Monday, March 31, 2014

Japanese Village dan Colmar Tropical

Asslamualaikum. Okay, aku nak sambung entri yang lepas. Malas nak bagi link, scroll sendiri kalau nak tengok. Lepas je siap pack segala barang, sumbat dalam kereta, tiba-tiba pakcik aku datang kat kereta aku dan ajak naik Bukit Tinggi sebab alang-alang konvoi. Kami pun follow je.

Ohmai, aku rasa nak muntah naik situ. Jalan bengkang-bengkok. Sampai je jalan masuk tu, pelik sebab macam jammed. Mula-mula sebab rasa ramai orang nak bercuti, rupa-rupanya ada tol lah pula. Dewasa satu kepala RM12. Darwish free.

Cerita bermula di Japanese Village. Erk, aku seriously bengap sebab bawa naik stroller. Tidaklah aku tahu kat atas tu semuanya tangga. (T︵T) Aku laki bini dapat naik sampai port ikan koi. Penat sebab mengangkut stroller. 



Lepas tu, aku, encik suami dengan Darwish turun semula dan tunggu yang lain kat tempat parking kereta. Encik suami ada cakap, lain kali, kita datang sini lagi ye bila Darwih dah besar sikit. Aku dengar angguk je lah. Huhu.

Bila semua dah turun, satu lagi destinasi kami terjah, Colmar Tropical. Dari Japanese Village, on the way ke Colmar Tropical ni, Darwish bantai mentido. Dah kami laki bini risau sebab fikir nak kena bawa stroller. Macam nightmare pula. Tapi tempat tu mesra stroller, alhamdulillah.


Tidaklah besar mana tempat ni rupanya. Aku ingat besar sangat. Jalan-jalan sekitar tempat tu, ambil gambar, tengok ada persembahan tarian, then balik. 


Walaupun sekejap dan sangat penat, rasa sangat enjoy dan happy dapat luangkan masa dengan keluarga. Yang peliknya, tak teringat langsung nak ambil gambar beramai-ramai. 


Time ni tak ada monopod lagi. Kau ambil gambar aku, aku ambil gambar kau. Gitu. Last tu, minta orang tolong ambilkan gambar bertiga.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, March 27, 2014

Tempat Bercuti Keluarga dengan Anak Kecil di Pahang

Assalamualaikum semua. Cuaca sekarang yang tak menentu ni menyebabkan antibodi ramai orang tak cukup kuat. Kadang tu senang demam, batuk dan selsema. So, korang sila jaga kesihatan ye. Banyakkan minum air masak dan kalau boleh kurangkan aktiviti di luar rumah. Kat sinipun kadang jerebu.

Ini cerita basi yang baru nak dikongsi. Baru ada masa nak update blog. Macam yang telah dirancangkan oleh mak ayah aku, kali ni, percutian keluarga besar telah diadakan di Pahang. Dulu, masa aku kecil, dulu lah, masa tu aku pun belum baligh lagi, pernah kami bercuti di Port Dickson. Tapi, tak pun kami mandi kat pantai tu. Kata je bercuti di PD, tapi mandi air kolam yang ada kat rumah banglo yang kami sewa. Pffft ! Nasib baik masa tu aku kecil lagi, so tak banyak bunyi. Kali ni bila mak ayah aku rancang percutian yang lebih kurang sama, abang aku dah bunyi, "mandi kat mana? Jangan cakap bercuti kat sungai, tapi mandi kat kolam renang rumah banglo tempat menginap..." Hahaha. Masih terang-benderang peristiwa tu melekat kat otak abang aku. =.='


So far, semuanya menyeronokkan. Kami bercuti di Janda Baik. Lebih spesifik di Kuala Lurau Camp Chalet (KLCC), Janda Baik, Pahang. Kau jangan ingat KLCC ada kat Kuala Lumpur je. Pahang pun tak nak kalah. Ayah aku dah siap book chalet. Lelaki yang gagah semua tidur dalam khemah. Serius dah macam camping. Teringat nostalgia masa sekolah. Memang adik-beradik lelaki aku termasuk encik suami tidur berkampung dalam khemah. Sejuk tak hengat! Pagi-pagi bangun tidur masing-masing bersweater, bibir biru pucat. Hahaha. Sunga ni cetek je. Dengan ketinggian aku sebanyak 157cm, ia berada di paras peha. Anak-anak buah aku mandi dengan riangnya.


