Thursday, January 31, 2013

Mak Abah Mengerjakan Umrah

Assalamualaikum

Pagi-pagi pukul 4.30 pagi, satu rumah dah bising. Semua dah bangun tidur untuk bersiap menghantar mak dan abah ke KLIA yang mana jemaah semua perlu ada di sana pada pukul 6 pagi, 3 jam sebelum jadual penerbangan. Sejak beberapa hari yang lepas, ramai saudara-mara datang ke rumah mengucap selamat kepada mak abah dan kemuncaknya, malam tadi, semakin ramai yang datang. Alhamdulillah, semoga semuanya berjalan lancar. Mak abah pergi bermula hari ini 13 Januari hingga 14 Februari.


Kesian melihat adik aku yang bongsu. Saat bersalaman, mencium dan berpelukan sebelum mak abah berlepas, dia dengan mata mula berair, memegang kuat baju mak dan berkata,

"adik ikut sekali tak boleh ke?"

Harap, 14 hari yang mendatang ini, dia menjadi matang dan mendengar kata kakak dan abang di rumah. Sarapan pagi tadi pun dia mula-mula macam tak lalu, sempat juga menangis sebelum makan. 




Psst : Kereta mak dan encik suami puan blog kena saman parking kat KLIA. Berapa agaknya duit melayang ye? Huhu.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, January 30, 2013

Blogger itu berbeza

Assalamualaikum

Dah lah lama tak update blog, tetiba nak keluarkan isu pasal blogger plak. Ada aku kisah ? Nak kata lama cerita ni tersimpan tak juga, tapi semakin banyak aku blogwalking, semakin ketara pula benda ni di mata aku.

Maksud aku, berbezanya blogger ini melalui penulisan dia biasanya mengikut kriteria jantina. Pergh, ayat aku sangat sastera. Bangga sungguh cikgu BM aku. Kenapa aku cakap based on jantina ? Ni pun kalau korang perasan benda yang sama.

Blogger perempuan

Kebanyakkannya, bukan semua ye, mula menulis di blog sejak belasan tahun atau pun sejak zaman anak dara. Kronologinya bermula dengan cerita :

Kehidupan sehari (review barang kecantikan, pencuci mukalah, cara membuang jerawat jeragatlah, tempat makan paling murah)

|

Percintaan

|

Pertunangan (siap review tiap satu barang hantaran, detail majlis, siapa yang datang, berapa kos, DIY)

|

Persiapan menuju hari bahagia (men'teaser' segala benda yang boleh di'teaser' sebelum majlis perkahwinan)

|

Majlis Perkahwinan (review segalanya kat majlis tu macam aku juga = . =')

|

Kehidupan sehari-hari bersama suami tersayang (kalau tak ada cerita pasal husband dalam entry dia walau sepotong ayat memang tak sah macam aku juga = . =')

|

Mengandung (segala simptom, persiapan menyambut baby)

|

Kelahiran baby (dari sakit kat rumah, sampai ke labor room, sampailah habis pantang, dari menyusu badan sampailah ke solid food)

|

Rumah baru (pindah rumah, kemas rumah, beli rumah, apa-apa pasal rumah, beli perabot kat mana, harga berapa)

|

dan lain-lain yang berkaitan


Blogger lelaki

Kebanyakkannya, dan bukan semua, ramai follower kepada blogger lelaki yang kadangnya tak tahu sama ada dia ni bujang, dah berkahwin atau dah punya cahaya mata. Kenapa ? Sebabnya, cerita yang dorang create kat blog biasanya berbentuk general. Tentang kehidupan seharian. Kalau cerita pasal kawin pun, kadang tetiba dalam satu entry tu menjemput blogger datang ke majlis perkahwinan mereka. 

Lepas seminggu, kalau pun ada gambar perkahwinan yang diupload, kadang gambar dia seorang je yang berpakaian baju pengantin, bertanjak bagai, tapi gambar isteri nan hado. Lepas tu, seperti biasa, cerita general semula sampailah tiba-tiba, "alhamdulillah, saya telah dikurniakan cahaya mata yang pertama, _____(nama baby)____" then, tepek gambar baby sekeping. Lepas tu, cerita general semula. Tidaklah pula ada review segala.

