Monday, December 27, 2010

Sampai hati tinggalkan aku..

"Kenapa kau sampai hati sangat tinggalkan aku? Apa salah aku? Selama ni aku tak berjasa ker kat kau sampai kau buang aku?"


Suatu petang, Hitam meluahkan rasa hatinya kepada aku. Serba salah aku nak menjawab. Jujur sangat cakap dia dah tak berguna, terguris hati pulak. Nampak macam aku ni kejam sangat. Nak buat camner nie.


"Kalau kau rasa aku memang dah tak boleh dipakai, kau buang jer aku nie jauh-jauh. Tak payah nak simpan-simpan lagi aku nie. Menyemak mata kau jer. Aku tahu, kau dah ada pengganti. Tapi, sekurang-kurangnya, hargailah aku nie."


Sayu sangat aku dengar kata-kata dia. Memang aku dah temui pengganti dirinya, yang mungkin pada pandangan mata orang lain, bila aku bersamanya, kami lebih sepadan. Tapi, aku tak pernah melupakan dia. Untuk selamanya. Aku sayangkan dia. Dia terlalu baik. Tak pernah memberi masalah kepada aku. Cuma, mungkin aku dah tak serasi dengannya. 


"Tam, aku tak ada niat nak menduakan kau atau melukakan hati kau. Tapi, aku harap kau faham. Aku cukup sayangkan kau. Selama kita bersama dua tahun nie, seingat aku, aku tak pernah abaikan kau. Cuma, mungkin sekarang kita dah tak serasi. Aku tak pernah kata, pengganti kau tue lebih baik dari kau. Tapi, dia yang terbaik untuk aku pada masa sekarang ni. Mungkin, satu hari nanti, dia juga alami nasib yang sama macam kau."

"Kejamnya kau nie. Kau memang perempuan metarialistik. Nampak yang stylo jer, kau nak kebas. Tengoklah nasib kau suatu hari nanti. Tunggu jer lah balasan. Aku doakan kau tak kekal lama dengan Merah."


Hitam betul-betul marah dekat aku. Aku serba-salah, tetapi aku terpaksa mengambil keputusan ini selepas berfikir masak-masak. Aku terpaksa. Tersepit dengan keadaan. Aku mengharapkan Merah tak beranggapan aku memilihnya kerana ke'stylo'an dia.


"Merah, aku harap kau dapat bersama dengan aku. Aku harap kau tak buruk sangka dengan aku lepas apa yang terjadi antara aku dengan Hitam. Aku tak bermaksud untuk meninggalkan dia, tapi, aku terpaksa."

"Kau tak kasihankah dekat dia? Sekarang, bila kau mahu keluar menonton, membeli-belah, kau mesti pergi dengan aku. Kadang aku kasihan melihat dia. Bersendirian di rumah", Merah berkata-kata.


Aku serba-salah, tapi aku terpaksa. 

Cubalah korang semua bayangkan. Aku bukan sengaja nak tukar cermin mata aku tue, tapi dah terpaksa. Pening kepala aku nie bila dorang nie merajuk dengan aku. Adoi.


Hitam


Merah


Nota kaki: (mood) saja nak tayang cermin mata baru sebelum masuk sem baru. hahaha (gelak dengan riaknya). Cantik tak? Pendapat korang camner?

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, December 17, 2010

Nur Airis Adillah bt Mohd Faiz

:: Nur Airis Adillah bt Mohd Faiz ::

Indah sungguh namanya. Siapa dia? Pujaan Malaya? Macam lagu pula. Dia melihat dunia saat aku bergelumang dengan exam. Perasaan tidak sabar aku untuk meriba, mencium dan memeluknya waktu dia lahir ke dunia.

Akhirnya, impian aku terlaksana hari Rabu yang lalu. Teruja sangat-sangat. Dia nia anak kedua abang aku. Jom kita tengok gambar yang dicuri nie.. Ahaks.. =)






Amacam? Ada comel macam auntie dia tak? Huhu..


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Aku terlalu KECEWA

Lama kot kita tak berjumpa. Kenapa yer? Huh.. Aku tak tahu apa yang nak dikongsikan sebenarnya. Tapi yang nyata, aku sekarang berada di 'syurga dunia' (rumahku syurgaku). 

