Showing posts with label Petua kebahagiaan. Show all posts
Showing posts with label Petua kebahagiaan. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Petua Bahagia | Wangi

Assalamualaikum rakan blogger


curik gugel

Dah lama aku pendam idea nak post entry pasal petua-petua kebahagiaan rumah tangga ni. Gaya dah macam kaunselor pula. Aku terasa macam, "layak ke aku nak kongsi petua-petua ni semua? Aku ni kawin pun baru setahun jagung, dah berangan nak kongsi rahsia kebahagiaan bagai". Serius, aku macam takut nak buat entry ni.

Tapi, disebabkan aku fikir, ilmu yang berguna itu perlulah dikongsikan bersama. Sekurang-kurangnya jadi manfaat bersama. Bukan tamak untuk diri sendiri saja. Makanya terhasillah entry petua bahagia ni.

Sejak aku mula kahwin, rata-rata orang yang aku jumpa akan kongsi macam-macam petua dan nasihat untuk aku. Aku ni pemalu sikit nak tanya kat orang-orang tua, so bila dorang dah buka cerita, aku akan ambil petua tue untuk kebahagiaan rumah tangga yang dibina, insyaAllah.

Kali ni, cerita dari mak aku pasal WANGI.

Bak kata mak aku, kenalah selalu wangi. Kalau encik suami ada kat rumah tu (contoh hari cuti), janganlah nak bermalas-malasan sampai bangun pun nak lewat-lewat sangat. Sebabnya, bila encik suami buka mata kononya pukul 10, tengok-tengok isteri pun masih terbongkang dengan bau masam tak mandi lagi. Kan ke bagus kalau suami bangun, tengok isteri dah siap mandi, dah bersih dan sarapan dah siap semua. Mesti dia bangga tengok isteri dia. 

Yang ni memang aku kadang-kadang fail sebab aku duduk dengan family aku lagi. Kalau dah time encik suami cuti, makanya aku pun bantai bercuti dari bangun awal-awal pagi. Kena berlatih dengan konsisten lagi bab ni.

Tip lagi pasal wangi ni, janganlah kau saja yang nak wangi, tapi benda-benda sekeliling kau busuk. Kalau dah susu sebelanga busuk, jangan kau harapkan kau yang nila setitik itu akan wangi ! Apa dah peribahasa aku pakai ni. Maksud mak aku tu macam bilik tidurlah paling utama. Perlu sentiasa kemas dan wangi. Cadar tue tukarlah at least 2 minggu sekali ke. Kalau dah malas sangat, sebulan sekali pun okay. Cermin tempat make up tu, bersihkanlah. Ni sampai cermin pun nak pakai lipstik apa cerita. Hahaha.

Part nie aku rasa aku okay sangat kot sampai encik suami pun pening aku asyik tukar cadar. Kalau pergi Jusco je, mesti nak beli cadar. Gitew. 

Pastu, pakaian encik suami pun kenalah wangi. Maksudnya berbasuh dan bersih. Jangan dia dah pakai, pastu dia pergi mandi, kau sangkut pula baju yang dia dah pakai tadi kat belakang pintu bilik. Kau hengat aku tak tahu ? Bab sangkut-menyangkut ni memang ramai yang suka. 

Bab ni memang aku tak suka ! No sangkut-sangkut, lagi-lagi belakang pintu ! Apakah pemandangan yang sangat tidak menarik itu. Kalau nak sangkut pun, adalah tempat yang proper. Nampak kemas dan nice.

Yang lain-lain pasal wangi, korang fikirlah sendiri okay. Yang penting, JAGA HIDUNG SUAMI !



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, November 28, 2011

Indah dan keindahan

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Semua manusia sukakan keindahan. Keindahan itu pula sangat subjektif untuk dibincangkan. Betul tak ? Kalau aku kata warna merah jambu tu warna yang indah, tak semestinya ada yang sependapat dengan aku. Moralnya, semua yang indah di mata, adalah keindahan yang dinilai dari perspektif yang berbeza.


Mungkin apa yang akan aku coretkan hari ni agak 'kritikal'. Sebab perkara ini telah buat aku dalam keadaan yang kritikal selama berminggu-minggu sebelum aku dapat jawapan yang konkrit dan memuaskan hati aku. Terima kasih dekat abah aku yang betul-betul faham dan memahamkan aku tentang satu perkara yang indah, yang sepatutnya menjadi sangat indah buat aku sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Islam itu indah. Sangat indah. Aku pasti, korang semua setuju dengan kata-kata aku ni kan. 


