Monday, July 23, 2012

Kembara Ramadhan 1

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Kalau Ramadhan yang lepas, aku berpuasa bersama keluarga, Ramadhan tahun ini berlainan sedikit bila aku berpuasa bersama keluarga + encik abang di sisi. Perasaannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Bersyukur dengan kurniaan yang tidak ternilai pada usia aku 25 tahun. Alhamdulillah.


Ramadhan lepas, aku kenangkan dengan Di Sebalik Ramadhan. Alhamdulillah, banyak respon positif yang aku terima dari rakan-rakan blogger. Mungkin kerana aku lama menyepi, blog pun sepi. Tak mengapa, yang pentingnya hari ini, aku nak mulakan Kembara Ramadhan untuk tahun 1433 Hijrah. Semoga ada manfaat bersama untuk kita. InsyaAllah.


Disebabkan lama tak post entry, maksudnya, aku dah tertinggal Kembara Ramadhan selama dua hari. Entri ini khas untuk Hari Pertama kita semua umat Islam mula berpuasa. (nampaknya kena post dua entry hari ini)


Kita mulakan dengan kisah di malam terawikh yang pertama. Sekarang ni, aku dengan encik suami tinggal bersama abah dan mak aku. Bak kata mak aku, "tak payah nak membazir duit nak menyewa rumah bagai. Baik simpan duit untuk beli rumah. Lagipun, bukan ada sesiapa pun kat rumah ni. Duduk je sini dulu". Oleh itu, setelah berbincang, kami pun bersetuju dengan cadangan mak. Lagi pula, aku masih menganggur sejak tamat belajar tempoh hari. Saja nak follow mood bercuti pelajar-pelajar degree. =P


Malam pertama terawikh, aku berjalan kaki bersama mak dan encik suami ke surau berdekatan rumah. Perasaan macam malu-malu pula bila berjalan bersama-sama di bawah bulan purnama macam tue. Subhanallah, rasa syahdu sangat-sangat dalam hati. Hanya mereka-mereka yang pernah melaluinya tahu perasaan itu. Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku akan berjalan bersama abah, mak, adik atau sepupu aku dan berborak macam-macam, tapi kelainan Ramadhan kali ni, berjalan sambil melayan perasaan sendiri. Nak pegang tangan, batal pula air sembahyang. =P


Seperti biasa, sebelum terawikh, ada tazkirah pendek yang dibacakan oleh ustaz bertugas. Al-maklumlah, disebabkan dah dua hari tazkirah tue aku dengar, ingatan pula tak berapa nak kuat, yang aku ingat adalah mengenai Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, Selamat Datang Wahai Ramadhan. Mula-mula Ramadhan, tazkirah pun berkenaan kita perlu memanfaatkan Ramadhan kali ini supaya lebih baik dari Ramadhan yang lalu.


Selepas terawikh, kat rumah aku akan ada mentong (orang jawa cakap minum malam sebelum tidur). Aku rasa macam lain sangat bila minum bersama encik suami dan esoknya bersahur untuk kali pertama bersama. Dalam kepala, dah fikir macam-macam. Aku kena bangun awal dari encik suami. Segan pula kalau-kalau encik suami yang kejut bangun sahur. Hahaha. Tapi, alhamdulillah, aku bangun lebih awal dari encik suami dan sempat tolong mak untuk sediakan juadah bersahur seperti biasa. 


Hari pertama berpuasa sama seperti biasa. Cuma bezanya, aku berkemas-kemas untuk berbuka di rumah mertua di Kuala Lumpur. Hidup berkeluarga sekarang nie, kenalah bertolak-ansur. Aku akan di sana sehingga hari Ahad. Cuak sangat bila tiap kali mahu ke rumah mertua. Malu pun ada. Entahlah, macam-macam perasaan aku rasa.


