Monday, November 28, 2011

Indah dan keindahan

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Semua manusia sukakan keindahan. Keindahan itu pula sangat subjektif untuk dibincangkan. Betul tak ? Kalau aku kata warna merah jambu tu warna yang indah, tak semestinya ada yang sependapat dengan aku. Moralnya, semua yang indah di mata, adalah keindahan yang dinilai dari perspektif yang berbeza.


Mungkin apa yang akan aku coretkan hari ni agak 'kritikal'. Sebab perkara ini telah buat aku dalam keadaan yang kritikal selama berminggu-minggu sebelum aku dapat jawapan yang konkrit dan memuaskan hati aku. Terima kasih dekat abah aku yang betul-betul faham dan memahamkan aku tentang satu perkara yang indah, yang sepatutnya menjadi sangat indah buat aku sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Islam itu indah. Sangat indah. Aku pasti, korang semua setuju dengan kata-kata aku ni kan. 


Beberapa minggu yang lepas, aku ikut satu 'kumpulan kecil'. Keadaannya seperti ada seorang naqibah yang menjadi ketua dalam kumpulan itu. Korang tahu tak? Kumpulan kecil yang diwujudkan, yang baca al-quran, lepas tue ada penerangan sedikit pasal maksud di sebalik ayat al-quran tue, then ada macam tazkirah sikit. Aku biasa join benda ni time belajar diploma dulu. Tapi, bila dah sambung degree, nie baru first time aku join. Niat aku, nak tambah ilmu, juga kuatkan apa yang dah sedia ada. 


Apa yang aku nak share adalah isi yang dibincangkan. Benda tue menghantui fikiran aku berhari-hari sampaikan aku tak boleh fokus dengan study. Dah lah time tue, aku nak exam. Dalam perbincangan tue, ada sentuh pasal tahlil yang biasa dibuat untuk arwah selepas 40 hari kematian dan juga 100 hari kematian. Aku tak dapat terima bila ada si fulan yang meletakkan hukum haram untuk keadaan itu. Aku bertanya dan bertanya. Tapi, jawapan yang aku dapat sangat tak memuaskan hati aku, sehinggakan aku terasa nak meninggalkan majlis ilmu itu. Tapi, sebab hormat, aku duduk di situ sampai habis. Jawapan yang si fulan bagi kat aku yang mungkin baginya sangat konkrit adalah, "nabi tak pernah buat"


Di rumah hari ini, semua terlerai. Abah ulas panjang lebar dengan contoh yang sangat membuka mata, dan hampir buat aku menitiskan air mata. Antara katanya yang sangat terkesan;


"kalau abah meninggal nanti, anak yang mana yang soleh nak doakan abah ? Kita tahu, ada 3 perkara je yang  sampai kat abah. Salah satu tu, doa anak yang soleh".


Aku hanya mampu menjawab, "tak tahu, sebab tak tahu siapa yang soleh". Sedih aku rasa. Untuk mengaku aku anak yang solehah, mungkin aku masih jauh untuk itu, tapi tak kan lah aku tak mampu untuk mendoakan kedua ibubapa aku bila mereka tiada nanti. Sangat menyedihkan.


Abah berkata lagi, "islam itu indah nje. Banyak keindahan dalam islam ditutup, sampai orang tak nampak. Kalau anak itu tak soleh, dia meminta simpati orang soleh yang ada dalam kawasan itu, contohnya imam-imam, orang dihormati, untuk datang ke rumah, untuk majlis tahlil arwah. Doa orang yang ada dalam majlis itu adalah untuk anak itu menjadi lebih soleh, sebab anak itu tahu, hanya doa anak yang soleh sampai kepada ibubapanya. Secara tak langsung, anak itu ada dalam majlis yang sangat baik. Bukannya dia berniat, 40 hari atau 100 hari wajib buat tahlil. Lagi satu, perkara yang paling Allah suka adalah memberi makan kepada orang lain. Bila anak tue buat majlis tahlil, mesti dia beri makan kepada tetamu".


