Friday, September 30, 2011

Kembali pulang

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Hai korang semua. Habuk sepah-sepah kat blog nie. Fuh, tiup-tiup sikit bagi bersih. Agak lama aku menyepi walau tak lama sangat. Nak kata busy sangat, busy lah juga, tapi sebab utama langsung tak boleh nak BW dan update entry adalah kerana wireless sangat lambat, kalah siput kat hostel tue ! Gile lama nak loading. 


Hari nie, di rumah yang penuh makanan, cerita-cerita best, tilam dan bantal yang empuk serta ditambah teddy bear yang besar gedabak, mood berblogging naik mendadak. <--- poyo pulak ayat ni.


Aku cuba untuk terjah semula blog kekasih hati kawan-kawan yang lama ditinggalkan. Mesti mereka menantikan komen-komen aku. Betul tak ? *perasan di situ.


Nanti aku update pasal apa yang aku buat kat tempat belajar aku. Masa nie aku nak guna untuk terjah semula blog korang-korang yang sentiasa bagi sokongan kat blog aku ni. Terima kasih semua.

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, September 21, 2011

Reda sikit

Assalamualaikum semua rakan blogger.

Minggu lepas minggu PANAS, HANGAT dan TERBAKAR yang aku lalui dengan penuh SABAR dan REDHA. Alhamdulillah, even perit, aku dapat lalui dengan boleh lah. Nak cakap tenang pun tak boleh juga sebab memang aku langsung tak tenang.


Keadaan masih belum reda sangat, tapi aku mula buat tak ambil kisah. Biar saja lah. Biar lah apa orang nak kata dah. Pekak kan je lah telinga !


Terima kasih atas kata semangat kamu-kamu semua. Rupanya, ada juga yang menantikan entry aku seperti bulan Ramadhan yang lalu. Baru aku tersedar, aku terlalu mengikut emosi kebelakangan nie. Sedangkan, dulu aku tak terlalu begitu. Mengapa kah ? Adakah usia menjadi faktor utama ? Atau terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling yang menekan ?


Keadaan agak reda sikit bila Khamis malam Jumaat lepas, aku buat keputusan balik rumah, dari hidup di kelilingi persekitaran yang tegang. Sampai rumah, aku cuba lupakan apa yang terjadi. Alhamdulillah, aku tak ingat pun perkara-perkara tu. Paling best dan membantu proses pe'lupa'an, aku bertolak ke Terengganu buat kali kedua mengikut rombongan menghantar pengantin. Entry ke Terengganu kali pertama ---> SINI.


Nak kata best sangat tak juga sebab kejap je kat sana. Yang lama, duduk dalam bas, dengan keadaan yang sejuk membeku. Turun dari bas, sampai rumah pengantin, panas tak ingat. Magrain masing-masing. Tapi, sangat seronok sebab satu bas penuh saudara-mara. Bukan senang dapat peluang berkumpul macam ni.


Enjoy lah gambar yang sempat ni snap ni ye.


Perjalanan bermula pada sebelah malam. Masing-masing layan mata kuyu.
Tiba di rumah penginapan pada keesokkan pagi sebelum bertolak ke rumah pengantin.
Sesi bergambar over sebelum meneruskan perjalanan. Lokasi bergambar di rumah penginapan.
Tiba di rumah pengantin perempuan. Jalan kaki lah pulak !
Sah ! Sesi bersalam-salaman.
Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui mengapa ia terjadi kepada setiap hamba-Nya yang dipilih. Semoga ada hikmah indah yang terselindung di sebalik setiap kejadian.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, September 16, 2011

Tiada tajuk

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Straight to the point. Luka hari tu masih parah ! Angkara fb yang sangat bodoh ! Manusia . . . manusia.


Belajar tinggi-tinggi, bayar yuran mahal-mahal, tapi still tak tahu guna akal. Sayang, seribu kali sayang. Kalau takat junior je yang bodoh tak apa, nie dengan yang konon-konon nya super senior sekali !


