Showing posts with label Bulan Madu. Show all posts
Showing posts with label Bulan Madu. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Bulan Madu [bahagian akhir]


Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya di bahagian akhir kisah Bulan Madu kami, bersamaan hari keempat kami di Sarawak.

Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3

Nak balik dah dari berbulan madu. Perasaan bercampur baur. Macam tak percaya, datang honeymoon dengan seorang lelaki bergelar suami. Semoga, ini bukan honeymoon yang terakhir buat kami berdua. Ada rezeki, mungkin tempat lain pula kami datang berkunjung untuk berkasih sayang. Ops !

Entry ini mungkin banyak gambar saja. Dah tak ada tempat pun nak berkunjung sebab nak check out pukul 12 tengah hari. Pagi hari keempat kami bangun macam biasa. Decide untuk turun makan di Cafe Satang sebab nak full kan perut, tak payah nak membazir beli makanan segala. (nampak sangat kedekut !)

Lepas ambil breakfast, kami naik semula ke bilik untuk kemas segala barang. Tapi kami buat keputusan tak nak naik suttle sebab nak menikmati keindahan sekitar resort. Tapi memang penat gila panjat bukit ! Tempat pertama kami dapat daki lepas breakfast adalah dinding selamat datang ni. Mula-mula aku sibuk posing sorang-sorang. Encik suami pun sibuk bagi arahan cara nak posing. Tetiba ada couple mat saleh ni tegur kitaorang.

Mat saleh : Hello, may i help you? (sambil senyum)
Encik suami : Sure ! (muka happy gila sebab dapat jugak kami posing berdua)
Mat Saleh : Nice couple. (sambil bagi kamera kat encik suami lepas dah snap gambar)
Aku dan encik suami : Thank you ! (bangga giler ! Hahaha)

Korang bayangkan, belum sure lagi kalau orang kita nak hulurkan bantuan macam tu tanpa diminta. Termasuklah aku = . =' Tetiba aku terfikir, "patutlah dorang ni boleh hidup kat mana-mana".

Bergambar depan dinding

Lepas bergambar kat dinding ni, kami panjat lagi bukit, lebih kurang 50 meter camtu dan sampailah ke satu restoren ni. Kami tak pernah makan pun kat sini, sebab harganya lain dari pakej yang kami ambil. Tapi, bagi sesiapa yang nak rasa makanan kat sini, bolehlah tengok kat web dorang. Cantik sangat restoren ni waktu malam dan eksklusif. Just buka waktu malam saja.

Encik suami di hadapan restoren Treez

Penat bergambar kat situ, kami daki lagi bukit lebih kurang 10 meter untuk sampai ke pondok guard ni. Tapi tak ada orang pun. Kiri kanan jalan bukit nie semua pokok-pokok. Memang cantik ! Time tu lah kami berdua berangan-angan, "kalau photographer kita time wedding ritu ada nie mesti best ! Boleh shoot gambar honeymoon kita banyak-banyak". Kau mampu berangan macam tu ? Kopak lah poket nak tambah gambar post wedding pula. Belum mampu lagi mak.

Siap ada notis lagi !

Lepas saja pondok guard ni, inilah bukit yang sebenar-benar bukit yang perlu aku suami isteri menapak. Semput juga lah. Memang banyak sangat gambar kami ambil sebab tak ada gangguan langsung ! Lebih kurang 100++ meter jugak lah.

Tinggi dan jauh ! Yang dalam bulatan merah tue adalah pondok guard kat gambar atas

Gambar kenangan selepas berjaya mendaki !

Dah habis mendaki tu, masih belum sampai lagi kami kat bilik resort. Still ada jalan yang perlu kami menapak. 

Bilik aku kat resort belah kanan dalam gambar kecik tue. Kalau korang ada duit lebih, ada bilik yang lagi atas macam gambar kecik kat atas kiri tu. Memang cantik sangat-sangat.

Bila dah kat atas resort, kami tak terus balik ke bilik. Kami jalan-jalan lagi sekitar resort. Rupa-rupanya, kat hujung resort ada swimming pool. Cantik sangat-sangat ! Tapi kena pakai pakaian mandilah. Encik suami cakap, "propaganda diorang je ni nak tengok orang Islam punya aurat". Dia cakap macam tu sebab tak nak layan aku cakap yang aku nak ajak dia mandi kat pool. Aku bukan tak pernah mandi pool. Memang syarat dorang macam tue. Tapi, bagi aku, ada cara kalau nak mandi.