Abah menyambung lagi dengan kata-kata yang buat aku sangat bangga dengannya, "bagus nje ikut majlis-majlis tambah ilmu macam tue, berdebat bila tak tahu, tanya bila tak faham, abah suka. Tapi, tak perlu ikut lagi yang ni. Sebab dah makin ramai golongan yang mengharamkan yang masih halal sebab taksub. Golongan ini rasa, mereka sangat betul sehingga semua orang salah".


Banyak lagi yang kami bincangkan. Sampailah abah bagitahu yang si fulan tue tak salah. Aku kena lebih berhati-hati. Abah juga tegur, "silalah buang bear-bear yang ada kat belakang kereta tue. Dulu, Rasulullah masa nak musnahkan berhala, tak memilih. Semua berhala baginda musnahkan". Hahaha. Sebab aku argue, hanya bear dan bukan patung yang menyerupai orang. Aku tak tahu, dan aku ditegur dengan cara yang sangat berkasih-sayang. Sayang sangat lah kat abah. 


Bila ilmu tak cukup di dada, perlu banyak bertanya dan bertanya. Tapi, yang pasti, akan banyak perbalahan sebab berbeza pendapat. Kerana itu kita kena percaya dengan Al-quran, As-Sunnah dan juga para ulama'. Selagi ketiga-tiga ini belum kata haram, maka, kita yang kurang ilmu ni, tak boleh lah buat hukum sendiri.


Kata-kata bijak dari abah, "Nabi naik unta, kita naik kereta. Kenapa tak ada unta kat Malaysia ?"


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, November 27, 2011

Muharram yang damai

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Nak kemas sikit blog ni. Sepah sangat nampaknya. Kena kasi sapu sikit, baru ceria balik. Hahaha. Lamanya tinggal blog sampai terasa rindu tahap gaban. 


Sungguh indah suasana di rumah kala ini. Dikelilingi keenam-enam anak buah tersayang, ditambah kakak ipar yang membuat keputusan untuk berpantang di sini. Muharram yang sangat mendamaikan. 


25 November 2011, Jumaat yang lalu, selamatlah lahir ke dunia seorang bayi perempuan. Anak buah keenam aku, anak ketiga abang aku. Nampaknya, hajat dia untuk menimang cahaya mata lelaki belum termakbul. Tak pe, usaha lagi ye abang.


Sangat comel bayi tue. Bau dia pun sangat wangi. Aku sangat suka bau bayi. Bukan senang nak hidu bau yang jarang-jarang diperoleh. Semoga menjadi wanita solehah.


Nur Airis Ariqah bt Mohd Faiz


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, November 10, 2011

Pesanan Malam Pertama

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Macam mana cuti panjang ? Aku belum habis cuti lagi. Next week baru start kuliah semula. Tapi, maybe esok atau pagi Sabtu, aku balik semula ke hostel yang tiada wireless itu. Sabar je lah. Tinggal beberapa blog saja yang aku belum balas komen, harap korang tunggu ye.


Bersempena semangat yang membuak-buak untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan pada hari Sabtu dan Ahad ni, entry kali nie special sikit. Pasal pesanan malam pertama yang aku dapat daripada program Semanis Kurma. Lama dah aku simpan pesanan ni. Tetiba pula teringat nak share sebab aku dapat tiga kad jemputan majlis perkahwinan kawan-kawan aku. Next entry, insyaAllah, tak ada aral, aku nak share pasal input yang aku dapat kat kursus nanti. Ilmu perlu dikongsi. Betul tak ? 


Pesanan ini diberikan oleh Umamah kepada puterinya di malam pertama selepas pernikahan puterinya selesai dijalankan. Pesanan ini sangat berguna untuk semua wanita, tidak kira yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin. Semoga ia menjadi panduan berguna bagi melayari bahtera rumah tangga dengan lebih sempurna, insyaAllah.


Taat dan patuh kepada suami


Sebagai seorang wanita muslim yang tahu di mana letaknya kedudukan seorang suami, wajiblah mentaati dan patuh kepada setiap arahan dan suruhan suami, selagi mana ia tidak menyalahi dan membelakangkan arahan dan suruhan Allah. 


