Saturday, January 28, 2012

Semakin hampir

Assalamualaikum semua rakan blogger

Busy dan bersepah-sepah. Itulah keadaan aku dan juga bilik aku. Al-maklumlah, ia semakin hampir. Aku semakin berdebar-debar dan cuak. Macam-macam dalam kepala yang aku fikir.

Hari Isnin ni; 30 Januari 2012, bermulalah praktikal aku. Ya, satu masa dulu semasa mula-mula ambil keputusan untuk sambung degree, inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu. Tapi, bila harinya makin hampir, aku macam tak percaya. "Wah, dah tiga tahun rupanya aku belajar untuk dapat degree !".

Sibuk aku buka web COB UUM untuk mendownload segala bagai dokumen yang perlu ada semasa melapor diri. Member-member pun sibuk bertanya itu ini kat page fb. Time nie lah aku nampak sangat budak kelas aku bekerjasama dan saling tolong-menolong. Kalaulah dari dulu macam nie, tak mustahil masing-masing boleh 4 flat. 


Disebabkan kami first batch untuk program yang aku ambil nie, macam-macam pembetulan di saat-saat akhir yang ada. Serabut kepala. Harap-harap semua berjalan lancar. Doakan lah aku dapat menjalani praktikal dengan jayanya dan akan graduate pada masa yang ditetapkan. Semoga bulan 10 nanti, aku akan berkonvo !

Semoga semuanya berjalan lancar. Wish me luck !


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, January 26, 2012

Mereka itu

Assalamualaikum semua rakan blogger


Apa khabar semua ? Kekeringan idea dan asyik berfikir. Itulah keadaan aku sekarang nie. Bila nak menaip, idea hilang entah ke mana. Bila ada idea, aku terlalu berfikir, adakah perlu aku post untuk dikongsikan bersama. Entah kenapa, aku asyik berfikir. Adakah ilmu yang aku sampaikan melalui blog ini, atau hanya sekadar membuang masa tanpa faedah berguna untuk kegunaan bersama ?


Aku terfikir teringin untuk post cerita hari ini. Pagi tadi, selesai menghantar adik-adik aku ke komuter, aku singgah di tempat basuh kereta, tempat biasa aku pergi. Selalunya, aku akan duduk membaca surat khabar yang disediakan. Tapi, mungkin disebabkan hari ini aku pergi awal, surat khabar belum ada di situ. Aku pun duduk termenung saja melihat sekeliling hampir sejam lamanya. Menyesal juga tak bawa apa-apa bahan bacaan.


Tiba-tiba, ada satu suara yang aku dengar. A.. a.. a.. a.. berulang-ulang kali. Aku teringat suara tue pernah aku dengar sebelum ini masa aku ke situ dulu, tapi aku tak endah dan ambil peduli. Aku pun tak pernah cerita kat sesiapa. Tapi, hari ni, aku macam tercari-cari suara tue. Yang sangat aku pasti, suara tue datang dari rumah bersebelahan carwash tue. Pada hemat aku, rumah itu adalah tempat tinggal budak-budak carwash tue.


Kali pertama aku pandang, tak ada apa-apa yang pelik pun kat rumah tue. Rumah sewa dua pintu, berwarna merah, dengan cermin yang sudah banyak berlubang dan uzur. Sekadar tempat berteduh untuk bermalam, sangat memadai. Apatah lagi, tiada perempuan di situ. Aku rasa, dalam rumah tue, langsung tiada keluarga. Hanya pekerja-pekerja carwash sahaja yang rasanya, bukan penduduk tempatan.


Selepas itu, aku perhati semula pekerja carwash membuat kerja. Dua orang di ruang membasuh dan dua lagi di ruang mengelap dan mem'vakum'. Sungguh tekun mereka membuat kerja tanpa henti. Melihat mereka berbual pun amat susah sekali. Mata aku terhenti seketika pada seorang pekerja yang khusyuk membasuh karpet. Rupanya, perkhidmatan mencuci karpet pun disediakan. 


