Monday, October 16, 2017

Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment)


Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment) | Assalamualaikum semua. Sakit tak rawatan akar gigi ni? Mahal ke tak rawatan ni? Macam mana prosedur nak buat rawatan ni? Macam mana boleh tahu kita kena lalu rawatan ni? Haa, macam-macam soalan kat kepala aku ni bila tiba tang gigi. Asal sakit gigi je rasa macam gigi ni rosak ke, nak kena cabut ke, nak kena tampal ke? Gitulah dilema dia. Over sangat sampai nak dilema. Tapi ada orang sakit gigi pun sanggup tahan sebab takut nak jumpa doktor gigi. 😂 Tapi alhamdulillah, aku okay je jumpa doktor gigi. Tipulah tak takut langsung, tapi okay jelah. Gitu.

Alkisah mulanya pasal gigi ni lepas bersalin Daryan. Lama dah, hampir 10 bulan yang lepas. Dalam pantang tu, aku rasa gigi aku ngilu sangat. Dia bukan sakit, tapi ngilu. Tak selesa. Aku fikir masa tu mungkin kekurangan kalsium, faktor mengandung. 😅 Acah pandai buat kesimpulan sendiri. So, aku biar jelah, minum susu untuk tambah kalsium. Gitu kesimpulan yang aku buat. Dalam seminggu dua macam tu, hilang dah ngilu tu. Serius, gigi tu macam back to normal, tak sakit tak ngilu okay saja. For information, dari luaran gigi tu nampak perfect (kahkahkah), tak adalah nampak berlubang ke apa. Tu yang pelik kenapa ngilu.

Selepas beberapa bulan, dalam 7 8 bulan macam tu, ngilu tu datang balik. Tapi tak ngilu teruk sangat macam memula kena. So, sebagai langkah berjaga-jaga, aku pun ajak suami pergi klinik gigi sebab nak tau kenapa gigi tu. Apa masalah dia sampai bagi masalah kat aku 😁. Sebelum ke klinik gigi tu, aku google simptom yang aku hadap tu, dan akhirnya aku baca pasal rawatan akar gigi. Aku macam dah rasa yang aku kena buat rawatan ni. Naluri tu kata cmtu. Gitulah.

14/08/2017, suami bawa aku ke Klinik Pergigian UITM Shah Alam. Orang luar pun boleh buat rawatan kat sini, so jangan risau. Kebetulan aku datang klinik sunyi je, student cuti sem. So, kejap je aku buat rawatan. Mulanya, daftar untuk buat rawatan. Lepas tu tunggu giliran. Seterusnya, nombor giliran dipanggil untuk terima rawatan.

Masa ni, aku bagitau doktor tu gigi aku ngilu dan bahagian gusi rasa tak selesa bila ditekan. Doktor check gigi tu dengan sembur air, sembur angin, ketuk segala dan tanya sakit atau ngilu tak bahagian gigi tu. Tapi memang tak sakit kat gigi, so aku tak tahu nak explain macam mana. 


Bila macam tu, doktor suruh pergi x-ray gigi tu. Bilik x-ray ada je area situ juga, tak jauh, tak adalah susah-susah nak keluar ke tempat lain. Habis x-ray, doktor bagitau gusi aku kat bahagian akar gigi bengkak, sebab tu ngilu, dan juga bekas tampalan lama dah terkena akar gigi. Sangat menyedihkan sebab gigi tu elok je zahirnya. Hahaha. Dan doktor bagitau lagi, kena buat rawatan akar gigi, tapi tak boleh buat hari tu juga sebab gusi bengkak, kena surutkan bengkak dulu, so kenalah set appointment. Rawatan akar gigi ni akan melibatkan beberapa temujanji bergantung kepada keadaan gigi. Dan, aku dapat dua kali lagi temujanji. Maka, betullah naluri aku ni kena buat rawatan akar gigi.

Masa ni, doktor bekalkan aku 2 jenis ubat. Satu ubat tahan sakit, dan satu lagi antibiotik yang perlu dihabiskan sebelum temujanji seterusnya. Bagi aku yang menyusukan anak, ubat ni tak mengganggu pun. Kalau nak lebih tahu, boleh tanya bahagian farmasi masa ambil ubat tu. Bayaran untuk rawatan ni, PERCUMA. Masa rawatan, dalam 20 minit.

22/08/2017 aku datang semula ke klinik gigi untuk rawatan seterusnya. Masa ni datang, ambil nombor bahagian temujanji. Seterusnya tunggu sahaja nombor dipanggil.

