Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Resepi Kek Coklat Kukus yang Senang, Cepat dan Sedap

Assalamuaaikum. Kali ni aku nak kongsi resepi geng campak-campak. Senang, mudah dan yang paling penting SEDAP! Kek Coklat Kukus. Nom nom nom.


Bahan yang diperlukan :

2 cawan tepung kek blue key
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
4 biji telur
*badam hancur (optional)
*mentega

Cara membuat :

1. Campurkan semua bahan SELAIN badam hancur dan mentega
2. Gaul atau kisar sehingga sebati 
3. Sapu sedikit mentega dalam loyang
4. Campuran bahan dimasukkan ke dalam loyang
5. Tabur badam hancur ke atas adunan yang sudah dituang
6. Kukus adunan lebih kurang 45 minit atau sehingga masak

Inilah kek coklat kukus paling senang yang pernah aku buat. Sedap pun sedap. Silalah cuba dan selamat menjamu selera.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, April 29, 2014

Makanan Bayi 6 hingga 12 Bulan


Assalamualaikum. Rentetan dari entry careless yang lepas, aku terasa nak berkongsi sedikit ilmu ni. Ilmu tak banyak kena kongsi, tak boleh kedekut. Aku pun nak anak korang sihat sejahtera gebu-gebu sentiasa. Gitu.

Macam biasa, bila nak bagi anak makan, lagi-lagi nak kenalkan makanan, eloklah ikut 4 days rules. Rules ni adalah nak tengok sama ada anak kita ni sesuai ke tak, alergi ke tak dengan makanan yang kita bagi. 

Confirm ada mak pak yang cakap, bagi nestum senang, kenyang. So, terpulang pada individu. Aku buat untuk anak aku, so ini cara aku. Leceh ke, buang masa nak sediakan ke, aku yang rasa, so tak payah komen. Itu je yang aku harap.

Baiklah. Tersasul jauh. Korang boleh refer kumpulan makanan yang sesuai diberi kepada anak korang mengikut usianya. Sebolehnya, jangan tambah perasa sama gula atau garam kerana tak elok untuk penghadaman. 


Mesti ada yang cakap, orang dulu elok je bagi macam-macam. Bagi aku semuanya pasal ilmu. Bukan semua orang ada ilmu untuk semua benda. Ada part kita boleh consider, ada part kena bertegas. Part makan ni, selagi kita boleh kawal, kita kawal. Lagipun, setahun pertama tu je pun. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, July 8, 2013

Resepi Biscuit Cheese @ Cheesecuit

Menjelang Ramadhan ni, aku nak kongsi resepi sangat mudah sampai menjilat jari tak payah nak bakar bagai yang telah menjadi fenomena terhangat. Makanya, lepas resepi lasagna encik suami dulu, bertambahlah lagi entry resepi dalam blog aku ni. Hahaha, macam tak percaya ada entry macam ni. Adakah ini fenomena emak-emak? Sangat ~~

Jom kita tengok macam mana nak buat Biscuit Cheese atau Cheesecuit ni.


Bahan-bahan


1. Biskut Hup Seng Deluxe Crackers Original
2. Cream Cheese 250gm
3. Susu pekat setengah tin
4. Fresh milk 2-3 sudu ikut suka
*Apa-apa jenama lain untuk bahan-bahan ni adalah boleh saja ikut jenama mana yang ada dijual di pasaraya berdekatan anda. Tak ada masalah punya. Tapi, kalau tak jadi, jangan salahkan aku. Hohoho.

Cara membuat


1. Pukul cream cheese, susu pekat dan fresh milk guna mixer. Disebabkan i is malas nak mencari mixer dalam kotak, aku guna blender saja. Lagi cepat, mudah dan senang. Make sure kelikatan cheese ni sesedap rasa. Tak cair tak pekat. Kalau suka manis, tambah susu pekat.

*Dah siap campuran, letak tepi dulu.


2. Masukkan susu segar sikit dalam mangkuk.
3. Celupkan biskut dalam susu segar. BUKAN RENDAM, celup sahaja.
4. Susun biskut dalam bekas.


5. Dah susun biskut, layerkan dengan campuran cheese tadi. Tak perlu tebal-tebal. Cukup sekadar untuk lekatkan layer biskut yang seterusnya.

*Ulang langkah 3 hingga 5 sehingga biskut habis.