A.. a.. a.. a.. Suara itu kedengaran lagi. Lebih jelas dari yang tadi. Terus aku pandang ke rumah sewa uzur tue. Terkejut tiba-tiba. Ada seorang lelaki tua, berdiri di depan tingkap yang rongak. Menghulurkan tangan ke luar. Hampir terjerit aku sebab belum pernah perkara itu terjadi sebelum ini sedangkan sudah hampir 4 tahun aku mencuci kereta di situ.


Sungguh, aku pasti. Lelaki tua itu memandang aku. Suaranya semakin kuat. Tiba-tiba aku rasa sangat takut. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab macam-macam yang aku baca dan dengar. Boleh kena pukau dan macam-macam kalau tengok mata. Terus aku tunduk, berselawat dan membaca ayat kursi. Ada seorang lelaki di sebelah aku yang sama menunggu pun aku lihat seperti membaca sesuatu dan tunduk. Mungkin, dia juga terkejut.


Tiba-tiba, salah seorang pekerja di situ menghampiri lelaki tua itu sambil menghulurkan sebatang rokok. Astaghfirullah. Aku seperti menjadi marah. Lelaki tua itu kelihatannya sangat tua dan uzur. Kenapa perlu dihulur lagi sebatang rokok ? Bukan itu sahaja. Pekerja itu terus menyalakan rokok di tangan lelaki tua itu. "Mungkin kebiasaan mereka", aku berfikir. Aku melihat raut wajah pekerja itu dari jauh. Tenang, dan tiada keluhan walaupun keadaannya penat bekerja. Ditambah, terpaksa melayan pula lelaki tua itu.


Aku hilang kata-kata. Beberapa ketika, kereta aku siap dibersihkan. Aku pulang ke rumah tanpa berkata apa-apa. Siapa mereka ? Kenapa rokok ? Huh . . . Aku semakin banyak berfikir di usia ini.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, January 20, 2012

Manjakan diri anda

Assalamualaikum semua rakan blogger


Nampaknya, hari ni ramai yang keluar ofis dengan senyum lebar. Al-maklumlah, minggu depan cuti Tahun Baru Cina. Bergumbiralah semua. Status fb pun bersepah-sepah sibuk cerita pasal cuti. Tue tak cukup lagi dengan member-member aku yang bersungguh booked tempat honeymoon. Seronok sungguh baca status masing-masing. 


Memandangkan semua orang sibuk cari tempat bercuti, berpesta, bersuka-ria, maka aku pun sibuk lah fikir aktiviti apa yang nak dibuat yang boleh menghiburkan hati. Yelah, aku dah memang lama sangat dalam mood bercuti. Mood honeymoon, belum lagi. Kenalah fikir alternatif lain.


Makanya, petang tadi aku pergi ke salon sebagai permulaan. Memang kelakar. Bila fikir balik apa kejadahnya aku ke sana. Nak kata mandi susu, mandi bunga, lulur bagai, untuk apa lah pulak. So, aku pun membuat keputusan untuk mencuci rambut dan memotongnya. Sangat best bila fikir aku buat perkara yang akan membuat abah aku membebel. 


Kenapa orang lelaki suka perempuan rambut panjang ? Soalan tue selalu aku utarakan masa aku kecil-kecil dulu. Sebabnya, mak aku rimas tengok anak-anak perempuan dia berambut panjang. Mak kata, "budak-budak bukan tahu jaga. Nanti macam-macam masalah. Kutu lah, apa lah. Lagi pun, dorang panas kalau rambut panjang. Tunggulah besar sikit baru bagi dorang bela rambut tue". Itulah ayat mak aku selalu guna bila tiap kali nak bawa kami adik-beradik perempuan pergi gunting rambut.


Tapi, alasan abah aku, "abah suka tengok anak perempuan abah rambut panjang. Nampak manis. Kalau rambut pendek, macam lelaki". 