Beberapa minggu yang lepas, aku ikut satu 'kumpulan kecil'. Keadaannya seperti ada seorang naqibah yang menjadi ketua dalam kumpulan itu. Korang tahu tak? Kumpulan kecil yang diwujudkan, yang baca al-quran, lepas tue ada penerangan sedikit pasal maksud di sebalik ayat al-quran tue, then ada macam tazkirah sikit. Aku biasa join benda ni time belajar diploma dulu. Tapi, bila dah sambung degree, nie baru first time aku join. Niat aku, nak tambah ilmu, juga kuatkan apa yang dah sedia ada. 


Apa yang aku nak share adalah isi yang dibincangkan. Benda tue menghantui fikiran aku berhari-hari sampaikan aku tak boleh fokus dengan study. Dah lah time tue, aku nak exam. Dalam perbincangan tue, ada sentuh pasal tahlil yang biasa dibuat untuk arwah selepas 40 hari kematian dan juga 100 hari kematian. Aku tak dapat terima bila ada si fulan yang meletakkan hukum haram untuk keadaan itu. Aku bertanya dan bertanya. Tapi, jawapan yang aku dapat sangat tak memuaskan hati aku, sehinggakan aku terasa nak meninggalkan majlis ilmu itu. Tapi, sebab hormat, aku duduk di situ sampai habis. Jawapan yang si fulan bagi kat aku yang mungkin baginya sangat konkrit adalah, "nabi tak pernah buat". 


Di rumah hari ini, semua terlerai. Abah ulas panjang lebar dengan contoh yang sangat membuka mata, dan hampir buat aku menitiskan air mata. Antara katanya yang sangat terkesan;


"kalau abah meninggal nanti, anak yang mana yang soleh nak doakan abah ? Kita tahu, ada 3 perkara je yang  sampai kat abah. Salah satu tu, doa anak yang soleh".


Aku hanya mampu menjawab, "tak tahu, sebab tak tahu siapa yang soleh". Sedih aku rasa. Untuk mengaku aku anak yang solehah, mungkin aku masih jauh untuk itu, tapi tak kan lah aku tak mampu untuk mendoakan kedua ibubapa aku bila mereka tiada nanti. Sangat menyedihkan.


Abah berkata lagi, "islam itu indah nje. Banyak keindahan dalam islam ditutup, sampai orang tak nampak. Kalau anak itu tak soleh, dia meminta simpati orang soleh yang ada dalam kawasan itu, contohnya imam-imam, orang dihormati, untuk datang ke rumah, untuk majlis tahlil arwah. Doa orang yang ada dalam majlis itu adalah untuk anak itu menjadi lebih soleh, sebab anak itu tahu, hanya doa anak yang soleh sampai kepada ibubapanya. Secara tak langsung, anak itu ada dalam majlis yang sangat baik. Bukannya dia berniat, 40 hari atau 100 hari wajib buat tahlil. Lagi satu, perkara yang paling Allah suka adalah memberi makan kepada orang lain. Bila anak tue buat majlis tahlil, mesti dia beri makan kepada tetamu".


Abah menyambung lagi dengan kata-kata yang buat aku sangat bangga dengannya, "bagus nje ikut majlis-majlis tambah ilmu macam tue, berdebat bila tak tahu, tanya bila tak faham, abah suka. Tapi, tak perlu ikut lagi yang ni. Sebab dah makin ramai golongan yang mengharamkan yang masih halal sebab taksub. Golongan ini rasa, mereka sangat betul sehingga semua orang salah".


Banyak lagi yang kami bincangkan. Sampailah abah bagitahu yang si fulan tue tak salah. Aku kena lebih berhati-hati. Abah juga tegur, "silalah buang bear-bear yang ada kat belakang kereta tue. Dulu, Rasulullah masa nak musnahkan berhala, tak memilih. Semua berhala baginda musnahkan". Hahaha. Sebab aku argue, hanya bear dan bukan patung yang menyerupai orang. Aku tak tahu, dan aku ditegur dengan cara yang sangat berkasih-sayang. Sayang sangat lah kat abah. 