Berlatar belakangkan pool yang eksklusif.

Puas dah berjalan ditambah pula masa yang suntuk nak kemas barang semua, kami pun jalan balik ke bilik.

Laluan ke bilik

Gambar atas : Tempat tunggu suttle datang
Gambar bawah : Kami tunggu suttle untuk turun ke main entrance. Tak kuasa mak nak jalan kaki lagi !

Bukti check in dan check out di Damai Beach Resort

Lepas dah check out, kami bergerak ke bandar Kuching menaiki suttle. Kami ambil sehala saja. Harganya tak ingat pula, tapi tak sampai RM20 untuk 2 kepala. 

Kali terakhir di dalam suttle. Selamat tinggal Damai Beach Resort yang sangat mendamaikan
Kami dah berjanji dengan uncle teksi yang kami naik masa jalan-jalan sekitar Sarawak hari ketiga, yang kami nak uncle tue yang hantar kami ke airport. Uncle tue dengan senang hati bersetuju.

Kami janji dengan uncle lebih kurang pukul 3. Sebabnya, kami gerak dari resort pukul 12. Perjalanan lebih kurang sejam. So, masa tu lebih kuranglah. Kami sampai lebih kurang pukul 1 lebih macam tu. Kalau dah sampai bandar Kuching, tak ambil gambar dekat tugu kucing tak sah. Kebetulan yang paling mengujakan, tugu tue betul-betul berdepan dengan hotel tempat suttle turunkan kami. Alang-alang tunggu uncle datang, kami pun mengambil gambar sebagai bukti, KAMI DAH SAMPAI SARAWAK !

Kami di Kuching, Sarawak
 
Dan-dan, habis bergambar, uncle sampai. Tue yang paling best sebab uncle sangat menepati masa. Tiket kami pukul 6.45 petang. So, kami ada masa lebih kurang 2 jam lebih untuk berjalan sebelum ke airport. Kami decide beli pekasam kat pasar satok dan try satu menu sarawak. Kang kempunan pula sampai Sarawak, tapi langsung tak mencuba.

Gambar kat pasar satok tak ada sebab nak cepat. Memang banyak sangat pekasam kat sini. Harga pun murah-murah, ikan pula besar-besar. Memang puas hati. Kami beli sekotak (tak ingat berapa ekor), nak bagi kat saudara-saudara. Lepas habis membeli, uncle bawa kami makan kat satu kedai ni. Actually, kakak aku yang suruh aku cari mee kolok ni. Sebab dia pernah datang Sarawak dulu masa belajar. So, aku pun try. Mee ni macam maggi, kuah dia sup. Harga berbaloi dan mampu bayar. Korang boleh try.


Lepas perut dah kenyang, kami pergi semula ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Haruslah datang untuk ambil apa yang dah dibayar semalam. 

Dalam kedai

Pembungkusan yang kemas

Senang pergi Sarawak ni. Sebab bila beli barang banyak, dorang pack terus dalam kotak dan siap macam beg boleh jinjing. Sangat praktikal. Selesai semua, uncle bawa kami kat deretan kedai-kedai kat tepi jalan. Kami ada beli sikit cenderamata macam keychain dan lain-lain. Aku pun dapat juga grab sehelai kain batik Sarawak. Puas hati !

Sampai kat airport lebih kurang pukul 5 lebih. Kami solat dan menunggu kapal terbang. Delay pula selama sejam ! 

Muka bersabar tunggu flight
Makanya, kami tak boleh terus ke Shah Alam sebab jauh dan penat. Aku pun tanya kesudian kakak aku di Melaka untuk singgah transit kat rumah beliau. Hahaha. Jawapannya, "ya, silakan wahai pengantin baru !". Kami sampai di Melaka pukul 12 malam lebih kurang.

Selamat tiba di lapangan terbang Senai, Johor

Maka, tamatlah kisah bulan madu kami di Sarawak Bumi Kenyalang. Aku tahu, korang bukan baca pun kan. Scroll ke bawah, tengok-tengok gambar dan terus komen. =P Tak apa, yang penting ini adalah kenangan aku yang sangat manis untuk diimbas semula suatu hari nanti.