Aku pun dah terlalu biasa berambut pendek. Awal 20-an baru lah aku cuba berjinak-jinak berambut panjang. Rimas dan panas. Aku pernah potong pendek macam masa kecil-kecil dulu tanpa pengetahuan abah. Sampai rumah, abah pandang semacam. Tak nak tegur aku. Merajuk kot tengok rambut anak kesayangan dia tak mengikut citarasa dia. Hahaha.


Dah kenapa aku cerita pasal rambut sahaja nie ? Sebenarnya, pasal pergi salon tue, aku cuma mahu memanjakan kepala aku sahaja. Memang best sangat bila kepala aku diurut masa dicuci. Rasa ringan je kepala nie. Tapi, sebenarnya, tak elok sangat kita pergi cuci rambut kat salon nie. Yelah, dorang nie akan keringkan rambut kita dengan hair dryer tue panas sangat. So, kalau nak buat pun, ikut keadaan lah. Tak perlulah pergi selalu.


Tak salah sekali-sekala memanjakan diri. Baik juga untuk ketenangan emosi.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, January 19, 2012

Super Mama

Assalamualaikum semua rakan blogger


Apa khabar semua ? Semoga sihat sahaja. Aku semakin bersemangat untuk kembali berjalan-jalan ke blog sahabat-sahabat. Semakin semangat juga mengupdate blog walaupun tak sekerap mana. Mungkin disebabkan kebosanan yang melanda, tanpa aktiviti yang menyeronokkan.


Sementara menunggu hari praktikal yang dah tak berapa lama lagi nie, aku telah menjadi super mama di rumah. Wah, sangat mengujakan. Berlatih kelam-kabut, membebel dan berpenat-lelah seperti seorang mama. Best juga walaupun amat memenatkan.


Mak aku sengaja biarkan aku melayan si mulut becok. Mak aku cakap, "mak penat nak layan dia hari-hari. Try kakak dia pula layan. Sabar ke tidak !". Sabar je lah mak aku ni. Kalau mak aku pun hilang sabar layan si mulut becok nie, apatah lagi kakak dengan abang dia. Tapi, yang aku pelik, dia takut sikit dengan adik lelaki aku yang kedua tue. Dengan yang lain, haram nak dengar cakap. Tapi, setakat nie, alhamdulillah, dia nak dengar lagi lah aku cakap.


Rutin harian menjadi super mama best juga. Sebabnya, aku jadi terbiasa pula lepas subuh terus duduk membaca buku "Di mana DIA di hatiku", hadiah dari seorang sahabat. Ayat yang sangat mudah difahami dengan maksud yang sangat mendalam.


Lepas semua orang keluar ke sekolah dan bekerja, aku pun memulakan rutin sebagai 'mama'. Biasalah, mandi bersihkan badan, basuh baju bagai dan mengemas rumah. Biasanya, siap semua tue dalam pukul 9 lebih atau 10 pagi. Sambil-sambil tue, aku pun sarapan pagi dan tengok tv. Kerja rumah yang paling aku suka sekali adalah membasuh pinggan. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat buat benda alah tue. 


Then, aku menunggu kepulangan si mulut becok dari sekolah agama. Mak aku akan hantar dia balik ke rumah, then pergi kerja semula. Time nie lah aku betul-betul menjadi 'super mama'. Dari saat si mulut becok melangkah kaki masuk ke rumah, perkara yang tak pernah dia nak faham dan dengar bila aku cakap,


"adik, kasut sekolah jangan main campak-campak. Susun betul-betul. Nanti kotor kena tanah."


Dia akan buat muka tak tahu, terus masuk ke rumah dengan selamber. Terus campak beg sekolah ke tepi dinding kat laluan utama masuk ke rumah, dan berjalan lagi beberapa langkah. Sampai depan tv, itu adalah port terbaik untuk dia membuka stokin. Berjalan lagi, buka baju sekolah, dan campak ! Terus berlari ke ruang tamu, untuk . . .




mengadap laptop. Berulang-ulang kali dia tengok cerita ntah apa-apa. Semalam, dia tanya aku macam mana nak eja 'crunch'. Apa ntah yang di searchnya. 


