Thursday, December 27, 2012

Pernikahan

Assalamualaikum semua rakan blogger

Selesai sudah majlis bertunang, tiba pula majlis kami disatukan. Gitew. Bagi yang baca entry pertunangan aku, korang taulah yang aku bertunang beberapa jam sebelum nikah. Nak dijadikan cerita, lepas selesai majlis pertunangan, aku masuk bilik untuk bersiap dengan busana nikah. Busana kau, tak hengat ! Masuk je bilik, siap-siap, alamak, aku pitam ! Serius beb, siap muntah-muntah lagi dalam bilik. Nasib baik ada tong sampah dalam bilik pengantin. Wajib ada okay untuk b2b sekalian. Sila take note !



Kepanjangan intro aku rasa dah cukup. Tok kadi a.k.a atuk saudara aku tetiba call abah aku dan bagitahu, akan terus ke rumah aku dulu baru pergi ke rumah pasangan yang lagi satu. Aku dengan keadaan macam tue, ditambah pihak lelaki yang aku takut belum siap, telah membuat keadaan dalam bilik maha kelam-kabut. Dah kenapa pulak pengantin yang dah book awal tetiba lambat pula. Nasib baik assistant aku semuanya power. Siaplah aku dengan cantiknya. Perasan ! 

Bab bunga tangan lagi sekali. Aku tak nak pegang bunga tangan sebenarnya, tapi assistant MUA bising. Maka, redha lagi macam time tunang. Dia tanya aku nak pakai bunga apa, lain yang diminta, lain yang dapat. Tak apa, aku tak kisah. Asalkan cantik.



Tu je full view busana yang aku ada. Sangat simple dan mengikut apa yang arwah tukang jahit aku sempat lakarkan sebelum dia pergi. Akhirnya, idea direalisasikan oleh kawan aku. Kain yang diguna adalah satin, sama macam kain untuk baju melayu encik suami sebab dibeli oleh mak encik suami. Aku just tambah beli kain lace untuk baju sikit dan patch kat veil. Tapi, bukan aku yang patch sebab tak ada masa. Aku minta tolong kawan aku juga. Hahaha.



Alhamdulillah, lebih kurang pukul 6 petang, kami bergelar suami isteri yang sah. Abah aku yang menikahkan aku. Perasaan? Serius, aku sedang menahan muntah masa atas pelamin dan tiba-tiba, "sah !" dan bacaan doa. Bab ni serius dan tak lawak. Sila jangan gelak.






Dan bermula detik itu, aku bergelar isteri kepada encik suami. Keadaan yang dah lewat petang dan aku pun nak rush bersiap pula untuk malam berinai, makanya gambar tak banyak sangat yang sempat disnap. Tapi, OP menjalankan kerja dengan sangat berjaya. Terbaik !



Hantaran untuk majlis pernikahan cuma ini sahaja sebabnya yang lain dah diberi masa majlis tunang beberapa jam sebelumnya. Ha, kan jimat. Bab nak review barang hantaran bagai, aku tak tahulah aku pandai buat entry ke tidak. Sebab yang aku DIY pun tak banyak mana. Semua tangkap muat dan malu nak dipertontonkan. Hahaha. Tapi, disebabkan aku bangga dengan kerja aku, nanti aku try review. Boleh juga anak-anak aku imbas balik hasil kerja keras mama dia masa kahwin. Sewa khemah kat luar rumah pun jimat juga sebab sekali jalan. Gubahan hantaran untuk cincin encik suami dari aku tue disponsor oleh kawan baik aku sebab aku tak sempat dah nak buat. Rezeki, rezeki.





Last but not least, gambar yang menjadi header aku sekarang ni. Sangat suka gambar ni. 



Lepas habis semua, tok kadi a.k.a atuk saudara aku bagi sekeping kertas yang menandakan kami dah sah bergelar suami isteri. Serius, bila aku tengok kertas ni, aku macam cuak je. Laku ke ni kalau kena tangkap pencegah maksiat ? Seram je rasa bila nak pergi honeymoon cuma bawa kertas nie sebagai bukti. 


