Showing posts with label Mengaji. Show all posts
Showing posts with label Mengaji. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

Flashcard Versi Felt Murah

Bismillahirahmanirahim. 

Aku nak kenalkan satu benda baru yang buat aku terlalu sunyi dalam dunia blog. Perniagaan aku. Ye, perniagaan yang aku buat sendiri, alhamdulillah. Semuanya bermula sejak puasa hari tu. Tapi, lebih tepat bermula lepas raya baru berlaku proses jual beli. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semoga rezeki ini berpanjangan.

Flashcard versi felt ataupun biasa aku tulis #feltflashcard. Aku buat sendiri dari A sampai Z tapi bahan semua aku beli kat kedailah. Di bawah nama @iezas_zone. Korang boleh follow instagram @iezas_zone untuk tengok hasil kraf flashcard aku ni yang dah dibeli oleh pelanggan aku. Klik gambar di bawah label 'perniagaan' kat sidebar ni terus link ke instagram aku.
Apa yang @iezas_zone tawarkan kepada korang? Sebagai mama kepada seorang budak kecil, aku rasa pendidikan awal dari rumah sangatlah penting. Tak kisahlah macam mana pun cara kita ajar anak kita kan. Dari situlah timbulnya idea untuk buat bisnes ni. Bila kawan-kawan tanya macam mana aku ajar Darwish baca ABC, alif ba ta dengan kenal nombor, terus aku terfikir cara macam mana nak tolong kawan-kawan aku.

Kat @iezas_zone ni sebagai permulaan perniagaan, aku tawarkan flashcard versi felt. Kenapa felt? Sebab tahan lama, tak mudah koyak dan boleh dicuci kalau kotor. Macam flashcard Darwish sendiri yang aku beli sebelum ni semuanya berasaskan kertas. Lunyai sebab hari-hari memang itulah mainan dia. Alhamdulillah, umur dia hujung bulan ni 2 tahun, dan dia dah boleh tahu setiap huruf ABC dan juga A is for what, sampai Z is for what, boleh baca iqra' dan juga tahu nombor tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.

Set flashcard utama yang aku ketengahkan adalah SET JAWI atau HIJAIYAH. Masa aku cari set hijaiyah kat pasaran, tak banyak sangat set ni, sebab tu aku prefer untuk keluarkan set ni dulu sebelum kenalkan set yang lain.


Terdapat juga SET ABC. Set ABC ada 2 jenis, sama ada huruf besar sahaja atau kecil sahaja ataupun besar dan kecil. Setiap set, sekeping kad ada huruf depan belakang atau sekeping satu huruf sahaja, berdasarkan permintaan pelanggan.


Tak lupa juga SET NOMBOR yang mana aku keluarkan set sehingga nombor 20. Semua set-set ni warnanya dipilih sendiri oleh pelanggan berdasarkan stok warna yang akan aku beritahu bila dorang nak buat tempahan. Semua tempahan adalah secara pre order. Aku tak sempat buat ready stok. Harap maklum.


Berapa harga untuk setiap set yang aku tawarkan? Jangan risau, harga yang aku letak adalah antara yang PALING MURAH dalam pasaran. Benda kraf ni perlukan masa yang panjang dan ketelitian, sebab tu harga dia tak sama macam yang mesin buat.

Maklumat lanjut mengenai flashcard ni yang biasa:
===========================================
  • Material felt
  • Saiz 12cm x 15cm
  • Sekeping felt huruf depan dan belakang
  • Harga :
    • Set Jawi (penuh termasuk huruf yang ditambah; ca, nga, pa, ga, vi dan nya) = RM43.00 percuma pos
    • Set Jawi biasa = RM37.00 percuma pos
    • Set ABC huruf kecil ATAU huruf besar sahaja = RM33.00 percuma pos
    • Set ABC lengkap huruf kecil dan besar = RM59.00 percuma pos
    • Set nombor 1-20 = RM27.00 percuma pos

Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut, nak buat sebarang termpahan, bolehlah hubungi aku:

Instagram : @iezas_zone
Whatsapps : 012-6424314
Email : ieza26ashaari@gmail.com



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, May 26, 2015

Cara Mudah Ajar Bayi Mengaji

Assalamualaikum. Tajuk tu macamlah aku pro sangat konon boleh tunjukkan cara mudah nak ajar orang mengaji. Nak-nak pula bayi. Memang tak lah aku pro, cuma aku bolehlah kongsi sikit-sikit cara aku ajar Darwish mengaji. Video ni diambil masa Darwish usung flash card dia ke aku. Kebetulan, aku baru jawab panggilan telefon. Terus aku rakam dia baca.



Alkisah aku start ajar Darwish baca segala flash card tak kisah ABC, 123 mahupun alif ba ta masa lepas pantang. Buat saja-saja tiap hari sambil borak main-main dengan dia. Memang dia tak sebut, tapi fokus dia pada flash card tu sangat konsisten.

Sebenarnya, aku buat pada masa tu adalah salah satu latihan terapi dia. Tidaklah aku pasang impian angan-angan yang anak aku akan kenal huruf-huruf ni semua dalam umur yang kecil. Tak pula aku paksa-paksa dia, "nah ambil buku ni baca. Kalau tak baca mama gigit!". Tak, aku tak garang macam tu. Aku mama yang baik. ^_^

Tapi aku perasan dia kenal buku-buku dia sebelum umur setahun. Mana buku ABC, mana buku nombor, mana buku alif ba ta, shape segala dia kenal. Time tu aku macam terkagum dan aku terus je ajar flash card macam biasa. Sampailah satu hari dia tunjuk dan baca depan aku. Wow !

Dia boleh sebut ABC dulu berbanding alif ba ta. Mungkin sebab suku kata huruf hijayyah lebih banyak dan susah berbanding rumi. Mungkinlah. Tak pula aku kaji.

Aku rasa yang penting perlu ada ialah flash card untuk kita tunjuk laju-laju atau perlahan atau secara rawak huruf yang kita nak ajar, buku untuk dia usung hulu-hilir, dan juga yang kita boleh tampal kat dinding untuk dia tengok selalu.

Apa pun yang paling penting jangan paksa anak. Biarkan dia baca sambil main. Jangan pula kita malas layan kalau dia tanya banyak kali. Tapi memang banyakkkkkkk kali sangat-sangat sampai setiap inci buku dia tu kau boleh hafal. Sila bertabah.

Apa lagi nak kongsi pun tak ingat. So far, inilah yang aku buat. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...