Sambil-sambil tue, aku pun masak lah untuk si mulut becok nie. Senang saja menu dia. Dia suka makan nasi, telur dadar dan kuah sayur tumis. So, tak lah susah sangat pun nak masak. Dalam 15 - 20 minit, siaplah. Kalau mak aku pesan kat dia suruh aku masak lauk, barulah aku masak selain dari lauk untuk si mulut becok.


Lepas siap, aku aku akan panggil dia untuk makan. Tapi, memang payah sangat-sangatlah. Sampaikan aku terpaksa menjerit, itu pun kadang dia buat tak tahu. Ayat selalu aku guna, "adik, cepat makan. Dah pukul 12.30. Nanti loceng bunyi, tak boleh masuk sekolah. Kena tulis nama dengan pengawas !". Hahaha. Ayat klise je kan. 


Dia pun berlari ke dapur dan makan. Lepas tue terus mandi. Siap mandi, terus bersiap pakai baju sekolah kebangsaan. Sambil-sambil dia bersiap, aku akan membebel bagi peringatan. "Dah masukkan pencil box dalam beg sekolah belum ? Botol air ambil atas meja. Sikat rambut, pakai bedak. Songkok jangan lupa." Bila dia siap pakai baju, perkara yang paling suka dia buat adalah BERLENGAH-LENGAH MENONTON TV ! Dan aku akan ulang ayat yang sama dengan cepatnya, "adik, jangan lupa ! Pencil box, botol air, sikat rambut, pakai bedak, songkok !". Sangat kelakar bila ingat balik.


Lepas tue, sama ada tunggu mak balik untuk hantar dia ataupun aku sendiri yang akan hantar dia ke sekolah. Permintaan dia yang paling tak boleh blah tiap kali nak pakai kasut sekolah, "adik nak duit kakak !", sambil menghulurkan tangan.


Korang bayangkanlah, belanja dia sehari RM4 ! Itu belanja aku time lower six dulu. Sekolah rendah dulu, aku belanja RM1 untuk sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. Dia punya demand bukan main sekarang nie. 


Penat jaga si mulut becok sorang ni. Mak abah manjakan sangat. Tue yang dia tak kisah kalau kakak dengan abang bagi arahan. Kalau aku dulu, mak abah pandang pun dah rasa lain macam. Kalau kakak dengan abang panggil tak disahut, siaplah. 


Budak sekarang dengan budak dulu lain sangat. Teknologi dan duit sangat penting sekarang ni. Pokok pangkalnya, kena bagi ilmu agama.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, January 16, 2012

Peribahasa

Assalamualaikum semua rakan blogger


Apa khabar semua ? Semoga sihat hendaknya. Aku terasa member blogger macam makin sunyi. Kenapa ye ? Aku je ke yang rasa macam tue ? Mungkin sebab dah lama aku tak berjalan-jalan dan post entry, aku semakin dilupakan. Touching pulak.


Kenapa hari ni aku buat tajuk Peribahasa ? Mungkin kah aku nak mengajar korang semua bagaimana nak gunakan peribahasa dengan betul ? Adakah aku nak menjadi cikgu bahasa melayu semula ? Ataukah aku ingin berperibahasa di sini ? Semuanya bukan. Ini gara-gara petang tadi aku berborak dengan adik lelaki yang aku rapat tue. Timbul jugak persoalan kat kepala aku ni, "kenapa bakal cikgu sukan ni banyak sangat cakap pasal peribahasa dekat aku ?". Aku musykil juga, tapi aku nak share kat korang intipati perbualan kami.


Aku tak pasti kebenarannya, aku just share sahaja. Ada dua peribahasa yang aku nak kongsikan dekat korang.


