Monday, February 10, 2014

Review : Set Bersalin Mak Bidan

Assalamualaikum. Kalau dah bersalin, mesti kena berpantang ye dak. Kalau kau nak rasa sakit satu badan lepas bersalin, silalah abaikan waktu berpantang anda. Gitu.

Aku punya stail berpantang memang ikut dan aku je. Bila Darwish kat nicu, memang taklah nak berpantang segala, cuma mampu berstokin tebal dan just ikat pinggang dengan cebisan tali dari kain batik. Dah balik rumah, baru boleh start berpantang betul-betul, itupun dah hari yang kesepuluh.



Aku guna set bersalin Mak Bidan. Bagi aku mungkin separuh okay, tapi bagi mak aku tak okay langsung. Kohkohkoh. Seriously, bagi korang yang punya mak yang sangat cerewet bab berpantang ni macam mak aku, silalah beli set bersalin jenama yang lain. Aku sendiri pun biasa-biasa je nak syorkan kat korang. Ini ikut pengalaman aku gunalah ye. Lain orang, lain citarasanya.

Dalam set ni ada (macam dalam nombor):

1. TUNGKU HERBA MAK BIDAN

Aku guna sekali je rasanya. Sebabnya, dah siap kukus, tak sampai lima minit dah tak panas. Memang tak best bagi aku yang nak bertungku ni. Akhirnya, aku guna bata merah untuk bertungkus. Lagi puas hati dan lagi lama batu tu tahan panas.

2. KRIM PANAS MAK BIDAN

Yang ni bagi aku memang terbaik ! Panas dia memang boleh buat kau meronta-ronta. Aku sapu sikit je kat perut lepas mandi, sebelum pakai bengkung. Memang rasa hangat je perut. Yang ni highly recommended untuk korang yang tahan panas. Bila sapu je ni, siap bengkung segala memang syok kentut. Keluar semua angin-angin. Terbaik !

3. PATI HERBA MAK BIDAN

Bagi aku yang tak berapa suka telan herba-herba segala ni, pati herba mak bidan ni okay. Sebab tak pahit. Kau ieza, nak yang sedap je. Berpantang pun nak yang sedap-sedap. Kau ingat kalau dah telan benda pahit-pahit, ada selera ke nak makan benda lain. Kang muntah dah susah sebab dalam pantang. Alasan !

4. PERAWAN HERBAL WASH

Pencuci ni pun best bagi aku. Sampai sekarang aku guna. Berangin je. Rasa sejuk dan bersih je lah lepas cuci tu. Kau tahulah, darah kotor lepas bersalin ni beza sikit berbanding darah kotor masa haid. So, kenalah jaga kebersihan untuk cepatkan luka tu sembuh. Bau dia pun sangat harum.

5. BEDAK SEJUK MAK BIDAN (dalam gambar yang lama param dan pilis)

Part ni mak aku pelik bila ditukar. Sebabnya, bila berpantang, param, pilis dan segala yang seangkatan tu lebih diutamakan. Bagi mak akulah. Aku ikut saja. So, aku tak berapa nak guna sangat pun bedak sejuk ni. Just bila cuaca panas sangat baru aku guna.

6. KAPSUL JAMU MAK BIDAN

Kapsul jamu ni pun okay sebab senang je nak telan. Cumanya, aku tak berapa nak disiplin makan benda-benda ni dengan alasan LUPA ! Nampak macam mengelat je kan. Hahaha.

7. MINYAK TELON

Minyak telon ni aku tak guna pun sampai sekarang sebabnya Darwish guna yang lain.

8. PERCUMA MANDIAN HERBA MAK BIDAN

Beli je set Mak Bidan ni, dapatlah percuma mandian. Dalam uncang tu ada herba-herba segala. Tapinya, dah rendam dalam air panas, tak adalah bau sangat pun. Bagi aku biasa je. So, aku memang tak guna habis mandian ni sebab aku mandi guna air rebusan serai wangi dan daun jambu.