Bulan madu adalah satu percutian yang mungkin tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Kalau ada rezeki lebih, silalah pergi berbulan madu. Pada masa inilah, masing-masing menjadi sangat sweeeet. = . +

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, November 20, 2012

Bulan Madu [bahagian 3]


Selesai berceloteh Bulan Madu [bahagian 1] dan bahagian 2. Makanya, disambung pula ke bahagian 3, iaitu hari ketiga aku bersama encik suami tercinta di Sarawak Bumi Kenyalang. Sorrylah lambat buat review nie sebab kurang sihat dan ditambah kenduri yang bersepah-sepah di sana-sini. #sentap ! macam ramai baca blog ko nok !

Intro yang sungguh meyakinkan para pembaca nampaknya. (Aku perasan, bila aku buat entry pasal bulan madu ni, ayat aku dah macam karangan time sekolah. Entah kenapa tak boleh nak dapat ayat santai). Hari ketiga berbulan madu adalah hari mengeringkan duit poket. Memang berhabis sungguhlah bukan sebab banyak sangat berbelanja membeli-belah, tetapi sebab membayar tambang teksi ke sana-sini. Al-maklumlah, perjalanan dari bandar Kuching ke merata tempat memerlukan pengangkutan. Aku tengok, orang Malaysia je yang ramai ambil teksi, tapi mat saleh semua pakat jalan kaki. Kalau kau rasa kau cukup tough, tak salah mencuba meronda Sarawak dengan berjalan kaki.

Hari ketiga bangun awal-awal pagi sebab suttle disediakan dari resort ke bandar Kuching paling awal pukul 9 pagi. Bayaran dikenakan RM12 satu kepala kalau sehala. Kami ambil pergi balik, bayaran dikenakan hanya RM20. Untung RM4 kat situ. Suttle akan stop kat Hotel Grand Margherita. So, bila nak ambil suttle untuk balik semula ke resort, kenalah tunggu kat hotel tu juga. Jangan pula kau nak memandai tunggu kat hotel lain pula. Suttle ni ada kat lobi resort. Ambil tiket, isi form semua dan buat bayaran. Sebabnya, suttle hanya sekali jalan sahaja untuk satu-satu masa. Ada limit penumpang untuk sekali suttle berjalan. 

Untungnya aku pergi time ni sebab tak ramai orang. Kebetulan, balik tue sepatutnya aku ambil suttle pukul 6, tapi sebab aku dah tak larat, saja mencuba nasib mana tau kalau suttle lebih awal ada kekosongan, aku boleh balik resort. Memang rezeki kami, dapat naik suttle awal sejam dari tu.

Before ke bandar Kuching, haruslah kami breakfast kat Cafe Satang resort tue macam hari sebelum ini. Sambil tunggu suttle penuh, aku ada ambil gambar bilik resort aku dari main entrance. Dari gambar ni, korang boleh sedia maklum kenapa aku tak jalan kaki dari bilik ke main entrance.

Atas bukit tu lah terletaknya bilik aku

Lepas dah isi perut kenyang-kenyang dan beli sikit bekal makanan dan minuman, suttle pun gerak ke bandar Kuching. Bila sampai bandar Kuching, kepala pun pusing. Memang betul-betul blur sebab tak tahu nak ke mana. Based on apa yang pekerja resort bagitahu, ada tempat makan makanan laut yang sangat-sangat murah kat Kuching. Top Spot kot nama dia. Kami tak pergi sebab aku alergy seafood, so NO WAY lah ye encik suami even murah tahap gaban pun. Hahahaha (gelak jahat !). Tapi, dalam kepala encik suami sebenarnya sibuk nak ke taman buaya. Aku pun tak tahu entah kenapa dia nak sangat tengok buaya.

Disebabkan kami sampai lebih kurang pukul 11 lebih, kami pusing-pusing sekitar hotel untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Kami call juga uncle teksi yang bawa kami masa hari pertama kami sampai di airport, malangnya beliau tidak berada di kawasan berdekatan. Kecewa sebab takut tak dapat pemandu teksi seperti beliau.

Pusing-pusing, dapat jumpa teksi banyak-banyak dekat dengan satu mall. Alhamdulillah, uncle tue nampak sangat baik. Dia siap bagitahu tempat-tempat yang menarik yang ada kat Kuching termasuklah taman buaya. Pfffft. So, kami ambil keputusan pergi dua tempat iaitu taman buaya (Jong's Crocodile Farm) dan taman orang utan (Semenggoh Wildlife Center). Actually, kat dua-dua tempat ni bukan hanya ada buaya dan orang utan saja, tapi itu adalah tarikan utama kat situ. Agak mengecewakan sebab masa makan untuk haiwan ni sama iaitu pukul 3. Kenalah kami decide mana satu nak tengok time makan. Bincang punya bincang, kami decide nak tengok orang utan makan.

