Sunday, December 25, 2011

Semoga Berjaya

Assalamualaikum semua rakan blogger.

Sangat lama tak beronline. Sangat sibuk dengan final project dan macam-macam dugaan lain di tempat belajar. Akhirnya, semalam, dapatlah cium bau rumah walaupun di rumah hanya berdua dengan adik lelaki aku yang sangat rapat itu. Tetapi, dia telah mempergunakan aku dengan memaksa aku memasak macam-macam makanan dari malam tadi. "Oh, nasib kau punya kakak yang baik !". Hahaha.


Berada di semester 6 sebelum praktikal adalah tempoh yang sangat kritikal bagi aku. Aku rasa sangat tertekan dengan report yang bersepah-sepah sehinggakan aku blur nak memerah otak untuk mencari ayat. Kadang-kadang, bila baca, macam sama je ayat aku tue. Ada lagi dua report yang perlu disiapkan sebelum 28hb ni. Aku kena bertungkus-lumus sebelum tempoh itu.


Doakan aku berjaya menduduki peperiksaan akhir yang dah mula menjengahkan muka. Paling sadis, first paper aku adalah pada tahun baru, 1hb Januari 2012, di mana ramai sangat member-member aku kahwin pada hari tersebut. = . =


Semoga aku berjaya mendapat degree aku tahun hadapan. Amin.


Wish me luck !


P/s: Habis exam aku nak bantai blogwalk banyak-banyak. Rindu sahabat blogger semua. Doakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...