So, terpulang pada korang nak guna produk yang mana. Ada yang murah, ada yang mahal. Semua keputusan terletak di tangan anda. Dah buat keputusan pun, kena juga tengok duit dalam dompet tu, mampu ke tak. Yang penting, pastikan set yang digunakan sesuai dan memenuhi keperluan anda semasa berpantang. Harga pasaran set ni RM199 untuk Semenanjung Malaysia dan RM205 bagi Sabah dan Sarawak. Tapi, aku dapat harga kurang sikit, RM170.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, February 7, 2014

Cara Tradisional Atasi Batuk dan Selsema Bayi

Assalamualaikum. Sekarang ni musim demam, batuk dan selsema. Complete pakej lah orang cakap. Dengan cuaca kejap panas membahang dan kadang hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum. Kat rumah aku ni pun bergilir-gilir masing-masing dapat pakej ni, dah macam beratur ambil nombor giliran pula. Lepas sorang, sorang. Paling tragis bila Darwish pun terlibat sama dalam kes pass baton ni. Aduhai anak, kesian kecil-kecil dah kena selsema. Seksa aku tengok Darwish bila nak tidur malam.

Alhamdulillah, cuma satu malam je dia macam sangat-sangat tak selesa, asyik merengek je. Aku pun sampai rasa nak je tolong, tapi tak tahu nak tolong apa. Bad mama. = . ='

Ni cara yang aku buat kat Darwish untuk redakan selsema dia, dan alhamdulillah its work. Sangat berkesan.

Rawatan Stim dan Teknik Percussion

1. Rawatan Stim

Bahan : Periuk nasi elektrik dan bawang putih.


 
Cara : 
- Masukkan air dan juga bawang putih yang diketuk ke dalam periuk sampai mendidih dan keluarkan wap.
- Halakan muka anak ke arah wap. Biar anak sedut wap selama lebih kurang 15 hingga 20 minit. Kalau anak menangis itu lebih baik, asalkan anak sedut wap tu.


2. Teknik Percussion

- Bentuk tapak tangan macam cuping dan tepuk di tepi bahagian kiri dan kanan belakang anak. JANGAN tepuk direct tulang belakang. Just bahagian tepi sahaja.
- Pusingkan anak, tepuk pula di tepi bahagian depan, kiri dan kanan juga. JANGAN bahagian tengah.
- Tepukan ni boleh buat lepas rawatan stim atau semasa rawatan stim. Macam aku buat time rawatan tu. So sekali harung, dan-dan tu juga meleleh hingus Darwish keluar. Yang penting, kena buat teknik tepukan ni.
- Anak confirm menangis. Memang macam kesian, tapi lagi kesian kalau anak tak sihat. Maka, sila tabah masa rawatan ni.



3. Sedut Hingus

- Lepas habis buat stim dan teknik percussion, haruslah sedut hingus yang ada kat dalam hidung tu.
- Aku tak ingat nama benda alah ni. So, benda ni atau yang seangkatan dengannya bolehlah ada dalam senarai wajib barang baby.


4. Bagi Susu

- Settle semua, aku bagi susu untuk tenangkan Darwish. 

Lepas je habis semuanya, Darwish sibuk asyik peluk ayah dia. Dengan aku jeling je. Nampak sangat anti dengan aku sebab aku yang gigih sedut hingus tu sampai ngamuk-ngamuk dia. Tak kisahlah, asalkan Darwish sihat.

Selain tu, aku nak cadangkan korang beli vapor balm dan decongestant nasal drops ni. 



Doktor yang suggestkan kat aku. Memula doktor suruh cari Clinzo jenama Pureen, tapi kami cari kat farmasi tak jumpa. So, kami ambil Iliadin ni. Bila malam hidung Darwish tersumbat, just drop je kat hidung dan macam wow terus hidung dia okay. Sangat membantu. Yang balm tu sapu kat dada baby. Bau dia sangat best. Bau strawberi. Highly recommended. :)



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, February 6, 2014

Review : Bengkung Tradisional vs Bengkung Moden

Assalamualaikum semua yang baca blog picisan ni. Meh aku nak share something kat korang yang mana-mana tengah berpantang ke, akan berpantang ke, apa-apa je lah. Yang rasa-rasa macam tetiba teringin nak pakai bengkung pun boleh. Tak salah. Meh baca meh.

Sepanjang aku berpantang, aku pakai dua jenis bengkung. Satu bengkung moden, satu bengkung tradisional. Dah kenapa aku tamak haloba sampai pakai dua jenis? Tapi aku tak lah sengal sampai pakai dua-dua dalam satu masa. Ada sebab kenapa benda ni semua jadi. Macam pasrah je kan bunyinya. = . =' Okay, kat sini PENDAPAT PERIBADI aku semata-mata, tak ada kena-mengena dengan jualan bengkung kat pasaran dan aku juga bukan model bengkung. Terima kasih. Puih !


