Monday, September 25, 2017

Anugerah Terindah Zuriat Kedua


Assalamualaikum semua. Dah berada di bulan September 2017, bermakna pada 23hb yang lepas, anak aku yang kedua dah berusia 9 bulan. Ye, aku dah ada anak 2 orang. Dan yang kedua ni juga hero. Alhamdulillah. Makanya, aku sajalah the only queen kat rumah ni. Bertabahlah tak ada geng bila nak melawa.

Setelah diperam dipendam lama, aku nak cerita pengalaman sepanjang mengandung dan bersalin hari tu. Yang mana masih ingatlah ye. Larat ke nak baca panjang-panjang? Memang panjang kisah bersalin ni. Sekali taip je, tak ada part-part.



Sebelum tu, perkenalkan, Muhammad Zakif Daryan. Lahir pada 23 Disember 2016 yang lalu. Sepanjang aku mengandungkan Daryan, aku mabuk lebih teruk dari mengandungkan Darwish sampai dah hujung mengandung pun kadang aku masih muntah. Mengidam pula coklat sahaja. Sampailah doktor sahkan aku kena GDM. Kenalah control diet.

Aku rasa, kisah mengandung dan mabuk ni biasa je bagi setengah orangkan. Sampaikan ada yang merasakan tu semua mainan psikologi dan juga sengaja dibuat. Tak pernah kena bolehlah cakap, cuba sekali Allah bagi kena, baru tahu rasa dia. T
api pada akulah, aku sampai minum air kosong pun tak lalu, sampai lembik satu badan. Syukur tak kena tahan wad je. Awal-awal aku bleeding sampai pergi klinik dapat refer letter, pergi hospital pula. Alhamdulillah tak ada apa-apa, cumanya ada GBS pula. Tak apalah, asalkan anak sihat membesar sempurna dalam perut.

Daryan dalam perut sangatlah aktif tak macam abang dia, Darwish. Tendang sana-sini tak duduk diam. Masa scan pun sibuk nak menendang. Hahaha. Doktor pun sampai terkejut. Disebabkan aku ada GDM, maka doktor tak bagi aku bersalin overdue. Kena masuk wad sehari sebelum due untuk induce kalau belum ada contraction. Hari-hari aku doa baby keluar awal dari due, kalau boleh hari Jumaat dan dapat doktor perempuan. Sebabnya kali ni aku bersalin kat HUKM, bukan kat private macam masa Darwish dulu. Alhamdulillah, apa yang aku doa, Allah makbulkan. Rezeki akulah tu.


Nak dijadikan cerita, hari Ahad malam, 18 Disember tu, aku pergilah kenduri kahwin. Malam tu, aku dah sakit perut. Dah ada contraction masa tu. Tiap kali aku bangun dan jalan, aku dah rasa sakit. Makanya, aku lebih banyak duduk diam je tahan contraction yang datang even tak kuat. Balik dari majlis tu, aku tak boleh tidur. Siap kira berapa kerap contraction datang. Lebih kurang 10 minit sekali. Pagi tu ajak suami aku pergi hospital. Doktor check baru buka 1cm. Waaaa, lambat lagi nak bersalin. Dengan pasrah, balik rumah kemas barang terus stay rumah mak aku. Takut tiba-tiba beranak pula kat rumah. Hahaha.

Hari Rabu tu, 21hb kami pergi Ikea yang kat Cheras. Saja pusing, mungkin Daryan nak tengok Ikea juga macam masa Darwish dulu aku pusing Ikea dengan Nory dan Ida sebelum bersalin. Hahaha. Tup-tup masa tengah sedap makan meatball, contraction datang lagi kerap dari sebelum ni. Aku layankan je sambil menikmati meatball. Kebetulan memang suami ambil cuti 2 hari sebelum due (24 Disember 2017). Saja nak bawa berjalan katanya. So sweet sangat. 🙈

Malam tu sekali lagi aku tak boleh tidur tahan contraction tiap 10 minit. Pukul 4 pagi aku dah gelisah nak baring macam tak best. Aku dah fikir, kalau bersalin esok ni, baju banyak tak berbasuh. Maka pukul 5 pagi tu aku dah sibuk membasuh kain kat dapur rumah mak aku. Pelik mak aku bila dia bangun, dia tengok aku duduk termenung tengok mesin basuh berpusing pagi-pagi buta. Mak aku tanya kenapa. Aku cakap sakit, tak boleh tidur. Terus mak suruh kejut suami takut anak terkeluar sebab anak kedua. Aku dah tahan gelak, kelakarlah mak ni. Aku habiskan juga basuh kain sampai subuh. Dah mak aku bebel-bebel cakap kenapa basuh kain lagi, tak kejut laki lagi, tak gerak pergi hospital lagi. Aku jadi macam serba salah sebab kalau pergi hari tu (Khamis) pastu tak bersalin, Jumaat tu memang dah nak kena serah diri untuk induce. Macam tak berbaloi pergi. Hahaha. Boleh macam tu?