Bagai melepaskan batok di tangga


Batok dan bukannya batuk yang selalu kita kena tue. Korang tau kan batuk yang selalu kita kena tue, time demam dan lain-lain tue. Sebenarnya, dalam peribahasa ni, batok nie bermaksud gayung yang dulu-dulu yang dibuat dari tempurung kelapa kat tepi tangga yang diletakkan kat tepi tempayan tue. Korang pernah tengok tak ? Dulu time sekolah, ada sekali cikgu suruh buat batok nie. Time kemahiran hidup tak silap aku. 


So, kiranya, dalam peribahasa nie, kalau letak batok kat tangga tue akan meninggalkan bunyi lain selepas basuh kaki. Sepatutnya, lepas basuh kaki tue, sangkut batok kat tempat dia semula. Tak adalah bunyi lain yang kedengaran selepas basuh kaki. Betul tak ? Ataupun, kalau tak letak semula batok kat tempat dia, kira orang tue buat kerja tak sempurna lah. Ala kadar saja.


Harapkan pegar, pegar makan padi


Pegar nie adalah burung yang berfungsi untuk menghalau binatang perosak yang merosakkan padi masa zaman dulu. Tak tahu lah burung nie ada lagi atau tak sekarang nie. 


Aku terfikir, mana signifikannya batuk (uhuk... uhuk...) dengan pagar untuk kedua-dua peribahasa nie bila adik aku tanya. Dan kenapa tak ada cikgu-cikgu bahasa melayu yang betulkan peribahasa nie ? Kalau lepaskan batuk dekat tangga pun, ada ke sangkut-paut dengan buat kerja ala kadar ? Macam jauh je kan. 


Ada ke korang pernah nampak sawah padi di pagar ? Buat apa harapkan pagar nak jaga padi. Pagar bukan boleh bergerak pun. Orang pun kadang tak boleh diharap nak jaga sawah, inikan pula pagar. Tak logik sungguh.


Masalah ni berlaku sebab ada kesilapan masa terjemahkan tulisan jawi ke rumi pada suatu masa yang lalu. Sepatutnya, orang yang terjemahkan peribahasa-peribahasa lama ni kenalah bertanya dengan orang lama yang lebih tahu. Barulah ada kesinambungan dan dapat sampaikan kepada anak cucu dengan betul.


Adik lelaki aku yang rapat itu.


Mungkinkah akan ada pembetulan peribahasa dalam era globalisasi ini ? Adakah anjakan paradigma akan dibuat untuk memastikan Bahasa Melayu terus utuh di bumi ? Tak kan Melayu hilang di dunia ? Hanya mampu melihat.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, January 13, 2012

Nikmat bercuti

Assalamualaikum semua rakan blogger


Apa khabar semua ? Jumaat yang indah dan mendamaikan. Apatah lagi duduk bersenang-lenang di rumah yang sangat selesa. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. 


Ayat intro yang sangat menunjukkan kelapangan masa. Tetiba aku terasa seperti tidak membuat apa-apa dan macam tak ada aktiviti. Sangat membosankan (kononnya). Aku dalam mood bercuti sehinggalah 30hb nanti. Aku akan melangkah ke fasa yang lebih baru; praktikal. Ini kali kedua aku praktikal. Bukan sebab repeat, tapi sebab dulu time diploma dah pernah praktikal. Satu benda yang aku tak nak berulang kembali semasa tempoh praktikal; aku blacklistkan nama company. Bukan mereka yang blacklistkan nama aku, tapi sebaliknya ye kawan-kawan. Kerana sebab-sebab tertentu yang tak dapat dimaafkan. 


Aku terasa kekok nak menulis semula lepas lama bergelumang dengan buku dan langsung tak membuka blog. Terlalu banyak yang baru sampaikan shoutbox pun dah tak free. Makanya, aku buat shoutbox yang baru. Silalah tinggal jejak ye. 