Bengkung Moden


sumber Google

Bengkung ni terpaksa beli. Terpaksa beli okay, bukan saja-saja memang nak beli. Kira emergency case lah. Sedangkan di dasar hati paling dalam, aku dah tanamkan niat TAK NAK pakai bengkung moden masa berpantang. Sarkastik sungguh ayat kau ieza oi. Tapi, oleh kerana kes Darwish kena tahan kat nicu, terpaksalah encik suami berhempas-pulas mencari bengkung ni seorang diri, sedangkan bengkung ni rupa macam mana pun dia tak tahu. Kesian dia.

Bagi aku, bengkung moden ni sangat sesuai untuk mereka-meraka yang tak kencing dalam tempoh masa yang lama. Sebabnya, leceh tahap gaban nak membuka bengkung ni, ditambah pula ketat kat bahagian peha tu tak selesa tahap dewa. Lepas tu, dengan kau dah nak terkencing tahap hujung-hujung tak boleh tahan dah, tali lilit-lilit tu still tak longgar lagi. Pfft !

BIla nak pakai bengkung moden ni, memang orang ckp boleh pakai sorang-sorang, tapi dalam keadaan berpantang, memang susah bagi aku. Pastu siap pakai, tang perut yang buncit tu tak cukup fit nak tampung lemak-lemak yang terbonjol kiri kanan. Ishh, hodoh aku tengok. Hahaha.


Bengkung Tradisional (Bengkung Lilit Jawa)


sumber Google

Bengkung ni jenis yang panjang gila tu, lepas tu kalau nak pakai hujung dia kena ikat dengan tiang tingkap ke, tiang rumah ke, mana-manalah ikut yang senang. Lepas tu, kau lilit, pusing-pusing dan siap. Hah, yang ni aku nak bagitahu, memang fit gila dan puas hati plus selesa. Memang nampak macam susah nak pakai, tapi bila dah hari-hari kau pusing lilit dekat tiang tu, haruslah kau mahir dan taraaa 5 minit je settle. Tak percaya, kau try.

Panjang bengkung ni dalam 5 meter mak mertua aku buatkan. Bila nak pergi toilet membuang pun senang. Angkat ke atas sikit, lepas tu membuang. Settle membuang, turunkan balik bengkung, pastu kemaskan here and there, settle. 

Ini pendapat peribadi aku. Tak ada kena-mengena dengan orang lain. Kalau kau rasa, bengkung moden lagi best, terpulang. Bagi aku, asalkan berbengkung dah okay. Tapi, kalau berbengkung, tak bagi kesan positif, nak buat apa pakai ye dak? Nak tutorial? Memang tak lah. Aku dah bungkus bengkung. Tunggu baby baru? Opps, next.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, February 1, 2014

Februari Bulan Cinta

Assalamualaikum. Februari sudah kawan-kawan. 2014, tahun yang berlalu pantas. Masa terlalu cepat meninggalkan kita.

Kenapa Februari bulan cinta bagi aku? Sebab, bila saja aku membayangkan Februari, aku selalu terbayangkan merah jambu yang super duper cuteee.

05 Februari nanti genaplah 2 tahun tarikh aku dirisik oleh keluarga mertua. Masa tu aku masih lagi praktikal. Tup-tup dah kena booking. Dalam hati ada bunga-bunga cinta, tapi dalam masa yang sama ada rasa gusar tak pass praktikal. Malu kau kalau kena extend sem. Dahlah masa tu menggatal dah kawin. Hahaha. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan sempurna. Darwish pun dah keluar ni hah teman mama dia hari-hari kat rumah. Lol !

Bulan Februari juga bulan kelahiran aku. Maka, bertambahlah lagi usia aku. Tua sudah. Umur hanyanya angka. Walaupun umur aku dah semakin lanjut, still ada orang ingat aku budak sekolah. Baby face sangat kan kau ieza oi. Pang laju-laju. #abang, hadiah birthday tahun ni boleh gi Bali tak? Hahaha.

Bulan Februari juga, adalah bulan kelahiran 4 orang dalam adik-beradik aku termasuk aku. Dulu kecik-kecik memang meriah kalau sambut birthday bulan Februari. Sebab itu bulan ini aku namakan bulan cinta.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...