Semua chalet kat kem tu ayah aku sapu bersih. Harga aku tak tahu, sebab belum tanya, ayah aku dah cakap awal-awal, "kalau tanya hulur duit takpe". Maka, semua tidur secara percuma. Tuan besar yang bayar. Kat kem chalet ni bagi aku semua kemudahan cukup. Ada kantin (ruang makan, siap dapur, tempat membakar), tandas dalam setiap chalet, tandas di luar chalet, ruang solat yang sangat luas dan paling penting, tempat parking kereta pun tak susah. Depan chalet pun boleh. Kawasan pun besar untuk aktiviti lain macam budak-budak lelaki buat. Encik suami pun tak terkecuali.



Kami tidur satu malam je. Aktiviti malam biasalah, BBQ. Makanan untuk bakar membakar ni masing-masing bawa sorang sikit. Encik suami yang gila kambing ni sponsor 33 keping daging kambing siap, tinggal nak kena bakar je. 


Esok paginya aktiviti bebas. Kalau dah aktiviti bebas, ramailah yang terjun sungai. Memang best sekali-sekala riadah ramai-ramai macam ni. 


Habis je bercuti kat KLCC ni, ada lagi tempat yang kami terjah semasa on the way nk balik. Nak tahu ke mana? Nantikan di episod akan datang. Tungguuuu . . .



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, March 20, 2014

Free Make Over by Mary Kay

Assalamualaikum semua. Kalau entry lepas kita masuk kelas fisioterapi bersama Darwish, entry kali ni kita masuk kelas lagi, tapi kelas kecantikan bersama mama Darwish. Teruja tak, teruja tak? Dah macam kanak-kanak rebina pula aku rasa karangan aku.

Actually, ini semua berlaku tak dirancang. Aku bukan jenis manusia pergi sedekah duit buat facial. Seriously, masa nak kawin dulu pun (macam dah lama sangat pula aku kawin), aku pergi spa tapi tolak rawatan facial. Aku macam tak berapa nak percaya tadah muka untuk facial, takut ada kesan sampingan. Walaupun muka aku ni bukanlah artis sangat, tapi baik beringat sebelum kena dan juga mencegah labih baik dari mengubati. Gitu ye kelas pepatah kita hari ni. (>_<)

Kebetulan, kawan aku ni nak pinjam muka aku katanya. Kawan dari kecil, so tolong apa salahnya. So, aku percayalah kat dia, konon mengubah aku menjadi lebih jelita. Puii! Aku buat make over ni tak berseorangan. Macam biasa, dengan geng suri rumah, Umi. Ini gambar konon-konon muka suci bersih tanpa secalit bedak. Tukang ajar yang paling comel tu, tudung biru. Darwish pun sibuk terselit sama kat tengah-tengah. Saja nak bagitau, aku ambil gambar tu guna monopod. Batak sikitlah sebab first time guna.


Sampai je, isi borang macam jenis kulit, produk apa yang dipakai bla bla bla. Lepas tu, bermulalah sesi make over. Semuanya natural sahaja sebab kalau nak keluar gi mana-mana mudah dipraktikkan. Dah jadi mama ni, kalau boleh semua nak yang paling ringkas tapi meletop. (o_o")


Sebenarnya kejap je sesi make over ni. Jadi lama sebab layan anak, layan borak. Kohkohkoh. Ni gambar lepas make over. Comel tak kak ton? Lol! Just nice, sweet and simple. Nasib baik encik suami balik lewat semalam, kalau tak... 


Dahlah make over free, dapat pula gift. Comel je beg kecil ni. Dalam tu macam biasa haruslah ada kad nama. Selain tu dapat juga trial blusher dengan lipstik. Aku ni alergi dengan lipstik. Kalau pakai mesti naik bintik-bintik kat bibir. Tapi semalam guna, tengok hari ni macam okay je bibir. Mungkin ada jodoh dengan lipstik mary kay mana tahu. Hihi.


Kalau korang nak try skincare dengan make up free kat tempat korang, cuba try contact sini :

Nur Hidayah bt Misnan (Beauty Consultant)
Nombor talifon: 017-653 6779
E-mail: nurhidayahmisnan@yahoo.com
Facebook: Mary kay-HM
Instagram: Marykayhm



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, March 19, 2014

P & P : Fisioterapi

*P & P = Pengajaran dan pembelajaran

Assalamualaikum semua. Moh kita teruskan sesi belajar. Masuk ke kelas lah pula kita ye. Kelas bersama Darwish. Gitu.



