Tuesday, April 16, 2013

Ketua Pengawas Sekolah kena belasah dalam kelas

Assalamualaikum

Tajuk bukan main hangat gila. Ni alkisah sebab nak kalahkan rating kes budak belasah ketua kelas yang kecoh ritu lah. Darah muda tengah mencanak naik, tu yang masing-masing tunjuk hero. Kadang budak-budak ni suka guna keBESARan badan dorang untuk menakutkan kawan-kawan kelas yang lain. Huh, budak sekarang !

Dah kenapa aku sibuk cerita pasal benda alah yang dah basi ni ? Oh, antara sebab utama kerana blog dah tahap khazanah purba boleh lelong jualan barang antik (gila lama tak update !) dan juga pasal teringat kisah lama ketua pengawas sekolah aku dulu kena penampar. Dan orang yang menampar beliau adalah AKU. Hahaha. Bangga kejap walaupun time tu tak ada yang rakam dan uplaod kat fb. Kalau tak aku dah femes masuk berita. Confirm blog aku ni fofular meletop-letop. Kan ~~

Aku bukan suka-suka hati je nak tampar ketua pengawas sekolah aku tu, tapi ada kisah di sebaliknya. Aku kat sekolah dulu sangat tamak, sampai semua jawatan aku nak bolot. Eh, bukan aku yang offer diri, tapi cikgu-cikgu sekolah yang pilih aku. Gittew ~~ Konon nak bagitahulah yang aku ni penolong ketua pengawas. Okay, tak bangga sangat kerana disebab jawatan tu aku terpaksa behave dengan perangai gila-gila aku ni. Kau boleh bayangkan, bila ada budak laki hot nak kenal, aku terpaksa buat-buat anti sosial kononnya. Gila skema aku dulu bila ingat balik. Dah terpesong dari tajuk asal nampaknya.

Sebenarnya, aku baru je berhenti dari jadi cikgu ganti kat sekolah lama aku tu. Ada beberapa faktor yang buat aku ambil keputusan hantar surat resign walaupun kontrak ada lagi sampai bulan 5 ni. Antara faktor yang paling tragis adalah kes gaduh ni lah. Kau bayangkan, dengan aku ni masih dalam keadaan mabuk, lepas tu nak handle budak-budak sekolah menengah yang aku pelik sangat-sangat entah kenapa suka sangat bergaduh. Aku tak fahamlah. Tak faham sangat ! Nak pinjam pensil pun boleh bawa bertumbuk beb. Budak sekarang memang totally jauh beza dengan kita zaman sekolah dulu. 

Ada satu kelas yang aku ajar ni, perlukan 15 minit hanya untuk dorang senyap dan bagi ucapan salam. Kalau tak sebab ingat ada baby dalam perut ni, memang aku dah baling pemadam papan putih tu. Kononnya, aku nak guna taktik psiko lah, pandang dengan muka garang tanpa berkelip mata. Kau tahu dorang cakap apa ? "Kenapa cikgu pandang kitaorang macam tak puas hati je ?" !!! Bertambah parah nanah kat hati ni beb. Nampak sangat dorang ni dah tak faham bahasa badan orang-orang tua. Tetiba pulak aku jadi orang tua.

Lepas tu, aku suruh keluarkan pensil dan pemadam. Bersepah yang tak bawa pensil pergi sekolah ! Bersepah beb ! Bila aku tengok beg masing-masing, buku dua tiga ketul je ! Tambah bernanah hati aku. Adik aku yang darjah empat tu sampai sakit belakang sebab bawa buku banyak ikut jadual, ni budak sekolah menengah, tengok jadual pun tak tahu ! Oh, sungguh terbakar hati aku waktu tu. Bak kata cikgu-cikgu lama aku, dorang cakap memang berbeza sangat budak sekarang dengan dulu. Sampaikan banyak kes simple yang dulu celah gigi je nak handle sekarang banyak kes kena libatkan polis. 

Lagi satu mak ayah sekarang pun aku pelik juga. Masalah sikit, pihak sekolah yang salah. Langsung tak kaji, langsung tak siasat. Salah sendiri, siapa yang nak mengaku kan. Kalau mak ayah aku dulu, kalau aku kena marah kat sekolah, balik rumah konon nak mengadu memang silap besar lah. Lebih baik kau diam-diam je bila kena marah kat sekolah tu. Takut beb nak mengadu. Tapi zaman sekarang ni, mak ayah siap talifon pengetua, lepas tu mulalah tak habis-habis mesyuarat untuk peringatan ! Macamlah dulu mak ayah dorang tak pernah sekolah. 

Dah banyak sangat aku merapu ni. Esok aku start mengajar lagi kat sekolah lain. Semoga lebih baik. Amin.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...