Disebabkan dah tengah hari dan perut berkeroncong, kami makan dulu kat mall tue sebelum gerak ke taman buaya. Kami sampai ke taman buaya lebih kurang pukul 1. Hanya ada sejam lebih untuk berjalan-jalan kat taman yang besar giler tu sebab lepas tue nak rush ke taman orang utan. Ingatkan kecik saja tempat tu. Memang kalau kau dah kemaruk sangat nak tengok buaya, inilah tempatnya. Penuh dengan buaya. Seram je aku rasa. Nak tepek gambar banyak sangat, tak larat nak edit. Malas sebenarnya. = . ='

Bayaran masuk taman buaya adalah RM16 satu kepala untuk orang dewasa. Melayang duit RM32 untuk masuk taman buaya tue. :'( Jalan masuk ke taman buaya ni macam ke dalam sikit. So, janganlah korang ingat uncle teksi nak bawa korang lari pulak. Tak kuasa den !

Laluan ke pintu masuk Jong's Crocodile Farm


Main entrance taman buaya



Macam-macam binatang yang ada kat taman ni. Ba alif ba ya pun ada juga.

Bila dah sampai timing kami kena keluar disebabkan mengejar masa, kami pun mengambil gambar kenangan kat sudut-sudut yang menarik perhatian. Banyak dah gambar posing maut kat dalam taman tue sebenarnya, tapi nak juga ambil gambar lagi. Hahaha. Encik suami adalah individu paling excited masa berada dalam taman buaya ni. Dia siap cakap, "kalau boleh, nak kat dalam ni sampai tempat ni tutup !". Please lah, aku rasa sangat mengerikan kot bila tengok buaya tue macam tengok aku tak kelip-kelip. Seriau rasa !



Kat galeri dalam taman buaya. Kat dalam ni ada jual macam-macam cenderahati. Agak mahal jugalah.

Depan main entrance

Bersama replika buaya yang besar. 

Uncle teksi yang bawa kami tue memang punctual sangat-sangat. Memang best sangat sebab dia pun sangat berbudi bahasa. Dia siap tunggu kami kat luar taman. Habis ambil gambar kat atas buaya gergasi ni, kami terus masuk teksi dan menuju ke taman orang utan. Gerimis mengundang pula time perjalanan tue. Doa-doa semoga tak hujan lebat. Kalau tak, peluang tipis nak tengok orang utan. Sebabnya, kat taman tue, orang utan adalah 'free'. Maksudnya, bukan dalam kandang atau diikat. Ia memang duduk di dalam hutan, dan bila tiba waktu makan, penjaga kat situ akan panggil.

Time kami sampai kat taman orang utan ni, dah nak tiba waktu makan, dan alhamdulillah, cuaca mendung-mendung saja dan tak hujan. Bak kata uncle teksi, bukan senang nak dapat peluang tengok orang utan makan secara live sebabnya ikut mood juga orang utan ni. Kalau dapat tengok seekor datang makan pun dah kira beruntung sangat-sangat. Bayaran masuk kat taman ni pula kalau tak silap aku RM5 atau RM8 satu kepala. Lupa pula.

Dari pintu utama taman ke dalam sangaaaat jauh (nak bagitahu, memang jauh). Lepas tu jalan tu agak berbukit-bukit. Memang tak lah kalau kau nak jalan kaki. Bukan tak ada yang jalan kaki, tapi semuanya mat saleh. Sampai kat hujung taman, memang betul-betul hutan. Actually, tempat tue memang di kelilingi hutan, tapi ada jalan kat tengah-tengah untuk masuk sampai ke tengah hutan. (ayat macam apa je. Harap korang faham apa yang aku terangkan). 

Betapa beruntungnya kami, waktu kami datang, orang utan yang keluar makan adalah sebanyak 5 EKOR ! Dan yang paling best, orang utan yang paling besar dan paling lama yang ada kat situ pun keluar juga. Wah, rasa macam orang utan tu tau lah ada pengantin baru datang nak tengok dorang. = P

Orang utan ni memang datang dekat kat pengunjung. Yang paling besar tu, dia lebih banyak duduk dan makan sebab dah tak larat kot.

