Wednesday, February 20, 2013

Resepi Lasagna

Assalamualaikum

Pertama kali beb blog aku ada resepi. Dah kenapa tiba-tiba ada resepi ni dalam blog aku ? Sebab utamanya, menghargai hasil air tangan encik suami yang gigih sangat-sangat dua tiga hari bertanya, nak makan lasagna tak kat aku dan gigih mencari bahan serta gigih juga menyediakannya untuk santapan isteri tersayang sementelah beliau risau aku tak boleh nak makan nasi sekarang ni. Gitu. = . =' Selain tu, sebab aku kongsi resepi ni, ada kawan-kawan fb yang tanya resepi kat aku bila aku upload gambar kat fb aku walaupun bukanlah aku punya resepi. Bangga kejap.


Bahan-bahan yang diperlukan


Bahan 1:
1. Lasagna instant
2. Chesdale (encik suami guna cheese yang selalu makan dengan roti sebab tak jumpa mozarella cheese yang dimahukan)




Bahan 2 (sos spaghetti):
1. Sedikit minyak masak
2. Daging atau ayam kisar Ramly
3. Cendawan butang potong dadu (optional)
4. Bawang besar - potong dadu
5. Bawang putih - cincang halus
6. Cili boh - ikut selera pedas
7. Tomato puri atau tomato potong dadu - ikut nak pekat mana kuah
8. Sos spaghetti Kimball
9. Herba Itali McCormick - boleh je guna lada hitam, oregano dan sebagainya
10. Gula dan garam




Bahan 3 (sos keju):
1. 2 sudu besar butter
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. 500ml susu full cream - guna setengah kotak yang besar
4. 2 sudu besar Chesdale - boleh guna mozarella cheese
5. Sedikit lada sulah dan garam


Cara memasak

Bahan 1:
Lasagna instant dilembutkan - rebus sekejap sampai lembut
Chesdale - pisah-pisahkan satu persatu. Nak potong kecil-kecil pun boleh
*Letak tepi dulu kedua bahan ni

Bahan 2:
Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang besar dan bawang putih, goreng sampai naik bau
Masukkan cili boh ikut kepedasan yang dimahukan
Masukkan daging atau ayam kisar sampai empuk dan sebati
Masukkan sos spaghetti, tomato puri, gula dan garam
Masukkan cendawan butang
Tunggu sehingga masak dan jangan terlalu kering sebab kelembapan sos diperlukan untuk melembutkan lasagna semasa dibakar
*Sos spaghetti biar manis sedikit sebab cheese adalah masin ye kawan-kawan

Bahan 3:
Api yang perlahan sahaja
Masukkan mentega sampai cair
Masukkan tepung gandum - kacau sehingga sebati
Matikan api, alih periuk dari tempat panas
Masukkan susu - kacau sehingga sebati
Masukkan chesdale, lada sulah dan garam
Letak semula periuk atas api sederhana - kacau sos hingga masak 
*Pastikan sos tidak terlalu likat atau lama sebab bila sos sejuk, ia akan jadi lebih likat daripada masa panas


Cara melapis lasagna

1. Letakkan lasagna instant yang telah dilembutkan ke dalam bekas membakar
2. Buat lapisan nipis sos spaghetti di atas lapisan lasagna
3. Tuang sos keju ke atas lapisan sos spaghetti
4. Tabur chesdale ke atas lapisan-lapisan tadi. (Chesdale bentuk 4 segi, so, boleh je letak atas lapisan tanpa potong. Jarak-jarakkan ikut bekas yang digunakan)
5. Ulang langkah 1 hingga 4 ikut berapa lapisan yang anda mahukan
6. Lapisan terakhir selepas sos keju, letak chesdale sampai penuh
7. Bakar sehingga keju mencair dan masak

ini adalah lasagna encik suami

Tak berapa nak susah sangat resepi ni. Kalau guna semua bahan yang dibeli, boleh makan ramai-ramai dalam 8 orang dan sangat menjimatkan berbanding makan di secret recipe. Aku memang tak ambil gambar masa encik suami buat lasagna ni, makanya, gambar bahan-bahan semua gigih aku ambil kat google dan edit untuk tunjuk bahan mana yang aku guna. Selamat mencuba dan menjamu selera.

