Wednesday, March 27, 2013

Buku Merah Jambu Mommy to be

Assalamualaikum


Aku rasa macam tak percaya aku tulis tajuk macam tu. Syahdu pula tetiba. Cerita ni cerita agak menyentapkan untuk bakal ibu yang gigih nak buat buat buku merah jambu kat klinik kerajaan yang pertama kali macam aku. Kalau rasa kegigihan dan kesabaran korang tiap kali berada dalam situasi menunggu berada di takat didih, sila abaikan perkara ini. Boleh skip kisah tragis ni dan terus ke swasta dengan poket yang tebal. 

Pagi Isnin yang lepas, lepas settlekan encik suami dan beliau pergi kerja, aku pun suruhlah adik lelaki aku pergi klinik desa kat tempat aku ni ambil nombor giliran untuk buat buku baru bagi ibu mengandung. Kenapa aku suruh dia? Sebab senang, dia boleh terus start motor dan terus pergi sana. Kalau tunggu aku, dengan nak tunggu enjin kereta panas, pastu bawa kereta pun terkedek-kedek, memang lebih 10 minit jugalah baru nak sampai sana semata-mata ambil nombor sahaja. 

Malangnya, adik aku balik semula ke rumah dengan tangan kosong. Katanya, "kena bagi kad pengenalan, sijil kahwin (sijil besar-besar tu pun nak juga ke?) dan juga apa-apa dokumen pengesahan dah mengandung (fine, perut ni memang bukan tanda ibu mengandung gamaknya !)". Aku pun cakaplah kat dia, "sijil kahwin? Kad nikah tak boleh ke? Siapa yang bagitahu kau kena ada semua benda ni?". Jawapan dia amat mengecewakan, "orang laki yang tunggu kat situ juga yang nak buat buku". Nasiblah adik aku ni tak kahwin lagi. Kalau tak, memang makan ekzos motor. Kalau ye pun nak tanya dik oi, tanyalah kat nurse.

Makanya, aku pun bersiaplah untuk ke klinik desa tu. Aku sampai sana lebih kurang pukul 8.20 pagi macam tu. Nasib baik sangat-sangat aku dah sarapan. Kalau tak, memang aku nangis kat dalam klinik tu. Semua urusan selesai pukul 12.30 tengah hari ! Serius, masa tu aku rasa memang kesabaran nak menjadi seorang ibu sangat teruji. Entah berapa kali aku terlelap-lelap, entah berapa kali aku masuk toilet, entah berapa kali aku tengok luar pagar ! Kalau kira, aku boleh gila gamaknya. Nasib encik suami tak ada sekali. Kalau ada, aku rasa, pukul 9 pagi dia dah balik rumah !.

Meh aku nak cerita kronologi peristiwa aku kat klinik desa tu. Mula-mula sampai, aku tengok ramai sangat ibu mengandung dan juga ibu yang bawa baby. Aku letak kad pengenalan dalam box yang disediakan. Aku terfikir, kalau dah kata hari Isnin adalah hari untuk membuat buku baru, kenapa tak selaraskan sahaja untuk yang buat buku? Nama aku dipanggil hanyalah pada pukul 10 pagi ! Tunggu nombor semata-mata sampai pukul 10 pagi.

Sudah dapat nombor, terus pergi ke toilet untuk bagi sampel air kencing. Tunggu lagi dalam setengah jam, baru nama dipanggil untuk tulis maklumat kat buku yang diberi. Dorang bagi 2 jenis buku. 1 buku untuk rujukan dorang dan satu buku lagi untuk simpanan kita. Bila buat next check up, kena bawa buku tu. So, dah tak payah nak bagi kad pengenalan. (Tak ada pun dorang minta sijil kahwin bagai. Adik aku dapat maklumat entah apa-apa).

Siap sahaja tulis maklumat segala, maka sesi menunggu lagi sampai pukul 11 pagi lebih kurang. Lepas tu, baru nurse panggil untuk ambil darah. Then, menunggu lagi sampailah pukul 12, ada nurse lain panggil untuk sesi soal jawab sikit pasal bila kahwin, bila last period, ada bawa gambar scan ke tak (dorang tak provide perkhidmatan scan. Sila bersedih !) dan macam-macam lagi seperti sejarah keluarga sambil ambil tekanan darah. Habis borak tu terus ukur tinggi dan juga timbang berat. A few minutes later, jumpa doktor. Tak ada pun check segala, cuma dia dengar denyutan jantung then keluar dan menunggu. Sampailah ke jam 12.30 tengah hari, barulah nama aku dipanggil dan diberi sikit penerangan pasal pil obimin yang aku kena makan menggantikan asid folik dan juga tarikh next check up. Then settle selepas lebih 4 jam bertapak kat klinik desa tu.

Apa faktor yang melambatkan proses membuat buku baru bagi ibu mengandung?

