Tuesday, June 17, 2014

Hippopo Baby Spa & Wellness Malaysia

Assalamualaikum. Cerita semalam. Few of my friends tanya dekat facebook dan instagram, kat mana bawa Darwish berenang. Maaf tak dan balas semalam sebab melayan Darwish dan akhirnya tertidur, gaya dah macam aku yang penat berenang. I feel you baby. Hahaha.

Korang yang nak bawa baby pergi ‘kenal air‘, Hippopo Baby Spa & Wellness ni sangat-sangat sesuai. Sebabnya, air mandi dalam tab tu tak sejuk macam dalam pool, tak ada klorin dan bersih, ahli fisio yang sangat ceria dan berkelulusan, so tak payah risau baby lemas ke pe, kau boleh tangkap gambar banyak-banyak. Gitu.


Sekarang ada promosi opening cawangan ketiga dorang kat Puchong. Aku dengan encik suami bawa Darwish kat sini. Tapi, kena ingat! Promo ini avail untuk weekday sahaja dan HINGGA HUJUNG JUN NI SAHAJA! So, siapa-siapa yang nak bawa baby masing-masing tu, bolehlah book sekarang. Kena call dan book, jangan walk in. Kang sia-sia kau menapak jauh-jauh, tapi tak ada slot untuk kau. Harga promosi hanyalah RM66 sahaja. 


Macam aku bagitau tadi, aku pergi cawangan dorang yang ketiga, dekat Setia Walk Mall, Puchong. Berdepan dengan Tesco Extra, dalam Taman Wawasan. Ikut signboard Taman Wawasan tu, jumpalah. Dalam mall, Hippopo Baby Spa & Wellness ni kat grand floor. Tak jumpa? Korang call je. Staff dorang baik je jawab. Aku ni berkali-kali call tanya. = , =‘ Lagi dua cawangan dorang ada kat Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya dan juga Great Eastern Mall, Kuala Lumpur. 

Masa aku sampai, memang tak ada parents lain bawa baby. So, seronok sangat. Sampai tu, kena isi borang segala dan buat bayaran terus. Dah settle, bolehlah berenang. Tak menyabo sangat kau nak berenangkan.


Mula-mula, bagi Darwish cool dulu. Bagi kenal environment. Kang terkejut melalak, dah rugi duit kau. Sebab, once baby melalak dan kau tak dapat nak coolkan baby, kau rasa nak ke dia berenang dengan happy? Ketenangan itu penting beb. Hahaha. Alhamdulillah, Darwish sangat enjoy aktiviti dia. Lagipun sis Fuza yang layan Darwish ni sangat-sangat friendly. So, highly recommended dia ni. Langsung tak kekok layan Darwish. Kena kencing pun senyum je. Sorry auntie, Darwish tak tahan nak kencing. Hahaha.


Dah settle bermesra-mesra, barulah buka baju segala dan tukar lampin untuk berenang. Waterproof lampin ni. Kalau baby kencing berak, taklah bersepah najis kat tab tu. Tab pun ikut umur baby. Bukan suka-suka nak masuk. Ada 4 jenis tab. Tapi aku ada 3 gambar je sebab masa ambil gambar, kat tempat tab keempat diguna untuk sesi interview mencari staff baru. Siapa yang ada kelayakan bolehlah memohon ye.


Tab pertama ni, untuk baby under 6 months tak silap aku. Baby boleh masuk dalam ni dari umur 2 bulan. Baby memang ada skill berenang sejak dalam perut, tinggal nak ingatkan balik je. 


Tab kedua ni untuk 6 bulan dan ke atas. Muat untuk 3 orang dalam satu-satu masa. Jangan risau pasal bakteria segala, sebab tab ini memang ada fungsi khas untuk menyah segala bakteria. 


Tapi, kalau kau rasa mampu dan kedekut nak berkongsi tab, silalah ke tab yang ketiga. Tab ni dalam ruang dia sendiri, tertutup dengan langsir, lebih privasi. Hanya tambah lagi RM30, maka privasi milik anda. Gitu.

Dan tab keempat yang aku tak dan nak snap gambar tu, ruang privasi juga. Tapi khas untuk baby yang ada masalah macam kulit sensitif dan seangkatan dengannya. Yang mana, tak sesuai mandi bercampur. Gitulah.



