Showing posts with label P & P. Show all posts
Showing posts with label P & P. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

Flashcard Versi Felt Murah

Bismillahirahmanirahim. 

Aku nak kenalkan satu benda baru yang buat aku terlalu sunyi dalam dunia blog. Perniagaan aku. Ye, perniagaan yang aku buat sendiri, alhamdulillah. Semuanya bermula sejak puasa hari tu. Tapi, lebih tepat bermula lepas raya baru berlaku proses jual beli. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semoga rezeki ini berpanjangan.

Flashcard versi felt ataupun biasa aku tulis #feltflashcard. Aku buat sendiri dari A sampai Z tapi bahan semua aku beli kat kedailah. Di bawah nama @iezas_zone. Korang boleh follow instagram @iezas_zone untuk tengok hasil kraf flashcard aku ni yang dah dibeli oleh pelanggan aku. Klik gambar di bawah label 'perniagaan' kat sidebar ni terus link ke instagram aku.
Apa yang @iezas_zone tawarkan kepada korang? Sebagai mama kepada seorang budak kecil, aku rasa pendidikan awal dari rumah sangatlah penting. Tak kisahlah macam mana pun cara kita ajar anak kita kan. Dari situlah timbulnya idea untuk buat bisnes ni. Bila kawan-kawan tanya macam mana aku ajar Darwish baca ABC, alif ba ta dengan kenal nombor, terus aku terfikir cara macam mana nak tolong kawan-kawan aku.

Kat @iezas_zone ni sebagai permulaan perniagaan, aku tawarkan flashcard versi felt. Kenapa felt? Sebab tahan lama, tak mudah koyak dan boleh dicuci kalau kotor. Macam flashcard Darwish sendiri yang aku beli sebelum ni semuanya berasaskan kertas. Lunyai sebab hari-hari memang itulah mainan dia. Alhamdulillah, umur dia hujung bulan ni 2 tahun, dan dia dah boleh tahu setiap huruf ABC dan juga A is for what, sampai Z is for what, boleh baca iqra' dan juga tahu nombor tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.

Set flashcard utama yang aku ketengahkan adalah SET JAWI atau HIJAIYAH. Masa aku cari set hijaiyah kat pasaran, tak banyak sangat set ni, sebab tu aku prefer untuk keluarkan set ni dulu sebelum kenalkan set yang lain.


Terdapat juga SET ABC. Set ABC ada 2 jenis, sama ada huruf besar sahaja atau kecil sahaja ataupun besar dan kecil. Setiap set, sekeping kad ada huruf depan belakang atau sekeping satu huruf sahaja, berdasarkan permintaan pelanggan.


Tak lupa juga SET NOMBOR yang mana aku keluarkan set sehingga nombor 20. Semua set-set ni warnanya dipilih sendiri oleh pelanggan berdasarkan stok warna yang akan aku beritahu bila dorang nak buat tempahan. Semua tempahan adalah secara pre order. Aku tak sempat buat ready stok. Harap maklum.


Berapa harga untuk setiap set yang aku tawarkan? Jangan risau, harga yang aku letak adalah antara yang PALING MURAH dalam pasaran. Benda kraf ni perlukan masa yang panjang dan ketelitian, sebab tu harga dia tak sama macam yang mesin buat.

Maklumat lanjut mengenai flashcard ni yang biasa:
===========================================
  • Material felt
  • Saiz 12cm x 15cm
  • Sekeping felt huruf depan dan belakang
  • Harga :
    • Set Jawi (penuh termasuk huruf yang ditambah; ca, nga, pa, ga, vi dan nya) = RM43.00 percuma pos
    • Set Jawi biasa = RM37.00 percuma pos
    • Set ABC huruf kecil ATAU huruf besar sahaja = RM33.00 percuma pos
    • Set ABC lengkap huruf kecil dan besar = RM59.00 percuma pos
    • Set nombor 1-20 = RM27.00 percuma pos

Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut, nak buat sebarang termpahan, bolehlah hubungi aku:

Instagram : @iezas_zone
Whatsapps : 012-6424314
Email : ieza26ashaari@gmail.com



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, May 26, 2015

Cara Mudah Ajar Bayi Mengaji

Assalamualaikum. Tajuk tu macamlah aku pro sangat konon boleh tunjukkan cara mudah nak ajar orang mengaji. Nak-nak pula bayi. Memang tak lah aku pro, cuma aku bolehlah kongsi sikit-sikit cara aku ajar Darwish mengaji. Video ni diambil masa Darwish usung flash card dia ke aku. Kebetulan, aku baru jawab panggilan telefon. Terus aku rakam dia baca.