13 Disember 2010, hari terakhir aku menjawab exam. Kecewa? Aku tak tahu apa yang aku rasa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku belum pernah rasa kecewa yang membuatkan aku cuba untuk menghilangkan diri dari semua seperti sekarang ni. Apa yang aku buat? Aku cuba untuk tidak berhubung dengan sesiapa. Kenapa aku macam nie, aku sendiri tak tahu. 

Aku dah cuba yang terbaik untuk exam. Dua paper yang buat aku terlalu down; Financial Management II dan juga Applied Statistics. I'm learn from ZERO with anything in my mind about both of da paper, but apa yang terjadi pada hari kejadian, sangatlah mengecewakan. Sangat-sangat.

Mungkin untuk paper yang kedua (Applied Statistics) aku masih boleh menyembunyikan kekecewaan aku. Tapi untuk paper pertama, memang aku sedih sangat-sangat. Basah paper tue dengan air mata aku. Sepertinya aku tak pernah study, sedangkan aku dah berhempas-pulas memahami setiap apa yang aku pelajari. Tawakkal jalan terakhir aku untuk kedua-dua paper itu.

Tue pasal exam. Pasal yang lain pula. Biasa lah hidup di asrama. Hurm.. Aku masih bukan seorang sahabat yang cukup baik mungkin. Even aku dah cuba sedaya-upaya menjadi seorang SAHABAT, aku masih bukan sesiapa bagi sesiapa di sana. Kenapa kehidupan ini terlalu menyakitkan kadang-kadang? Oh, tuhan sedang menguji kekuatan aku sebagai hamba-Nya. Tapi, aku kadang tak terdaya menahan semuanya. Aku cuba berlagak bahagia dan seperti tiada apa-apa yang melanda, tapi aku manusia biasa.

Aku sangat berharap, pengajian aku tidak mengambil masa yang lebih dari yang dijangkakan. Moga-moga aku tamat pengajianku. Mungkin, aku bukan ditemukan bahagia di situ. Aku cuba redha dan pasrah. Teman yang ada akan aku kenang sampai bila-bila. Moga-moga semua bertemu bahagia.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, December 7, 2010

Bapak Pac Man

Salam tahun baru semua. Semoga tahun baru menceriakan dan menjanjikan keadaan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga hajat dan azam tahun lalu tercapai. Jangan letak azam yang terlalu tinggi setinggi langit sehingga tak bisa dicapai, tapi gantungkan azam di tempat yang mampu digapai. Bila tak berjaya, masih mampu diusaha.

Entri hari ini bukan mahu bercerita tentang tahun baru. Bukan tak mahu ambil kesempatan yang ada, tapi, kebanyakkan blog bercerita tentang tahun baru. Kita tukar sikit topik. =) Tak salahkan?

Baiklah. Saat ini, aku bersama teman-teman masih dengan hal masing-masing. Kehidupan di hostel, biasalah. Ada yang sedang menonton, ada yang study (maklumlah, exam tak habis lagi), ada yang duduk bercerita, tak kurang juga yang laju menaip. Hahaha.. Macam aku lah tue. Tujuan aku pulang awal ke hostel sebenarnya nak study untuk paper terakhir pada 13 Dis ini, Applied Statistic. Tapi malam nie macam malas sahaja nak buka buku. Tak tahulah kenapa. Esok pula cuti umum. Macam pelik dan janggal study cuti-cuti nie. Apa boleh buat, nasib badan.

Aku nak kongsi cerita pasal satu soalan yang ditanya oleh adik bongsu aku mengenai satu 'online game' suatu hari dulu.

"Kenapa kakak tak tahu main ni? Asyik kalah saja. Dulu akak tak belajar ke?"

Bayangkan, dia baru sahaja berusia 7 tahun. Setiap hari, dia pasti bermain 'online game'. Kami sekeluarga tak pasti dari mana dia pandai belajar search permainan tersebut. Macam-macam permainan, yang mana nama-nama permainan tersebut sempena cerita kartun yang dia tonton di televisyen.

Yang nak dikongsikan bersama anda semua adalah pertanyaan dia tue. Sangatlah advance sampai soalan sebegitu yang ditanya. Kalaulah aku boleh cakap kat dia macam nie,

"Wahai adikku. Zaman akak dulu manalah ayah mampu pasang internet. Dah tue, nak tekan keyboard nie pun punyalah cuak. Takut rosak. Kalau dapat main pun, mainan Pac Man jer dik oi."