Hahaha. Aku saja je buat enrty ni, sebab ini yang aku perasan bila aku blogwalking. Blog blogger perempuan, memang meriah dengan segala detail. Kalau boleh, setiap perenggan cerita, kena ada gambar untuk bagi pembaca faham. Tapi, kalau blogger lelaki, kadang entry tak lah nak panjang sangat, gambar pun nan hado. Kelakar pun ada juga bila tengok perbezaan ketara ni.

Psst : Ini entry secara rawak, tiada khusus merujuk kepada mana-mana blogger dan tidak berkaitan antara hidup dan mati. Sila maklum.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, January 23, 2013

Bekerja

Assalamualaikum

Walaupun aku masih duduk bersama mak abah sedangkan sudah berkahwin, itu bukanlah bermakna mak abah aku manjakan aku macam aku masih anak dara dulu = . ='. Dan walaupun panggilan 'manja' itu masih melekat lagi sampai ke hari ini, itu juga bukan bermakna aku dimanjakan seperti dulu. Lagi sekali = . ='. Err, encik suami macam terkedu bila dengar abah aku panggil aku manja. Hahaha.

Okay, ini bukan nak cerita pasal kemanjaan ke apa. Ni cerita pasal hari ini di pagi-pagi hari. Macam biasa, aku siapakan sarapan (walaupun mak aku yang buat, aku tolong hidangkan) untuk encik suami. Nak dijadikan cerita, adik bongsu aku Fuad a.k.a si mulut becok tue siap untuk ke sekolah time yang sama dengan encik suami nak bersarapan. Tapi, dia belum sikat rambut. Makanya, 

Aku : Adik, sikat rambut tu. Comot lah.
Adik : Kenapa kak ? Nampak jambul yer ? (dia pakai songkok, so jambul terkeluar)
Aku : Ye. (Malas nak layan sebab dia akan jawab macam-macam)

Selang beberapa ketika, masa tu encik suami tengah makan roti, aku sibuk bercerita itu ini,

Adik : Akak, kenapa akak tak kerja ? Akak pakailah baju macam mak pagi-pagi. Pastu pergi sekolah SRA adik. Pastu, ajarlah.
Aku dan encik suami : (Terdiam dan menjeling antara satu sama lain. Nak gelak pun ada.)

Mak aku mengajar kat sekolah agama dia tue. Tu yang dia ingat senang-senang je boleh datang tiba-tiba dan mengajar kat situ. Selalu juga dia tanya kenapa aku tak bekerja ? Kenapa tak mengajar kat sekolah dia ? Tahukah kamu wahai adik, kakakmu ini dulu mengajar sementara di sekolah kamu sebab mengganti cikgu kamu yang cuti bersalin ?

Hurm, mentaliti dan pemikiran kanak-kanak yang nampak aku tak bekerja itu aku mampu terima. Tapi, kalau adik-adik aku yang lain cakap macam tu, memang tak berbasuh lah baju dorang, memang tak makanlah dorang, memang tak berkemaslah rumah. Hahaha. Mak aku sendiri kadang pesan kat adik-adik aku, "tolong kakak. Jangan malas. Ambil baju kat ampaian tu. Basuh pinggan sendiri. Baju tu susun elok-elok dalam almari". 

Kadang orang tak sedar betapa beruntungnya mereka yang punya mak tidak bekerja di luar. Segalanya hampir mungkin mak yang siapkan. Makanya, bersyukurlah kita dengan apa yang ada di sekeliling kita. Kadang kita tengok orang tu macam releks saja tak buat apa, tapi sebenarnya, kita tak tahu apa yang mereka lakukan untuk kita.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, January 21, 2013

Makan Malam Bersama Tan Sri

Assalamualaikum semua rakan blogger

Tajuk memang nak hebat dan tak nak kalah ! Hahaha. Tapi, itulah kenyataannya. Semalam adalah hari makan sedunia sampaikan aku kekenyangan terlampau. Alhamdulillah.