Bagi wanita yang tahu tentang agama, hal ini tak menjadi satu masalah besar bagi aku. Selepas saja bernikah, ketaatan wanita ini akan beralih kepada suami. Bukanlah tidak perlu lagi taat kepada kedua ibubapa, tetapi ketaatan yang utama beralih kepada suami. Redha Allah kepada seorang wanita yang telah bersuami, adalah berdasarkan redha suaminya. Berbeza pula untuk lelaki. Ibu mereka tetap yang utama. Perlu tahu juga, dengan mentaati dan patuh setiap arahan suami merupakan salah satu sebab wanita boleh memasuki syurga dengan mana-mana pintu yang dia suka. Subhanallah. 


Aku tengok sekeliling, kadang-kadang wanita terlalu melayan perasaan cemburu buta sampaikan bila suami lebihkan ibu dorang, wanita terlalu senang untuk berkecil hati. Bagi aku, tak salah berkecil hati, tapi kena lah berpada. Wanita kena lebih rasional untuk menilai mana benda yang remeh, mana benda yang memang perlu perhatian serius. 


Mendengar cakap suami


Pesanan ni, bagi aku lebih kurang sama dengan pesanan yang pertama. Yang membezakannya, bila suami bercakap, isteri perlu mendengar apa yang dikatakan oleh suami. Kita semua sedia tahu yang kebanyakkan wanita memang suka bercakap dan lebih banyak bercakap berbanding lelaki. So, bila mood suami nak bercerita dah ada, sila lah beri laluan kepada dia bercerita. Biarkan dia meluahkan apa yang terpendam di hati.


Bukan senang sebenarnya nak mendengar lelaki meluahkan apa yang terpendam di hati. Kadang aku pelik juga. Tengok muka macam banyak masalah bila balik kerja. Bila isteri tanya, "abang ada masalah ke kat tempat kerja?", kebanyakkan lelaki tak terus meluahkan apa yang terbuku. Dorang ni kadang sangat berbeza dari wanita. 


Macam adik aku sendiri. Muka dah macam nak telan orang. Bila ditanya, jawab tak ada apa-apa. Lepas tue, bila aku dah keluar rumah, boleh pula dia mesej. Cerita masalah dia. Pelik sungguh lah.


Menjaga mata suami


Maksud menjaga mata suami ni, bukanlah kalau mata suami tu masuk habuk, tolong tiupkan. Kalau situasi macam tue, nak bermanja-manja sebenarnya. Tak pun, saja nak mengada-ngada. Betul tak wahai lelaki sekalian ? (=.=')


Menjaga mata suami nie, maksudnya lebih kurang macam bila suami tengok isteri, suami rasa damai, sejuk mata memandang gitu. Berhias lah bila di depan suami. Biar suami tak jemu tengok isteri.


Sebab tue juga, aku ada terbaca pasal suami kalau boleh jangan balik ke rumah tiba-tiba tak kena masa. Alasannya, kalau time tue isteri tengah comot-comot, kusut-masai, masam-masam sebab peluh-peluh buat kerja rumah, dengan rumah tak siap kemas, anak belum mandi. Kiranya, keadaan tue boleh membuatkan mood suami turun menjadi negatif. Kalau nak buat surprise pun, pandai-pandailah bajet masa yang sesuai.


Menjaga hidung suami


Kalau tadi dah pakai lawa-lawa, tak kan lah pakai baju cantik-cantik, tapi badan belum mandi sehari. So, kenalah seimbang. Dipandang cantik, dibau pun harum. Cari bau yang disukai oleh suami. Kalau boleh, bila suami tak suka dengan satu jenis bau, elakkan dari menggunakan bau itu, sama ada sebagai wangian diri ataupun untuk haruman rumah.


Bila kita ada satu bau yang disukai suami, sebenarnya suami boleh mengingati bau kita walaupun dorang ada kat tempat lain. Secara tak langsung, ingatan suami kat isteri tue segar dan membuatkan suami selalu rindu dengan isteri dia.