Korang pun mesti penah main Pac Man kan? Bila diingat balik, zaman dah berubah. Kanak-kanak sekarang terlalu advance kalau nak dibandingkan zaman kita dulu. Kemajuan di hujung jari buat kita kadang tertinggal dengan yang ada di depan kita. Tanpa sedar kita ketinggalan.

Semoga kita sama-sama belajar. Kalau dulu Pac Man 'membesarkan' kita, kini 'Bapak Pac Man' bersepah merata-rata. =)


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, December 2, 2010

Zikir Kalam Teragung

Kala sejuk menggigit tulang,
Kala gigil menguasai tubuh,
Kala hitam selubung alam,
Kala sunyi peneman,
Kala purnama punca penerang.

Hitam yang mendatang,
Terbakar dek kerna patah kita,
Biar jadi abu selama,
Jangan dikenang, Jangan diulang,
Kelak binasa, merana, berdosa,
Punah segala yang lama telah terbina.

Teman hilang,
Bukan ke mana,
Ada, cuma kini bukan lagi sesiapa,
Kerna satu khilaf tak semena.

Difikir buat akal berpusing,
Diingat buat jiwa ditikam,
Dirindu hati jadi tak keruan,
Biarkan ia jadi sejarah hitam,
Tak mungkin nak dikenang,
Tapi jua jadi pengajaran.

Lidah yang tajam dari mata pedang,
Lukanya tak sembuh sampai jasad ke kuburan,
Darah air mata yang mengalir dari hati,
Sakit, ngilu, pedih,
Tiada ubat mampu merawat.

Alunan gemersik ayat suci,
Zikir kalam teragung,
Kurniaan Ilahi Yang Kekal Abadi,
Menyejuk hati sedingin salji,
Biar jadi peneman malam hening,
Biar kau tiada lagi kini di sisi.


Nota kaki: Aku hilang seorang yang selama ini ku jaga dengan sepenuh hati. Bukan apa, cuma satu katanya yang buat aku cukup rasa terhina. Sungguh tak disangka, kata-kata itu keluar dari mulutnya. Biar aku hilang dia selamanya, jangan aku hilang maruah yang lama ku jaga. Buat semua yang punya teman, buatlah silap sebanyak mana sekalipun. Hanya satu yang perlu dijaga, "kata-kata". Aku manusia tak sempurna, punya khilaf di mana-mana.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Entry Serabut

Aku sangat kekeringan idea. Tengok blog orang lain semua post entry baru. Kepala aku macam mengong jer kebelakangan ni. Kenapa? Adakah sebab exam yang soalannya memang saja nak mencari candidate yang bakal repeat paper? Tahap ketensionan yang terlampau tinggi bak gunung everest buat aku menggila. Eh, apa yang aku membebel nie. 

Wahai UUM tersayang. Kenapalah kau buat soalan paper Financial Management II cam nak bunuh orang? Tak cukup lagi ker beribu-ribu orang yang dah repeat paper tue? Nak tambah lagi ker? Ya Allah, hamba-Mu mohon semoga tergolong dalam golongan yang lulus dengan cemerlang. Amin..

Sebenarnya, aku ada lagi satu paper. Tapi gap yang jauh buat aku berfoya-foya sekarang nie. Ops, aku berfoya bersama keluarga ok. =) And, job baru yang aku pegang sekarang dan ikat kontrak selama setahun (wah, macam artis pula), jadi tutor math. Tadi, 1st time jumpa budak tue. Memang banyak yang perlu dilakukan untuk pastikan dia boleh skor SPM 2011. Semoga aku berjaya.

Entry kabut nie, aku tak tahu tujuannya. Yang aku tahu, aku nak luahkan apa yang aku buat selama aku berfoya-foya. Hahaha. Enjoy the pic ok.
































Done. Yang kat atas memula tue, pic makan malam dengan family kat steamboot. Memang teruk lah muka aku sebab alergi seafood. Tapi, aku bantai jer. 

Then, esoknya, aku keluar dengan boyfriend adik aku. Mencari buku untuk mengajar math. Huhu.Memang giler enjoy lah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...