha ahmad said...

wah. i loikeee tau hihi tenx akak ;)

::EIDA:: said...

waaaa. ida nk buat!!!! hehehehhe

Mek Onie said...

senang yang amatkan :D

cha said...

i tengok lately ni mcm fenomena plak orang buat cheesekut ni u huhu. i boleh buat tapi untuk husband i la. dia suka la anything with cheese and susu ni. i tak suka huhu >.<

lama tak dtg blog i :(((

Marlina Mohtar said...

mudah sangat tu. In shaa Allah nak cuba lah resepi ni nanti

- AZIE - said...

sedap pulak nmpk..

ibuhebat said...

resepi harus cuba ni. bdk2 mesti suka. :)

Puan Ida said...

Salam
ehm besnye
sennag nak buat
boleh test gi ni kan
ai say ida newbies blogger
saya baru follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com

Mimie said...

sedapnye...nyum nyum nyum

Wawa said...

makan seslice je...pastu takleh masuk lg dah...hahaha...sebaik la daddy naila gile cheese...die je perabih makan...hihi

merahitujambu said...

baru buat ritu dear =)

Cik PirOm said...

nmpk sedap! share resipi ye.. TQ :)

Unknown said...

Nak tanya. Kalau dibiar kan di luar boleh tahan berapa lama?? Maaf bertanya.

Unknown said...

Nak tanya. Kalau dibiar kan di luar boleh tahan berapa lama?? Maaf bertanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...