Thursday, August 30, 2012

Syawal 1433 Hijrah


Assalamualaikum semua rakan blogger

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Tak terlewat rasanya mengucapkan selamat kepada semua. Tapi, agak terlewat nak bercerita tentang syawal yang sudah hampir separuh bulan menjengahkan muka. Melawat blog rakan-rakan yang lain, rata-rata sibuk bercerita kisah syawal seawal raya pertama. Oh, gigih sungguh kamu semua. Aku ? Mood ke laut !

Aku mulakan kisah syawal aku kali ini dengan perasaan bercampur baur. Allah sahaja yang tahu betapa sayu sangat-sangat rasa hati bila pertama kali beraya mengikut suami. Bukan tak rela, tapi rasa hiba. 25 tahun aku hidup, belum pernah sekali pun aku dan keluarga mengemas pakaian untuk pulang ke kampung. Manakan tidak, rumah arwah atok dan arwah wan sebelah abah aku hanya berapa langkah di belakang rumah aku, manakala rumah nenek dan arwah atok sebelah mak aku di lorong lain. = . ='

Menangis ! Ye, itu yang aku lakukan di malam raya yang lalu. Oh, sungguh syahdu okay ! Tapi, encik suami yang sangat tak romantik itu, marah-marah pula. Sedih ! Tak apa, encik suami dah pujuk semula bila dia rasa dia faham apa yang aku rasa. Aku call mak aku. Mak aku pula yang menangis dulu. Ini tidak boleh jadi. Meraung-raunglah aku dibuatnya. Huhu. Pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Tahun ini, sambutan syawal aku lalui dengan perjalanan yang sangat panjang. Disebabkan aku tak biasa berjalan jauh, makanya kepala aku ting-tong. Seminggu perut aku rasa tak sedap. Nak membuang pun cam tak best. <-- citer apakah ini ? =P

Seawal Jumaat (2 hari sebelum raya), kami sekeluarga (belah suami) pulang ke kampung halaman mak mertua di Johor. Alhamdulillah, jalan raya tak sibuk lagi waktu itu sebab kami gerak selepas solat jumaat. Makanya, gambar raya tahun ni diwarnai dengan muka-muka baru ipar duai yang baik hati.

bersama keluarga mak uda dan keluarga mertua

Tahun ini, keluarga belah encik suami sepakat sedondon ungu. Katanya, sempena warna tema majlis perkahwinan kami tempoh hari. Baju raya ungu aku ni, mak mertua aku yang jahitkan. Terima kasih mak. Cuma yang perempuan terpaksalah mancari baju ungu baru sebabnya aku tak ada baju sedondon dengan adik-beradik encik suami yang dorang guna hari tu. Adoi, nak review majlis perkahwinan pun belum rajin. Hihi.

bersama keluarga mertua
Minta maaf ye abang..

Kemeriahan syawal diteruskan lagi bila raya kedua aku balik semula ke shah alam. Home sweet home ! Kat rumah, mak abah aku perli, "dia kat sana (kampung suami) gelak-gelak macam ni tak ?". Boleh pulak mak abah aku tanya soalan tue kat encik suami bila tengok aku gelak sakan dengan adik-adik aku ! Encik suami pula dengan rasa tak bersalah dan selamba menjawab, "kat sana muka dia sedih je !". Okay, terima kasih abang. =P

Belah keluarga aku, sempat juga kami ikut konvoi abah ke Kuala Selangor masa raya ketiga. Tempat di mana ramai adik-beradik arwah atok belah abah aku. Tapi, adik-beradik yang tinggal cuma tinggal seorang. Muka nenek saudara aku ni sebiji muka arwah atok aku. Dapatlah kiranya aku bagi lakaran muka arwah atok dekat encik suami. 

Di perkarangan rumah nenek saudara di Kuala Selangor. Ni baju raya tahun lepas. Baju raya aku tahun nie tukang jahit tak sempat siapkan ! Sadis !