Apa yang nak aku cerita hari ni sebagai pemanas semangat semula untuk berblogging ? Lama aku fikir. Lepas menaip sepatah dua, aku delete semula. Lepas tue, menaip dan delete. Sehinggalah aku mendapat idea untuk memulakan cerita tahun baru (dah tak berapa nak baru) dengan kisah adik lelaki aku yang bongsu --> si mulut becok.


Malam semalam, sampai di rumah selepas mengambil semua barang di hostel, aku dengar suara mak meninggi dari luar rumah. Masa tue, aku baru keluar dari kereta.


"Adik, mandi cepat. Sembahyang tiga. Kejap lagi abah balik !"


Mak memanggil adik dari dapur. Adik duduk di ruang tamu, 'menelaah' laptop. Sembahyang tiga itu sembahyang maghrib. Adik aku agak susah untuk ingat berapa rakaat untuk setiap solat.


"Kejap !", suara adik aku dari depan menjerit. Aku tak jadi keluarkan barang dari bonet kereta. Terus meluru masuk ke rumah, dan ke ruang tamu. "Mak cakap apa ? Adik tak dengar ke ? Pergi mandi dan solat dulu. Lepas tue baru sambung main laptop", aku memberi sapatah dua kata kepada adik. Tapi, dia langsung tak berganjak dari kerusi. Malah, makin fokus dan terus fokus.


"Kakak tak nak bagi coklat kalau adik tak solat !", aku berkata lagi dan terus berlalu pergi. Dari jauh, dia menjerit, "kakak memang tak nak bagi adik coklat kan ?!". Hahahaha, aku tergelak sendiri. Dia masih ingat memori ditipu hidup-hidup oleh aku dan abang-abang yang lain suatu masa dulu. "Tak nak sudah !", itu saja yang aku jawab.


Sedang aku keluarkan barang dari bonet kereta, aku nampak kelibat si mulut becok itu lari meluru ke bilik air. Umpan mengena nampaknya. Tersenyum aku sendiri. Kali ini, aku tak mengumpan bodoh. Tapi, memang aku sudah belikan coklat untuk dia masa perjalanan balik ke rumah tadi. 


Aku terasa seperti tak suka mendengar suara mak meninggi. Aku mahu mak senang hati di rumah tanpa penat. Tak tahu kenapa tiba-tiba perasaan itu ada. Bila saja mak mahu marah dekat si mulut becok, aku seperti mahu mengambil peranan. 


Masa aku tengah membasuh baju-baju kotor yang tak dibasuh sepanjang exam malam tadi juga, sempat bergurau senda dengan abah tercinta di dapur walaupun sekejap. Abah tengah makan. Mak berseloroh, "tengok manja abang tue, sebulan tak basuh baju duduk kat sana. Bukan nak hantar dobi. Kan senang !". Bertungkus-lumus aku membasuh dengan laju supaya abah tak tahu, mak pula pecahkan rahsia.


"Nje, tengok sini", abah memanggil. Aku mengadap mukanya dan tersengih. "Patut muka putih sangat nie !", memang terkena sungguh usikan itu. Aku menjawab, "yelah, tak kena mataharikan". Hahahaha. Kelakar pula bila fikir abah aku boleh buat kesimpulan, tak jemur baju kat ampaian, kulit aku putih tak kena sinaran. Silalah kamu semua tak menjemur baju di luar rumah kalau mahu kulit putih seperti aku. :P


Tapi, siang ini aku sunyi. Duduk seorang saja di rumah tanpa keluarga di sisi. Masing-masing keluar ke sekolah dan tempat kerja. Terasa nikmat bercuti malam tadi adalah permulaan indah untuk cuti kali ini. Semoga terus indah dan indah.


Ada masa ketegasan dalm kelembutan lebih merapatkan ukhwah berbanding ketegasan dalam amarah. Nikmati hidup ini selagi ia dinamakan nikmat. 






+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...