Bila ilmu tak cukup di dada, perlu banyak bertanya dan bertanya. Tapi, yang pasti, akan banyak perbalahan sebab berbeza pendapat. Kerana itu kita kena percaya dengan Al-quran, As-Sunnah dan juga para ulama'. Selagi ketiga-tiga ini belum kata haram, maka, kita yang kurang ilmu ni, tak boleh lah buat hukum sendiri.


Kata-kata bijak dari abah, "Nabi naik unta, kita naik kereta. Kenapa tak ada unta kat Malaysia ?"


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, November 10, 2011

Pesanan Malam Pertama

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Macam mana cuti panjang ? Aku belum habis cuti lagi. Next week baru start kuliah semula. Tapi, maybe esok atau pagi Sabtu, aku balik semula ke hostel yang tiada wireless itu. Sabar je lah. Tinggal beberapa blog saja yang aku belum balas komen, harap korang tunggu ye.


Bersempena semangat yang membuak-buak untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan pada hari Sabtu dan Ahad ni, entry kali nie special sikit. Pasal pesanan malam pertama yang aku dapat daripada program Semanis Kurma. Lama dah aku simpan pesanan ni. Tetiba pula teringat nak share sebab aku dapat tiga kad jemputan majlis perkahwinan kawan-kawan aku. Next entry, insyaAllah, tak ada aral, aku nak share pasal input yang aku dapat kat kursus nanti. Ilmu perlu dikongsi. Betul tak ? 


Pesanan ini diberikan oleh Umamah kepada puterinya di malam pertama selepas pernikahan puterinya selesai dijalankan. Pesanan ini sangat berguna untuk semua wanita, tidak kira yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin. Semoga ia menjadi panduan berguna bagi melayari bahtera rumah tangga dengan lebih sempurna, insyaAllah.


Taat dan patuh kepada suami


Sebagai seorang wanita muslim yang tahu di mana letaknya kedudukan seorang suami, wajiblah mentaati dan patuh kepada setiap arahan dan suruhan suami, selagi mana ia tidak menyalahi dan membelakangkan arahan dan suruhan Allah. 


Bagi wanita yang tahu tentang agama, hal ini tak menjadi satu masalah besar bagi aku. Selepas saja bernikah, ketaatan wanita ini akan beralih kepada suami. Bukanlah tidak perlu lagi taat kepada kedua ibubapa, tetapi ketaatan yang utama beralih kepada suami. Redha Allah kepada seorang wanita yang telah bersuami, adalah berdasarkan redha suaminya. Berbeza pula untuk lelaki. Ibu mereka tetap yang utama. Perlu tahu juga, dengan mentaati dan patuh setiap arahan suami merupakan salah satu sebab wanita boleh memasuki syurga dengan mana-mana pintu yang dia suka. Subhanallah. 


Aku tengok sekeliling, kadang-kadang wanita terlalu melayan perasaan cemburu buta sampaikan bila suami lebihkan ibu dorang, wanita terlalu senang untuk berkecil hati. Bagi aku, tak salah berkecil hati, tapi kena lah berpada. Wanita kena lebih rasional untuk menilai mana benda yang remeh, mana benda yang memang perlu perhatian serius. 


Mendengar cakap suami


Pesanan ni, bagi aku lebih kurang sama dengan pesanan yang pertama. Yang membezakannya, bila suami bercakap, isteri perlu mendengar apa yang dikatakan oleh suami. Kita semua sedia tahu yang kebanyakkan wanita memang suka bercakap dan lebih banyak bercakap berbanding lelaki. So, bila mood suami nak bercerita dah ada, sila lah beri laluan kepada dia bercerita. Biarkan dia meluahkan apa yang terpendam di hati.


Bukan senang sebenarnya nak mendengar lelaki meluahkan apa yang terpendam di hati. Kadang aku pelik juga. Tengok muka macam banyak masalah bila balik kerja. Bila isteri tanya, "abang ada masalah ke kat tempat kerja?", kebanyakkan lelaki tak terus meluahkan apa yang terbuku. Dorang ni kadang sangat berbeza dari wanita. 