Ya Allah, jauhkan aku dari rasa benci yang teramat sangat ini. Setiap hari, masa berada di hostel dan persekitaran kelas, kerap aku berdoa agar LANGSUNG tidak terlihat hatta bayang sekalipun mereka-mereka yang membuat aku terasa terhina. Moga-moga Allah perkenankan doa aku sehingga habis semester ini. Kalau boleh, aku tak mahu langsung bertemu mereka sampai bila-bila, kalau itu yang terbaik untuk aku.


Sekarang, aku hanya perlu menyiapkan saki baki kerja yang kononnya AJK aku tue tak dapat siapkan. Ada dua tiga kali terserempak, tapi Allah itu Mengasihani hamba-hamba-Nya, kami dipertemukan di tempat aku di kelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa melindungi aku. Alhamdulillah. Bukan aku berlagak sombong, tapi biarlah aku langsung tidak memandang dan melihat walau dengan sebelah mata apatah lagi menegur bergurau senda seperti sesetengah orang yang hanya talam dua muka !


Susah bila menjadi 'anak tiri' di sini. Kami batch pertama degree untuk kos ini yang baru dan tidak ditawarkan di universiti lain di Malaysia (aku tak ada senior). Mungkin kerana status kami bukan 'warganegara' dan hanyalah 'penduduk tetap', layanan kepada kami hanya sekadar asalkan boleh. Kami tak minta untuk dikasihi, tapi, hormatilah kami seperti mana anda semua mahu dihormati. Untuk pengetahuan korang, kat tempat aku tue cuma ada 6 kelas sahaja sekarang ni yang mana semester 1, 3, dan 5 adalah pelajar diploma dan semester 2, 4 dan 6 adalah pelajar degree. 


Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, kebodohan 'super senior diploma' itu semakin jelas, nyata dan terang dan tidak berselindung lagi. Adakah mereka benar-benar bodoh ataupun mereka tidak tahu tetapi sombong bodoh ? Hanya Allah Maha Mengetahui.


Aku mohon pendapat kalian di sini kerana aku juga tahu, aku tak tentu betul dalam segala hal. 


1.  Adakah kalian yang kononnya ingin diraikan sebagai pelajar semester akhir oleh junior akan bersetuju untuk menghadiri majlis tersebut yang mana :


Anda langsung tidak tahu apa-apa tentang majlis tersebut, tidak ditanya tentang apa-apa (tema, makanan dan sebagainya), tetapi WAJIB mengikuti majlis itu dengan satu jumlah bayaran ? Anda mengetahui tentang majlis itu pun hanya selepas di'bocorkan rahsia' oleh mereka yang terdengar cerita dan bukan orang yang merancang majlis tersebut.


Junior itu pula adalah junior diploma yang langsung tidak pernah nak beramah mesra dengan anda dan terlalu sombong kerana dihasut dengan kata-kata bahawa tempat itu kepunyaan mereka dan pelajar degree hanya menumpang, mereka perlu mengkongker tempat itu, sehinggakan mereka tidak menjalankan kerjasama dengan junior degree aku dan hanya bertanya kepada 3 ORANG junior aku tentang tema majlis. Tetapi, kepada super senior diploma mereka, boleh pula tanya SATU KELAS !


2.  Adakah korang tak bengang kalau budak kos degree korang dikerah tenaga untuk mencari sponsor bernilai RM22,000 dalam masa 5 hari yang mana 3 hari dalam tempoh itu adalah cuti ?! Ditambah pula, ia merupakan rancangan budak diploma yang langsung tak mahu bertanya (kalau-kalau antara kami ada pengalaman mencari sponsor) dan merasa diri mereka sangat bagus ! 