6. Jadikan lebihan cheese sebagai topping biscuit cheese anda. Boleh juga kalau nak buat topping pelbagai. Terpulang.

Siap sudah. Resepi yang ringkas dan sangat menyelerakan.

Kredit to nadt



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, February 20, 2013

Resepi Lasagna

Assalamualaikum

Pertama kali beb blog aku ada resepi. Dah kenapa tiba-tiba ada resepi ni dalam blog aku ? Sebab utamanya, menghargai hasil air tangan encik suami yang gigih sangat-sangat dua tiga hari bertanya, nak makan lasagna tak kat aku dan gigih mencari bahan serta gigih juga menyediakannya untuk santapan isteri tersayang sementelah beliau risau aku tak boleh nak makan nasi sekarang ni. Gitu. = . =' Selain tu, sebab aku kongsi resepi ni, ada kawan-kawan fb yang tanya resepi kat aku bila aku upload gambar kat fb aku walaupun bukanlah aku punya resepi. Bangga kejap.


Bahan-bahan yang diperlukan


Bahan 1:
1. Lasagna instant
2. Chesdale (encik suami guna cheese yang selalu makan dengan roti sebab tak jumpa mozarella cheese yang dimahukan)




Bahan 2 (sos spaghetti):
1. Sedikit minyak masak
2. Daging atau ayam kisar Ramly
3. Cendawan butang potong dadu (optional)
4. Bawang besar - potong dadu
5. Bawang putih - cincang halus
6. Cili boh - ikut selera pedas
7. Tomato puri atau tomato potong dadu - ikut nak pekat mana kuah
8. Sos spaghetti Kimball
9. Herba Itali McCormick - boleh je guna lada hitam, oregano dan sebagainya
10. Gula dan garam




Bahan 3 (sos keju):
1. 2 sudu besar butter
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. 500ml susu full cream - guna setengah kotak yang besar
4. 2 sudu besar Chesdale - boleh guna mozarella cheese
5. Sedikit lada sulah dan garam


Cara memasak

Bahan 1:
Lasagna instant dilembutkan - rebus sekejap sampai lembut
Chesdale - pisah-pisahkan satu persatu. Nak potong kecil-kecil pun boleh
*Letak tepi dulu kedua bahan ni

Bahan 2:
Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang besar dan bawang putih, goreng sampai naik bau
Masukkan cili boh ikut kepedasan yang dimahukan
Masukkan daging atau ayam kisar sampai empuk dan sebati
Masukkan sos spaghetti, tomato puri, gula dan garam
Masukkan cendawan butang
Tunggu sehingga masak dan jangan terlalu kering sebab kelembapan sos diperlukan untuk melembutkan lasagna semasa dibakar
*Sos spaghetti biar manis sedikit sebab cheese adalah masin ye kawan-kawan

Bahan 3:
Api yang perlahan sahaja
Masukkan mentega sampai cair
Masukkan tepung gandum - kacau sehingga sebati
Matikan api, alih periuk dari tempat panas
Masukkan susu - kacau sehingga sebati
Masukkan chesdale, lada sulah dan garam
Letak semula periuk atas api sederhana - kacau sos hingga masak 
*Pastikan sos tidak terlalu likat atau lama sebab bila sos sejuk, ia akan jadi lebih likat daripada masa panas


Cara melapis lasagna

1. Letakkan lasagna instant yang telah dilembutkan ke dalam bekas membakar
2. Buat lapisan nipis sos spaghetti di atas lapisan lasagna
3. Tuang sos keju ke atas lapisan sos spaghetti
4. Tabur chesdale ke atas lapisan-lapisan tadi. (Chesdale bentuk 4 segi, so, boleh je letak atas lapisan tanpa potong. Jarak-jarakkan ikut bekas yang digunakan)
5. Ulang langkah 1 hingga 4 ikut berapa lapisan yang anda mahukan
6. Lapisan terakhir selepas sos keju, letak chesdale sampai penuh
7. Bakar sehingga keju mencair dan masak

ini adalah lasagna encik suami

Tak berapa nak susah sangat resepi ni. Kalau guna semua bahan yang dibeli, boleh makan ramai-ramai dalam 8 orang dan sangat menjimatkan berbanding makan di secret recipe. Aku memang tak ambil gambar masa encik suami buat lasagna ni, makanya, gambar bahan-bahan semua gigih aku ambil kat google dan edit untuk tunjuk bahan mana yang aku guna. Selamat mencuba dan menjamu selera.

*resepi asal boleh rujuk SINI


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...