Macam biasa, setiap bulan, Darwish akan ke HUKM untuk sesi fisioterapi. Dan setiap 4 bulan, ada appointment pakar. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. 

Apa yang Darwish buat semasa fisioterapi berlangsung?

Darwish dipantau oleh seorang ahli fisioterapi bernama Diyana. Cantik manis, murah dengan senyuman dan sentiasa bertenaga walaupun jam dah pukul 5 petang. Bukan nak cerita pasal Diyana ni, tu mukaddimah je. Panjang gila mukaddimah aku. Huhu.



Darwish start fisioterapi dari dia sebulan. So sekarang ni dia dah 5 bulan lebih, maka dah 5 kali jugalah dia berada kat kelas fisioterapi tu. Untuk pengetahuan korang, kalau nak tahulah, setiap sesi dijalankan selama sejam kebiasaannya. Kalau nak ambil sesi extra pun boleh. Momantai. Asalkan korang rajin book appointment dan boleh lari dari kesibukkan kerja pada bila-bila masa. 

Dalam setiap sesi fisioterapi yang dibuat, biasanya Darwish akan buat `latihan senaman` meregangkan segala otot dan juga melakukan aktiviti in advance sebulan. Maksudnya, masa dia umur 4 bulan, dia dah dikenalkan dengan perkara yang budak 5 bulan biasa buat. Bagus juga, cuma kadang menangislah dia. Haha.

TAPI . . .



Masa kali pertama, kedua, ketiga dan keempat, memang Darwish sukaaaaaa tidur bila masuk je kelas fisioterapi. Lama pula tu. Nak kejut tak sampai hati. Pffft.

Dan bila kali kelima, on the way ke HUKM je, aku bagi Darwish tidur dalam kereta. Memang bila sampai dalam kelas tu pun dia bantai mentido, tapi tak lama sangat, dia dah bangun. Masalahnya, gini pula rupa dia bila suruh buat aktiviti. Alahai anak.





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, March 13, 2014

Barang Baby di SACC

Assalamualaikum. Kononnya hari tu lepas dapat hadiah hari lahir dari encik suami, berazam tinggi nak update blog. Tapi entah kenapa masih ke laut mood ni. Pe pun, sebelum mulakan entry ni, marilah kita sama-sama berdoa semoga mh370 ditemui.

Kenapa SACC? Rumah aku dengan SACC ni tak adalah jauh sangat. Lebih kurang 15 minit macam tu. Selalu pergi pun taklah juga. Kadang-kadang kalau rasa perlu ke, rasa mengidam teringin nak makan laksa kat only mee, memang akan terjah. Terliur pulak teringat laksa only mee. Slurpp!

Jumaat lepas, ada expo baby kat SACC. Bukan SACC Mall ye. Niat hati nak terjah juga, tapi niat tinggal niat gitu je. Dan kebetulannya, Jumaat malam tu nak balik rumah mertua, alang-alang singgah kejap nak cari playing mat untuk si bujang Darwish ni. Dia dah pandai meniarap. Tilam dia tak cukup besar nak tampung kelebaran badan dia. (>_<)

Dulu pernah juga survey playing mat dekat jusco. Range harga dalam RM80 ke atas. Mahal, tapi nipis. Encik suami tak berkenan sangat. Dia kalau boleh nak tebal macam kat unit fisio HUKM tempat Darwish fisio tu. Kau tahu harga dia berapa? Paling murah RM700! Terus aku cakap, alang-alang tu kenapa tak terus je beli mat macam kat tempat latihan karate abah tu? Lagi tebal. (=__=‘)


Time aku pergi ni, orang tak ramai lagi kat tempat expo ni. Bawa Darwish pun tak guna stroller. Takut semak. So, dukung je. Tapi, bukan aku yang dukung. Gambar tak ada, sebab nak cepat. Pusing-pusing, baju banyak macam biasa. Then, ada promosi breastpump jenama Maxi-mum. Sebiji macam aku punya. Belum review lagi. Tunggu rajin. Pastu, mamy poko pun buat sale half price. Last-last jumpa playing mat kat belah belakang. Okay juga harga dia. Ada dua jenis, 1 side or 2 side. Harga pun beza dalam RM20 - RM30 camtu. Then ada jenis yang lipat, ads jenis yang gulung. Akhirnya decide ambil yang 1 side, yang gulung. Harga RM79. Tebal dalam 1cm gitu. Puas hati. Tengok gambar bawah ni untuk ketebalan mat.


