Friday, July 5, 2013

Peringkat Kehamilan | Trimester Kedua

Cerita Trimester Pertama, klik --> SINI

Trimester kedua ni bila kandungan berusia empat sampailah enam bulan katanya. Alhamdulillah, aku dapat tamatkan trimester pertama dengan jayanya. Sangatlah berjaya (mata ke atas). 

So far, disebabkan trimester pertama aku alami mabuk yang teruk, bila masuk trimester kedua, aku sangat berharap mabuk tu berakhir serta merta. Tapi, nan hado. Ia berterusan okay ! Maka, bersedihlah tak dapat makan nasi lagi. Meh aku cerita sikit kronologi sepanjang trimester kedua ni. Mana tau ada yang sama dengan mommy lain.


Bulan Keempat

Time ni, mabuk seperti biasa. Tak boleh lagi makan nasi, sama macam trimester pertama. So, rutin tak berubah sangat pun. Cumanya, aku stop mengajar sebab tak tahan muntah-muntah dan takut darah tinggi kononnya disebabkan stress mengajar. Hahaha. Perut nak mula membuncit, tapi seluar dan baju-baju masa anak dara okay je boleh pakai. Masa ni dah boleh rasa sikit perut cam blurp, blurp. Tak pasti apakah itu, tapi doktor cakap pergerakan baby. Alhamdulillah.


Bulan Kelima

Alhamdulillah. Time ni lah rupanya segala mabuk hilang membelenggu diri. Time ni jugak nafsu makan membuak-buak macam tak makan setahun. Lepas makan, nak makan lagi sampai tak tahu, "aku ni kenyang ke tak?". Boleh macam tu? Sampailah satu masa, pergi checkup seperti biasa, untuk bulan tu berat naik mendadak sampai 5kg! Tak apa, aku memang sejak azali kurus, so aku rasa bangga bila tengok nombor kat mesin timbang tu naik dengan banyaknya. Rasa macam, "wah, bestnya berat naik berganda-ganda. Bukan senang nak dapat ni!". Hahaha. Dan, time ni juga lah sembelit akan mula membelenggu mommy to be sekalian. Maka, silalah jaga pemakanan anda jangan sampai berak tahi keras dan berdarah. Erkk, citer kotor apakah? Moment paling best sangat-sangat bila bulan kelima ni, aku rasa baby tendang dengan kuat sampai berombak-ombak perut. Teruja sangat-sangat kami suami isteri. Ini gambar aku masa kandungan 5 bulan bersama geng photoshoot menyambut birthday girl, Yaya. Huh, rindu kat dorang ! Tapi ada lagi sorang tak ada dalam gambar. Halal lah ye Eida. Hihi.




Bulan Keenam

Macam biasa, nafsu makan menjadi-jadi. Time bulan ni lah aku terasa nasi lemak itu sangatlah sedap. Sangat sedap sampaikan makan hari-hari pun tak apa. Pernah sekali, dah pukul 9 pagi, aku sanggup paksa adik lelaki aku cari nasi lemak sambal kerang. Rezeki baby mungkin, nasi lemak terakhir dari kedai yang entah keberapa adik aku pergi, ada jual. Alhamdulillah. Rezeki lagi, dengan harga yang murah, sambal kerang tu melimpah ruah. Syukur adik aku memahami kalau kakak dia ni minta bukan-bukan. Lagi satu, malam-malam buta dalam pukul 2-3 pagi, kerap sangat minta encik suami belikan roti canai sampai 2-3 keping. Tapi, tak lah aku kejut dia bangun tidur bagai. Biasanya, bila dia keluar dan balik lewat. Confirm, dia tapau roti canai. Lepas tu, aku boleh pula complaint, "roti canai ni keraslah.. kenapa orang tu bungkus dal? Eee, kari ni masinlah !", dan macam biasa, encik suami akan senyum dan cakap, "lain kali abang bagitahu nak roti canai yang baru ye.. eh, abang dah minta bungkus kari, bukan dal. Orang tu nak kena ni.. tak pe, lain kali abang masakkan kari untuk ayang". Begitulah beliau melayan. Maaf encik suami.

Dan masa bulan keenam inilah, mommy to be sekalian akan menerima suntikan Tetanus Toxoid yang pertama. Doktor cakap, untuk yang pertama kali mengandung, akan kena 2 KALI ! Gurlp. Suntikan ni untuk mencegah kancing gigi. Serius beb, doktor tu cuma cakap akan rasa kebas, sengal-sengal dan sakit sikit. Hukhukhuk. Bila aku kena, malam tu tak boleh tidur sebab sebelah tangan ni berdenyut-denyut lain macam. Ini bukan kancing gigi, ini kancing tangan namanya ! Hahaha. Maka, esoknya, aku pun demam sehari. Kohkohkoh. Bertabahlah untuk menanti suntikan yang kedua.

Okay, settle cerita trimester kedua. Bagi aku, sepanjang trimester kedua ni, aku banyak terkejut dengan perubahan yang berlaku. Macam tak percaya tengok perut semakin membesar, emosi yang semakin sensitif, dan banyak lagi.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

13 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, bestnyaaa. baby sihat dalam perut kan. tak sabar nak tengok baby za. heee haritu tak dapat pun jumpa za kat party yaya tu >____<

Masya said...

alhamdulillah .. dah mula selera membuak²lah yer...

bab cucuk tu mmg ngilu lah.. sila² demam.. tp dia bukan buat sekali harung 2 cucuk tu.. rasanya buat sekali dulu.. bulan depan baru lg sekali...

Fahimah Mahayuddin said...

Comelnya ieza bila tengah preggy ni. Makin berseri-seri. Alhamdulillah..mabuk dan muntah2 dah hilang. Semoga semuanya dipermudahkan =)Take care tau!

NasQ said...

xlama dah... perut dah besar dah kan...

- AZIE - said...

timester kedua nie memg perut membulat dgn jayanya..dh mula rasa penat dan susah nk tdo

Nory Zoulkefle said...

rasa macam baru semalam dengar za bagitaw yang za pregnant, sekejap je amsa berjalan, tak lama je lagi baby nak kuar kan...
yang penting, sejak2 mengandung ni,tak dinafikanlah, Za mmg kuat emo kan..hahaha...asyikk marah2 je..hehehe

Unknown said...

selamat lah nafsu makan yg membuak buak tu... same la ngn aku dlu.. msuk bulan ke 5 n 6.. keje nye asik makannnnnnn je

cha said...

berat bdan cmne u? nampak u mcm kurus je. huhu jangan ngidam benda pelik pelik dhla tau huhu

Anonymous said...

Part mkn tu yg bestnya kan? Kita dah kena inject att awal2 lg, sebab disengat lipan. Mujur tak demam, kebas pun sekejap je..

Tupai Karan said...

Hi.. lama xkontek.. dah nak jadi mak orang dia ye.. hehe.. tahniah iz.. jaga pemakanan n rehat ye.. tp aktif jugak la supaya sng branak nanti.. bila due nye?

Anonymous said...

Saya baru je kena last week kak... Bad mood memanjang je bila tangan dah sengal-sengal... Hehhehe~~

::EIDA:: said...

taknak kawan mak.. ida mane? mane? hukhukhukkkk

Wawa said...

mase peknen naila dulu, berebut makan roti canai dgn daddy sampai 3-4 keeping...pas bersalin 1 keeping roti pun takleh habes...maknenye ? naila yg kuat makan...hahaha...:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...