Dunia oh dunia. Aku pernah bekerja. Aku juga seorang pelajar. Memang dunia pekerjaan itu jauh bezanya dengan dunia belajar kerana aku pernah melalui kedua-duanya. Aku tak faham kenapa masih ada manusia yang sudah melalui keduanya tapi masih tidak dapat mengaplikasikannya dalam hidup seharian ? Kenapa masih ada manusia yang perlu ditindas ? 


Tapi, yang jelas aku lihat, mereka yang melakukan perkara sebegini adalah mereka-mereka yang masih sunyi dalam hidup, tidak berpasangan tetapi mengkritik orang dengan mulut tak berinsurans, terkejar-kejar dengan ke'busy'an yang kononnya hanya mereka yang busy serta suka mengata-ngata kelemahan orang lain tanpa sedar mereka itu sangat lemah di sisi Allah Yang Maha Kuat.


Dalam hidup ini, manusia memang tidak akan senang dengan kesenangan orang lain. Bagi mereka-mereka yang tamak, ambil lah apa yang ada di sisi aku selagi kamu gila mahukan semua, tapi sentiasa lah ingat hukum karma di dunia. Bila sekali air mata aku menitis, pasti beribu kali air mata kamu akan tumpah tidak berhenti ! Rencana Allah lebih baik dari rencana kamu.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, September 14, 2011

Terima kasih buat aku menangis !

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Seperti yang ramai sudah tahu, semester baru telah bermula. Ini hari kedua aku berada di semester akhir sebelum menjejakkan kaki ke tempat praktikal tahun hadapan. InsyaAllah.


Macam entry serabut sebelum ni yang pernah aku luahkan, hari ni aku nak lepaskan perasaan sebab aku dah tak boleh nak tahan. Aku tak dapat nak BW dan balas komen sebab nak on9 payah sangat kat hostel nie.


Tadi, ada perjumpaan kelab kat tempat aku. Aku pergi lah sebab tanggungjawab sebagai ahli dan aku adalah pegang jawatan kecil kat kelab tue. Sangat menyakitkan dan mengguris perasaan bila pensyarah yang handle kelab tue langsung tak berterima kasih dengan kerja yang aku dah buat MASA CUTI SEM hari tue, tapi marah pula atas reason yang memang tak rasional langsung ! Aku bukan BATAK sangat ucapan tue, tapi hormat dan FIKIR lah sikit guna akal yang Allah dah bagi tue !


Dia minta aku proses sijil untuk segala event yang berjalan semester lepas. Aku cakap, tak mampu buat sorang sebab aku ada kerja kat bahagian lain yang dia dah bagi sebelum tue. Dia pun cakap, "tak apa kalau kamu tak mampu. Kamu cari AJK bawah kamu yang boleh tolong". Ayat punya manis mula-mula !


Tapi, tadi aku jumpa dia. Niat dalam hati sangatlah murni nak ucap selamat hari raya dan minta maaf. Tetiba, dia cakap, "kenapa kamu biarkan si Aimi dengan Azie print sijil-sijil tue ? Kenapa kamu tak turun sendiri, datang print ? Rumah kamu bukan jauh pun ! Dah tue, lambat pula bagi !". Aku dengan rasa hormat pun berkata, "saya bagi lambat sebab Izuan tak bagi senarai nama penuh untuk saya buat sijil-sijil tue. Macam mana saya nak buat kalau saya tak ada nama-nama tue. Aimi tue AJK saya cik". 


Jawapan paling tak munasabah yang aku terima dan lebih mengguris hati aku bila dia cakap, "Nasib baik budak-budak tue buat kerja tak merungut ! Tak perlu tunggu si Izuan tue. Kamu pergi je ke setiap kelas budak-budak yang terlibat, minta nama dorang. Yang tak siap lagi tue, kamu settle kan tau !".