Raya keempat dah gerak ke Perak pula, beraya di kampung belah abah mertua aku. Oh, sangat memenatkan sebab baju kotor sangatlah banyak, ditambah pula cuaca yang mendung-mendung. Kerana memahami keletihan encik suami yang drive jauh, makanya akulah yang berhempas-pulas menyiapkan pakaian segala untuk dibawa pula ke Perak. Time nie lah aku dah rasa nak demam sangat-sangat !

Kampung di Perak sangatlah cantik ! Aku sangat teruja di sana. Udara, pemandangan semua sangatlah menakjubkan. Subhanallah ! Di sana, selain menziarahi keluarga, aku dibawa keluarga mertua merasa sendiri suasana kampung. Pagi-pagi lagi aku dah bangun mandi air bukit. Pergh, sejuk ! Tapi sangat puas hati. Lepas tue, makan roti canai kat kedai Pak Tam (adik-beradik abah mertua) sebelum kami round pasar. Memang sangat best ! Sempat pula abah bawa kami berjalan-jalan menikmati keindahan ciptaan tuhan.

Bersama keluarga mertua berlatarbelakangkan air terjun tertinggi di Asia Tenggara

Pose wajib berdua . .

Gambar candid di kawasan sungai

Semoga Syawal anda diulit 1001 kemanisan untuk dikenang di masa hadapan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, August 13, 2012

Aplikasi versi kanak-kanak

Assalamualaikum semua rakan blogger

Kemalasan yang melampau-lampau untuk mengupdate entri telah berleluasa. Ditambah pula kerana faktor cuaca yang sangatlah panas kebelakangan ini sampaikan hari-hari aircond kat bilik nie terpasang untuk menyejukkan suasana. Memang tinggilah bil elektrik bulan ni. 

Cerita yang aku nak kongsikan nie berlaku minggu lepas time buka puasa dengan family aku. Masing-masing sibuklah siapkan diri nak berbuka bila dengar azan mula berkumandang kat tv. Encik suami yang selalu baik hati nie sibuklah menghulur buah tamar kat adik-adik ipar beliau termasuklah kepada isteri beliau; akulah tue. *mood menjiwang pula.

Sampai saja buah tamar tue kat depan adik bongsu aku si mulut becok (dah lama tak cerita pasal dia), dia menggelengkan kepala tanda tak nak buah tu. Makanya, encik suami pun meletakkan kembali buah tamar itu. Berlakulah dialog antara mak aku dan si mulut becok itu.

Mak : Kenapa adik tak nak makan buah tamar tue?

Si mulut becok : Adik tak suka makan buah tamar.

Mak : Kenapa? Nabi bila buka puasa makan buah tamar dulu. Baru makan yang lain. Dapat pahala.

Si mulut becok : Ta'marbuta . . . 


(masing-masing senyap dan terkelu . . . )

Aku terus teringat kisah yang aku baca dari buku Aku Terima Nikahnya, tulisan Hasrizal Abdul Jamil. Anak beliau juga ada mengaplikasikan perkataan yang biasa didengar. Aku yang baca pun sampai ketawa. Anak beliau bercerita dengan sepupunya pasal nama Abi (panggilan untuk beliau oleh anak-anak) ada disebut di dalam Al-Quran. 

Bila mana sepupunya bertanya, "apa nama Pak Su?", makanya anak beliau menjawab, "nama ayah kita ABI. Dalam Al-Quran sebut ... Tabbat yadaa ABI lahabin wa tabb !".


Sedangkan waktu itu beliau yang sedang minum teh boleh tersembur teh dari mulutnya, apatah lagi aku yang membaca. Tak terfikir dek akal ayat itu akan keluar.