Macam adik aku sendiri. Muka dah macam nak telan orang. Bila ditanya, jawab tak ada apa-apa. Lepas tue, bila aku dah keluar rumah, boleh pula dia mesej. Cerita masalah dia. Pelik sungguh lah.


Menjaga mata suami


Maksud menjaga mata suami ni, bukanlah kalau mata suami tu masuk habuk, tolong tiupkan. Kalau situasi macam tue, nak bermanja-manja sebenarnya. Tak pun, saja nak mengada-ngada. Betul tak wahai lelaki sekalian ? (=.=')


Menjaga mata suami nie, maksudnya lebih kurang macam bila suami tengok isteri, suami rasa damai, sejuk mata memandang gitu. Berhias lah bila di depan suami. Biar suami tak jemu tengok isteri.


Sebab tue juga, aku ada terbaca pasal suami kalau boleh jangan balik ke rumah tiba-tiba tak kena masa. Alasannya, kalau time tue isteri tengah comot-comot, kusut-masai, masam-masam sebab peluh-peluh buat kerja rumah, dengan rumah tak siap kemas, anak belum mandi. Kiranya, keadaan tue boleh membuatkan mood suami turun menjadi negatif. Kalau nak buat surprise pun, pandai-pandailah bajet masa yang sesuai.


Menjaga hidung suami


Kalau tadi dah pakai lawa-lawa, tak kan lah pakai baju cantik-cantik, tapi badan belum mandi sehari. So, kenalah seimbang. Dipandang cantik, dibau pun harum. Cari bau yang disukai oleh suami. Kalau boleh, bila suami tak suka dengan satu jenis bau, elakkan dari menggunakan bau itu, sama ada sebagai wangian diri ataupun untuk haruman rumah.


Bila kita ada satu bau yang disukai suami, sebenarnya suami boleh mengingati bau kita walaupun dorang ada kat tempat lain. Secara tak langsung, ingatan suami kat isteri tue segar dan membuatkan suami selalu rindu dengan isteri dia.


Menjaga waktu tidur suami


Agak blur juga sebenarnya untuk pesanan ni. Sebab, biasanya lelaki yang suka tidur lewat. Tengok bola, main game dan macam-macam lagi. Tapi, dari yang aku faham, jaga waktu tidur suami ni lebih kurang macam bila suami nak tidur, pastikan tempat tidur selesa dan bersih. Dan bila ada anak-anak, seeloknya, jangan beri anak-anak mendekati atau berbuat bising ketika suami sedang tidur. 


Dari yang aku tahu juga, (tapi aku tak tahu kebenarannya) lelaki yang terbangun dari tidur kerana terkejut, risiko mendapat sakit jantung sangat tinggi. Kalau kita sayang suami kita (siapa tak sayang suami kan), jagalah waktu tidur suami dengan baik. Bila suami dapat tidur dengan nyenyak dan cukup, suami akan lebih penyayang dan jarang untuk marah-marah. InsyaAllah.


Menjaga makan suami


Bab perut ni memang selalu diperkatakan. Memang lelaki pun suka nak cari isteri yang pandai memasak. Nak tak nak, isteri kenalah belajar memasak. Supaya, bila suami ada di rumah, suami tidak dalam kelaparan dan keluar mencari makanan di luar. Kalau betul-betul keluar mencari makanan untuk mengenyangkan perut dan memuaskan nafsu makan tak mengapa, tapi kalau keluar mencari 'makanan' untuk memuaskan 'nafsu', dah jadi bala dalam rumahtangga. Minta jauhlah.


Bab memasak ni, bukan lah susah sangat, dan bukanlah senang sangat. Ikut selera suami juga. Dalam internet pun bersepah-sepah resepi. Apa salahnya cuba resepi baru. Macam yang aku pernah buat. Dulu, masa mula-mula belajar masak ikan keli masak lemak cili api, aku buat time tak ada orang dekat rumah. Aku buat seekor saja. Bila dah jadi, esoknya, time mak abah aku ada kat rumah, aku pun buat untuk satu family. Bangga bila kena puji. Tue baru mak abah yang puji. Kalau laki sendiri yang puji, tak ke kembang-kempis hidung. Hahaha. Suami kenyang, isteri pun senang hati.