Alkisah aku start ajar Darwish baca segala flash card tak kisah ABC, 123 mahupun alif ba ta masa lepas pantang. Buat saja-saja tiap hari sambil borak main-main dengan dia. Memang dia tak sebut, tapi fokus dia pada flash card tu sangat konsisten.

Sebenarnya, aku buat pada masa tu adalah salah satu latihan terapi dia. Tidaklah aku pasang impian angan-angan yang anak aku akan kenal huruf-huruf ni semua dalam umur yang kecil. Tak pula aku paksa-paksa dia, "nah ambil buku ni baca. Kalau tak baca mama gigit!". Tak, aku tak garang macam tu. Aku mama yang baik. ^_^

Tapi aku perasan dia kenal buku-buku dia sebelum umur setahun. Mana buku ABC, mana buku nombor, mana buku alif ba ta, shape segala dia kenal. Time tu aku macam terkagum dan aku terus je ajar flash card macam biasa. Sampailah satu hari dia tunjuk dan baca depan aku. Wow !

Dia boleh sebut ABC dulu berbanding alif ba ta. Mungkin sebab suku kata huruf hijayyah lebih banyak dan susah berbanding rumi. Mungkinlah. Tak pula aku kaji.

Aku rasa yang penting perlu ada ialah flash card untuk kita tunjuk laju-laju atau perlahan atau secara rawak huruf yang kita nak ajar, buku untuk dia usung hulu-hilir, dan juga yang kita boleh tampal kat dinding untuk dia tengok selalu.

Apa pun yang paling penting jangan paksa anak. Biarkan dia baca sambil main. Jangan pula kita malas layan kalau dia tanya banyak kali. Tapi memang banyakkkkkkk kali sangat-sangat sampai setiap inci buku dia tu kau boleh hafal. Sila bertabah.

Apa lagi nak kongsi pun tak ingat. So far, inilah yang aku buat. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, April 30, 2015

Fisioterapi Terakhir


Assalamualaikum korang. Hari ni baru ada kesempatan nak kongsi cerita pasal hari terakhir Darwish kat fisioterapi. Last appointment dia bulan Januari hari tu. Lama aku peram cerita ni. Kalau ayam peram telur tu, dah menetas dah. ^_^ Alhamdulillah, akhirnya berita menggembirakan tu therapist bagitahu masa Darwish berumur setahun 4 bulan. Jangka kebiasaan untuk tengok perkembangan budak kat bahagian fisioterapi ni tak tentu, ikut kes dia. Macam Darwish, masa mula-mula dulu, jangkaannya nak tengok perkembangan sampai umur 2 tahun. Tapi syukur sangat-sangat, belum umur 2 tahun dan boleh discharge. 



Macam biasa, datang fisioterapi ni akan buat aktiviti yang sesuai dengan umur pesakit. Tapi, untuk pertama kalinya, time therapist suruh buat aktiviti, dia liat semacam. Ikut dia je nak buat apa. Paling tak boleh blah, dia sibuk main roda stroller pesakit lain. Haish. = . ="




At the end, therapist cakap Darwish aktif dan nampak gaya main tu macam budak sebaya dia. So tak perlu risau sebab perkembangan okay. Then dia terus decide untuk dischargekan Darwish hari tu juga. Maka, tak perlulah lagi appointent seterusnya kat unit fisioterapi ni. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Disebabkan Darwish `behave` sangat, therapist tu bawa dia ke bilik sebelah yang banyak alat senaman macam dalam gym tu. Last-last terapist tu yang bersenam kena buli dengan Darwish. Hahaha.