Macam biasa kalau dah hari Ahad, kalau tak ada kenduri kahwin memang tak sah. Gambar kat majlis memang tak ada sebab bukan kawan aku yang kahwin, tapi kawan encik suami yang kahwin. Tak kuasa aku nak bergambar sangat. Hahaha. Tapikan, OP pengantin siap request ambil gambar kitaorang berdua kat pintu masuk rumah pengantin. Apakah? Gamaknya, seri pengantin masih ada. Perasan !

Habis kenduri, kitaorang pergi rumah mak cik encik suami. Bila dah lepak, makan dan borak, makanya terlajak sampai 6.30 petang. Dan-dan tue encik suami baru nak ingatkan pasal dinner dengan tan sri ! Mana sempat nak gosok baju bagai. Makanya, baju yang tak perlu digosok, dipilih. Terima kasih kepada mak mertuaku yang buat baju ni. Hihi.

Makan malam bersama Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, isteri dan beberapa orang lagi staf UiTM bersempena meraikan mereka yang pernah berkhidmat di bawah tan sri.
Apa kena-mengena majlis ni dengan aku dan encik suami? Rahsia ! Kalau budak UiTM Shah Alam mungkin ramai yang kenal beliau ni. Secara peribadi, sepanjang makan malam bersama beliau, aku tengok beliau seorang yang sangat merendah diri. Begitu juga isteri beliau. Masa mula-mula sampai, aku rasa takut dan menggigil juga sebab tak ramai dalam majlis tu. Tambah pula, aku paling muda kat situ. Err, apa yang aku mampu buat adalah SENYAP, SENYUM dan MAKAN. Hahaha.

Menu malam itu dah macam menu candle light dinner aku honeymoon. Blurpp, kenyang yang teramat. Tak dan nak snap pic makanan. Kau gila nak ambil gambar makanan depan tan sri ??? Gambar yang ada ni pun ada sebab tan sri yang mula dulu ambil gambar. Bila beliau dan mula ambil gambar, kami pun masing-masing ambillah gambar juga. Hahahaha.

Tan Sri dan isteri beliau

Senarai menu makan malam. Memang sedap !

Kami dan makanan


Yang dirai

Kami berlapan yang sudah kenyang


Kadang, bila kita berada di bawah, kita lihat diri terlalu kerdil berbanding mereka yang di atas. Namun, bukan semua mereka yang berada di atas suka mendabik dada dan terus merendahkan mereka yang di bawah. Kesimpulannya, manusia yang ini tidak akan sama dengan manusia yang itu walaupun mereka kembar.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, January 18, 2013

Bertandang | Video

Assalamualaikum semua rakan blogger

Nak cerita banyak pun tak tahu dah apa nak dicerita. Kali ni, aku share video masa majlis bertandang yang sangat tak awesome bagi aku sebab tak menggambarkan keseluruhan majlis. Macam tak ada orang datang je majlis ni. Hahaha. Sebenarnya, ada lagi dua video lain tapi tak dapat nak di share sebabnya dekat sejam panjang cerita tu. Mampu ? = _ ='

Sebelum tu, aku nak buat promosi untuk mereka yang bertungkus-lumus di majlis bertandang kami di Pulapol, Kuala Lumpur. Link yang aku bagi ni, yang aku tahu sajalah sebab yang lain-lain family in law yang settlekan. So, tidaklah aku masuk campurnya pun adui.


Pakaian, make up, pelamin, hiasan dewan : Abang Amir dan Kak Mah (tak ada link)
Katering : Food Connexion (tak ada link)
Kad kahwin : Muquera Creative
Official Photographer : Creeperz Photocraph Studio
Official Videographer : Wayang Lensa





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Bertandang | Outdoor Photoshoot

Assalamualaikum semua rakan blogger

Waaa, akhirnya, settle jugak entry pasal wedding. Fuh, lap peluh ! Rasa macam lama sangat nak settle cerita sepanjang majlis ni. Bab DIY, tak pasti lagi. Ikut kerajinan gamaknya. Rajinlah sangat.