Sampai di rumah mertua lewat petang sebab mak aku nak juga siapkan karipap sebagai juadah berbuka untuk keluarga mertua. Mula menguli pun dah pukul dua petang. Elok-elok aku dah siap nak bergerak ke KL, mak pun mula hidupkan api dapur. Makanya, aku pun menukar baju semula untuk menolong. Sampai di rumah mertua pun dah pukul lima. 


Ini pertama kali dalam hidup berbuka bersama keluarga mertua. Sedih pun ada sebenarnya. Dalam hati meronta-ronta nak berborak dengan keluarga sendiri bila waktu berbuka. Telan juadah pun tekak rasa perit. Tapi, teringat amanat mak beberapa hari selepas mendirikan rumah tangga. "Mula-mula memang lah macam tue. Biasalah. Dah kahwin, keluarga dia, keluarga kita juga", dalam esak tangisnya memberi nasihat dan kata penguat semangat. Masih lagi terngiang-ngiang di telinga mendengar ungkapan itu. Malam terawikh kedua, aku ke Masjid Pulapol bersama encik suami, mak mertua dan adik-adik ipar menaiki kereta. Terawikh aku di masjid ini untuk pertama kalinya dalam hidup bersama jemaah yang berbeza. Moga ada barakahnya.


"Apabila kamu berkahwin dengan seseorang, maka kamu bukan sahaja berkahwin dengan dirinya, tetapi juga seluruh ahli keluarganya" 
Kini, aku faham akan maksud ayat ini. Semoga aku mampu menjadi anak yang baik untuk kedua-dua keluargaku. Amin.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, July 5, 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum semua rakan blogger


Sepertinya kelihatan agak lama aku menyepi di sini. Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang bersusah-payah sejak hari Khamis, 28 Jun 2012 lagi. Kat sini, aku nak cerita sikit kronologi (ayat sangat bombastik) semasa majlis Aku Terima Nikahnya.


Hari Jumaat, 29 Jun 2012, selepas solat Zohor, dalam pukul 4 petang, rombongan lelaki datang untuk majlis bertunang. Aku rasa biasa je time ni. Tak tahulah kenapa tak ada rasa berdebar langsung. Siap gelak-gelak dengan MUA aku, Kak Mas dari Rias Mazmiera. Sangat cantik dia solek aku.


bersama bakal mertua


Selesai majlis bertunang, aku masuk semula ke bilik untuk menyalin pakaian untuk majlis pernikahan selepas Asar. Tengah siap-siap, abah dengan mak dah kabut masuk bilik aku, bagitau yang tok kadi (atuk saudara aku sendiri) nak datang cepat sebab majlis lagi satu yang sepatutnya sebelum majlis aku, pengantinnya tak sampai lagi. Aku jadi kelam-kabut sikit sebab belum siap sepenuhnya, tapi Kak Mas coolkan aku. Mungkin disebabkan terlalu cuak pada mulanya pasal hal tok kadi, aku tetiba nk pitam. Dan-dan, duduk kat lantai bilik, dan uwek ! Muntah lah plak time-time nak nikah ni. Mak aku siap bancuh susu lagi untuk aku. Aku dah pening kepala, mual-mual je tekak dengan perut. Apakah tandanya ? Nak kata cuak, macam tak. Perasaan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Mungkin juga sebab orang keluar masuk bilik aku. 


Aku pun tak sempat nak tengok jam masa aku keluar dari bilik untuk bernikah. Aku bernikah di rumah dan dinikahkan oleh abah aku sendiri. Alhamdulillah, akhirnya, aku sah bergelar isteri kepada seorang lelaki, Mohd Nasrul Hadi bin Othman. Semoga perkahwinan kami kekal sehingga ke akhir hayat. 


Pose selepas nikah, Tapi, pic dengan suami belum diupload oleh OP. Ni je yang ada.


Esok-esok, cerita pasal majlis persandingan pula ye. Tak best cerita tak ada gambar. Waaa..


Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat ye.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...