Sekarang, masa untuk promosi orang yang buat aku cantik. Cantik ke? Hahaha.

Bunga tangan dan make up : MUA Rias Mazmiera, Kak Mastura
Busana : Duan Buhari
Shawl dan veil : Pearlnity
Pelamin tunang dan nikah : Abang Amir (tak ada link)
Official photographer : Creeperz Photocraft Studio



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, December 25, 2012

Pertunangan

Assalamualaikum semua rakan blogger


Sebelum mula story, dengan rendah hati, aku mohon korang klik gambar di atas atau di sidebar untuk mengetahui cara memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.


***********

Aku blur nak mulakan review bagai ni. Sumpah tak tahu nak mula macam mana sebabnya aku tak hebat macam b2b or ex b2b yang sangat comel dan superb bila buat entry. Tambah pula, props dorang hebat sangat.

Aku review ada sebab tersendiri. Antaranya, untuk kenangan generasi akan datang (kononnya, cucu aku pun boleh ambil inspirasi). Rasa tua pula bila cakap pasal cucu sedangkan anak pun belum ada. Dan lagi satu, untuk berterima kasih (bagi glamour sikit) kepada mereka-mereka yang banyak membantu. Tanpa mereka, tak warna-warni majlis aku tu.

Tak nak buang masa, aku cerita serba ringkas pasal majlis pertunangan aku tempoh hari. Dah nak enam bulan kot, baru nak cerita. Ada aku kesah? Hahaha. Actually, majlis pertunangan adalah tidak dirancang. Pihak lelaki datang merisik pada 05 Februari 2012 dan terus tetapkan tarikh perkahwinan. Punya tak sabar encik suami gamaknya. Pada masa itu, aku masih lagi bergelar pelajar tahun akhir. Makanya, aku serahkan sahaja semua bulat-bulat kepada mak abah aku sementelah mereka lebih pakar dalam hal ini.

Pada saat akhir, majlis pertunangan diadakan kerana atuk saudara aku yang jadi jurunikah tu kata untuk hari kejadian sudah ada pasangan yang book. Makanya, kami decide, adakan majlis pertunangan dahulu untuk menunggu atuk saudara datang ke rumah bagi menyelesaikan urusan pernikahan pula. Makanya, adalah juga majlis pertunangan untuk aku.

Memula, aku ingat nak pakai je baju nikah masa time tunang sementelah tak ada masa nak cari baju bagai dan nak tempah semua. Allah Maha Mengetahui, beberapa bulan sebelum majlis, tukang jahit yang selalu jahitkan baju aku pergi menghadap yang Maha Esa (entri berkenaan). Nanti aku cerita lanjut pasal baju nikah kat entry lain.

Tetiba, bff aku bagitau, dia memang dah niat nak hadiahkan aku kain untuk baju bertunang aku. Rezeki orang nak kawin rupanya mencurah-curah. Alhamdulillah. Makanya, lepas tunjuk dua helai kain kat mak aku, mak aku pilih yang ni.



Aku jenis okay saja dengan pilihan mak sebab kebanyakkan baju kurung pun memang mak yang beli. Maka, proses menempah pun berjalan. Aku hantar kat kawan aku. Akhirnya, kain ini bertukar menjadi sehelai jubah untuk majlis pertunangan aku yang diadakan pada hari Jumaat, 29 Jun 2012, jam lebih kurang 4 petang. Veil pun aku sewa je kat kawan aku. Dia buat baru untuk aku. Itu pun last minit sebab dia mengamuk bila dapat tahu aku tak nak berveil bagai. Hahaha. Nak harapkan aku DIY? Memang tak lah. Kemalasan tahap dewa time nie bila fikir hal kawin. Sebabnya, aku terasa macam cuak, adakah aku lepas praktikal aku, sekaligus tamat degree sedangkan aku dah nak berkahwin? Kau tak gila kalau tetiba gagal praktikal dan kena extent satu semester, dan kau dah feeling-feeling kawin lepas tue masuk balik belajar, konvo dengan junior? Waaa, alhamdulillah aku dah lulus. :P