Kemudian jumpa doktor, terus doktor cakap hari ni kita buat rawatan akar gigi untuk kali pertama. Apa yang doktor buat? Doktor suruh x-ray sekali lagi untuk pastikan betul-betul gigi yang perlukan rawatan akar gigi. Bila dah pasti melalui gambar x-ray, baru doktor teruskan rawatan.

Doktor lubangkan gigi tu sampai ke akar, bersihkan dan masukkan ubat, seterusnya buat tampalan sementara. Masa aku ni, aku tak kena bius langsung. Aku pun tak tahu kenapa tak kena bius, walaupun aku baca ramai yang cakap kena bius. Dan aku pun tak rasa sakit langsung, alhamdulillah. Sekiranya tampalan sementara gigi ada masalah, kena datang terus ke klinik tanpa tunggu tarikh temujanji.

Bayaran untuk rawatan ni, RM60. Masa rawatan dalam 30-40 minit.

29/08/2017 rawatan terakhir untuk rawatan akar gigi. Doktor tanya, sepanjang seminggu ada sakit atau masalah dengan gigi atau tidak. Dan aku tak lalui apa-apa masalah, dan langsung tak ada rasa ngilu ke apa macam sebelum tu. So, doktor cakap okay. Doktor buka semula tampalan sementara, macam gerudi ke apa pun tak sure, masukkan ubat segala dan seterusnya buat tampalan kekal. Sepanjang rawatan aku tak dibius, dan tak sakit pun. Doktor sangat lembut buat kerja dia.

Bayaran untuk rawatan ni RM70 dan memakan masa dalam 30 minit.

Kesimpulannya:

Gap masa rawatan adalah dalam tempoh 2 minggu hingga sebulan bergantung kepada kondisi gigi dan juga giliran menunggu. Kalau klinik swasta, mungkin lebih sekejap. Kalau klinik kerajaan, mungkin lebih lama. Rezeki masing-masing.


Kos keseluruhan untuk sebatang gigi di bahagian hadapan:

Kali pertama : percuma
Kali kedua : RM60
Kali ketiga : RM70
JUMLAH : RM130

Untuk gigi di bahagian belakang, aku tak tahu. Mungkin kos berbeza ikut kedudukan gigi.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, October 3, 2017

Molten Chocolate Cafe, Mytown Cheras


Assalamualaikum. Minggu lepas aku diajak kawan baik aku pergi makan. Tak kisah makan apa, asalkan halal dan boleh ditelan. Gitulah cadangan dia. Dan, coklat tersenarai dalam cadangan menu makan tu. Siapa tak suka coklat ye dak?

Mula-mula cadang nak makan Dip n Dip kat Sunway. Tapi macam jauh nak ke sana, alang-alang dah kat Ikea Cheras. Jalan punya jalan dalam Mytown sebelah Ikea tu, jumpa dengan Molten Chocolate Cafe. Belek menu macam lebih kurang Dip n Dip, bak kata dialah. Aku tak pernah pergi lagi Dip n Dip. Belum berjodoh. Hahaha.

Sedap ke tak? Dah nama coklat, sedaplah. Layanlah tekak dengan harga dia tu. Kami pilih dua menu je sebab sebelum tu pun memang dah melantak nasi. 



Gambar atas ni sumber google. Tak dan nak snap gambar sebab teruja. Lagipun kamera handphone tak lawa. Hahaha. Aku pilih yang bawah tu sebab ada brownies. Dari mengandung Daryan aku ngidam, tapi entahlah, sampai sekarang semua macam tak kena dengan tekak. Macam asyik nak je brownies. Alasan Daryan pula yang kena. Hahaha. 

Kami tak order air manis. Cukup sekadar air kosong. Kang ada yang balik kena kencing manis pula. Haha. Kena makan slow-slow, baru menikmati. Takdelah muak ke apa. Okay je, sedap.



Ni pun gambar google. Menu yang aku amik yang atas sekali tu, harga RM31 sebab ada aiskrim sekali. Yang lagi satu menu aku tak jumpa gambar, tak ingat pula harga dia berapa. Dasar orang belanja memang semua harga tak ingat. Hahaha. Terima kasih Eyma belanja. Murah rezeki kau.


Darwish bersama Eyma, si tukang hulur duit 😘
Sedapnya bila tengok gmbar semula. Terliur pula. Hahaha
Korang boleh cari Molten Chocolate Cafe ni kat Mytown Shopping Mall. Sebelah Ikea Cheras. Dia dekat ground floor. 


Sumber google




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...