20 minit, Darwish berenang guna round float neck, lepas tu lagi 10 minit tukar kepada pelampung yang duduk, since Darwish dah boleh duduk. 


Lepas berendam 30 minit dalam tab, part berurut pula. Dorang guna minyak khas. Time ni, korang tanyalah apa-apa ye. Encik suami siap tanya harga tab berapa. Hihi. Macam Darwish, aku pilih diurut guna minyak khas, so extra RM5. Masa berurut ni, tak adalah skema sangat. Darwish still boleh main-main. Tv pun ada pasang cerita kartun, mak ayah pun suka. Haha. 


Selesai semua, sis Fuza terangkan pasal pakej yang ada. Berminat? Just bagitahu dorang. Okay, kalau ada soalan apa-apa, bolehlah tanya aku kalau aku tahu aku jawab. Tapi, tanya dorang lagi elok. Confirm semua soalan dorang boleh jawab. Tak rugi bawa baby ke sini tau. Sangat menyeronokkan. Baby pun sangat enjoy, insyaAllah. Kalau tak salah pendengaran aku, cawangan hippopo ni akan dibuka di Penang dan Johor. So orang Penang dan Johor, nantikan kedatangan hippopo di tempat anda.





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, June 12, 2014

Photoshoot Murah, Cantik dan Berbaloi


Assalamualaikum. Bertemu lagi kita dengan cerita yang dah nak basi. Kalau kat instagram dengan facebook tu, memang ramai dah tau. Blog ni macam anak tiri pula, lambat sikit nak share. Hahaha. Aku dah semakin ke laut bab menaip mengarang cerita ni.

Bila kali pertama aku tahu pasal outdoor photoshoot? Haruslah masa aku kahwin (SINI dan SINI). Bila pula kali pertama aku tahu pasal studio photoshoot? Adalah lebih kurang 2 tahun lepas, yang mana dari situlah aku kenal rakan blogger yang selama ni tak pernah kenal, tapi, kerana Allah, ukhwah itu alhamdulillah kekal hingga hari ini. Geng kereta putih namanya, Yaya, Mila, Nory dan Ida. (SINI)

1 Jun lepas, aku dengan family in law berkesempatan untuk buat outdoor photoshoot. Promo sebenarnya untuk bulan Mei, tapi disebabkan tak dapat nak kumpul semua, terpaksa tunda. Nasib baik photographer okay dan still bagi harga promo sebab dah booking dan bayar deposit. Harga memang murah, RM99 saja.


Kami pakai baju tema warna peach. Dengan kisah sehari sebelum baru mencari baju untuk Darwish. Nasib baik baju warna tu untuk dia, ada sale lagi kat Jusco. Tapi, kalau baju lelaki, sale macam mana pun, still melambung juga harga dia. =.=‘ Demi photoshoot, mama relakan duit ayah keluar. Hahahaha.





Gambar banyak, tapi kalau aku tepek semua kau muntah pula. Huhu. Siapa yang tengah cari photographer dengan pakej harga yang berbaloi, boleh contact mereka ni ye. Sebelum puasa atau raya nanti dorang ada buat promo untuk shoot kat studio. So, korang yang berminat boleh terjah. Untuk wedding pun boleh. Senang cerita, apa-apa event pun boleh.

Facebook : Puteri Feen



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, June 5, 2014

Resepi Kek Coklat Kukus yang Senang, Cepat dan Sedap

Assalamuaaikum. Kali ni aku nak kongsi resepi geng campak-campak. Senang, mudah dan yang paling penting SEDAP! Kek Coklat Kukus. Nom nom nom.


Bahan yang diperlukan :

2 cawan tepung kek blue key
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
4 biji telur
*badam hancur (optional)
*mentega

Cara membuat :

1. Campurkan semua bahan SELAIN badam hancur dan mentega
2. Gaul atau kisar sehingga sebati 
3. Sapu sedikit mentega dalam loyang
4. Campuran bahan dimasukkan ke dalam loyang
5. Tabur badam hancur ke atas adunan yang sudah dituang
6. Kukus adunan lebih kurang 45 minit atau sehingga masak

Inilah kek coklat kukus paling senang yang pernah aku buat. Sedap pun sedap. Silalah cuba dan selamat menjamu selera.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...