Dan hasilnya di hari kejadian, i'm just love it. Kau hengat senang nak dapat benda free cantik camni? Bertuah aku ada kawan-kawan yang baik hati. Tapi, gambar full aku pakai tak ada lah pula sebab timing majlis tunang singkat je. Sebab bergegas nak bersiap untuk majlis pernikahan pula.



Ini hantaran kedua belah pihak. Korang pun boleh tahu yang mana dari aku, dan yang mana dari encik suami. Aku punya tue sangatlah comot sebab tak ada masa nak membuat ditambah tiada manusia yang boleh membantu. Sangat last minit sebab aku bertungkus-lumus bertarung dengan report praktikal. Makanya, bila aku minta mak aku belikan kain merah jambu untuk balut tapak hantaran, mak aku beli warna merah jambu yang sangatlah menyilaukan mata muda-mudi macam aku ni. Redha je lah. Apa pun, terima kasih mak.



Special thanks untuk mereka-mereka yang mencantikkan aku pada majlis tersebut. Ni promosi namanya. Kalau korang nak juga cantik macam aku, klik link yang aku bagi. Cantik ke aku? Hahaha. Kes bunga tangan juga tak menahan. Berapa minit nak majlis, baru aku dapat. Gigih adik encik suami tanya, ada bunga tangan tak? Aku dan bunga tangan? Kalau boleh aku tak nak pegang apa-apa. Hahaha. 


Pelamin : Abang Amir (tak ada link, so tak payah nak tekan kuat-kuat sangat. =P Ini pelamin nikah, nanti aku review)
Kain jubah : My bff, Eyma (tak ada link juga)
Veil dan jahitan baju : Duan Buhari
Bunga tangan : Adik ipar, Ziema
OP : Asmira

Bergelar tunangan orang untuk beberapa jam


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, December 18, 2012

Baraka Allahu Lakuma | Hazimah + Adli

Assalamualaikum semua rakan blogger

Hari Jumaat, 07 Disember 2012 yang lalu telah menjadi saksi bersatunya dua jiwa dalam satu ikatan pernikahan. Selamat Pengantin Baru buat adik ipar aku a.k.a adik encik suami, Hazimah, dengan pasangan beliau Adli. Kejap je aku dah ada biras. Makin meriah rumah mak mertua aku. Mak abah, sila biasakan diri menerima dua orang menantu ni ye. Ni aku tepek gambar yang aku ada semasa majlis pernikahan di Masjid Pulapol, Jalan Semarak.


 betapa kecilnya dunia, suami adik ipar adalah anak buah ustazah aku masa sekolah menengah

harus tepek wajah tuan blog dengan encik suami

Keesokkannya pula, 08 Disember 2012, hari Sabtu, majlis persandingan beliau di dewan Pulapol, Jalan Semarak. Tempat yang sama masa aku bersanding untuk belah lelaki tempoh hari. Lepas ni, aku review majlis perkahwinan aku pula okay. Sebab, mood pasal kahwin dah datang. Aku saja tunggu majlis adik ipar aku ni lepas, baru nak cerita pasal majlis aku. Gitew. Sebenarnya, gambar dari OP baru dapat. Tu yang lambat buat review.



 bersama mak mertua selepas majlis

 bersama encik suami dan bos catering yang digunakan semasa majlis a.k.a bos tempat lama encik suami kerja

semakin kecil dunia, kawan adik ipar masa sekolah pula adalah kawan aku masa diploma

Dan, akhirnya, majlis bertandang di Felda Jengka, Pahang pada 15 Disember 2012, hari Sabtu yang lalu. Ini kali kedua aku tengok majlis askar. Dulu, masa sepupu aku kahwin. 




Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Welcome to the club for my dearest sister in law.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, December 14, 2012

Sumbangan anda amat dihargai

Assalamualaikum semua rakan blogger

Pertemuan yang berlaku semuanya atas ketentuan Dia. Dia yang menentukan bertemu dan berpisahnya kita dengan orang sekeliling pada waktu bila Dia inginkan. Kita sebagai hamba-Nya perlulah sentiasa bersedia dan redha dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan.

Entry ini berkisar tentang pertemuan dan perpisahan. Pertemuan aku dengan rakan blogger semasa sesi photoshoot tempoh hari hanya kerana aku ingin keluar dari kebosanan berada di rumah sepanjang hari kerana encik suami bekerja. Tiada niat lain, selain menambah kenalan dan juga mengelak otak aku tepu sebab tidak bersosial dengan manusia di luar sana. Tak aku sangka, pertemuan kami tidak terhenti di situ. Ada agenda lain yang tiba-tiba muncul. 

Perpisahan yang berlaku di antara manusia dengan manusia yang lain kadang sangat perit untuk ditempuh. Melalui hari-hari mendatang tanpa orang tersayang bukanlah impian setiap insan. Siapa mahu pulang ke rumah kosong tidak berpenghuni? Siapa mahu mulut tidak menyebut memanggil insan yang dikasihi? Siapa mahu dunia rasa kosong rasa sepi? Tiada siapa yang mahu. 

Dari situ, terbit rasa kasih, rasa sayang, rasa prihatin dan rasa ingin membantu. Sejak dari aku pergi ke majlis iftar Ramadhan yang lalu, aku rasa sangat takut akan kehilangan insan-insan tersayang. Tak dapat aku bayangkan, bagaimana bila aku berada di tempat mereka dalam usia yang masih sangat muda. 

Kami (rakan blogger) yang ada, telah sepakat untuk mengadakan satu aktiviti amal untuk mengutip sumbangan dan derma sebanyak mungkin bagi meringankan beban adik-adik di rumah anak yatim yang telah dipilih.




Masa : 24 Februari 2012 (Ahad)

Tujuan hebahan ini dibuat bukanlah untuk mencari publisiti murahan atau yang seangkatan dengannya. Tujuan utama hebahan ini adalah untuk mencari sebanyak mungkin sumbangan daripada anda semua yang sudi meringankan sedikit beban mereka. Kalau aku dan rakan yang sedikit itu, tak mampulah kami nak menyumbang banyak kerana kami bukanlah orang yang hidup mewah. Ini salah satu usaha yang mampu aku buat untuk meraih lebih lagi sumbangan. 

Bagi blogger yang berminat untuk membantu, boleh menghulurkan sumbangan melalui beberapa cara.
Pakaian, makanan kering, buku dan lain-lain yang difikirkan wajar. Kalau boleh kumpul di satu tempat yang mudah untuk diambil di area Shah Alam. Sangat digalakkan sekiranya anda berbesar hati untuk menghantar sendiri barangan ke rumah amal.

Pembelian t-shirt untuk blogger. T-shirt ini dibuat untuk blogger yang turut serta dalam aktiviti yang diadakan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak berkesempatan untuk turut serta namun ingin menyumbang, pembelian t-shirt adalah salah satu cara untuk anda membuat sumbangan. Harga t-shirt adalah RM20 dan kos penghantaran adalah RM6. Jumlah untuk bayaran t-shirt adalah RM26. Sumbangan anda boleh dibuat apabila anda memberi lebih daripada RM26. Sebagai contoh, anda membuat bayaran sebanyak RM30. Makanya, sumbangan anda adalah sebanyak RM30 - RM26 = RM4.


maklumat lanjut mengenai t-shirt, klik SINI

Sumbangan dana. Ini merupakan sumbangan yang paling diperlukan dan dialu-alukan. Berapa banyak pun yang ingin anda sumbangkan terserah pada anda. Kami hanya sebagai perantara sahaja yang akan menyampaikan semua sumbangan yang diterima kepada anak-anak yatim itu nanti. 