1. Tak ada carta aliran (step by step) yang menunjukkan apa yang perlu dibuat bila sampai di klinik. Majoriti, bagi ibu yang baru pertama kali ke sana, memang blur tahap dewa bila tak tahu apa yang perlu dibuat. Bila tanya, tak nak pula suara nurse tu kuat satu klinik sampai semua orang boleh dengar apa yang nurse tu cakap. Baiklah nurse, saya memang tanya bagi pihak semua orang ! = . = '

2. Tak ada pelarasan hari yang khusus untuk golongan ni. Tak ramai sangat pun yang nak buat buku baru berbanding yang datang untuk monthly check up. Tapi, golongan ni lah yang datang paling awal dan balik paling lambat.

3. Minah Indon bersepah ! Ini part paling buat aku geram. Aku tahu kerajaan tak nak ada kes-kes penularan wabak ke apa ke, tapi masalahnya, hak yang sepatutnya golongan bumiputera dapat, tapi kena dibahagikan dengan golongan luar. Aku tak ada masalah perkauman ke, apa ke, masalahnya, kenapa dorang check up kat situ ? Geram betul aku !

So, kesimpulannya, memang kena tabah untuk terus check up kat situ. Bagi aku, tak kot. Bukan sebab duit berkepuk atau apa, tapi masa dan keadaan yang buat aku harus buat pilihan. Kalau dah duduk kat situ, muntah-muntah, tak ada perkhidmatan kafe segala, aku fikir juga namploh kali untuk ke situ lagi. Di tambah pula, keadaan bayi yang dikandung tidak dicheck, hanya berdasarkan cerita kita sahaja doktor boleh buat kesimpulan, aku terasa macam, "wah, hebat gila doktor ni !". Sedangkan, aku banyak sangat yang tak tahu pasal perihal mengandung, perlu pasrah dengan jawapan yang diberi. Kalau nak scan pun, memang kena pergi swasta, so better terus check up kat swasta saja. Dan yang paling tak best, doktornya pula bukan perempuan melayu. As long as kita boleh pilih mana yang better, kita kena buat pilihan sebab bukan kes darurat. 

Ini cuma pendapat aku sahaja untuk klinik desa kat tempat aku. Mungkin tempat korang jauh lebih baik perkhidmatannya dan silalah bersyukur sebab diberi perkhidmatan yang baik dengan percuma.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, March 17, 2013

Program Mesra Amal Blogger bersama Anak Yatim

Assalamualaikum

Kalau ada pertandingan siapakah urusetia program ni yang paling lambat update cerita pasal perkembangan program, maka, akulah juaranya. Minta ampun banyak-banyak kepada kawan-kawan blogger yang lain. Macam dorang baca blog aku!

Seperti yang dirancang, 24 Februari 2013 menjadi saksi berlangsungnya program yang dirancang ini dengan gemilangnya. See, betapa jauhhh tarikh tu telah ketinggalan ke belakang. 



Alhamdulillah, jumlah sumbangan yang terkumpul sehingga ke hari program adalah sebanyak RM13,000 +++. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menghulurkan sumbangan. Kepada semua blogger dan pasangan masing-masing yang membanting tenaga di hari kejadian, terima kasih daun keladi. Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Maaf atas segala kekurangan dan keterlanjuran yang berlaku di sepanjang majlis ye. Kira halal lah. Anda semua sangat sporting dan menghiburkan.



Buat rakan urusetia yang sangat ohsem, anda semua memang super duper power. Bekerja keras dari mula perbincangan sampai pelaksanaan (apasal ayat aku sangat extravaganza? = . =') Maaf atas kekurangan tenaga yang dihulur atas penyakit buatan orang ni. Kahkahkah. Aku doakan, kalian juga akan melalui saat-saat 'penyakit' ini melanda dengan jayanya. Touching kejap. Sayang korang sangat wahai Yaya, Nory, Mila dan Eida. Ni adalah kes malas nak bagi url panjang-panjang. Sila klik NAMA dorang untuk ke blog mereka.



Last but not least. Ehem, ehem. Encik suami yang aku tetiba rasa, "wah, kamu sangat ohsem pabila tiba-tiba bersetuju bersatu padu dengan kami untuk program ini. Macam tak percaya pulak !". Inilah dia encik suami aku yang secara naturalnya boleh akrab sangat dengan suami-suami urusetia yang lain sedangkan selama ini sangatlah susah untuk mesra alam. Sampai sekarang, aku macam tak percaya dia boleh ada nombor talifon si Zul suami si Nory. Gurlppp. Terima kasih abang sebab bagi pelepasan untuk ayang teruskan niat membantu dalam program ni walaupun pada mulanya abang keberatan lepas kita terima berita kehamilan ayang. Alhamdulillah, walaupun buat kerja macam-macam, Allah pelihara kandungan ni.

Alhamdulillah, semuanya berlangsung seperti apa yang dirancang walaupun terdapat kekurangan di mana-mana. Sesungguhnya, yang sempurna itu datangnya hanya dari Yang Maha Kuasa.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...