Tuesday, May 27, 2014

Dapat Beg Percuma

Assalamualaikum semua. Aku teruja buat entry ni. Gaya dah macam duta Drypers pun ada. Aku up entry ni tak dibayar apa-apa pun, sekadar berkongsi benda free. Sebab orang Malaysiakan memang ramai yang suka benda free. Kan?

Al-kisah semalam, tengah lepak-lepak layan Darwish, adik aku ketuk pintu bilik. Macam biasa, kalau tengah hari, petang pukul 2 macam tu adik aku bagi surat yang dia ambil kat peti surat. Tup-tup, besar gedabak sampul ni. Eh, dari Drypers lagi? Dapat lampin lagi ke?



Sekali buka sampul, ololololo comelnya beg ladybird. Bertambah koleksi beg si Darwish ni. Bolehlah buat isi lampin kalau keluar pergi jalan-jalan. Tak payah kacau beg mama. Kedekut mama ni. Hahaha.





Macam mana nak dapatkan beg comel yang percuma ni? Boleh refer entry aku sebelum ni. Malas nak cari? Tak pe, aku faham kemalasan tu. Ni aku bagi link. Baik aku ni. Hahaha.



Entry tu aku buat lepas dapat lampin pakai buang free dari Drypers. Tak tahu pula akan dapat beg ni. Dan aku pun tak sure kalau korang daftar nanti, korang pun akan dapat beg ni tau. Sebab seingat aku kat web tu, dia mention pasal lampin je. Tapi, mana tahukan. Kalau dah rezeki, kau pun dapat sama. Kalau tak dapat, jangan marah aku plak. Dan lagi, lampin dan beg tak datang sekali di hari dan bungkusan yang sama. Gitu.






+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, May 23, 2014

Dapat Lampin Pakai Buang Percuma

Assalamualaikum semua mak-mak. Kenapa mak-mak? Haruslah sebab part lampin percuma ni mak-mak yang terujakan. Kalau ada bapak-bapak yang teruja juga, baguslah tu. 



Darwish pengguna tegar Drypers. Idok le tegar mana, tapi so far Darwish stay pakai Dypers sejak habis pantang lebih kurang macam tu. Pernah try lampin lain macam Fitti, Huggies dan Mamy Poko, tapi atas sebab tertentu, Drypers jua yang berkenan di hati.

Sample ni aku dapat sebab daftarkan Darwish jadi ahli. Senang je nak daftar. Tak payah susah-susah pergi booth mana-mana. Sekarang pun boleh. Semua di hujung jari anda. Yang penting, anda mempunyai anak. Yang tengah mengandung tu, sabar-sabar sikit. Meletup nanti, isi borang cepat-cepat.

Pergi ke www.drypers.com.my (KLIK).

Tekan dekat sign up to be member now, kat kiri tu. 



Akan keluar macam ni. So isilah details anda semua.


Dah habis tu, bolehlah ke page awal tadi, tekan pula kat kiri bawah tu want a free sample? Pilih mana berkenan. 


Dah settle kat web tu, buka emel korang untuk sahkan alamat dan sebagainya. Aku pun dah tak berapa nak ingat. Lepas tu, tunggulah depan pintu rumah. InsyaAllah sampai.


Tapi, kau jangan ingat sample tu datang kat rumah kau satu pek 80 keping saiz M macam selalu kau beli. Aku tulis 80 keping saiz M sebab Darwish guna yang tu. Saiz lain aku tak tahu ada berapa keping. Aci tak? Hahaha. Sample tu ada 4 keping je. Free kan, so tak payah banyak bunyi. Bukan kena bayar pun. Lepaslah stok untuk sehari ye dak?





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, May 17, 2014

Domain Baru

Assalamualaikum semua. Maka, rasmilah domain baru bagi blog aku sejak beberapa hari yang lepas kalau korang perasan. Kalau perasanlah. Dari www.senyumangadisgerimis.blogspot.com kepada www.iezaashaari.com. Alhamdulillah, ia mendapat sokongan sepenuhnya daripada encik suami.


Url blog lama akan kekal dalam ingatan. Kekal dalam lipatan sejarah hidup aku sejak blog ditubuhkan. Aku bangga dengan url lama tu. Sayang dan fikir banyak kali juga untuk tukar. Disebabkan aku nak refresh balik mood berblog dan juga nak tunjuk imej lebih dewasa, maka aku tukar. Harapnya kekal elok dan memberi rezeki yang lebih melimpah ruah insyaAllah.

Dengan itu juga, header tu aku kasi modified sikit. Tak banyak pun. Tak cukup hebat bab design mengedit ni. Lama dah tinggal, so ini sahaja yang mampu aku buat. Alhamdulillah.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, May 14, 2014

U-Cafe | Menu Sedap Harga Berpatutan

Assalamualaikum. Entry sebelum ni, aku dah buat teaser pasal U-Cafe. Kali ni, aku nak show off sikit apa menu yang dihidangkan kepada kami masa food review hari tu. Moh leh kita terjah. Sebelum tu, tepek muka encik suami dengan Darwish kenyang dapat makan, walaupun Darwish cuma dapat tengok makanan je. Kesian anak mama dengan ayah ni. Lol.