Usai majlis, macam biasa, outdoor photoshoot. Oh, aku bukanlah segigih pengantin lain yang larat ke hulu-ke hilir bergambar sakan. Petang Ahad itu, aku dah tak mampu bertahan. Penat yang teramat ditambah perut yang lapar kerana baju sanding. = . =' Bagi B2B yang majlisnya direct TIGA HARI macam aku, silalah cukupkan rehat anda bila ada kelapangan.

Makanya, outdoor photoshoot untuk belah lelaki tetap juga dibuat di dalam Pulapol Kuala Lumpur. Tapi, tidaklah bergambar bersama kereta polis, motor polis, mahupun senjata mereka seperti pistol dan sebagainya. Al-maklumlah, yang polis tu abah mertua aku dan bukannya encik suami aku. Silalah maklum !











Tip untuk B2B

Kawasan cantik untuk outdoor photoshoot bukanlah ukuran kecantikan gambar yang akan terhasil. Aspek paling penting adalah anda sendiri sebagai pengantin dan juga kemahiran yang dimiliki oleh OP anda. Maka, pilih OP yang mempunyai hasil kerja yang superb untuk hasil yang awesome !

Last part untuk majlis bertandang nanti, kalau dapat upload, ada video yang tak berapa nak awesome sangat. Hahaha. InsyaAllah, kalau boleh diupload.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, January 16, 2013

Bertandang | Part 2

Assalamualaikum semua rakan blogger

Kita teruskan cerita majlis bertandang di Pulapol, Kuala Lumpur. Bagi yang dah baca part 1 sebelum ni, mesti tau tema kat belah laki warna ungu. Dengan jujur, aku kurang minat dengan warna ungu. Hahaha, sebabnya, bukan warna kegemaran aku. Boleh ? = . ='



Rabun adalah aku. Bila ada majlis-majlis ni, nak pastikan nampak dengan jelas, nyata dan terang, makanya contact lens adalah sangat diperlukan. Tapi, aku rasa, mana-mana bride, ramai dah jadikan lens sebagai trend bila majlis kahwin. Ada dua warna yang aku guna masa majlis kahwin aku ni. Masa tunang dan nikah, aku guna warna coklat sebab nak nampak natural. Dan masa bersanding dua-dua belah pula, aku guna warna kelabu. Kenapa ? Sebab warna tue paling cantik dan sesuai untuk solekan perkahwinan. Mana aku tahu ? Based on survey dan juga MUA aku bagi pendapat. And, it's work !

Tip 1 untuk B2B
Boleh usya-usya gambar pengantin yang berlambak kat internet ni untuk pilih apa je yang sesuai digunakan pada hari persandingan. Bukan apa, kadang apa yang kita pilih tak berapa nak sesuai. So, sila buat banyak rujukan.


Siap je pengantin, kami terus rush ke dewan. Cuaca sangat baik. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Cuma kaki aku melecet sebab pakai kasut bertutup. Err, sakit sangat !

Tip 2 untuk B2B
Kasut adalah elemen yang penting masa hari persandingan. Cantik sahaja tak cukup, yang penting selesa. Kalau mampu dan ada banyak masa, boleh je beli kasut sendiri untuk keselesaan.


Di atas pelamin, kami disajikan dengan persembahan pencak silat pengantin dan juga tarian. Okay, tarian ni ada berapa kali entah, aku pun tak ingat sebabnya, masa makan pun ada persembahan tarian, masa jalan-jalan jumpa tetamu pun ada persembahan tarian juga. Layankan saja.



Bab paling menyayat hati dan touching adalah masa merenjis. Aku tak tahu kenapa air mata mengalir tak henti-henti sampaikan member aku yang jadi pengapit cakap,

"yang kau nangis ni kenapa ? Nie majlis perkahwinan, bukannya pengkebumian !"

Sengal tau ! Lepas je dia cakap macam tu, boleh pula kitaorang gelak-gelak atas pelamin tu. Hahaha.



Tip untuk B2B
Silalah pilih rakan yang paling anda senang dan mampu membantu anda di atas pelamin sebagai pengapit. Kenapa ? Sebab, anda pasti perlukan sokongan moral pengapit anda dalam situasi yang tak terjangka. So, be careful. Jangan tangkap muat, nanti menyesal. Hahaha.

