Tuesday, September 17, 2013

Robohnya kenangan

Menangis tengok ia dirobohkan. Sampai tak sanggup nak tengok. Itu yang aku rasa bila satu-satunya rumah lama arwah wan dengan atok (mak ayah sebelah abah) dirobohkan bermula semalam, 16 September 2013. Aku sampai langsung tak keluar rumah semata untuk mengelak dari melihat apa yang terjadi. 

Dekat rumah lama itulah aku bermanja dengan arwah wan selama 12 tahun sejak lahir. Dekat rumah lama itulah arwah wan menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan mata aku pada suatu pagi di bulan Ramadhan. Dekat rumah itu jugalah tempat aku berlindung mencari secebis kasih sayang yang tersisa bila saja aku dimarah mak abah. Kenangan yang tak mungkin aku lupa. Ingatkan, dapatlah kiranya aku tunjuk rumah lama itu kepada bakal penyambung zuriat kami, tapi nampaknya abah aku pun macam dah tak sanggup biar rumah tu terbiar lama.

Rumah ni kat belakang rumah mak abah aku je. Keluar je rumah lalu pintu belakang, confirm nampak rumah ni. Sekarang, keluar je rumah, terang-benderang je rasa. Betapa aku rasa kehilangan. 




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, September 2, 2013

Syawal 1434 Hijrah


Salam Syawal 1434 Hijrah dari aku dan keluarga. Maaf zahir dan batin. Kalau boleh, nak post entry syawal ni hujung bulan syawal nanti, tapi macam melampau sangat dah malasnya. Apa nak jadi dengan blog aku ni pun aku tak tahu.

Tahun kedua beraya sebagai isteri. Perbezaan syawal yang aku rasa sejak berkahwin untuk syawal tahun ni dengan tahun lepas, tahun ni kami menanti orang baru dalam hidup kami. Alhamdulillah, syukur dengan anugerah Allah ini. Tahun ni, beraya di sebelah keluarga aku. Kasihan juga dengan encik suami sebab kami langsung tak balik beraya di kampung belah suami sama ada di Johor mahupun Perak sebab perjalanan jauh dan takut apa-apa jadi dalam perjalanan. Serius, terharu dengan pengorbanan beliau. Terima kasih abang.

Macam gambar kat atas tu, tema keluarga aku tahun ni warna peach. Kami suami isteri tema ala-ala biru. Tragis kisah mencari baju raya untuk aku tu. Encik suami ajak beli baju dua hari sebelum raya. Serius, rasa macam putus asa mencari sebab ramai orang dan susah nak memilih yang sesuai. Tapi, alhamdulillah, dapat juga akhirnya walaupun dah lewat malam. Pengalaman sungguh.

Kalau tahun 2011 aku beraya sebagai anak, 2012 menyaksikan aku beraya sebagai isteri. Tahun ini, 2013 aku dapat beraya sebagai bakal mama, dan insyaAllah, entry raya tahun depan, 2014, aku dapat merasa beraya sebagai mama. Allahu Akbar. Allah sahaja yang tahu perasaan itu. 

Last but not least, doakan semuanya baik-baik sahaja. Puan blog sedang menghitung hari. Berdebar-debar rasanya. Salam syawal dari kami suami isteri. Maaf zahir dan batin.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...