Monday, November 28, 2016

Kelantan : Hotel Kota Bharu terbaik


Kelantan: Hotel Kota Bharu terbaik| Assalamualaikum semua. Lama dah tak cerita pasal tempat bestkan. Nak pula dah mula cuti sekolah, bolehlah korang cuba jalan-jalan kat tempat yang akan aku share ni.

Ada satu negeri kat Malaysia ni dulunya dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga. Boleh teka negeri apa? Macam pernah dengarkan. Tanjung Pura? Macam tahu je kan. Kalau Serambi Mekah? Haa, mesti hampir boleh agakkan. Apatah lagi kalau gelaran Cik Siti Wan Kembang. Ye, itulah dia Kelantan Darul Naim.

Ada apa kat negeri Kelantan ni? Nak cerita semua yang ada kat Kelantan, belum tentu habis sampai esok. Huhu. So, kita fokus kat beberapa tempat penginapan tumpuan di Kelantan. Kelantan ni antara negeri yang pelancongan yang popular kat Malaysia, terutamanya kalau bab makan, batik dan budaya. Ada identiti yang tersendiri.

(sumber Google - Hotel Perdana)

Hotel Perdana Kota Bharu adalah salah satu penginapan terkenal dan menjadi pilihan utama, selain menjadi landmark bagi negeri Kelantan. Beberapa transformasi telah menjadikan hotel ni satu penginapan bertaraf 5 bintang di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Senibina dan hiasan dalaman yang menggabungkan ukiran unik warisan Melayu dengan senibina moden hiasan klasik menjadikan hotel ni sangat cantik.

Terdapat 272 buah bilik kat hotel ni, beserta dengan suite. Terbahagi kepada dua wings; Executive Wing dan Classic Wing. Bagi setiap wings, korang boleh pilih jenis bilik atau suite yang korang nak.

Kalau cari hotel yang macam hotel-hotel Kuala Lumpur, hotel ni boleh dipilih. Hotel ni ada sediakan sebuah dewan besar; Dewan Bunga Emas, tanpa tiang yang dapat memuatkan sehingga 500 orang sekali gus. Dewan ini selalu digunakan untuk majlis perkahwinan, acara dan konvensyen.

Selain itu, hotel ni juga ada beberapa lagi bilik yang boleh memuatkan sejumlah kapasiti dari 30 hingga 100 orang. Ia sesuai untuk aktiviti yang lebih kecil macam mesyuarat korporat, seminar dan yang seumpamanya. Kalau korang ada anjurkan seminar ke, mesyuarat ke, bolehlah korang pilih hotel ni.

Kalau dah namanya bercuti, tak lengkap kalau tak cari tempat makan yang sedap untuk dicubakan. Kalau sedap boleh bagitau kat kawan-kawan. Bila datang ke negeri Kelantan ni, korang tak payah risau pasal perut kosong. Bermacam-macam jenis makanan korang boleh cuba.

Ada 5 buah jenis restoran atau kafe yang korang boleh cuba. Setiap satu restoran atau kafe ni menyediakan hidangan yang berbeza. Antara yang disediakan untuk korang jamu adalah western and local, Chinese and Thai, fusion and Mediterranean, cake and pastries dan refreshing drinks and light snacks by the pool side. Bolehlah pilih ikut selera tekak masing-masing.

Bagi memenuhi setiap aspek penginapan di sebuah hotel, kat sini juga turut disediakan gimnasium yang dibuka 24 jam. Agak-agak tak mengantuk, tak boleh lelap mata, bolehlah keluarkan peluh kat situ. Ada juga outdoor pool dan children pool yang disediakan, dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 petang kepada para tetamu.

(sumber Google - Bazar Tok Guru)

Tapi, antara banyak-banyak keistimewaan yang disediakan, part paling best bila check-in kat hotel ni, adalah kedudukannya yang strategik, yang terletak di tengah bandar. Kenapa strategik? Sebab dari sini korang boleh ke Stadium Sultan Muhammad IV, Bazar Tok Guru dan Kelantan Trade Centre (KTC), dengan hanya berjalan kaki. Wow ! Nak pula cuti sekolah ni, jalan kaki adalah pilihan yang paling tepat sebab jalan agak sesak dengan kenderaan pelancong.

(sumber Google - Pasar Siti Khadijah)

Lagipun tak berapa jauh kalau korang nak ke Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail, Muzium Kraftangan dan Wakaf Che Yeh. Jarak tempat ni semua dari Hotel Perdana, lebih kurang 1 hingga 3 km sahaja. Selama ni tengok kita foreigners je jalan kaki kan, so apa kata kali ni korang join sama berjalan-jalan. Apapun, perlulah korang sentiasa ingat, ini Kelantan, bukan Kuala Lumpur. Jadi, jangan expect senang nak dapat teksi.

Walau apapun, korang carilah top hotel Kota Bharu yang bersesuaian dengan korang sama ada dari segi bajet mahupun kemudahan yang disediakan. Dah baca pasal hotel ni, apa tunggu lagi? Jom terjah http://www.traveloka.com/en-my/ untuk survey tempat penginapan dengan harga yang berpatutan untuk rancangan bercuti korang. Jangan risau, semua harga yang diberi sangatlah bersuaian dan berpatutan.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...