Menjaga waktu tidur suami


Agak blur juga sebenarnya untuk pesanan ni. Sebab, biasanya lelaki yang suka tidur lewat. Tengok bola, main game dan macam-macam lagi. Tapi, dari yang aku faham, jaga waktu tidur suami ni lebih kurang macam bila suami nak tidur, pastikan tempat tidur selesa dan bersih. Dan bila ada anak-anak, seeloknya, jangan beri anak-anak mendekati atau berbuat bising ketika suami sedang tidur. 


Dari yang aku tahu juga, (tapi aku tak tahu kebenarannya) lelaki yang terbangun dari tidur kerana terkejut, risiko mendapat sakit jantung sangat tinggi. Kalau kita sayang suami kita (siapa tak sayang suami kan), jagalah waktu tidur suami dengan baik. Bila suami dapat tidur dengan nyenyak dan cukup, suami akan lebih penyayang dan jarang untuk marah-marah. InsyaAllah.


Menjaga makan suami


Bab perut ni memang selalu diperkatakan. Memang lelaki pun suka nak cari isteri yang pandai memasak. Nak tak nak, isteri kenalah belajar memasak. Supaya, bila suami ada di rumah, suami tidak dalam kelaparan dan keluar mencari makanan di luar. Kalau betul-betul keluar mencari makanan untuk mengenyangkan perut dan memuaskan nafsu makan tak mengapa, tapi kalau keluar mencari 'makanan' untuk memuaskan 'nafsu', dah jadi bala dalam rumahtangga. Minta jauhlah.


Bab memasak ni, bukan lah susah sangat, dan bukanlah senang sangat. Ikut selera suami juga. Dalam internet pun bersepah-sepah resepi. Apa salahnya cuba resepi baru. Macam yang aku pernah buat. Dulu, masa mula-mula belajar masak ikan keli masak lemak cili api, aku buat time tak ada orang dekat rumah. Aku buat seekor saja. Bila dah jadi, esoknya, time mak abah aku ada kat rumah, aku pun buat untuk satu family. Bangga bila kena puji. Tue baru mak abah yang puji. Kalau laki sendiri yang puji, tak ke kembang-kempis hidung. Hahaha. Suami kenyang, isteri pun senang hati.


Jangan melanggar perintah suami


Bila seorang lelaki sudah bergelar suami, kuasanya bertambah (tanggungjawab), begitu juga ego mereka. Mana-mana suami yang dilanggar perintahnya, pasti merasa tercabar, apatah lagi yang melanggar perintah itu adalah isterinya sendiri. Suami merasa keegoan mereka dicabar dan direndahkan serta maruah mereka tercalar.


Oleh itu, sebagai seorang wanita dan isteri yang mendambakan syurga Allah dan nikmat rumahtangga yang harmoni, jangan sesekali melanggar perintah suami selagi ia belum melanggar perintah Allah. Suami yang baik pastinya hanya memberikan arahan yang baik untuk dituruti oleh isteri. 


Ada sebab kenapa kita tak digalakkan untuk duduk bersama mak ayah apabila telah berkahwin. Tidak kisah lah sama ada mak ayah sebelah suami mahupun sebelah isteri. Tetapi, lebih sukar bagi suami untuk mengemudi rumahtangga bila duduk bersama mak ayah sebelah isteri. Kerana ada dua ketua dalam satu rumah. Suami merasa agak sukar untuk menegur isteri apatah lagi memberi arahan kerana perlu berdepan dengan arahan ayah mertua terlebih dahulu. Bagi aku, sebagai wanita dan isteri yang memahami, pindahlah ke rumah lain dan mengikut suami supaya rumah tangga aman dan sentosa.


Jangan menyebarkan rahsia suami dan keluarga


Tak dinafikan, wanita suka bercerita. Tapi, kena berwaspada. Bila bergaduh suami isteri, janganlah sebar apa yang berlaku dalam rumahtangga kepada orang luar. Bukan saja memburukkan suami, tetapi turut memberi persepsi buruk kepada diri sendiri di mata orang lain.