Pekerja taman start panggil orang utan makan dalam pukul 3 petang. Kalau korang berani, bolehlah pegang. Tapi tak digalakkan sebab orang utan boleh bertindak ganas. Dan disebabkan keganasan tu lah tempat-tempat yang ada kat situ dah jadi kawasan larangan. Agak sayang sebab cantik-cantik tempat kat situ. Kami just ambil gambar sebagai kenangan. Tak nak lah kempunan.

Nature sangatkan aku bergambar.

Ini taman bamboo yang ada kat dalam taman orang utan ni. Memang cantik sangat ! Tapi dah nak hujan time ni.

Betul-betul je time kami keluar dari taman orang utan, hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, tercapai juga hajat berjalan dua taman haiwan untuk hari itu. Kat Sarawak ni, tempat yang nak dilawat jauh-jauh sikit antara satu dengan yang lain. So, kalau rasa nak berjalan sakan dan melawat banyak tempat, make sure wat perancangan rapi tentang masa. Kalau tak, memang banyak terlepas dan melepas.

Dalam perjalanan balik, bincang-bincang dengan encik suami sambil tanya uncle teksi yang kami nak membeli-belah sikit buah tangan. Tapi, hujan yang mencurah-curah menyebabkan kami terpaksa batalkan niat sebab ia hanya akan menyukarkan keadaan untuk membeli-belah dengan heavennya. 

Uncle berhentikan kami kat sebuah kilang membuat pasu. Niat dihati nak membeli pasu untuk mak-mak kesayangan kami. Kebetulan yang sangat best, kilang tue tengah buat sale secara besar-besaran ! Dengan kami-kami pun ambil satu pasu lampu tidur yang harga turun sampai 70% ! Banyak sangat pilihan sampai rambang mata. Disebabkan kami beli pasu besar-besar dan berat, kat kilang ni siap wat packaging untuk barang yang kami beli. Memang berpuas hati dan rasa berbaloi sangat. Kilang ni kat tepi jalan je. Sehala dengan jalan balik kami nak ke bandar Kuching.

Suasana dalam kilang. Tempat buat pasu dan pembungkusan ada kat belakang kilang.

Kalau dah sampai Sarawak, tak melabur kat kek lapis Sarawak memang tak sah. Betul tak? Sekarang, tak perlu lagi nak naik sampan seberang sungai untuk ke kilang Dayang Salhah. Sebabnya dah ada cawangan yang dibuka. Tapi kalau korang nak juga naik sampan, boleh saja. Dekat bandar Kuching, RM0.50 sen saja satu kepala. Kedai kek ni pun kat tepi jalan besar je. Senang dilihat. Kami singgah sekejap kedai untuk pilih kek lepis yang kami nak bawa balik. Harga sama saja macam kat kilang. RM10 atau RM12 ikut perisa yang kau pilih. Aku kenyang duduk dalam kedai ni sebab semua perisa aku rasa. Kek yang kami pilih kami tinggalkan kat situ dulu sebab tak payah nak susah-susah bawa balik resort. Tak perlu nak tambah beban banyak-banyak. Mana tempat yang bagi simpan secara percuma, kau guna je. Hahaha.

Hadapan kedai kek lapis.

Lega sangat rasa bila dah beli apa yang nak dibeli. Tapi aku masih tak puas hati. Cadangnya esok sebelum balik, aku nak rembat sehelai kain batik Sarawak. Sampai kat hotel, kami tunggu suttle. Bosan juga sebab hotel tue sunyi dan ditambah pula hujan, makanya tak adalah orang lalu lalang depan hotel. Makanya, encik suami sibuk suruh aku beraksi jadi model hotel. = . ='

Walaupun penat, bergambar memang tak nak kalah !

Macam aku cakap tadi, rezeki kami murah dapat balik awal ke resort sebab ada kekosongan suttle. Letih sangat tak leh nak cakap. Kaki macam nak patah. Ditambah pula perut yang kekenyangan melantak kek lapis berlapis-lapis. Dalam suttle, mata pun terlelap.

Sampai saja kat resort, betapa baik hati pekerja resort angkatkan barang-barang yang kami beli. Siap offer akan jagakan dan tak perlu bawa masuk bilik sebabnya esok dah nak check out. Check out ? Sedih !

Malam itu, kami makan kat Damai Central. Tak lalu nak layan air three layer sebab cuaca sejuk. Kami pun tak berapa nak lapar. Makanya, hanya menu simple saja yang kami pilih.