Tapi disebabkan contraction elok je 10 minit tu, mak aku cakap pergi je check. So kami pun pergilah pukul 7 tu ke HUKM. Dah muka aku lagi kat situ selang beberapa hari. Hahaha. Doktor check, ada progress tapi 2cm je. Adoiyai, lamanya kau Daryan nak keluar. Masa tu memang aku macam frust sebab dah berapa hari bukaan 1cm je. Doktor bagi cadangan sama ada nak terus stay sebab esoknya memang dah kena masuk wad, atau balik dulu. Aku pilih nak balik. Doktor siap warning, kalau ada tanda jangan tunggu esok. Terus datang semula. Hahaha. Malangnya, sampai ke malam tak ada tanda apa pun.

Jumaat, 23 Disember 2016. Dalam pukul 9 pagi kami sampai HUKM. Tak ada pun nak check apa, terus je masuk wad. Time ni aku rasa macam, tak nak lah induce. Tolonglah ada bukaan kalau doktor check. Sebab sebelum tu aku ada tanya geng gojes, induce sakit ke tak. Majoriti cakap sakit. Serius aku takut sangat, sampai tak tahu nak explain perasaan masa tu. Hidup lagi tak aku lepas ni? Anak aku nanti keluar sedar ke tak macam abang dia? Anak aku menangis tak? Dapat ke tak aku rasa nikmat bila ada baby kat dada aku bila dah bersalin? Macam-macam aku rasa, tapi aku pendam jelah. Aku macam fobia je nak teran, nak tengok baby tu macam mana.

Bila masuk wad, pasang CTG semua tu, aku tiba-tiba rasa contraction makin kuat dan kerap. Masa ni boleh tahan lagi. Boleh layan lagi nurse ke student ke yang datang tanya macam-macam. Dalam pukul 10 lebih macam tu, nurse panggil untuk check bukaan. Aku pun jalanlah pergi satu bilik ni. Bila doktor check, bukaan dah 4cm. Doktor cakap tak payah induce. Alhamdulillah. Nak nangis aku rasa time tu. Belum bersalin dah nak nangis. Haha. Over sangat. Lepas tu doktor pecahkan air ketuban semua, dan doktor tanya nak amik epidural tak. Aku confident jawab tak nak. Sebab aku bayangkan rasa tak sakit macam bersalin Darwish. Lepas tu doktor cakap, kalau nak nanti masa dalam labor room boleh lagi selagi belum 7cm. Aku angguk je. Banyak pula lepas tu kau ni za. Hahaha.

Bila pergi kat katil, nurse suruh makan dulu. Kebetulan masa tu memang time makan tengah hari, dah ada makanan untuk aku. Tapi aku dah tak ada selera. Even fikir nak kena ada tenaga untuk push, tapi aku tak boleh nak makan. Dalam pukul 1 petang aku dibawa ke labor room. Suami aku pun ada sama. Masa ni check lagi dah 6 cm. So, kecohlah dalam tu nurse cakap kejap je dia ni, tak lama lagi bersalinlah. Aku pun macam tak percaya pula progress secepat tu.

Dia punya kejap tu Allah je tau aku tahan sakit. Nurse bagi ubat tahan sakit yang sedut tu. Apa entah nama dia. Dalam kepala aku ni terbayang-bayang doktor cakap kalau nak epidural tu. Hahaha. Sempat lagi ni kalau nak. Tapi aku macam kejap nak kejap tak nak. Kejap macam kuat tahan sakit, kejap macam dah tak mampu. Last-last aku nekad tak ambil epidural tu. Kononnya kuat sangat. Sampai satu tahap tu, serius, memang sakit sangat-sangat-sangat sampai meleleh air mata, sampai bunyi gas yang aku sedut tu dah macam nafas orang nak mati dalam drama, sampai aku terberak tahan sakit. 😫 Sedangkan sebelum tu nurse dah bagi ubat kat bontot tu, dah pergi buang air besar pun. Allah, sakit sangat yang teramat. Memang rasa tak boleh nak control sakit tu menggigil-gigil aku rasa. Allahu akbar.