Cuba korang fikir. Kalau dengan diri sendiri pun boleh rasa kecewa, inikan pula dengan suami. Contohnya, kalau dulu tak pernah dapat nombor satu dalam kelas, dan rasa diri kurang pandai, sampai buat diri sendiri sedih, inikan pula mengharapkan orang lain, yang ada sifat sendiri nak menjadi seperti apa yang kita harapkan. Sedangkan kita sendiri susah nak menjadi seperti yang kita harapkan. Berapa ramai yang dapat capai cita-cita masa kecil dulu bila dah besar ?


Bila nak buat apa pun, fikirlah dulu. Jangan terus ambil tindakan terburu-buru. Tak salah ambil masa untuk berfikir baik buruk melakukan satu perkara dari ambil masa berfikir apabila perkara buruk sudah berlaku dalam rumahtangga. Kalau dah nama rahsia, tak payah lah sebar. Simpan rahsia elok-elok. Bak kata pepatah, "biar pecah di perut, jangan pecah di mulut".


Menjaga harta suami


Bukan senang nak kumpul harta beribu-ribu ni. Bukan sehari dua ada harta satu lot rumah. Lain lah kalau memang lahir-lahir dah kaya. Menjaga harta suami ni contohnya bukan senang-senang bagi orang lain pinjam barang-barang yang ada di rumah. Kalau betul-betul ada yang nak pinjam, tanya dulu kepada suami, boleh atau tak. Suami akan merasa isteri mendahulukan dirinya dari orang lain bila isteri bertanya. Tak timbul soal isteri tamak atau gila harta.


Suami merasa harta yang dicari selamat bila berada pada isteri. Tapi, harta ni kena juga berpada-pada. Jangan sampai terasa susah hati sebab nak menjaga harta. Macam yang selalu aku dengar, "jangan sampai kita yang berjaga untuk menjaga harta sebab banyak sangat sampai tak percaya dekat jaga yang kita upah untuk menjaga harta kita".


Menjaga anak


Anak itu anugerah Allah yang sangat berharga. Ia juga merupakan bukti cinta dan kasih sayang suami isteri. Suami akan merasa sangat gembira bila melihat zuriatnya dididik dengan sempurna. 


Bayangkanlah, hati seorang suami boleh tersentuh bila melihat isterinya memangku anak. Inikan pula bila anak itu membesar dan berbakti kepada kedua ibubapanya. Lelaki yang penyayang akan sangat menyayangi seorang isteri yang penyayang.


Bagi aku, tunjukkanlah kasih sayang kita sebagai wanita, isteri dan ibu untuk suami dan anak-anak kita. Kasih sayang itu bukan kena beli dekat supermarket pun, cuma perlu diekspresikan supaya dapat dirasai. Tak rugi memberi kasih sayang yang tak berbelah bagi kepada insan-insan yang ada dalam hidup kita ni. 


Inilah antara pesanan yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya. Semoga pesanan-pesanan berguna ini mampu dijadikan garis panduan bagi semua wanita yang berkeluarga.


Keluarga bahagia dicorak oleh wanita bergelar isteri yang berada di dalam rumah. Sekiranya buruk corak yang dilukis, maka pincanglah rumahtangga. Sekiranya harmoni corak yang dilukis, maka bahagialah rumahtangga.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, November 7, 2011

Cinta baru

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Apa khabar semua sahabat ? Confirm masing-masing kenyang perut melantak daging korban kan ? Daging fress, bersih dan suci memang sedap. Dari semalam, sup tulang, rendang dan macam-macam menu dah masuk dalam perut ni, sampaikan terasa muak bila pergi ke dapur. Tapi, memang gigih semalam sambut Aidiladha. Mana tak gigih kalau 5 ekor lembu tumbang untuk kariah aku saja. Tak masuk lagi kariah lain.


