Thursday, June 30, 2011

Surprise

Baiklah. Ini entry pendek sebelum aku melangkahkan kaki meninggal rumah. Gaya macam nak pergi jauh jer kan. Hihihi.

Hari nie besday abah aku. So, aku nak pergi beli kek untuk lovely daddy nie, sebelum dia membalikkan dirinya ke rumah. Bolehlah jalan-jalan sekali usya-usya apa yang patut. Nampaknya, mood bershopping tetap ada walaupun duit di poket sangat banyak sikit.

Apa-apa pun, jom kita nyanyi sikit lagu selamat kat abah aku nie.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Kanser Prostat

Selamat Pagi semua. Macam tak percaya, pagi-pagi aku dah post entry. Kali ni aku nak share sikit pasal kesihatan.


Tadi lepas aku sidai baju, tetiba aku tertarik nak tengok MHI tv3 yang time tue Ally dan Nurul yang jadi pengacara. Topik yang kebetulan dorang tengah discuss adalah pasal KANSER PROSTAT. Ye, kanser yang menyerang kaum lelaki.


Bersyukurlah wahai lelaki yang ada di Asia ni sebab statistik menunjukkkan bahawa lelaki Asia lebih kuat berbanding lelaki eropah. So, tak payahlah nak berlagak sangat dengan 'english education' tue. *Eh, tetiba pula. Ada kena-mengena ker? Hihihi.


Nak share sikitlah apa yang aku ingat untuk kebaikan bersama.


1. Kanser ni berpunca daripada hormon testosteron yang keluar secara berlebihan.


2. Hormon testosteron berfungsi untuk menjadikan lelaki memiliki sifat lelaki (otot, dan lain-lain).


3. Suntikan dan pembedahan pembuangan buah zakar boleh diambil mengikut nasihat doktor. Kesannya, mengurangkan hormon testosteron. So, bila hormon nie tak ada atau kurang penghasilannya, fikir-fikirlah.


4. Cara pemakanan yang sihat dapat mengelak dan mencegah kanser ini. Kajian mendapati, orang Jepun yang duduk di Jepun kurang mendapat penyakit ini berbanding orang Jepun yang duduk di Amerika. Maksudnya, orang Asia lagi-lagi orang Malaysia yang dah biasa pagi-pagi makan cekodok tak payahlah susah-susah pergi McD beli breakfast set bagai ok. =)


Kesimpulannya, jaga kesihatan anda. Jom bersenam.


*Kelakar tengok muka Nurul Syuhada Nurul Ain kat MHI pagi tadi time jadi host. Dia sangat malu membincangkan isu ini secara terbuka. Muka Ally pula sangat ingin tahu sampai terkeluar ayat, "takut juga..".

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, June 29, 2011

Cerita lama



Tension aku tengok semua blogger update cerita baru. Sikit-sikit cerita baru. Apa barang. Hihihi. Aku nak buat kelainan sikit lah. Nak kongsi cerita nie. Baru memang tak lah, tapi tak adalah lama sangat.


Untuk pertama kalinya dalam hidup aku, aku dapat stay lama-lama sikit kat negeri Terengganu. Dulu pernah juga ke situ, tapi lalu jer lah atas jalan raya tue. =)


Ceritanya aku dapat melancong (wah, macam ke luar negara pulak rasanya) ke sana selepas diajak oleh adik angkat aku yang comel lote tue. Dia minta aku temankan dier dan bolehlah tukar-tukar drive. Kat sini, aku share sikitlah gambar yang dapat di'snap' semasa bergumbira di sana. Enjoy ya..


Inilah adik angkat kesayangan aku (sama tak dengan header aku? Hihihi)
Anak buah adik angkat aku, Umairah







Ini lah serba sedikit gambar yang dapat ditangkap sepanjang di sana. Sangat happy walaupun sangat panas di sana.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, June 26, 2011

Header baru ok !



Gempak !! Biasa lah, baru berjaya menukar header baru. Teruja pula rasanya. Komen skit. Adakah anda suka dengan header baru aku? Mesti suka kan. Perasan lebih lah.


Sebenarnya, dah lama sangat blog nie tak diusik. Sempena hari aku bersemangat gile mengemas satu bilik yang dah macam tongkeng pecah nie, aku pun mengemas skit lah blog aku nie. Sikit jer, tak banyak pun. Sebabnya, aku memang sangatlah tak teror bab mengedit blog nie. Kang hilang terus, masalah pula. Betul tak?


Aku pun tak tahu nak share apa hari nie. Header nie sajalah yang dapat aku share kat korang sume. Harapnya, korang sukalah berkunjung ke blog aku nie bila tengok senyuman aku tue. Manis sungguh kurma itu. Eh, salah pula. Manis sungguh senyuman si gadis itu kan.. =)




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...