*resepi asal boleh rujuk SINI


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, February 18, 2013

Anugerah Allah - Cahaya Mata

Assalamualaikum

Perkahwinan kami alhamdulillah, sudah hampir menjangkau usia 8 bulan. Bagi aku, kami masih hijau dalam mengenali diri masing-masing dan memahami tanggungjawab sebagai suami isteri, ditambah pula masih duduk bersama mak dan abah aku. Kami juga masih digelar pengantin baru bila ke rumah saudara-mara aku sementelah masih belum ada lagi pasangan lain dalam keluarga aku yang berkahwin dalam masa yang terdekat. Kadang, aku sendiri macam tak sedar, masa berlalu terlalu pantas meninggalkan kenangan bergelar raja sehari beberapa bulan yang lalu.

Setiap pasangan pastinya inginkan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. Namun, hanya Allah sahaja yang tahu bila waktu yang tepat keinginan itu diperkenankan. Aku bukanlah dari golongan yang addicted dengan UPT test, makanya, tidaklah aku terlalu dan selalu membuat ujian itu di rumah. Pernah juga buat, tapi resultnya negatif. Makanya, encik suami pun berkata, "dah tak payah buat ujian lagi lepas ni. Kang kecewa pula". = . ='

Kalau sudah rezeki itu tertulis untuk kita, pastinya ia untuk kita juga. Nak dijadikan cerita, satu hari aku terasa tak sedap badan yang lain macam. Sudah seminggu dua badan sejuk panas, asyik pula mahu ke toilet membuang air. Tak pula aku fikir aku mengandung, melainkan mahu demam. Ah sudah, aku kalau demam, kalau tak seminggu, memang tak sah. Tiba-tiba pula terpandang status seorang sahabat menjual UPT test dan ovulation test secara borong dengan harga murah. Bagi aku, tak salah membeli. Makanya, aku pun borong 5 UPT test dan 2 Ovulation test.

Hari order itu sampai di rumah (23 Januari 2012, Rabu), kira dah petang, aku saja mencuba satu UPT test. Kalau tak dua line naik, makanya aku perlu ke klinik untuk check kesihatan sebab kurang sihat yang berpanjangan. Dan hasil UPT menunjukkan dua line yang samar. Makanya, tidaklah aku bersungguh sangat walaupun dalam hati macam tak percaya sebab selama ni bila buat UPT test, satu line je yang naik. Untuk lebih kepastian kononnya, aku bercadang, esoknya pagi-pagi lepas subuh naklah buat lagi test. Kalau confirm, mesti dua line lagi. Dan esoknya, test lagi, sama juga macam semalam, dua line yang samar.


yang atas kali pertama (waktu petang), yang bawah esoknya (waktu subuh)

Bila tanya kat kawan aku, ada dua kemungkinan bila samar. Dan kadang-kadang false positive yang mana tak mengandung pun. So, aku dan encik suami buat biasa saja. Mungkin sebab aku tak sihat, tu yang UPT double line. Ada kena-mengena ke? Aku terfikir juga, mungkin sebab UPT murah, makanya double line. So, kalau nak confirm, kena beli UPT mahal. Gitu. Hahaha. Tahap imaginasi aku ni kadang-kadang membunuh kepala aku secara senyap. Sila abaikan.

Makanya, kami tak mengambil serius sangat hal tu, dan malam tu kami balik ke rumah mertua aku di KL. Nak dijadikan cerita, malam tu, perut aku tersangatlah sakit, memulas-mulas yang teramat. Nak kata sakit sebab nak membuang, macam tak. Nak kata sakit macam nak datang bulan, pun tak. Sakit yang amat sampai meleleh air mata. Satu malam aku tak boleh tidur. Disebabkan aku dah tak boleh tahan sakit, aku bagitahu encik suami. Kami pun pergilah klinik kat Shah Alam (macam kat KL dah tak ada klinik) untuk check. Kami pergi klinik pada waktu petang sebab pergi lepas encik suami solat jumaat. Sampai klinik, buat urine test, double line yang samar. So, buat scan, tapi kantung baby tak ada. Kes urgent, kena check terus kat hospital. Sebabnya, aku sakit perut. Memula aku terfikir, "selama ni sakit perut tak pula sampai kena pergi hospital. Ni dah kenapa pula?". Then, doktor bagitahu, takut luar rahim. Seriously, masa doktor cakap camtu, aku terus teringat peristiwa makcik aku pengsan masa membeli-belah dan kena buang rahim atau tiup falopio (aku tak berapa ingat sebab masih kecil waktu tu) sebab mengandung luar rahim. Mata aku dah berair tapi aku kuatkan hati. Bagi aku masa tu, biarlah lambat sikit ada anak, daripada jadi benda-benda macam ni. Tapi, Allah perancang terbaik untuk hamba-Nya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Petang tu juga, terus ke hospital. Sampai sana, buat urine test lagi. Dan hasilnya adalah NEGATIF ! Aku macam lega walaupun ada juga ralat sebab rasa macam, "ye ke aku tak pregnant sedangkan test before ni semua dua line ?", tapi aku reda. Doktor tak terus buat kesimpulan, makanya scan lagi sekali dan rahim aku kosong. Tapi, sekali lagi, disebabkan aku sakit perut, doktor suruh buat ujian darah. Keputusan ujian darah lebih tepat untuk menentukan sama ada aku pregnant atau tak.