Sebelum makan, pilih air minum dulu. Aku pilih Fresh Lemon Honey Drink, dan encik suami pilih Lemonade Ocean. Sampai je air kat meja, aku sempat cakap, "wow air dia!". Encik suami senyum angkat kening.


Fresh Lemon Honey Drink | RM7.90
Lemonade Ocean | RM8.90
Selesai je serba sedikit penerangan, maka sesi menjamu selera bermula. Masa ni, blogger Liza yang duduk sebelah aku boleh cakap, "lapar ni. Pagi tadi saja makan sikit sebab nak datang food review ni". Nampak tak, ayat tu je dah boleh buat aku tak sabar nak melantak makanan.

Cerita banyak pun tak guna. Meh tengok makanan yang dihidangkan kepada kami. Hidangan dimulakan dengan makanan western style. Aku suka sangat sebab favourite aku. 


Combo Platter | RM26.90
Popcorn Chicken Green Salad | RM14.90
Spaghetti Aglio-Olio with Seafood | RM26
Salmon Fillet | RM39.90
Classic Chicken Carbonara | RM18.90
Settle western style, masuk pula hidangan tempatan, asia style. Ikut dan aku je nak bagi nama apa, asalkan korang faham. Faham ke? Tak faham, meh aku belanja gambar.

Nasi Bonjori | RM13
Nasi Lemak | RM13.90
Fried Rice in Japanese Style | RM17.90
Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop | RM17.90
Stir Stemed Chicken with Three Cups Sauce | RM20.90
Fried Prawn with Salted Egg-Yolk (big) | RM38.90
Fried Prawn with Salted Egg-Yolk & Season Vegetables in Yam Basket Rice | RM20.90
Fried Kailan with Salted Fish | RM13.90
Settle makanan asia, terus je kami dihidangkan dengan makanan yang lebih bercirikan malaysia. Part ni, encik suami suka.

Penang Curry Laksa | RM13.90
Penang Char Kway Teow | RM10.90
Pan Fried Kway Teow with Beef | RM10.90
Fried Vermicelli with Sambal Sauce & Mussel | RM17.90
Stir Fried Glass Noodles with Soft Shell Crab | RM17.9O
Kredit kepada saudara Jamar (www.jmr23.com) untuk gambar makanan yang aku tak dan nak snap. Ada masa aku suap Darwish makan makanan dia sebab dah timing dia makan. Ada masa sebab tidurkan Darwish kejap sebab mata dia dah layu.

Macam mana? Terliur tak dengan menu yang dihidangkan? Ini belum semua menu tau. Kalau rasa nak try boleh singgah kat

U-Cafe,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue, 
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kalau ada nak tanya apa-apa ke, nak buat tempahan ke, bolehlah contact nombor ni ye:

Rachael Chin : 019 3133668 
U-Cafe Wangsa Walk Mall : 03-41319686 
Facebook : U-Cafe

Tepek sikit muka family puan blog yang sudah kenyang. Terima kasih U-Cafe atas layanan mesra anda.





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, May 8, 2014

U-Cafe | Tempat Makan Sedap di Wangsa Walk Mall


Assalamualaikum semua. Kali ni, aku nak share kat korang satu tempat makan yang best dan semestinya sedap kat Wangsa Walk Mall. Biasa kalau jalan-jalan mall, mesti makan fastfoodkan, tapi cuba kalau pergi Wangsa Walk Mall, korang terjah tempat ni, U-Cafe.

U-Cafe,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue, 
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Aku tak sendiri pergi makan ni. Selain bersama encik suami dan Darwish, aku dijemput, eh, aku nak ikut sebenarnya blogger-blogger buat food review ni. I olls tak glamour, so kenalah ikut blogger hebat. Ramai yang join dan mostly first time aku jumpa. Masing-masing peramah baik-baik belaka.



Suasana kat sini pun selesa. Ada indoor dengan outdoor dah macam nak photoshoot pulakan. Indoor macam biasa ada aircond, boleh feeling-feeling romantika de amor. Yang kat luar jangan risau, walaupun tak ada aircond, anda tak dibiarkan kepanasan, still ada kipas. Yang smoking, boleh duduk lepak dekat area luar. U-cafe ni 2 tingkat. So, boleh pilih. Kalau kau rasa rendah, naik tingkat atas, boleh jadi tinggi. Gitu. Si Darwish pun sampai layan mata sebab suasana yang menyamankan melayan mata yang hampir terlelap.


Harga makanan kat sini pun bagi aku reasonable dengan portion yang ditawarkan. Food presentation pun terbaik bak hang. Macam makan kat hotel aku rasa. So, kalau rasa nak feeling makan hotel, tapi nak harga mampu milik, meh datang makan kat U-Cafe ni.

Kali ni aku bagi teaser makanan je dulu. Next entry aku bagi korang lapar mata tengok makanan sedap-sedap dari U-Cafe ni. Tunggu.


Kalau ada nak tanya apa-apa ke, nak buat tempahan ke, bolehlah contact nombor ni ye:

Rachael Chin : 019 3133668 
U-Cafe Wangsa Walk Mall : 03-41319686 
Facebook : U-Cafe



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...