Keadaan itu membuat aku terfikir bahawa aplikasi versi kanak-kanak kadang-kala sangat membuka mata dan hati orang dewasa yang cetek ilmu agama tanpa menggunakan bahasa yang kasar untuk menegur. Aku sendiri hampir terlupa apa itu 'ta'marbuta', sehinggalah aku ulang semula perkataan yang disebut oleh adik aku. Lepas tu, barulah terlukis kat kepala aku huruf ta bulat. Aku sendiri kadang lalai dan lupa pelajaran yang pernah diajar sewaktu dulu. Astaghfirullah.

Sungguh mudah kita mengingat sesuatu sewaktu di usia kanak-kanak berbanding usia remaja,
dan sungguh mudah juga kita melupakan sesuatu di usia remaja kala diajar diusia kanak-kanak.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, August 7, 2012

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim

Assalamualaikum semua rakan blogger

Kembara Ramadhan yang kononnya aku mulakan untuk Ramadhan tahun 1433 Hijrah ini nampaknya hanya pada hari pertama sahaja. Malas sungguh rasanya nak post entri. Entah kenapa. = . =' Maafkanlah aku ye. Mood honeymoon masih menjalar gamaknya. =P

Jumaat lalu, 03 Ogos 2012; 14 Ramadhan 1433 Hijrah, aku dan encik suami berkesempatan dan berpeluang berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Food Connexion. Cerita dah dua tiga hari berlalu, baru nak post. Tak pe, yang penting aku gigih nak cerita.

Actually, majlis nie adalah anjuran company lama encik suami aku kerja dulu. Rumah anak yatim yang terpilih itu adalah RUMAH ANAK YATIM DAMAI di Kuang, Selangor. 

Ada satu kisah nak aku kongsi. Masa tue, lepas solat maghrib. Aku solat kat ruang asrama perempuan. Usai solat, sedang aku lipat telekung, ada seorang budak datang kat aku. Umur dalam lingkungan 10 tahun. 


Budak : Akak ada gula-gula?

Aku : Tak adalah dik.

Budak : Ada game?

Aku : Tak ada juga. Kenapa nak game? Kalau sekolah, kurangkan main game. Baca buku ye.

Budak : Okay. Apa yang akak bawa kat dalam beg?

Aku : Dalam beg akak ni ada telekung. Adik dah makan? Jom kita pergi makan kat khemah.

Budak : Akak dah beli baju raya? Saya dah beli. Warna kuning. Tudung warna kuning, atasnya warna coklat. Bla.. bla.. bla..

waktu mengambil juadah

pemberian duit raya dan cenderahati

sesi bergambar

Sayu hati. Aku terfikir, betapa beruntungnya aku hidup punya mak abah. Bila terasa ingin bercerita itu ini, aku luah saja bila-bila masa tanpa perlu fikir penatkah mak abah, ada masakah mak abah. Bila tiba saja ramadhan, sahur dan berbuka, pasti sahaja ada hidangan di meja, dan mak abah pasti bertanya apa aktiviti harian. Biasanya, sewaktu umur di sekolah rendah, aku tak perlu kisah baju raya warna apa, berapa pasang sebab semuanya pasti akan tersedia. Betapa bertuahnya aku berbanding mereka di situ.

Sampai di khemah, aku renung wajah encik suami. Dia seperti biasa, senyum bila aku melihatnya. Bertuah dan beruntung aku punya teman hidup pula tanpa rasa sedih ketiadaan tempat bergantung. Tiba-tiba aku dirundung rasa menyesal. Kenapa perlu mengeluh dengan penat dan susah yang sedikit sedangkan orang lain yang lebih muda punya perit yang lagi besar?


bersama encik suami
Bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah akan membuatkan kita sentiasa merasa senang dengan apa yang terjadi. Mengeluh hanya akan mengeruhkan keadaan dan membuatkan hati tidak tenang. Lihatlah mereka yang lebih susah daripada kita, nescaya kita akan tahu betapa beruntungnya kita di dunia.

p/s: aku tengah menanti mood nak me'review' majlis perkahwinan kami untuk kenang-kenangan. Mungkin lepas raya sebab sekarang mood Ramadhan dan Syawal. =P


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...