SANGAT MENYEDIHKAN DAN MENYAKITKAN HATI bila kata-kata itu dilemparkan kepada aku di depan orang ramai yang jelas, nyata dan terang AKU TAK BERSALAH sebab:


1.  Apa function AJK yang bangang-bangang tue dilantik kalau untuk printkan sijil yang telah aku siapkan pun tak boleh ?! Adakah mereka memang bangang sehingga tidak tahu cara nak on laptop dan meng'connect'kan nya kepada printer ! Bangang sangat tu sebab dah kat semester akhir diploma tapi buta IT yang sangat basic ! Baik aku tak payah ada AJK !


2.  Paling membengangkan bila pensyarah tu tak tahu tugas aku apa sebenarnya ! Menghormati dan memahami itu tak perlu belajar tinggi-tinggi dan meninggi diri, tapi . . . NOTHING ! Dah terang lagikan bersuluh, BUKAN TUGAS AKU mencari nama-nama mereka yang terlibat kerana AJK bahagian itu telah dipilih ! Kalau macam tue, baik nama aku saja untuk semua jawatan dalam tiap program !


3.  Aku tak perlu datang ke tempat aku belajar walaupun aku jiran tempat ni kalau aku boleh je sent benda tue guna email ! Ke budak-budak yang pensyarah tue bela SANGAT BANGANG sampai buka email pun tak tahu, tapi BODOH SOMBONG bagi email kat aku ! Aku cuti, sukati aku lah !


Bahasa aku sangat kasar sebab aku sangat marah dan sedih ! Belajar tinggi-tinggi, tapi tetap BODOH ! Merugikan dan memalukan sahaja. Aku lebih menghormati kawan aku yang repeat paper yang pensyarah tue kata tak standart daripada pensyarah tue yang cakap lepas, tak tahu jaga MARUAH orang, yang rasa diri tue bagus sangat ! Bagus mana pun kau rasa, kau memang belum cukup bagus sebab ada orang memang terang-terang lagi bagus dari kau !


Ahli bijak pandai pernah berkata;

Bukan semua orang yang belajar tinggi tahu apa itu MARUAH berbanding orang yang hidupnya susah tidak berharta tetapi GAGAH BERJUANG DEMI MARUAH !

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, September 10, 2011

Serabut !

Assalamualaikum rakan blogger.


Serabut ! Ye, itu keadaan aku sekarang ni. Aku baru je sampai rumah pukul 3.55 petang dan terus rush kemas barang untuk balik ke hostel selewat-lewatnya malam ni ! Dengan tak buat apa-apa persiapan, sampai je rumah tadi selepas pergi open house rumah saudara, terus check kereta. Argh, minyak hitam buat hal ! Belum sampai waktu untuk ditukar, kenapa kuantiti nya sangat sedikit ??? Barang semua tak kemas lagi plak !


Mekanik tue cakap maybe ada problem. So, dia suruh tengok dalam 2 bulan ada liking ke tak. Ya Allah, aku jadi sangat serabut bila fikir :


1.  Borang-borang, kertas cadangan, senarai pendaftaran nama peserta dan apa-apa yang berkaitan dengan event "Larian Perdana Bersama Warga Emas" tue aku kena submit ISNIN NIE ! Dapat mesej dari ketua exco pun pagi-pagi buta tadi. Serabut ! Banyak giler nak kena buat. Sempat ke ??

2.  Check up tak buat lagi. Adoi, sakit jiwa. Semoga sakit ini membuat aku jadi semakin tabah dan tabah dan tabah !

3.  Problem kereta pulak. Kalau takat minyak hitam, tak ada prob lah. Biasa je hantar workshop. Masalahnya bila enjin dah mula makan minyak hitam. Confirm enjin prob ! Duit, duit dan duit ! Ye, 4 bulan bercuti aku tidak bekerja kerana tidak diizinkan berbuat demikian ! Ya Allah, moga ada hikmah di sebaliknya dan beri aku jalan penyelesaian yang paling mudah. 


Sekarang, aku SANGAT SERABUT dan MAHU MENANGIS !!!


