Tuesday, September 8, 2015

Flashcard Versi Felt Murah

Bismillahirahmanirahim. 

Aku nak kenalkan satu benda baru yang buat aku terlalu sunyi dalam dunia blog. Perniagaan aku. Ye, perniagaan yang aku buat sendiri, alhamdulillah. Semuanya bermula sejak puasa hari tu. Tapi, lebih tepat bermula lepas raya baru berlaku proses jual beli. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semoga rezeki ini berpanjangan.

Flashcard versi felt ataupun biasa aku tulis #feltflashcard. Aku buat sendiri dari A sampai Z tapi bahan semua aku beli kat kedailah. Di bawah nama @iezas_zone. Korang boleh follow instagram @iezas_zone untuk tengok hasil kraf flashcard aku ni yang dah dibeli oleh pelanggan aku. Klik gambar di bawah label 'perniagaan' kat sidebar ni terus link ke instagram aku.
Apa yang @iezas_zone tawarkan kepada korang? Sebagai mama kepada seorang budak kecil, aku rasa pendidikan awal dari rumah sangatlah penting. Tak kisahlah macam mana pun cara kita ajar anak kita kan. Dari situlah timbulnya idea untuk buat bisnes ni. Bila kawan-kawan tanya macam mana aku ajar Darwish baca ABC, alif ba ta dengan kenal nombor, terus aku terfikir cara macam mana nak tolong kawan-kawan aku.

Kat @iezas_zone ni sebagai permulaan perniagaan, aku tawarkan flashcard versi felt. Kenapa felt? Sebab tahan lama, tak mudah koyak dan boleh dicuci kalau kotor. Macam flashcard Darwish sendiri yang aku beli sebelum ni semuanya berasaskan kertas. Lunyai sebab hari-hari memang itulah mainan dia. Alhamdulillah, umur dia hujung bulan ni 2 tahun, dan dia dah boleh tahu setiap huruf ABC dan juga A is for what, sampai Z is for what, boleh baca iqra' dan juga tahu nombor tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.

Set flashcard utama yang aku ketengahkan adalah SET JAWI atau HIJAIYAH. Masa aku cari set hijaiyah kat pasaran, tak banyak sangat set ni, sebab tu aku prefer untuk keluarkan set ni dulu sebelum kenalkan set yang lain.


Terdapat juga SET ABC. Set ABC ada 2 jenis, sama ada huruf besar sahaja atau kecil sahaja ataupun besar dan kecil. Setiap set, sekeping kad ada huruf depan belakang atau sekeping satu huruf sahaja, berdasarkan permintaan pelanggan.


Tak lupa juga SET NOMBOR yang mana aku keluarkan set sehingga nombor 20. Semua set-set ni warnanya dipilih sendiri oleh pelanggan berdasarkan stok warna yang akan aku beritahu bila dorang nak buat tempahan. Semua tempahan adalah secara pre order. Aku tak sempat buat ready stok. Harap maklum.


Berapa harga untuk setiap set yang aku tawarkan? Jangan risau, harga yang aku letak adalah antara yang PALING MURAH dalam pasaran. Benda kraf ni perlukan masa yang panjang dan ketelitian, sebab tu harga dia tak sama macam yang mesin buat.

Maklumat lanjut mengenai flashcard ni yang biasa:
===========================================
  • Material felt
  • Saiz 12cm x 15cm
  • Sekeping felt huruf depan dan belakang
  • Harga :
    • Set Jawi (penuh termasuk huruf yang ditambah; ca, nga, pa, ga, vi dan nya) = RM43.00 percuma pos
    • Set Jawi biasa = RM37.00 percuma pos
    • Set ABC huruf kecil ATAU huruf besar sahaja = RM33.00 percuma pos
    • Set ABC lengkap huruf kecil dan besar = RM59.00 percuma pos
    • Set nombor 1-20 = RM27.00 percuma pos

Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut, nak buat sebarang termpahan, bolehlah hubungi aku:

Instagram : @iezas_zone
Whatsapps : 012-6424314
Email : ieza26ashaari@gmail.com



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, September 4, 2015

Urine Pregnancy Test (UPT) Murah

Kembali bersiaran. Hari ni nak cerita barang murah. Aku suka barang murah ni. Korang pun mesti suka sangatkan. Nak-nak sekarang zaman semua benda nak GST. 

Alkisah aku nak share pasal satu tempat ni kau boleh beli banyak-banyak sebanyak mana kau suka UPT. Alah, bukan basi pun beli banyak-banyak. Agak-agak belilah 25 ketul, tiap bulan guna 2 kali. Gitu.

Kejap, kau tau tak UPT tu apa? Kat atas aku dah mention "Urine Pregnancy Test". So, untuk apa UPT ni? Aku pasti, majoriti satu dunia ni kalau dah kahwin mesti tahu benda alah ni. Benda ni untuk check sama ada kau positif mengandung atau tak. Kalau naik double line, insyaAllah kau mengandung. Alhamdulillah. 

Aku dulu beli dari kina ni. Aku beli test-test baru sekali pakai alhamdulillah, aku mengandung Darwish. Dah seketul dah jadi budak hujung bulan ni 2 tahun. Alang-alang dia dah nak 2 tahun, konon-konon aku nak berTTC lah. Kalau ada rezeki, adalah adik buat Darwish ni. Hihi. Malu pula tetiba cite mengandung-mengandung ni. 

Serius murah harga yang kina tawarkan banding kat kedai, farmasi. Pastu kau tak payah susah-susah bersolek lawa-lawa, start kereta, jalan kaki, pergi farmasi, bayar kat kaunter. Sekarang semua di hujung jari. Klik klik klik, sampai depan pintu rumah. Terus boleh masuk bilik air, check kau mengandung ke tak. Sebegitu pantas! hahaha. Gelojoh sangatkan.

Meh aku cerita sikit harga yang kina boleh bagi kat korang. Serius memang murah amat !

No minimum order ! Kau beli sekeping pun boleh, momantai. Tapi macam biasa. Makin banyak beli harga makin murah.


Pregnancy test :
=============
1) Pregnancy strips (celup) = RM0.80/pc
Buy 10pcs free 1.

2) Pregnancy cassette (titis) = RM3.00/pc
Buy 5pcs free 1.

Nampak, ada free lagi kalau beli banyak. Dahlah harga barang murah, penjual pula bermurah hati. Terbaik ! Bukan pregnancy test sahaja yang ada, tapi kina ada juga jual ovulation test.

Apa benda ovulation test ni? Yang ni untuk check bila waktu subur. Kalau jenis yang period terabur bila datang ikut suka tu, wajib beli ni. Chance untuk pregnant lagi tinggi bila tau waktu subur. 
Ovulation test hanya ada jenis strips.

Ovulation test :
============
Strips (celup) = RM1.00/pc
Buy 10pcs free 3 ovulation test ATAU boleh pilih
Buy 10pcs free 1 pregnancy cassette berharga rm3.00
Pos laju semenanjung RM6/ sabah sarawak RM9
Belian RM35 ke atas dapat FREE pos laju untuk semenanjung.
Belian RM40 ke atas dapat FREE Pos laju untuk sabah & sarawak.

*Setiap hari ada postage kecuali cuti. Bayaran sebelum pukul 12 tengah hari, pos pada hari yang sama.

Untuk tahu lebih lanjut, atau ada pertanyaan, korang boleh usya:

Facebook page : theshopablog (20 reviews 5 stars)
Instagram : theshopablog




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...