Jangan melanggar perintah suami


Bila seorang lelaki sudah bergelar suami, kuasanya bertambah (tanggungjawab), begitu juga ego mereka. Mana-mana suami yang dilanggar perintahnya, pasti merasa tercabar, apatah lagi yang melanggar perintah itu adalah isterinya sendiri. Suami merasa keegoan mereka dicabar dan direndahkan serta maruah mereka tercalar.


Oleh itu, sebagai seorang wanita dan isteri yang mendambakan syurga Allah dan nikmat rumahtangga yang harmoni, jangan sesekali melanggar perintah suami selagi ia belum melanggar perintah Allah. Suami yang baik pastinya hanya memberikan arahan yang baik untuk dituruti oleh isteri. 


Ada sebab kenapa kita tak digalakkan untuk duduk bersama mak ayah apabila telah berkahwin. Tidak kisah lah sama ada mak ayah sebelah suami mahupun sebelah isteri. Tetapi, lebih sukar bagi suami untuk mengemudi rumahtangga bila duduk bersama mak ayah sebelah isteri. Kerana ada dua ketua dalam satu rumah. Suami merasa agak sukar untuk menegur isteri apatah lagi memberi arahan kerana perlu berdepan dengan arahan ayah mertua terlebih dahulu. Bagi aku, sebagai wanita dan isteri yang memahami, pindahlah ke rumah lain dan mengikut suami supaya rumah tangga aman dan sentosa.


Jangan menyebarkan rahsia suami dan keluarga


Tak dinafikan, wanita suka bercerita. Tapi, kena berwaspada. Bila bergaduh suami isteri, janganlah sebar apa yang berlaku dalam rumahtangga kepada orang luar. Bukan saja memburukkan suami, tetapi turut memberi persepsi buruk kepada diri sendiri di mata orang lain.


Cuba korang fikir. Kalau dengan diri sendiri pun boleh rasa kecewa, inikan pula dengan suami. Contohnya, kalau dulu tak pernah dapat nombor satu dalam kelas, dan rasa diri kurang pandai, sampai buat diri sendiri sedih, inikan pula mengharapkan orang lain, yang ada sifat sendiri nak menjadi seperti apa yang kita harapkan. Sedangkan kita sendiri susah nak menjadi seperti yang kita harapkan. Berapa ramai yang dapat capai cita-cita masa kecil dulu bila dah besar ?


Bila nak buat apa pun, fikirlah dulu. Jangan terus ambil tindakan terburu-buru. Tak salah ambil masa untuk berfikir baik buruk melakukan satu perkara dari ambil masa berfikir apabila perkara buruk sudah berlaku dalam rumahtangga. Kalau dah nama rahsia, tak payah lah sebar. Simpan rahsia elok-elok. Bak kata pepatah, "biar pecah di perut, jangan pecah di mulut".


Menjaga harta suami


Bukan senang nak kumpul harta beribu-ribu ni. Bukan sehari dua ada harta satu lot rumah. Lain lah kalau memang lahir-lahir dah kaya. Menjaga harta suami ni contohnya bukan senang-senang bagi orang lain pinjam barang-barang yang ada di rumah. Kalau betul-betul ada yang nak pinjam, tanya dulu kepada suami, boleh atau tak. Suami akan merasa isteri mendahulukan dirinya dari orang lain bila isteri bertanya. Tak timbul soal isteri tamak atau gila harta.


Suami merasa harta yang dicari selamat bila berada pada isteri. Tapi, harta ni kena juga berpada-pada. Jangan sampai terasa susah hati sebab nak menjaga harta. Macam yang selalu aku dengar, "jangan sampai kita yang berjaga untuk menjaga harta sebab banyak sangat sampai tak percaya dekat jaga yang kita upah untuk menjaga harta kita".


Menjaga anak


Anak itu anugerah Allah yang sangat berharga. Ia juga merupakan bukti cinta dan kasih sayang suami isteri. Suami akan merasa sangat gembira bila melihat zuriatnya dididik dengan sempurna. 


Bayangkanlah, hati seorang suami boleh tersentuh bila melihat isterinya memangku anak. Inikan pula bila anak itu membesar dan berbakti kepada kedua ibubapanya. Lelaki yang penyayang akan sangat menyayangi seorang isteri yang penyayang.