Sebenarnya tak berapa selesa nak sedut gas guna tangan kiri tu sebab kat tangan kiri tu juga kena drip antibiotik untuk GBS dengan apa entah lagi satu, sampai 2 drip. Tangan pun sakit juga sebab macam bengkak je rasa. Hoho. So korang yang mengandung tu, jagalah makan jangan telan semua kang nak bersalin rimas macam-macam drip kat tangan tu.

Sampai satu tahap aku rasa memang dah tak boleh control dah sakit sangat macam nak meneran, aku cuba teran. Doktor check semula bukaan, alhamdulillah, masa tu dah 9 cm, dah boleh nak bersalin. 

Allah uji aku lagi kali ni. Doktor cakap, aku boleh normal, tapi kena kuat sikit teran. Sebab aku ada masalah serviks tebal. Kalau lambat, dia tak nak tanggung risiko, akan terus tolak aku untuk bersalin secara pembedahan. Aku dengar tu macam frust sangat kalau tak dapat push sebab aku dah tahan sakit macam apa je, pastu dah ada bukaan, nak pula kena bedah. Memang taklah. So, aku teran juga, sampailah aku dah tak ada tenaga. 

Kepala baby memang dah kat bawah, sikit lagi nak keluar, tapi aku dah tak ada daya. Akhirnya, doktor suruh suami aku keluar dari situ, sebab dia nak guna kaedah vacum; samalah macam masa Darwish dulu. Masa ni, aku sedih sangat sebab aku takut sangat-sangat peristiwa lama tu berulang balik. Aku takut anak aku keluar luka kepala dia, anak aku keluar tak dengar suara dia, anak aku keluar dah biru. Allahu. Tapi, memang aku dah tak mampu nak teran, habis tenaga.

Alhamdulillah, jam 3.52 petang, dengan berat 3.18kg, lahirlah bayi lelaki, seorang lagi umat Muhammad. Lega sangat rasanya masa ni sebab nurse tunjuk, lepas tu dia bersihkan sikit, letak kat dada. Allah, wanginya bau, sebaknya rasa. Kali pertama perasaan tu hadir even ini anak kedua. Sampai sekarang memori tengok anak pertama kali atas dada tu segar dalam ingatan. Alhamdulillah, semuanya baik je. Doktor pun terus keluarkan uri then jahit luka. Bagi aku, jahit luka tu tak sakit. 

Segar dari perut

Macam kat private dulu masa bersalin Darwish, suami boleh masuk teman even ada prosedur vacum. Tapi, kat HUKM ni tak dibenarkan pula masuk, tak pastilah kenapa. Mungkin prosedur dorang kot. 



Doktor ada pesan kat aku untuk jarakkan kehamilan macam orang bersalin pembedahan. Sebab aku dah dua kali vacum (tiga kali sebenarnya sebab masa Darwish, kena dua kali). Kecederaan dalaman tu ambil masa nak pulih. Gitulah katanya. Even sampai sekarang pun, aku still kadang rasa ngilu. Aku tanya kawan-kawan, dorang pun cakap ambil masa nak pulih. Tak apalah, janji anak sihat. Sayang mama lebih tau anak-anak mama. Jadi anak soleh.

Aku stay kt HUKM 4 hari. Stress yang teramat. Hari Jumaat aku bersalin. Baby kena pantau 48 jam sebab aku on antibiotic masa bersalin. Nak tengok tindak balas kat baby katanya. Bak kata orang, bayi baru ni biasanya lepas 24 jam akan keluar tanda nak kena demam kuning. Anak aku ni pun tak terkecuali.

Hari Sabtu tu dah nampak sikit tanda dia kena demam kuning. So, aku dah stress sebab susu sikit. Lepas tu wad tu sejuk. Mau tak sejuk kalau dah aircond. Dengan sakit lagi, rasa tak berdaya nak tahan. Kuatkan hati juga sebab nak anak sihat. Nak pula Daryan jenis menangis saja. Sampai sekarang pun camtu. Hahaha. Tapi dalam pantang tu memang dia suka menangis. Tidur kejap sangat. Bila dah lepas 48 jam dalam pantauan antibiotik, Daryan on pula lampu biru tu. Masalahnya dia tak boleh tidur kat katil bayi tu, menangis saja. Dah kena tidur sekatil dengan aku, dengan aku sekali dilampukan. Biru-biru tangan aku ni, kepanasan pula tu macam terbakar. Redha jelah. 