Beri aku jalan Ya Allah . . . 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, September 8, 2011

Korang yang baik hati

Assalamualaikum rakan blogger.


Hari nie, aku penat sangat ! Bangun subuh, tengok handphone, ada mesej dari bos aku (ketua exco).


"Saya dapat mesej dari ... Dia tak dapat datang meeting sebab isteri dia masuk hospital. So, dia ada masalah. Sila ganti dia esok di ... pada pukul 9 pagi."

Pergh ! Nasib aku tergerak hati nak tengok tepon pagi tadi lepas subuh. Kalau aku terus layan bluess, tak ke merana mamat tue sorang-sorang pergi meeting ! 

Yang memenatkan aku, Shah Alam - PJ bukan jauh pun. Tapi, pagi-pagi tue, jalan tak hengat. JAMMED ! Stress aku. Keluar rumah pukul 7.30 pagi, sampai pukul 8.50 pagi. Adoi, sakit kaki aku. Baru nak sihat, dah mula lemah semula. Aku pergi meeting dengan tak ada apa-apa input dan sangat-sangat blur ! Tragis dan sadis. Nasiblah semua jalan okay je. Cuak sikit sebab meeting dengan badan kerajaan dan satu IPTA yang terkenal kat Malaysia ni. 

Aku kena cari sponsor sekarang ni. Event untuk "Larian Perdana Bersama Warga Emas". Korang yang baik hati, tau tak agensi yang senang nak hulurkan sumbangan, kalau boleh wang ringgit lah. Kalau korang pun sangat baik hati, lemah lembut, kacak-kacak, macho-macho (<--- ayat kipas susah mati ni) nak sponsor buat amal jariah pun no hal punya. Lagi dialu-alukan. Boleh tambah pahala di bulan yang mulia ni kan.

Okay, aku nak terjah blog yang datang komen ni. Semalam tertangguh sebab beraya. Ada member pujuk minta teman. Hahaha. Siap kena terjah, "tunang kamu ye?". Tersedak mendengar pertama kali ayat seperti itu singgah di telinga. Pakwe orang tue makcik oi. Hihi. Buat birthday boy itu, SELAMAT ULANG TAHUN. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan mencapai apa yang diinginkan dalam hidup. InsyaAllah.


Dengar-dengarlah lagu kat atas tue. Instrument best tue. Klik je kalau nak dengar, sebab bukan autoplay.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, September 6, 2011

Surat Cinta buat ...

Assalamulaikum semua rakan blogger.


Kita kena bergembira dan bersemangat waja sekarang ni. Alhamdulillah, aku dah makin okay. Terima kasih dengan komen-komen kelakar yang best-best tu yer. Suara aku pun dah semakin merdu dan tak rock macam Ella lagi. Terima kasih kepada ubat batuk yang bertukar-tukar sehingga tiga botol tu. Ada yang tanya, aku sakit apa. Simple explanation, allergi teruk lah. Menyebabkan sakit dada dan sukar bernafas. Lebih kurang macam tue lah. So, bagi yang allergi teruk atau baru nak rasa allergi sikit-sikit, baik jumpa pakar terus. Boleh mengundang maut bila tersalah makan.


Time nie aku baru sahaja tamat menaip surat cinta. Ayat klise pulak kan. Surat kepada seseorang yang sangat-sangat aku harapkan aku di tempatkan dalam taman hatinya. Aku sangat mengharapkan agar pertemuan kami diredhai dan memberi impak yang sangat positif untuk masa depan kami berdua. Semoga kami sama-sama mendapat apa yang diinginkan. Bagi sesiapa yang ada memendam rasa, sila bersabar. *pengsan !


Pergh ! Ayat jiwang tak hengat ! Sila muntah darah okay. Aku baru je siap taip surat rasmi untuk mohon tempat praktikal. Dua jam aku perah otak karang surat ! Kekok giler mencari ayat skema sopan-santun berbudi bahasa bagai nak buat owner syarikat berbesar hati nak ambil aku buat praktikal. Hahaha. 