Terima kasih kepada ahli therapist yang banyak sangat membantu memantau perkembangan Darwish dari umur Darwish sebulan, yang banyak bagi sokongan moral, yang banyak bagi tip untuk handle Darwish dan macam-macam lagi. Terima kasih banyak-banyak. Allah sahaja yang boleh balas jasa kalian.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, September 10, 2014

Fisioterapi dan Rumah Sewa

Kalau tahun lepas, masuk je bulan September, aku dah berdebar sangat-sangat. Tiap hari dah fikir cara-cara nak push keluarkan Darwish dari perut. Walaupun hampir setahun berlalu, kenangan tu masih jelas ada kat kepala ni. Darwish pun lebih kurang dua minggu lagi dah nak setahun. Cepatnyalah bujang ni membesar. Tup-tup nak setahun juga fully breastfeed Darwish. Alhamdulillah. Rezeki Darwish. Mama nak dapat Ijazah Sarjana Muda Penyusuan pula ni. >_< Sempena nak setahun, macam biasa, aku botakkan lagi Darwish. Suka tengok dia botak. Seksi. Lol.


Semalam, sesi fisioterapi Darwish macam biasa. Setelah sebulan bercuti raya, bila sampai unit fisio, tengok Darwish teruja. Semangat berkobar tak macam dulu tidur lah, malu-malulah. Therapist pun cakap nampak peningkatan yang positif. Tapi, tak tahulah bila boleh discharge sebab still lagi ada appointment. Tak apalah, asalkan Darwish sihat walafiat. Awal bulan depan pula appointment pakar. Harap semuanya baik-baik. Amin. Dalam video ni Darwish masukkan bola kat tempat gol tu. Sebelum tu, therapist ajar sekali je. Aku ingat dia tak buat atau dia main bola masuk dalam mulut ke. Rupanya elok je dia ikut arahan. Bangga tambah sebak rasa. Good job sayang.


Sepatutnya, bulan ni kami masuk rumah sewa. Menyewa saja dulu, belum mampu membeli rumah lagi. Harap dapat buat doa selamat masuk rumah dengan sempena Darwish setahun. Tapi, harapan je kot. Hahaha. Banyak kekangan lagi nak masuk rumah tu. Semoga semuanya dipermudahkan. Tak sabar nak duduk sendiri, nak deko-deko (angan-angan macam rajin sangat pui!). Jangan terkejut lepas ni blog ni jadi blog deco by ieza (muntah aku menaip bahaha). 

Hari-hari dah termimpi-mimpi nak susun ini kat mana, itu kat mana. Paling best part dapur nak kemas gula garam segala walaupun masaknya belum tentu. Aku takut nanti Darwish je yang banyak mengemas. Tiba-tiba bangun pagi, "mama, bangun breakfast. Darwish dah masak!". Kau mampu? Hahaha.


Okay, aku dah melalut. Semoga September yang aku tunggu-tunggu ni be nice dengan kami sekeluarga. Semoga urusan pindah ke rumah sewa dipermudahkan.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, January 2, 2014

P & P : Flash Card

Assalamualaikum dan selamat tahun baru semalam. Kohkohkoh. Semalam i olls tak ada masa nak up entry. Katanya. Hari ni baru ada mood nak up.

P & P, stand for pengajaran dan pembelajaran. Gitu. Macam bagus aku nak cerita pasal pengajaran dan pembelajaran kat kau kan. Aku tak peduli, yang penting ada cerita. Untung-untung nuffnang bagi BE untuk Darwish. Darwish juga yang kena ye. Ah, melalut ke laut sudah aku ni.

Actually, aku dah start mula ajar Darwish guna flash card masa umur dia 2 bulan lebih, lebih kurang macam tu. Muda dan tak tahu apa-apa? Mungkin pada mata kita, kita nampak dia tak tahu apa-apa, tapi aku percaya dia tahu apa yang ada di sekeliling dia. Sebabnya, orang pun dia dah mula cam. Dari aku asyik membazir duit beli baju dia yang tak habis-habis tu, baik aku melabur untuk sesuatu yang lebih berjangka masa panjang. Betul tak?

Setiap kali aku ajar, memang mata dia fokus 100% kat flash card depan mata dia tu. Melainkan, ada pak cik mak cik dia sibuk panggil, "Darwish... Darwish..". Yang tu memang dia akan paling muka cari siapa panggil. Part tu aku pantang. Dari situ pun kita boleh tahu kenapa dulu kita masa sekolah, dalam kelas, cikgu tengah sibuk bercakap kat depan, mata kau sibuk pandang kat luar tingkap kalau nampak senior hensom lalu kat luar kelas. Kan? Kau lah tu, aku tak. Hahaha.