Bagi aku, tunjukkanlah kasih sayang kita sebagai wanita, isteri dan ibu untuk suami dan anak-anak kita. Kasih sayang itu bukan kena beli dekat supermarket pun, cuma perlu diekspresikan supaya dapat dirasai. Tak rugi memberi kasih sayang yang tak berbelah bagi kepada insan-insan yang ada dalam hidup kita ni. 


Inilah antara pesanan yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya. Semoga pesanan-pesanan berguna ini mampu dijadikan garis panduan bagi semua wanita yang berkeluarga.


Keluarga bahagia dicorak oleh wanita bergelar isteri yang berada di dalam rumah. Sekiranya buruk corak yang dilukis, maka pincanglah rumahtangga. Sekiranya harmoni corak yang dilukis, maka bahagialah rumahtangga.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, October 27, 2011

Cinta

Assalamualaikum semua rakan blogger.


Hari ni adalah hari yang sangat membosankan. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh rasa sangat bosan bila berada di rumah, sedangkan aku sebelum nie sangat-sangat tak kisah bila berada di rumah. Nak dijadikan cerita, aku kat rumah hanya ditemani adik aku si mulut becok tue. Faham-fahamlah kalau budak kecil duduk berdua dengan kakak dia. Macam-macam lah yang dia buat, sampaikan aku hilang sabar, dan aku pun suruh dia pergi mandi. Time dia pergi mandi tue, baru cool sikit aku rasa. Then, lepas mandi, dia lapar. Aku pun bagilah dia makan nasi. Pastu, dia layan game.

Bila dia dah ada benda yang dia layan, aku pula bosan tahap gaban sampaikan semua cerita kat tv tue langsung tak menarik perhatian aku. Tetiba, member aku sorang ni mesej. Dia nak pinjamkan buku Indahnya Kahwin Muda tulisan Syawana Aziz kat aku. Dan sekarang, aku sedang membelek buku nie. Banyak input juga. Aku tak habis baca lagi, tapi bila tengok buku nie, aku teringat pula sedutan program Semanis Kurma tempoh hari yang membincangkan topik "Petua Kasih Sayang Abadi" dan tetamu jemputan masa tu adalah Dato' Jalaluddin Hassan dan isteri.

Antara input yang aku dapat, adalah rumusan yang dibuat oleh ustaz dan ustazah tentang CINTA.


C - Cantik


Allah suka pada kecantikan. Oleh itu, untuk membina kasih sayang antara suami isteri, perlulah pasangan kelihatan sentiasa cantik dan kemas. Cantik itu sangat subjektif. Tak semestinya cantik pada pandangan mata si A, cantik juga pada pandangan mata si B. Oleh itu, jangan sesekali menilai kecantikan itu secara luaran sahaja, kerana kecantikan dalaman adalah yang lebih bertahan lama. 


Pada aku, cantik itu berbeza pada setiap orang. Pernah suatu hari, aku pilih baju untuk hari raya. Adik-adik aku semua tak berkenan. Katanya, aku tak pandai pilih warna. So, kami buat keputusan, pilih corak yang sama, tapi warna berbeza. At last, bila kami pakai bersama-sama, ramai yang cakap, baju yang aku pakai lebih cantik dan menarik berbanding yang lain. Begitu juga pada manusia. Kadang kita lihat suatu benda itu sangat cantik, tapi, pada pandangan orang lain, ia biasa-biasa saja. Oleh itu, carilah kecantikan pada pasangan anda yang tiada pada yang lain supaya kita menghargai kecantikannya.


I - Ikhlas


Keikhlasan itu tiada pembaris untuk mengukurnya. Hanya Allah yang tahu, sejauhmana keikhlasan seseorang itu dalam berbuat sesuatu. Dalam program itu, terselit kata-kata dari ustazah, "seorang isteri yang ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawabnya melayan suami, insyaAllah akan dihujani dengan keberkatan dalam rumahtangga mereka". Indah sungguh hidup kita bila ikhlas itu ada. Percaya atau tidak, kita jarang untuk merasa sedih mahupun sakit hati bila mana diperlakukan sesuatu yang buruk oleh orang yang kita sayang sebab kita ikhlas menyayangi mereka.


Aku terfikir, bila aku pernah jatuh cinta, dan menyintai. Aku tak sedar waktu itu, tapi sekarang aku sedar. Ya, aku ikhlas memberikan cinta aku. Tak terkesan langsung sakit hati atau marah walau cinta tak terbalas atau pun dibiarkan. Besar sungguh nikmat ikhlas tue dalam melayari bahtera rumahtangga.