Semalam pula, pergi SACC Mall dengan Umi. Dia nak cari blanket untuk bakal adik Dhia. Dhia tak ikut, sebab nanti ibu dia tak boleh nak shopping dengan aman. Hahaha. Mula-mula dia ajak gi Marissa Shop kot nama dia kat seksyen 20, tapi tutup. Aku teringatlah kat SACC pun ada kedai barang bby, so terjah lah. Aku cuma beli stokin dengan mainan Darwish je. Tambah koleksi. Dia dah macam bosan dengan mainan lama dia. Aku rasa mama dia yang bosan. Lol! Kalau korang nak terjah, kat tingkat 2 SACC Mall ada Anakku, Poney, apa lagi aku tak ingat. Adalah 4-5 kedai. Banyak duit sedaplah memborong. Kalau macam aku ni, cuci mata je.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, March 4, 2014

Review : Asus Padfone 2

Assalamualaikum semua. Nampak macam semangat kembali pulih untuk update blog. Kau nak tahu kenapa, kejap lagi aku cerita. 

Entry sebelum ni, kau dah tengok teaser konon kat SINI kan masa entry birthday aku. So, kali ni aku nak buat review sikit apa yang encik suami bagi time birthday aku hari tu. Tapi, seriously aku memang sangat-sangat noob pasal benda-benda camni. Kurang ilmu sikit. Lagipun, aku belek benda alah ni tak sampai seminggu lagi, ni yang mampu aku kongsi.

Encik suami bagi hadiah gadget Asus Padfone 2. Memula aku tengok kotak tu, aku ingat lingerie kau (o_o" ). Nak pula time tu Darwish macam excited nampak mama dia pegang kotak tu. Mengada lain beno rupanya. Tapi, kotak tu aku rasa berat semacam. Takkan lingerie 20 pasang pula. Kohkohkoh.

Dah, melampau punya imaginasi. Moh aku buat review sikit setakat yang aku guna. Review ni memang tak details langsung sebab aku tak pandai nak review segala. Yang aku nak cerita, takat cetek pengetahuan aku je lah pasal gadget. Gambar aku banyak ambil dekat google.



Ini set gadget yang aku dapat. Sebiji macam ni, set warna putih. Atas sekali tu padfone namanya, rupa macam handphone android biasalah yang majoriti orang guna. Yang bawah padfone tu, padfone station. Rupa dia sama tapi tak serupa macam tablet lain. Nanti aku bagitahu apa yang lainnya. Yang bawah sekali tu, kotak dialah. Segala mak nenek charger, cabel etc dia bekalkan macam biasa kalau kau beli gadget.



Moh le kita mulakan cerita dengan padfone. Rupa padfone tu macam gambar kat atas ni. Macam cantik je macam comel je kan. Bagi aku yang tak banyak install application macam-macam, padfone ni memang dah bagus sangat sebab tak jammed kalau notification sms, whatsapp, instagram hatta telegram masuk sekali gus. Yang ni memang best gila bagi aku. 



Part paling penting bagi aku adalah kamera. Sangat penting sebab nak ambil gambar anak banyak-banyak. Tapi, kalau banyak je, gambar tak cantik tak guna juga kan. Padfone ni tak mengecewakan aku. 13 mega pixel, bagi aku yang ambil gambar secara suka-suka ni, dah cukup memuaskan hati malahan mampu membuatkan orang muntah hijau sebab aku asyik upload gambar darwish je. Padfone ni pun ada kamera depan, so tak jadi masalah kalau nak selfie. Kohkohkoh.



Storage pun bapak besar bagi aku sebab dapat 32GB. Tak memerlukan sd card atau memory card bagai. Aku jadi seriau bila dengar sd card ni sebab hp lama aku jammed punca utamanya tak detect sd card. Menyampah aku bila buka fb part gambar cuma dapat tengok kotak kelabu. Aku harap, padfone yang hanya menggunakan internal storage ni mampu membuatkan segala gambar cantik dan berwarna-warni.