Kali nie, bukan nak cerita pasal raya. Tapi, cinta baru yang telah mula bertapak di hati. Sebenarnya, nak post lama dah, 01 November lepas. Tapi, disebabkan modem wifi internet rumah aku nie disambar petir, tak dapatlah aku nak post cerita cinta baru aku ni. Aku pendam-pendam, sampailah menjadi barah di hati (ayat tak ingat !). Aku terlupa nak post cerita ni sebenarnya sebab sibuk layan anak buah yang ramai dan bertungkus-lumus kat dapur. Korang bayangkan lah, semalam, tengah aku sibuk-sibuk siapkan anak buah aku mandi, kakak aku boleh mengidam pula nak makan kek batik. Memula aku ingat malas nak layan kerenah dia, tapi, bila fikir dia duduk Melaka, kadang-kadang je balik, aku pun bersiap lah pergi econsave, terpaksa bawa sekali anak buah aku dua orang ! Pergh, dah lah masih kecil. Bukan apa, aku takut hilang sebab yang sorang tue dah laju sangat berjalan, dan yang sorang tue baru pandai berjalan dan takut orang !


Sampai saja rumah, aku pun mulakan operasi. Tragis dan sadis, tak pernah nak menjadi kek batik aku. Tak tahu lah kenapa. Memang aku tak ada bakat buat kek tue ! Tak pe lah. Tak jadi pun, tetap habis dimakan dan masing-masing tetap cakap sedap.


Kembali ke tajuk utama. Cinta baru aku ni bukan pasal aku jatuh cinta untuk membuka kindergarden sebab ada pengalaman jaga anak buah yang ramai dalam satu masa atau buka kelas masakan buat kek bagai. Tapi, jatuh cinta dekat game minesweeper. Korang tau tak game ni ? Mesti korang tau sebab game nie dah ada lama dalam pc kita. Dari kita kecil-kecil game ni dah ada. Cuma tahu dengan tak tahu je nak main. Alah, game yang bila kita klik box tue, keluar nombor atau bom.


Yang buat aku sangat teruja nak bercerita sebab untuk pertama kali dalam hidup aku, aku dapat menang game tu ! Sangat mengujakan aku rasa bila dah perah otak. Game tue sangat menguji kecekapan kita sebenarnya. Secara tak langsung, otak kita berfikir. Tak lah mengadap laptop tue, tak fikir apa-apa. 


Nie bukti aku dah menang game tue untuk pertama kali dan kali kedua. Aku dah menang banyak kali lepas kemenangan tue. Sekarang, tengah try untuk bom yang lebih banyak dan juga tengah gigih balas kunjungan korang semua lepas modem dah tukar baru. Selamat mencuba.


Catatan masa : 373 saat
Kejayaan pertama selepas 138 kali percubaan (gagal sekali tak bermakna gagal selamanya !)
Tarikh : 1/11/2011

Catatan masa : 232 saat
Kejayaan kedua selepas 150 kali percubaan. Maknanya, percubaan ke-12 selepas kejayaan pertama, kejayaan kedua muncul.
Kejayaan bukan datang bergolek tanpa usaha dan kerja keras. Kejayaan yang datang dengan mudah pastinya tidak memberi apa-apa impak positif dan juga kepuasan, tetapi hanyalah riak dan bangga diri. Kegagalan hari ini bukan bermakna tiada kejayaan untuk hari esok. Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang jarang bersyukur dengan kejayaan di depan mata.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Assalamualaikum semua rakan blogger.

Semua umat islam sedia maklum, hari ini adalah Hari Raya Aidiladha. Selamat menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana kita semua dipanjangkan usia. 

Rumah aku juga penuh sebab semua adik-beradik aku ada. Termasuklah lima orang anak buah aku yang semakin membesar dan mengganas dengan menyepahkan semua barang-barang milik makcik dan pakcik dia. Sabar je lah. Sangat terasa keriuhan suasana bila masing-masing ada, ditambah pula petang tadi, ada sedikit tahlil dan bacaan yassin di rumah wak aku. Semoga, jemaah haji yang pergi menunaikan haji di Mekah dikurniakan haji yang mabrur. Amin.

Anak kakak aku;
Amer Rayyan, Amer Rayhan, Amera Raudhah

Anak sulung abang aku;
Nur Airis Alisha

Anak kedua abang aku;
Nur Airis Adilla

Daripada kami sekeluarga, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...