N - Nyawa


"Jagalah isterimu seperti menjaga nyawamu", kata-kata yang menusuk ke kalbu aku saat ia diucapkan oleh ustazah. Dalam perbincangan itu, pasangan kita diibaratkan seperti nyawa. Adakah kamu seorang yang tidak menyayangi nyawa kamu sendiri ? Bagi mereka yang tidak menyayangi nyawa mereka, pastinya mereka banyak kali cuba mempertaruhkan nyawa mereka untuk sesuatu yang bodoh, seperti bunuh diri ! Bila diperincikan setiap butir bicara program tersebut, nyawa adalah suatu yang paling penting dari apa pun. Tanpanya, kita tidak akan hidup di dunia ini.


Bayangkanlah kalau nyawa korang tak ada sekarang nie ? Mesti tak ada nya nak beronline blog nie, apatah lagi baca entry aku. Nyawa ni, kadang kita tak sedar kewujudan dia, kecuali disedarkan oleh sesuatu. Contohnya, bila kita kemalangan (minta jauhlah). Sedar-sedar, kita kat hospital. Masa tue, baru kita sedar nilai harga sekeping nyawa ni kan. Macam pasangan kita jugalah. Kadang, bila depan mata, macam nampak tak nampak saja. Bila tak ada, barulah nak menangis meraung sana sini. Oleh itu, sayangi pasangan anda.


T - Tanggungjawab


Kenapa kita pergi bekerja setiap hari ? Jawapan biasa kita dengar, "biasalah, cari duit. Nak cari makan". Bukankah mencari nafkah itu tanggungjawab ? Takkan sampai tua nak mak ayah yang bagi duit poket kalau diri sendiri mampu untuk cari duit. Begitu juga perihalnya dengan isteri. Isteri itu tanggungjawab dan amanah dari Allah untuk seorang lelaki bergelar suami. Bila mana merasakan itu tanggungjawab, maka wajiblah menanggung segala keperluan seorang isteri. Kalau tak tanggung, kenalah bersedia untuk menjawab di akhirat kelak.


Kadang aku terfikir, kenapa masa couple, ramai je yang cakap, "i sanggup berkorban apa saja untuk you sebab i sayangkan you", tapi bila kahwin (segelintir sahaja), macam-macam cerita tak best yang singgah ke telinga. Sepatutnya, bila dah halal dan dah depan mata, tidur pun sebantal, perlu lebih sanggup berkorban sebab dia tanggungjawab kita. Aku sebagai seorang perempuan, kadang-kadang aku rasa aku perlu bergantung kepada seorang lelaki walaupun aku tahu, aku mampu untuk survive dalam hidup. Kenapa ? Aku sendiri tak ada jawapan, tapi itu yang aku rasa. Mungkin naluri aku sebagai perempuan, aku perlu satu tempat bergantung.


A - Amanah 


Isteri itu amanah dari Allah. Bila Allah memberikan amanah kepada hamba-Nya, ia bermakna Allah percaya kepada hamba tersebut bahawa ia mampu menjaga amanah itu sebaiknya. Apa perasaan kita bila kita mengecewakan Allah kerana mengabaikan amanah yang diberikan ? Kalau kita selalu menjaga hati manusia, kenapa kita tak boleh menjaga hati Allah ?


Kalau dengan manusia, contohnya member bagi pinjam laptop ke, suruh jaga, bukan main kita jaga elok-elok. Kalau calar sikit pun, dah mula cuak. Minta maaf lah, siap kalau ada duit lebih nak belikan baru. Tapi, kenapa tak ada sikit pun rasa gerun bila tak menjaga amanah Allah dengan baik ? Sebab tue lah kes cerai makin lama makin banyak. Sebab tak ada rasa takut. Masa mula-mula nak, macam-macam janji setia keluar dari mulut, siap takut kehilangan lah, takut ditinggalkan lah, tapi bila nak cerai, tak takut pula nak tidur sorang ?!


