Thursday, August 1, 2013

Cara mengatasi sembelit

Gamaknya aku memang nak buat rekod sebulan sekali je kot update blog. Pfft. Dasar pemalas. Bila dah sebulan tak update, memang nampak sangat aku tak wish pun SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua rakan blogger. Hari ni baru berkesempatan. Terimalah ucapan itu dengan setulus hatinya.

Kalau dulu masa aku anak dara, bila tiba Ramadhan je, aku rajin cerita hari-hari yang aku lalui. Tahun ni, memang tak ada langsung cerita pasal bulan Ramadhan dalam blog aku. Setiap kali nak post something, aku selalu terfikir, bagi manfaat ke tak post aku ni bila orang baca. Huh, adakah pemikiran aku dah semakin tua?

Berbalik kepada tajuk. Sembelit ni memang masalah universal. Perempuan, lelaki, muda atau tua, dan kadang budak-budak pun biasa kena kalau tak jaga makan dan minum. Kena rawat elok-elok sebab ni salah satu punca boleh jadi kanser usus.

Sebenarnya, aku dulu pun dalam kategori ni juga. Sembelit memanjang. Nak membuang tu punyalah azab. Kadang dua tiga hari sekali baru dapat membuang. Bila tak membuang, kepala sakit sebab angin naik kepala satu lah, lagi satu stress fikir kenapa tak berak. Mampu? Sampai satu tahap, aku dengan kawan baik aku sorang ni time belajar dulu, cari solution yang mampu buat kitaorang membuang dengan jayanya bila dah rasa tak tahan. Bila ingat balik, macam apa je. Cerita macam kotor sikit. Hahaha.

Tiap kali salah sorang dari kitaorang keluar beli barang kat Giant PJ tu, mesti mesej, "yunk, stok nak membuang ada lagi tak. Kalau habis, aku kat giant ni. Nak order tak?". Sampai tahap macam tu sekali caring kitaorang aku cakap kau. Kau tahu, apa 'barang baik' tu?


Yakult! kredit kat encik google. Memang berkesan bagi pelajar dan orang-orang yang kurang berkemampuan macam kitaorang masa tu. Tidaklah on the spot kau boleh berak, tapi at least setelah beberapa ketika, mampulah membuang dengan jayanya tanpa perlu meneran. Memori sungguh. Lagi-lagi bila time puasa kat hostel tu. Meroyan kalau stok habis. Buka puasa minum yakult. Kau ada?

Alhamdulillah, sekarang dah berkemampuan sikit, Dan rupa-rupanya banyak je produk kat pasaran tu yang boleh nak atasi sembelit. Sangat hulu aku rasa bila dulu aku tak tahu pasal produk yang dah nak 10 tahun dalam pasaran. Dengan keadaan berbadan dua ni, lagi senang sembelit. Tambah pula bila berpuasa. Tapi, bila aku dengan kawan aku guna produk ni, alhamdulillah, sembelit langsung dah tak menghantui kepala otak kitaorang. Rasa sangat best bila hari-hari dapat membuang dengan jayanya tanpa perlu meneran. Hahaha.


Apa yang bagusnya pasal Excel Tea keluaran SNE Marketing ni? Pasal bahan-bahan dia. Walaupun nama dia Excel 'Tea', tapi dia bukanlah macam teh-teh yang biasa kita minum, yang boleh buat angin satu perut sampai kembung-kembung. Macam aku sendiri pun, bila mengandung ni tak digalakkan minum kafein. Tapi, excel tea ni langsung tak ada kafein sebab bahan-bahan dia sangat elok untuk badan macam aloe vera. Serius, lepas aku minum teh ni, aku tak ada masalah untuk membuang. Alhamdulillah. Aku sangat puas hati dengan produk ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal produk ni, apa bahan dia, apa yang dia boleh bagi kat badan korang, boleh klik link ni :


Now, ada promotion. Semua pembelian adalah dengan harga ahli. Aku promote produk ni sebab produk ni bagus kat aku. Untuk kau, aku tak tahu. Based on testimoni, ramai yang cakap memang produk ni 'barang baik'. Tapi, aku paling menyampah kalau orang dah sakit bertahun-tahun, bajet boleh baik bila guna produk kesihatan sepeket dua. Fikir secara realistik. Kau makan ubat yang doktor bagi pun belum tentu kau sembuh. Semuanya kena doa, usaha dan tawakkal. Lain-lain serah kat DIA.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...