Okay, part padfone aku dah review sikit ikut dan mana yang aku tahu. Sekarang aku nak review plak pasal padfone station yang awal-awal tadi aku cakap sama tapi tak serupa macam tablet. Masa mula-mula dapat hadiah ni, teruja gila dapat tablet tapi bila belek-belek, aku macam, "kena tunggu laki aku ni. Kang rosak pula benda alah ni aku godek". Kampung gila aku rasa bila tengok padfone station ni tak macam tablet adik aku yang selalu aku bantai guna buat main candy crush.



Kenapa aku tak pandai guna padfone station ni masa mula-mula dapat?

Macam gambar kat atas ni, nampak rupa dia macam tablet biasa je kan. Mula-mula dapat tu, aku pun fikir gitu. Siap charge segala, tapi bila tekan button on, benda alah ni tak hidup pun. Dah kenapa pula. Sebabnya ... 



1. Belakang padfone station ni ada part yang kosong tak macam tablet biasa. Haruslah aku rasa macam pelik bila tengok tablet macam ni. Macam noob gila aku mula-mula tengok. (T︵T)
2. Padfone station WAJIB digunakan bersama-sama dengan padfone. Macam pelik memula aku rasa bila nak guna padfone station ni, aku kena slotkan padfone kat belakang dia. Mula-mula aku gelak juga, lama-lama rasa macam, smart juga. Hihi.

Aku rasa, itu je review yang aku pandai nak share. Part audio video segala, bagi aku okay saja sebab aku bukan gamer tegar. Bagi aku, yang paling ohsem sekarang ni aku boleh update blog dengan senang menggunakan padfone station ni tanpa perlu stay duduk kat satu tempat je macam sebelum ni masa aku guna laptop. Encik suami pun bagi dorongan untuk aku rajin update blog, sebab tu dia bagi padfone station. Terima kasih abang. Harapnya aku makin rajin dan bukan hanya harapan tinggal harapan. Hahaha.

Bagi aku, satu je kelemahan benda alah ni. Tak mungkin dapat menggunakan padfone station tanpa ada padfone. Gitu.

Untuk review yang lebih details pasal spesifikasi Asus Padfone 2 ni, boleh klik SINI dan SINI.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, March 1, 2014

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum semua. Rindu aku tak? Nampak sangat tak rindu pun sebab blog aku sepi je takde orang datang singgah. Sedih! Aku ni lama sangat duduk diam berhibenate sebab nak tambah umur gamaknya. Lol.

Selamat hari lahir buat diri aku,
Semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan,
Semoga aku menjadi hamba-Nya yang solehah,
Semoga aku mampu menjadi anak yang berbakti kepada kedua orang tuaku,
Semoga aku menjadi isteri yang terbaik buat suamiku,
Semoga aku dapat menjadi mama kebanggaan anak-anakku,
Semoga aku menjadi individu yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Tahun ni, memang aku tak teruja sebab aku tak ingat tarikh. On that day, tak seperti tahun-tahun sebelm ni yang mana aku mesti sibuk kira tarikh, konon-konon nanti ada orang buat surprise ke, bagi hadiah ke, serius macam tak sabarnya nak tunggu hari lahir datang. Macam budak-budak sangat. Mungkinkah sebab tahun ni dah jadi mak budak, so langsung tak teruja pun aku tak tahu. 

Tapi, di pagi hari 26 Februari 2014, buka mata, aku tengok encik suami pandang tenung aku lain macam. Aku dah pelik, dah kenapa laki aku ni. Tiba-tiba dia senyum, "selamat hari jadi ayang". Comel pula aku rasa pagi-pagi camtu. Lepas tu, bila encik suami nak ke kereta, dia cakap pula, "Darwish, cakap kat mama, selamat hari jadi mama", sambil pegang tangan Darwish. Aku rasa macam sebak sangat masa tu. Syahdu menusuk jiwa.

Lepas tu, malam tu encik suami balik lewat. Memang tak lah nak celebrate bagai. Tapi, ucapan tu cukup buat hati rasa berbunga. Kononnya sedapkan hati. Lol. Esoknya, pagi-pagi sebelum encik suami ke kereta, tiba-tiba masuk bilik semula. Biasanya kalau macam tu ada benda tertinggal. Tapi rupa-rupanya...

Ni teaser namanya ...



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...