Esok aku try terjah balik blog-blog yang komen aku. Malam nie kena tidur awal. Esok kena teman abah hantar adik daftar universiti. Kepada Tea, sila belajar elok-elok ye. Kat sana, boleh jumpa abg stalker. Hihi.


Belajar elok-elok demi masa depan yang gemilang !


p/s : Ada ke esok blogger yang daftar kat UiTM Shah Alam ? Jom jumpa. Hihi.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, September 3, 2011

Merdeka kah ?

Assalamualaikum. Hari kemerdekaan sudah berlalu tiga hari, Hari Raya Aidilfitri berada di hari yang kelima. Macam mana korang semua menyambutnya ? Mesti happy dan sakan kan. Bagi yang penuh poket tue, boleh saja hulur sikit kat aku.


Merdeka kah aku menyambut dua sambutan ni ? Sangat tak merdeka ! Hari raya pertama sahaja aku boleh bertahan. Hari kedua dan seterusnya SEHINGGA HARI INI, aku kena banyak bersabar. Kalau aku cakap tak berapa sihat, mesti macam dah biasa dengar kan. So, aku cakap lah sangat tak sihat ! Argh, tekanan.


Kesian kawan-kawan aku semua. Bila datang ke rumah, agak tak kenal aku. Poyo. Hahaha. Sedih nyer. Sila lah tak payah datang rumah yer, time-time aku camni. Aku tak suka orang cakap, "kurusnya, tak makan ker", "pucatnya, tak mandi ker", "senyap jer, hilang kuasa dah ke nak arrange konvoi cam selalu?", dan sebagainya. Kata-kata seperti itu hanya menambah derita dan bukannya bahagia okay !


Patutlah kita disunatkan menyatakan perkara yang baik-baik sahaja ketika menziarahi orang sakit. Ia juga merupakan 'penawar' bagi penyakit. Mesti blogger-blogger dapat beri aku penawar kan ? Terima kasih.


Perlu kata semangat untuk terus bernafas.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, September 1, 2011

Hari Kemenangan = Syawal

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger. Juga, Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.


Macam mana hari raya korang ? Mesti gempak dan happening kan. Lebih kurang juga dengan aku. Yang tak berapa nak happening sebab kakak dan abang aku beraya di rumah mertua. So, tinggal kami-kami yang masih single ni saja. Mana tahu, tahun depan aku pula beraya di rumah mertua. Ahaks, angan tinggi sudah !


Sampai sekarang penat tak habis lagi. Baru balik beraya di rumah saudara. Tapi sebab tengok ramai blogger sana-sini dan gempak-gempak kecoh pasal baju raya semua, aku pun terasa teruja nak kongsi sama even biasa-biasa saja. Entry sebelum nie, aku ada letak gambar raya aku yang dulu-dulu. Ada yang teka, aku pegang budak. Sangat silap okay ! Mentang-mentang kecik-kecik aku putih gelap, korang tak kenal pun ye. Hihi. Aku budak perempuan muka baik yang diapit lelaki tue. Hihi. Yang pegang budak tue, kakak aku. 


Tak nak cerita panjang-panjang sangat hari ni. Just nak share beberapa gambar di pagi Satu Syawal. 


Bersama keluarga tersayang (kecuali kakak dan abang)

Si dara jelita dan bujang bergaya

Bersama bujang trang tang tang

Gadis semasa :P

Tuan blog
Okay. Sila jangan tanya kenapa tudung aku lain daripada adik-adik aku. Aku sangat tak pandai untuk memakai pashmina macam dorang. Sedih ! Adik-beradik aku ramai. Lapan orang, dan aku anak ketiga. Mesti ada antara korang yang warna tema sama dengan aku kan. Aku tak peduli lah, yang penting kita semua RAYA !


Sila beri duit raya ye. Tekan-tekan lah mana yang patut tue.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...