Akhirnya, setelah semuanya baik, doktor pun bagi discharge. Kami balik hari Isnin, 26 Disember 2016. Bermulalah sesi berpantang di rumah. 


Kat rumah dalam pantang, Daryan pun memang jenis asyik menangis. Bukan nak menyusu pun, tapi dia macam tidur sekejap-sekejap. Lepas tu nangis. Mula-mula sebab minyak angin untuk perut dia tu macam tak sesuai. Bertukar berkali-kali. Bila jumpa yang okay, dia senang kentut, tak ada angin dalam perut, tapi still menangis juga. Rupanya dia senang untuk tidur secara meniarap. Lamalah sikit bila tidur gaya macam tu. 



Begitulah cerita bersalin anak kedua aku. Beliau pun dah selamat juga diaqiqahkan, sekali dengan sepupu dia, Ayra Khadijah.



Usia yang 9 bulan, Daryan dah ada 4 batang gigi. Dia pun dah pandai berjalan. Pantas sangat, sebab sebelum 8 bulan dah mula berjalan. Kalah abang Darwish.



Maksud nama Muhammad Zakif Daryan ialah;
Zakif - yang membanggakan
Daryan - pengetahuan




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, September 21, 2017

Musim Haji 1438 Hijrah


Assalamualaikum semua. Sebelum tiba tahun baru hijrah, 1439, izinkan aku coretkan satu cerita mengenai musim haji 1438 hijrah baru ni. Kenangan manis buat mak abah semestinya, malahan buat kami juga anak-anak. Alhamdulillah.

Coretan kenangan buat ingatan semua. Terindah, teristimewa. Dipanggil menjadi tetamu Dia. Siapa yang tidak mahu. Alhamdulillah, giliran mak dan abah tiba saat yang tepat. Selesai abah uruskan pencen awal, selesai melepaskan anak-anak 3 orang ke fasa perkahwinan, semuanya berjalan dengan lancar sehingga hari untuk menjadi tetamu-Nya di Baitullah. 

Sebelum ke sana, mak abah buat kenduri sikit. Doa selamat dipermudahkan urusan, dilancarkan perjalanan dan semoga dapat haji mabrur. Seronok rasanya berkumpul adik-beradik. Nak pula sekarang semua dah besar, level cerita tu dah lebih kurang sama. Along pun asyik sibuk nak sedondon. Huhu. 







Pada 1 Ogos 2017, kami semua menghantar mak abah ke Tabung Haji di Kelana Jaya. Ramai orang tu biasalah, alhamdulillah, cuaca pun elok-elok. 


Sampai rumah, bekalan elektrik pula tak ada. Kesian adik-adik sebab pukul 4 pagi baru ada semula. Suruh datang tidur di rumah masa pukul 10.00 malam konon tak mahu. Sekali pukul 1 pagi talifon nak datang tidur sebab tak tahan banyak nyamuk dan panas. Kenangan sungguhlah hari pertama mak abah tak ada di rumah. Hahaha.

Sepanjang mak abah kat sana, perubahan cuaca buat mak kurang sihat. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Adalah peristiwa kena curi duit semua, tapi biasalah, kat mana-mana pun ada. Dah hujung-hujung masa dah nak habis buat haji, applikasi whatsapp mak abah buat hal pula. Dah masing-masing tertunggu berita mak abah dari sana. Sampailah hari terakhir tu, kawan abah yang bagi pesanan untuk ambil mak abah kat lapangan terbang. Masing-masing tak sabar. Rasa lamanyalah kena tinggal. 

Alhamdulillah, mak abah selamat sampai di KLIA Sepang pada 13 September 2017. Daryan terpinga-pinga tengok atok nenek. Lama dia scan muka nak ingat semula. Hahaha.



Hari Sabtu lepas, 16 September 2017, mak abah buat kenduri kesyukuran selamat sampai ke tanah air dan selesai urusan haji. Alhamdulillah. Semoga kita semua berpeluang juga ke sana menjadi tetamu Allah satu masa nanti. Amin.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...