Di sebelah lelaki, baju aku jenis yang common sahaja. Seriously, ketat sangat aku rasa sampaikan aku yang kelaparan, tak dapat nak makan banyak sebab baju. Apakah ? = . =' Aku siap cakap kat encik suami, "abang, ayang lapar sangat, tapi takut baju koyak !". Hahaha.



Part paling best bila kat majlis belah lelaki, encik suami kena paksa menyanyi. Time ni, aku tertanya-tanya, lagu apa yang encik suami akan bawa untuk aku. Perasan ! Hahaha. Tapi, aku tak sempat pun nak touching bagai time encik suami nyanyi sebab kesian tengok encik suami macam susah nak tarik suara. Tapi, nyanyiannya still memukau dengan lagu Puisi Cinta daripada Ilusi.

Suaramu, 
Gemersiknya bak buluh perindu,
Cuba kau lagukan,
Cuba kau dendangkan,
Mengisi di ruang kamarku . . .

Sampai saat ni, masih terngiang kat telinga aku. Bila aku suruh encik suami nyanyi saja-saja, encik suami tak nak. Kenapa entah !


Usai acara, makanya sesi bergambar. Silalah layan gambar ye. Gambar outdoor, next entry. Sekian.








+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, January 14, 2013

Bertandang | Part 1

Assalamualaikum semua rakan blogger


Alhamdulillah, selesai sudah majlis resepsi belah perempuan. Dengan kegigihan dan kepenatan yang masih bersisa, majlis kami diteruskan lagi keesokkan harinya, 01 Julai 2012, Ahad, sebelah pihak lelaki. Seriously, penat sangat-sangat sebab majlis berturut dari tunang dan nikah (Jumaat), malam berinai (Jumaat), bersanding [Part 1, Part 2, Part 3] (Sabtu) dan seterusnya majlis bertandang (Ahad).

Memilih tema berwarna ungu di belah lelaki, selesai sahaja majlis, aku bertanya kepada encik suami, "abang, kenapa tak pilih warna biru? Bukan ke biru warna kegemaran abang?". Aku pelik sebab biasanya, kita akan pilih ikut warna kegemaran, macam aku pilih untuk majlis bersanding di pihak perempuan. Jawapannya mudah, "sebab mak andam cakap, muka kita sesuai dan berseri bila pakai warna ungu". Okay, aku pasrah ! Sangatlah berseri ye abang oi. Huhu.

Pagi itu, kami gerak dari rumah aku di Shah Alam ke Kuala Lumpur agak terlewat. Mana tak lewat kalau dah saudara-mara sibuk ajak bersembang. Minum pagi dah macam makan tengah hari. Makanya, kami sampai di rumah mertua betul-betul jam 10.00 pagi dan terus sahaja mula bersolek.

Tip 1 untuk B2B
Kalau boleh, sebelum bersolek, berselawat dan minum air kosong, jangan rush dan basuh muka. Semua untuk elak kita sendiri rasa macam muka tak bersih atau tak selesa bila dah dimake-up, macam aku ! Pfft.

Memang tak dan nak bergambar sangat lepas bersolek disebabkan masa tue dah nak waktu bersanding pukul 12.30 tengah hari. Sedangkan, majlis dibuat dekat dewan Pulapol, dan bukannya di rumah. Takut terlewat ke dewan, sementelah mak abah aku sudah sampai dan menunggu ketibaan pengantin. Sian mak abah.



Sampai sahaja di dewan, bila kereta yang bawa kami berhenti, terus sahaja encik suami keluar kereta. Kesian encik suami kena marah sebab belum lagi masa untuk kami keluar, dia dah keluar. Rasa macam sentap je sebab pengantin kena marah dan mood macam spoil sikit sebab benda tue, even lepas encik suami kena marah, kami gelak-gelak dalam kereta. Hahahaha.