Itu lah sebahagian yang mampu aku kongsikan. Aku menulis nie pun untuk peringatan aku juga sebab aku pun belum pernah berkahwin dan tak tahu macam mana kehidupan selepas berkahwin. Kalau seorang diri nie pun masa aku belum terurus dengan cantik, inikan bila dah duduk berdua. Nak uruskan semua dari A sampai ke Z. Kadang aku takut bila fikir. Aku takut aku tak mampu untuk bangun pagi awal untuk kejut suami sembahyang subuh, buatkan sarapan (suami ke tempat kerja dengan perut kosong), menyambut suami balik dari kerja dengan muka manis (kalau aku sendiri ada problem kat tempat kerja dan balik dengan kepenatan), melayan makan malam suami (aku tak teror masak. Takat dua tiga lauk, no hal. Tapi, kalau dah hari-hari masak, kering idea juga menu aku nak tukar-tukar) dan juga melayan suami bila diperlukan. Sangat menakutkan sebenarnya. Tapi, dari apa yang aku baca, kehidupan apabila berkahwin, ia adalah suatu yang mendamaikan dan menenang jiwa bagi yang melayarinya dengan ilmu yang cukup.


Semoga bertemu suami yang memahami dan membimbing ke jalan syurga. 






+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, July 21, 2011

Semanis kurma vs Manisnya kurma ini

Assalamualaikum semua. Aku tahu, mesti malam nie ramai dok kecoh shoutout sana-sini, post itu ini pasal Malaysia lawan Chelsea yang golnya gol ihsan. Apakah aku juga menonton? Oh, walaupun aku menyokong Harimau Malaya, Malaysia tanah tumpah darahku, aku memang tak tahu apakah yang harus ditonton bila tengok perlawanan bola. Mengapakah ini terjadi kepada aku? Aku pun tak tahu. Hihi.


Entry aku malam nie bukan pasal bola, tapi pasal Program Semanis Kurma yang baru habis siarannya pukul 11 malam sebentar tadi. Korang tengok tak? Program malam nie istimewa sikit apabila secara tidak langsung meng'clear'kan kekecohan yang konon-kononnya diperkatakan oleh 'BUKAN PEMINAT SEPAH' mengenai ketidaksopanan kumpulan Sepah meniru program Semanis Kurma. Ini kerana, jemputan malam ini adalah Shuib dan Siti Sarah.


Ustaz dan ustazah sangat 'open minded' dengan hiburan yang dibawa oleh Sepah. Mengapakah orang lain terlalu menyibukkan diri mereka membuat kecoh? Apa pun tak boleh!


Banyak input yang diperolehi malam nie apabila tajuk yang dibawa (Isteri Umpama Bidadari) di ketengahkan. Aku sangat tertarik bila dikatakan, "Seorang wanita solehah di dunia (taat kepada Allah, taat kepada suami dan taat kepada ibu bapa) adalah lebih tinggi darjatnya daripada bidadari syurga". Subhanallah. Alasannya, wanita di dunia mengerjakan solat, berpuasa dan melakukan perkara yang diperintahkan Allah untuk menjadi bidadari.


Ada seorang suami menalifon dan bertanya mengenai tips bagaimana mendapatkan keluarga yang harmoni setelah keluarganya retak dan ibubapa masuk campur. Tips yang diberikan adalah DUIT. 

Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal

Duit sangat berguna di dunia, malah melalui 'DUIT' juga, ia akan membantu di akhirat.


Semoga kita semua, wanita, mampu menjadi seorang isteri umpama bidadari kepada seorang suami. Amin.


Nota kaki: Adakah entry kali ini terlalu serius sehingga aku merasakan ingin berkahwin? Apakah?


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, August 15, 2010

Suami Mithali Idaman Isteri Solehah



Adaptasi artikel dari seseorang bergelar SUAMI

Lebih kurang 3 minggu yang lepas, saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, "mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawa dia jumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung 2 bulan. Emmm... saya dah agak dah. Maka, bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luar sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al-Quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.

Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharap. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah di luar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkannya.

Saya bercerita kepadanya tentang ALLAH, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar e-mail dan bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda ,kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat dan banyak bersabar. 
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.


5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya". Jawab bapa Imam Abu Hanifah, "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin di sisi isteri hingga dia terlelap.

Saya ke halaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil, semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput. Sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya, akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, InsyAllah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya.

Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah Ilahi. Pesan guruku, air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. InsyAllah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...