Segala pertanyaan, anda boleh komen di entry ini. Namun, sekiranya anda tidak mahu identiti anda dikenali, bolehlah hantar email kepada aku :

ieza26_ashaari@yahoo.com


Semoga bantuan dan sumbangan yang dihulurkan dapat membantu sedikit sebanyak beban anak-anak yatim ini. Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, December 2, 2012

Kehamilan

Assalamualaikum semua rakan blogger

Sebenarnya dah lama persoalan ini bermain dalam fikiran aku. Dan aku sangat pasti, ia juga bermain dalam fikiran isteri-isteri seperti aku di luar sana. Entry ini bukan mahu menunding jari menyalahkan sesiapa, apatah lagi menyalahkan ketentuan yang telah ditulis oleh Dia untuk hamba-hamba-Nya.

Secara tiba-tiba, hari ini datang pula kekuatan dan semangat untuk bercerita panjang lebar tentang isu ini. Kenapa? Sebab semalam aku ditegur oleh seseorang yang aku rasa dia bukan siapa-siapa untuk bercakap begitu kepada aku apa lagi buat aku terasa hati yang amat sangat ! Aku jadi sangat menyampah bila tengok muka dia. Astaghfirullah, ampunkan aku ya Allah, aku hamba-Mu yang sangat lemah. Serius, lepas hal itu, mood aku ke laut sampailah aku tidur.

Soalan biasa bila kau dah kawin. Tak kisahlah dah lima bulan macam aku ke, empat bulan ke, tiga bulan ke, kadang baru sebulan orang dah mencanang tanya,

"Dah mengandung belum?"

Aku jenis malas nak fikir sangat bila orang tanya. Dengan senyuman manis, aku pun berkata, "belum lagi kot. Tak check pun". Ada pula kadang-kadang kalau dah namploh orang tanya dalam masa sehari, aku jawab, "baby bagi mama dengan ayah honeymoon dulu kot", tanpa apa-apa niat untuk menidakkan rezeki dari Dia. Aku tak pernah merancang apatah lagi menolak rezeki untuk menerima kehadiran cahaya mata secepatnya, malahan setiap kali usai solat, doa dikurniakan cahaya mata itulah yang aku titipkan.

Disebabkan memahami situasi rakyat Malaysia yang sangat prihatin, aku hanya menjawab sahaja pertanyaan mereka tanpa ada apa-apa rasa. Tapi semalam, aku agak sentap ! Hati aku dirundung sayu dan sakit yang maha dalam. Lidah aku terkelu, mata aku berair, tapi aku sorokkan sebab berdepan orang ramai. Sebab itu kot nama blog aku senyuman gadis gerimis, selalu menangis dalam hati. Perlu ke kau tanya soalan macam tu depan orang ramai, lepas tu bagi explaination macam kau tu dah ada pengalaman ?

Mula-mula minah ni tanya, "dah ada isi ke?". Aku malas nak jawab memula sebab soalan tu baru je aku jawab sebentar tadi melalui soalan orang lain. Aku gelak dan tersengih. Tapi, aku jawab juga, "baby bagi kami honeymoon dulu kot". Aku tersentap bila dia cakap, "tak baik cakap macam tu. Kalau terus tak ada macam mana? Tahu tak, kawan aku dulu cakap nak honeymoon dulu lah, rancang-rancang lah lepas tu sampai lapan tahun kawin pun tak ada baby lagi !". Pastu, memang panjang lebar dia cerita pasal hal mengandung ni, sampaikan aku macam terpinga-pinga dan tertanya, "motif kau cakap macam tu kat aku?". Memula aku nak ignore je dan terima apa dia cakap bila dia cakap tak elok cakap macam tu. Tapi, bila dia dah melalut sampai cakap macam-macam, aku rasa macam, "dah kenapa kau nak doakan aku macam-macam pulak ? kau ingat, nak ada anak dalam perut, macam suap nasi dari mulut, perut pun kenyang?!"