Tips 2 untuk B2B
Sila alert dengan protokol atau undang-undang atau apa-apa sahajalah yang telah dirancang untuk majlis anda sebelum hari majlis berlangsung. Kalau tidak, anda akan malu besar dan mood anda akan ke laut. Lelaki ni biasa kalau majlis kahwin, dorang tak fikir sangat hal-hal camni sebab tak nak serabutkan kepala, tapi sekurang-kurangnya ambil tahu apa yang telah dirancang untuk memastikan semuanya berjalan lancar.




Kat belah lelaki, ada photobooth, candy buffet dan banyak lagi stall yang aku sendiri pun tak dan nak tengok. Aku dapat tengok pun dalam gambar je. =P Layankan saja gambar yang ada sebelum segalanya bermula. Time-time pengantin sedang bersiap di rumah, tetamu sudah berada di dewan, makan dan berhibur. Next entry, kita tengok gambar pengantin dan sekitar majlis pula ye. 







Tip 3 untuk B2B
Bila kat belah lelaki, kalau rasa terlalu gemuruh macam aku, bila atas pelamin or pusing-pusing jumpa tetamu, just senyum dan kalau nampak kelibat family anda, lihatlah pada mereka. InsyaAllah, itu akan meredakan gemuruh. Tapi, bila family anda sudah balik, kawal emosi anda dengan berborak dengan encik suami.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, January 11, 2013

Selamat Hari Lahir Abang

Assalamualaikum semua rakan blogger

Stop kejap cerita pasal majlis kahwin aku yang tak habis-habis tu. Kekeringan idea gamaknya. Sebelum berkobar nak cerita pasal majlis bertandang, ni nak berkobar cerita perihal suami yang telah bertambah usia. Dah tua rupanya encik suami ni. =P

Bagi aku, bukan senang nak sambut birthday boy ni sebabnya ini adalah pertama kali dalam hidup aku sambut birthday dia. Hari-hari aku fikir, sampailah bila masa yang dinanti tiba, encik suami buat hal. Rasa geram je, tapi dah dia nak demam, nak buat macam mana. Boleh pula dia MC dua hari ! Memang tak lah aku nak keluar membeli hadiah disebabkan dia ada kat rumah. = . ='

Akhirnya, dengan bantuan abah angkat beliau, dapatlah juga surprisekan dia dengan family gathering di Restoren Sri Pinang, Seksyen 15, Shah Alam. Hampir terkantoi, tapi nampaknya aku masih lagi bijak mengawal keadaan. Terima kasih kat family in law yang tak bocorkan rahsia. Hihi. 


 tulang belakang yang menjayakan misi

Beberapa minit menunggu, menu utama pun datang. Dengan jumlah pemangsa seramai lebih kurang 20 orang (combination of 2 family), semua ini mampu dibantai. Hahaha.





Heaven rasa bila tengok kedua-dua mak abah aku berborak-borak. Sejak dari majlis kenduri kahwin ritu, memang dorang tak ada peluang berjumpa. Kebetulan pula, tempoh hari masa abah aku masuk IJN, keluarga mertua tak sempat nak datang menjenguk. Makanya, idea menyatukan dua family di majlis hari lahir encik suami adalah idea yang paling bagus.




Lepas makan menu utama dan juga pencuci mulut, masing-masing layan diri. Dengan henpon dan berborak sesama sendiri. Aku ? Layan anak buah saja lah sebab abang dan kakak ipar aku biarkan anak dorang berkeliaran. Hahaha.


Kemuncak acara, apabila tiba-tiba lagu selamat hari jadi dinyanyikan. Encik suami bagitahu, ini adalah the best ever majlis sambutan hari lahir yang dia pernah sambut. Sebab dapat gabungkan keluarga dan dibuat tanpa pengetahuan dia. Susah betul nak surprisekan dia. Dan alhamdulillah, ia berhasil. :)




Selamat Hari Lahir Suamiku. Semoga engkau sentiasa berada di bawah lindunga-Nya, sihat selalu dan diberkati perjalanan hidupmu. Aku bersyukur mempunyai suami seperti kamu yang ikhlas menyayangi aku. Semoga, dengan pertambahan usiamu, engkau semakin matang menjadi nakhoda bahtera perkahwinan kita. Amin.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...