Monday, September 10, 2012

Masih berhari raya

Assalamualaikum semua rakan blogger

Tajuk tak hengat ! Mentang-mentanglah hari ni masih dalam bulan Syawal, makanya mood beraya masih bersepah-sepah. Astaghfirullah. 

Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka di hujung-hujung bulan Syawal ni. Tahun ini, rumah aku terkecuali pula nak membuka rumah seperti tahun-tahun yang lalu. Mak abah kata, "bajet lari buat kenduri kawin hari tu !". Sentap mak nak. Abaikan kisah rumah aku yang tak terbuka itu. Yang penting, rumah orang lain masih terbuka untuk kami penuhkan perut. Hahaha. <-- gelak jahat.

Semalam (Ahad, 22 Syawal 1433 Hijrah), kami sekeluarga pergi berhari raya ke rumah saudara. Pertama kali untuk encik suami beraya dalam "Keturunan Keluarga Lebai Salleh" (klik link untuk keratan akhbar). Hari raya tahun nie, salah seorang dari keturunan kami terpilih untuk menganjurkan rumah terbuka. Sebagai 'orang baru' dalam keluarga ini, aku dipertanggungjawabkan oleh abah untuk membawa encik suami ke majlis itu.


Jemput makan datang ye...  


Wah, ramai ni. Makan mesti best !
Duduk usya line dulu. Budak kecik tue adalah SI MULUT BECOK yang selalu aku cerita !
Sedap ! Ada abang-abang bakar sate !
Sila terliur sekarang !
Kenyang sudah !
Encik suami dan adik-adik ipar beliau bergambar kenangan di bawah banner yang didesign oleh adik aku sendiri (yang berbaju putih)

Perjalanan makan hari raya kami belum berakhir di situ. Sebenarnya, kami berkonvoi dua kereta. Mak abah aku telah meninggalkan kami di belakang kerana mereka banyak jemputan makan-makan rumah terbuka yang lain. Disebabkan kami tak perlu ikut, makanya kami lepak di rumah terbuka ini lama sikit.

Setelah kenyang dan puas menunggu, kami pun bergerak ke Morib a.k.a Batu Laut. Morib tue saja je mak aku bagi teruja kami adik-beradik untuk ikut beraya masa kecik-kecik. Bukan untuk bermandi-manda, tetapi meneruskan kembara hari raya. Kami menunggu mak abah di masjid di hadapan Morib. Usai solat, disebabkan lama menunggu, kami buat keputusan untuk menjamu tekak yang telah kering-kontang.

Masing-masing layan ABC special di gerai berdekatan Morib.

Habis makan ABC, mak call dan kata dah tunggu kami. Makanya, kami teruskan perjalanan berhari raya. Cuaca sangatlah terik. Terasa sangat berada di kawasan berdekatan pantai. Di rumah saudara, kami dijamu dengan lempeng kelapa dengan sambal yang sangat sedap (aku tak ingat nama sambal tu). Disebabkan encik suami yang memang hantu sambal, makanya beliau makan dengan penuh semangat.

Encik suami dah tak perasan kamera bila berdepan dengan sambal.
Destinasi terakhir kami, di rumah sepupu mak. Jam masa itu dah menunjukkan angka 6 petang dan kami sangatlah penat dan seronok. Bukan selalu dapat menghabiskan masa bersama keluarga macam ni. 

Last but not least, gambar berdua dengan encik suami. Tak berdua sangatlah sebab adik lelaki yang rapat dengan aku tue sibuk jugak nak menyelit. Buat rosak gambar je mamat tue !


Suasana Hari Raya sangat dirasai apabila kita betul-betul menziarahi saudara-mara yang jauh mahupun dekat. Ia bukan sahaja merapatkan hubungan yang lama terpisah, tetapi juga mengeratkan hubungan yang sedia ada. Semoga Aidilfitri ini penuh barakah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...