Roti canai dan teh o panas menjadi pilihan.

Duit simpan banyak-banyak pun satu masa pasti habis. Tapi kalau kenangan, simpan banyak-banyak pun memori kita tak pernah habis. Makanya, simpanlah banyak-banyak kenangan, tak kisahlah sama ada pahit atau manis.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, November 9, 2012

Bulan Madu [bahagian 2]


Ehem, ehem. Selesai sudah kisah Bulan Madu [bahagian 1]. Amacam? Teruja tak dengan cerita aku? Teruja ke tak teruja aku tak peduli, yang penting aku dapat update blog. Boleh?

Aku nak teruskan cerita bulan madu aku untuk hari kedua aku berada di Sarawak. Sila jangan muntah sebab entry ini entry yang panjang berjela dengan gambar yang sangat banyak. Hari kedua tak adalah rush sangat bangun awal sebab badan penat dan rancangan nak jalan-jalan hanya setakat area berdekatan resort sahaja. Yelah, kami nak jugak berjalan-jalan bermadu kasih di tepi pantai yang indah. Sementelah pula, encik suami kata tak mahu balik lewat petang, sebab malam ada acara penting, katanya. 

Suasana pagi di luar resort. Ini adalah laluan utama dari bilik kami untuk ke jalan raya bagi mendapatkan kemudahan suttle resort.
Tempat bermanja menunggu suttle datang
Makanya, hari dimulakan dengan bersiap ke Cafe Satang di resort tue untuk sarapan pagi yang sangat lazat. Boleh tahanlah makanan yang dorang sediakan. Aku tak ambil gambar makanan sebab aku malu. Hahaha. 

Encik suami sedang mengambil breakfast beliau.
Selesai sesi mengenyangkan perut, kami pun berjalan-jalan di sekitar resort. Memang cantik resort ni. Macam-macam kemudahan yang dorang sediakan untuk pengunjung. Kalau nak mandi pool pun ada juga.

Kami ambil keputusan jalan-jalan tepi pantai. Waktu ni memang panas terik. Tak ada yang mandi kat laut. Tapi, bila kami dah habis jalan-jalan dalam pukul 12.30 tengah hari macam tue, tetiba ramai pulak minah saleh pakai bikini berjemur dan berendam. Pffff ! Saja nak tayang body mantap depan laki aku !

Suasana di hadapan laut
Penat berjalan dan mencuci mata, kami balik ke bilik untuk bersihkan badan, solat dan berehat sekejap sebelum sambung perjalanan bulan madu. Petang tu, kami ke Sarawak Cultural Village. Tak jauh sangat pun dari resort. Kalau rajin nak jalan kaki, boleh saja, tapi kami naik suttle, dan ia adalah percuma. 

Daku hengat murah masuk Sarawak Cultural Village ni, tapi, Oh Mak Datuk, satu kepala kena lebih kurang RM 40 kalau tak silap aku ! Gigit jari kaki lah. Tapi disebabkan nekad jugak nak masuk, dan encik suami beriya-iya nak tahu budaya Sarawak kononnya, maka kami pun menjelajah ke setiap pelusuk Kampung Budaya Sarawak tu. Nak kata, best, boleh lah. Nak kata tak best, best juga. Mungkin disebabkan aku suka fikir macam-macam, makanya, aku dalam keadaan cuak bila berada kat rumah-rumah budaya tue. Sebabnya tak berapa nak ramai sangat pengunjung, al maklumlah bukan waktu cuti sekolah. Gambar dalam kampung budaya tue banyak sangat, tak larat nak edit. Nie yang mampu dipaparkan.

Di hadapan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak
Stiker badge yang diberi selepas bayaran masuk dibuat
Passport lawatan. Untuk setiap rumah budaya yang kita pergi, ada cop yang boleh kita dapat sebagai tanda kita dah ke situ. Passport ni juga berguna untuk mengelakkan kita ter'miss' rumah budaya. Rumah budaya yang ada banyak dan jauh antara satu dengan yang lain sampai aku dah tak larat nak berjalan. Air minuman pula tak ada !





Ini BUKAN PERCUMA ! Encik suami nak merasa pengalaman menyumpit, makanya perlulah bayar. RM3 kot kalau tak silap.