Aku bukanlah bagus sangat hal agama, apatah lagi ustazah nak membicarakan soal al-quran dan hadis. Aku insan maha lemah serba kurang dan bergantung kepada Allah semata-mata untuk terus hidup di muka bumi ni. 

Perlu ke kau cakap ayat yang buat aku betul-betul tersinggung di majlis yang penuh ramai manusia?

Perlu ke kau mention tentang cerita sahabat kau tu yang tak mengandung selama lapan tahun itu?

Perlu ke kau cakap kalau aku tak akan dapat anak dari benih aku dan suami aku?

Perlu ke ?

Siapa kau untuk menyatakan begitu kepada aku ? Aku bukan sentap sebab masih belum ada janin dalam perut aku. Aku bukan sentap sebab belum mengandung tika usia perkahwinan sudah menjengah lima bulan jika dibandingkan rakan lain yang bunting pelamin. Tapi aku sentap bila kau, yang manusia biasa macam aku, yang belum pernah merasa apa itu hamil, berkata begitu ! Kau kah yang berkuasa meniup nyawa dalam rahim aku sedangkan nyawa kau juga bukan dalam tangan kau ?

Sedangkan keluarga aku, keluarga mertua aku juga tak pernah buat aku tersentap dengan pertanyaan mereka, aku terasa sangat kerdil bila kau yang entah siapa-siapa berkata begitu. Sungguh, aku sangat terasa dengan kata-kata kau. 

Allah sahaja yang tahu bila waktunya aku akan menjadi ibu kepada seorang anak. Allah sahaja yang tahu bila waktunya suami aku akan menjadi seorang bapa. Allah sahaja tahu bila waktu aku dan suami aku mampu untuk memberi jagaan, perlindungan, kasih sayang serta didikan kepada anak kami. Allah sahaja yang tahu segala-galanya sebab aku, KAU, mereka dan sesiapa sahaja serba tidak tahu. Belum pernah aku terasa begini bila orang bertanya tentang kehamilan, tapi dengan kau memang aku sangat-sangat terasa. Macam anak kau dah sepuluh orang !

Bagi aku tak salah bertanya, yang salahnya pernyataan yang kau buat selepas aku menjawab soalan kau. Lebih baik kau mendoakan sebab kau tak tahu apa-apa. 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

One Step Closer

Assalamualaikum semua rakan blogger

Semalam hari yang sangat meletihkan bagi aku. Pagi-pagi dan siapkan encik suami pergi kerja. Pergi saja beliau menjalankan tanggungjawab, aku siapkan semua kerja rumah sementelah mak abah nak berdating; berjongging berdua-duaan kononnya di tasik. So sweet. Aku pernah ajak encik suami pergi jogging kat tempat yang sama satu ketika dulu, tapi jawabnya, "perlu ke?". Pffft. Apa pun tak boleh !

Kembali kepada tajuk sebenar. Selamat melayari dugaan dan godaan sepanjang bergelar tunangan orang kepada cik sepupu yang sangat rapat dengan aku. Semoga kuat menempuh dugaan. Aku siapkan dia lebih kurang pukul 10 pagi camtu. Katanya rombongan datang pukul 11 pagi. Pakaikan shawl je pun. Sebabnya, aku yang gigih jahit untuk dia. Time aku dulu pun aku malas nak buat tu semua, entah kenapa time orang lain beriya-iya aku buat. = . =' 

Kalau korang nak buat tempahan, bolehlah email aku. Gitew. Gambar tak berapa nak clear, sebab kamera mahal aku rosak. Mahallah sangat. Tak mampu nak hantar DSLR masuk hospital. T _ T

 tunang orang sudah

nak menggedik jugak


Tempoh pertunangan bukanlah tempoh yang meghalalkan hubungan. Kenali pasangan ada sebaiknya. Semoga hubungan kekal dan diredhai Allah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...