Esoknya, aku dapat panggilan dari hospital, dan aku disahkan mengandung. Syukur alhamdulillah. Tapi, ada kegusaran di hati kami suami isteri sebabnya kantung baby tak ada dalam rahim. Aku cuma mampu buat andaian, "mungkin baby baru nak jadi, so, tak nampak lagi. Tak semestinya, habis datang bulan terus melekat !". *kalau blogger lelaki yang baca entry ni, anggaplah ia ilmu untuk anda lebih mengetahui pasal wanita. Makanya, kena buat next appointment untuk check kantung baby. Isnin itu, kami datang lagi ke hospital untuk check up susulan. Kali ni, aku terpaksa lalu scan biasa dan juga vaginal scan untuk tengok kantung baby. Tapi, dua-dua jenis scan ni tak mampu juga nak kesan kat mana kantung berada. Masa ni, aku hanya berharap, baby sangat kecil dan belum mahu menampakkan diri dia lagi. Sekali lagi, aku buat ujian darah untuk tengok sama ada kandungan makin besar atau dah hilang. Nauzubillah. Aku hanya mampu berdoa, semuanya baik-baik saja.

Alhamdulillah, panggilan daripada hospital keesokkan harinya memberi jawapan yang sangat membahagiakan. "Bacaan darah puan semakin tinggi. Daripada 1410 naik sehingga 6000 lebih. Ini menunjukkan baby sihat dan semakin membesar. Tapi, kalau dah naik sampai 10k, still tak nampak kantung, kita suspek puan mengandung luar rahim. Puan kena datang hospital semula untuk check kandungan". Masa ni, aku dah terfikir, selagi aku tak sakit perut sangat-sangat, aku tak akan pergi hospital. Aku tunggu lagi dua tiga minggu, baru nak scan. Masa tu, mungkin baby besar sikit, dan boleh nampak.

Sepanjang menunggu dua tiga minggu tu, aku kena mabuk yang sangat-sangat teruk sampailah ke hari ini. Lemahnya badan sampaikan menggigil sebab lapar tapi tak boleh nak makan. Loya yang teramat, sakit kepala yang berpusing-pusing seperti tak berpijak di bumi yang nyata. Bila makan mesti muntah balik. Bau belacan sangatlah aku tak boleh nak bau. Nasi pun tak berapa nak lalu makan. Terasa sadis sungguh bila tengok makanan. Tak ada perasaan langsung nak makan sebab takut muntah.

Akhirnya, 15 Febuari 2013, Jumaat, aku pergi ke klinik Famili, klinik kegemaran aku untuk buat scan. Kenapa aku pergi situ? Sebabnya, aku nak tahu baby macammana dan juga nak siapkan fizikal dan mental aku untuk event anak yatim 24hb nanti. Atleast, aku ada seminggu untuk prepare apa-apa.



Alhamdulillah, akhirnya permata hati kami suami isteri menunjukkan dirinya. Masih terlalu kecil, tapi bila tengok kat monitor scanner tu, nampak degupan jantung dia. Subhanallah, menangis aku waktu tu. Berkongsi bahagia dengan doktor sebab encik suami kerja waktu tu. Allah sahaja tahu macam mana perasaan waktu tu bila ada khalifah kecil ni dalam perut aku. Bersyukur sangat-sangat. Petang tu, bila encik suami balik dari kerja, dia tengok gambar scan ni, mata dia berair. Senyum tapi kami terdiam dalam pelukan. Terima kasih ya Allah untuk hadiah yang sungguh bermakna ini.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...