Inilah cop yang aku katakan tadi


Pada hari tersebut, pada pukul 5 petang, di dewan teater (kalau tak silap aku namanya) ada pertunjukan tarian budaya Sarawak. Aku suka sangat tengok sementelah aku suka menarilah kononnya. 



Habis persembahan, kami berjalan di sekitar kampung budaya tu. Adalah kedai kalau korang nak beli cenderahati buat kenangan. Tapi, harganya mahal sikit. Kalau nak pergi beli apa-apa sebagai buah tangan, baik pergi ke Kuching. Lebih murah. Bagi akulah. Makanya, kami hanya berjalan-jalan dan mencuci mata saja di situ tanpa membeli.



Walaupun penat berjalan berjam-jam di dalam kampung budaya tue, kami tak terus balik ke bilik. Malahan, kami juga tidak pulang ke main entrance dengan suttle resort. Kami hanya berjalan kaki sambil menikmati panorama alam yang menakjubkan (ayat hiperbola pula). Kampung budaya ni berdepan saja dengan Damai Central (tempat aku makan pada malam pertama sampai di resort). Bila keluar dari resort ni, barulah aku tahu, "lor, tak adalah jauh mana pun Damai Central dan kampung budaya ni. Sekangkang kera je pun !". 


Cuaca panas terik tak mematahkan semangat bergambar di monumen burung kenyalang ni. Monumen ni ada kat hujung Damai Central. Kena rajin berjalan, baru dapat ambil gambar best-best.

Puas berjalan dan mengambil gambar, kami pun berjalan balik ke resort melalui jalan yang sama seperti malam sebelumnya. Disebabkan malam semalam tak dapat nak ambil gambar sebab hujan, makanya ini adalah sesi membalas dendam. Cantik, mendamaikan dan sangat romantik berjalan berdua-duaan dikelilingi pemandangan yang hijau dan bunyi deruan anak sungai. Feeling habis !

Anak sungai di bawah jambatan untuk laluan pejalan kaki pulang ke resort melalui Damai Central
Bilik-bilik lain yang disediakan oleh pihak resort. Ini adalah laluan kami juga untuk ke main entrance

Sampai di bilik, encik suami bagitahu tentang aktiviti malam tersebut. Candle light dinner on our honeymoon journey ! So sweet lah abang ni. =P Makanya, bersiap-siap, menggosok pakaian bagai dan mandi berjam-jam kononnya nak wangi-wangi sangat. Hahaha. 

Bergambar sebelum Candle Light Dinner
Lebih kurang pukul 8.15 malam, setelah bersiap, suttle pun ambil kami di bilik untuk ke main entrance. Aku rasa lain sangat. Macam cuak, gelabah, menggigil. Macam-macam rasa. Maybe sebab pertama kali bagi aku merasa candle light dinner berdua. Sampai di Cafe Satang, kami disambut oleh penyambut tetamu. Memang superb layanan dorang. Dengan keramahan dan senyuman manis, terasa seronok berada kat sana.

Gambar meja makan tak dan nak ambil. Malu den nak ambil gambar. Kenalah cover ayu memula sampai tue. Hahaha. Meja makan kami menghadap swimming pool dan laut. Tapi, laut jauh sangat nak capture dan gelap.



Menu yang dibook oleh encik suami sangat sedap dan lazat. Kekenyangan yang teramat. Cuma minuman dia agak manis dan masam sampai susah aku nak telan. Yang lain memang tip top. Hidangan utama, aku pilih ayam, dan encik suami pilih daging. 



Selesai membuncitkan perut, dengan segannya, kami meminta tolong seseorang mengambil gambar kami berdua. Hahaha. Tak pastilah dia tue pekerja cafe ataupun chef. Baju dorang lebih kurang je. 


Lebih kurang pukul 10 malam, kami selesai makan. Tak ramai pun yang ada kat Cafe Satang ni. Itu yang terasa lebih privacy nak bergelak ketawa, bermanja-manja dan bersuka ria. 

Kadang kita selalu terkenangkan kesedihan dan kesusahan. Tak salah kiranya mengulang tayang waktu keseronokan dan kesenangan, biar jadi inspirasi untuk terus bangkit meneruskan kehidupan. Lebih baik menikmati terus apa itu kehidupan dari terus dirundung kesedihan kerana mengenang kesakitan dan kesusahan. Allah memberi kesedihan bukan selamanya. InsyaAllah, pasti ada bahagia di hujung nanti. Yakin dengan janji-Nya, pasti kita tidak gusar.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...