Aku dah beli beberapa jenis flashcard untuk Darwish. Setakat hari ni, ada 3 yang basic aku beli. Tak mahal pun sebab MPH buat sale kat Eon Big Bukit Rimau ni. Dekat je dengan rumah aku. Mula-mula dulu, kononnya aku gigihlah nak DIY sendiri flash card untuk Darwish ni. Tapi, banyak sangat halangan kononnya sampai tak terDIY. Maka, beli je lah.


Ni lah 'buku sekolah' Darwish setakat ni. Flash card ada 3; ABC, 123 dan huruf hijaiyah, dan juga buku kecil ABC untuk badan saya, benda dan bentuk. Setakat ni, aku puas hati guna buku ni. Meh aku kenalkan korang flash card Darwish ni ye.

 

Flash card ABC ni aku beli dengan harga RM11.90. Besar saiz dia. Tu yang bagus. Depan huruf besar, belakang huruf kecil. Ada juga kad untuk suku kata a, e, i, o, u. Sangat disyorkan kepada korang cumanya warna dia biru macam ni je lah dan juga ketebalan dia macam kertas manila tu. Tak menarik sangatlah kalau budak tengok. Lepas flash je kad kat Darwish, habis sesi je, aku nyanyi lagu yang hindustan dalam bas tu, yang last part dia ~~i love you~~. Tau tak lagu tu? Habis je lagu tu, sengih-sengih Darwish ni.


Aku suka flash card 123 ni. Sebabnya warna-warni, sesuailah dengan budak-budak. Mama budak pun suka juga kalau kau nak tahu. Ada nombor dari 1 sampai 20. Nombor dekat depan belakang kad ni, so bila dah guna nombor satu, terbalikkan kad, belakang dia nombor 2. Yang bestnya kad ni, ada marker sekali dia bagi dan boleh tulis kat tengah kad tu ikut garis titik-titik dan boleh padam semula. Baguslah nak ajar anak menulis. Setakat ni aku ajar Darwish sampai nombor 10 dulu. Aku tak dan beli kad macam ni untuk ABC sebab tak jumpa masa mula-mula pergi beli tu. Bila jumpa, rasa macam nantilah dulu. Pastu pergi lagi dah habis. Padan muka aku. =.=' Harganya murah saja, RM8.90.

 

Untuk flash card huruf hijaiyah ni, dia dah ada tanda atas. Tapi tak apa, aku ajar je guna sebutan alif, ba, ta. Belum lagi alif di atas a. Gitu. Huruf lam alif dan yang bertitik tiga juga vi (wau titik satu di atas) tu tak ada. Tak apa, itu aku ajar kemudian bila Darwish dah pro yang basic ni. InsyaAllah. Habis flash, macam biasa, ada lagu dia. Lagu yang budak-budak selalu nyanyi tu. Tu google lah sendiri. Jangan malas. Harga dia pun murah je, RM8.90.

 

Last but not least, yang ni mama dengan ayah dia buat rujukan juga sebab kadang ada je doa yang aku tak familiar, means aku sendiri pun jarang sangat nak baca, apatah lagi hafal. Bad mama here. T_T Yang ni, bila besar sikitlah aku tunjuk kat Darwish. Cumanya, aku baca jelah bila keadaan sesuai. Contohnya bacakan kat dia doa tidur bila dia nak tidur. Gitu. Yelah, huruf hijaiyah pun dia belum familiar, dah aku tunjuk kat dia huruf sambung-sambung camni. Peninglah anak aku nanti. Harganya pun mampu milik, RM11.90.

Sekali sesi aku flash kan kad kat dia, aku buat tiga kali. Lepas tu dah, main-main dengan dia pula, buat macam dia buat kat kelas fisio sampai dia dah penat, lepas tu dia akan tidur dengan jayanya. Biasanya, aku buat dua atau tiga kali sehari, ikut mood dia. Lepas mandilah kebiasaannya sebab dia segar masa tu. Ataupun, time dia tak nak tidur walaupun dah bagi susu. Tak adalah aku strict sangat time untuk dia belajar. Just sambil lalu je. Semoga usaha kecil ni membuahkan hasil yang besar suatu hari nanti. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...