Thursday, June 20, 2013

Macam mana nak pregnant?

Assalamualaikum

Tajuk bukan main 18sx. AMARAN: Ini entry untuk mereka yang sudah berumah tangga dan boleh melakukan hubungan kelamin secara sah dan halal sahaja!

Untuk pengetahuan korang, aku bukanlah dalam golongan yang super subur, tuptup kahwin, bulan depan dah bunting pelamin. Aku golongan biasa-biasa yang berusaha juga pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat dan alhamdulillah, aku disahkan mengandung setelah usia perkahwinan kami plus minus 6 bulan. Siap ada matematik gitu. Kata nak anak pandai. = . ='

Straight to the point. Antara usaha yang aku buat untuk pregnant anak pertama kami:


Haruslah bersama suami. Apakah?

Point 'bersama' kat sini adalah usaha dari kedua belah pihak. Kalau kau sorang je bersusah-payah, kau hengat boleh? Suami isteri kena sama-sama usahakan apa yang mereka nak. Bila berusaha sama-sama, orang cakap apa pun pasal korang, korang boleh releks je. Biasanya husband lebih cool dari wife. Sebab yang selalu sentap dengan soalan "dah ada isi ke belum?"adalah wife macam aku? Pffftt ! Macam yang aku pernah cerita kat SINI. So, husband lah yang akan bagi ubat penenang. :)


Jaga solat

Aku bukan manusia maksum. Terlajak subuh gajah dan terlepas waktu solat (lalai sebab borak, shopping, tidur dan macam-macam; ah alasan !) kadang-kadang terjadi juga kat aku. Tapi, aku selalu ingatkan diri aku sendiri, kalau dah Allah pun aku tak takut, apa yang perlu aku takut? Lepas tu, aku akan rasa bersalah sangat. Muhasabah diri balik. InsyaAllah, bila kita jaga solat, Allah jaga kita. Sebab solat sahaja satu-satunya perkara yang buat kita dekat dengan Allah tanpa gangguan orang lain. Waktu solat sahaja kita akan dengan Allah. Alhamdulillah, dengan usaha menambah solat Dhuha, solat hajat dan solat taubat, Allah bagi kami 'rezeki' ini. Hati pun lebih tenang tak lah selalu sentap-sentap.


Kenali waktu subur anda

Part ni aku tak tahu nak terang camne. Korang boleh google sendiri cara-cara nak tahu waktu subur korang. Kalau kau bantai hari-hari pun, tapi timing tak kena, payah gak. Oleh itu, silalah menelaah ilmu bab kesuburan ni. InsyaAllah, ada rezeki pada waktu dan tempat yang betul. Hihi.


Kawal emosi

Part emosi ni kena kawal. Jangan stress. Kalau stress, memang susah nak lekat. Tu yang aku banyak baca lah dari blog yang lain. Emosi ni sangat mempengaruhi hidup kita. Once kita happy, hormon yang elok akan dirembeskan. Dah jadi cikgu pulak aku ajar subjek biologi. Macam tulah sebaliknya. So, sentiasa lah happy dan cool selalu.


Jaga pemakanan dan kesihatan

Bab ni kadang susah sikit. Biasa lah, yang sedap tu lah yang kita bantai ye dak? Kau hengat senang nak elak dari makan jambu batu sejuk yang mak cik tepi jalan depan sekolah jual masa kau tengah tunggu adik kau habis sekolah? Kau hengat senang nak biar saja buah nanas sejuk terhidang atas meja makan yang mak kau potong? Cicah kicap pun sedap ! Kau hengat senang nak elak minum air kelapa sejuk masa kau jalan-jalan beli makanan kat pasar malam? Memang susah. Tapi, itulah pengorbanan. Nak dapatkan sesuatu kenalah korbankan sesuatu ye dak. Makanan-makanan yang orang cakap tajam macam tu aku elak sehabis mungkin. Macam aku, kebetulan, time before pregnant tu kat rumah aku ada lambakan kurma, kismis dan juga air zam-zam. Memang hari-hari aku makan dan minum lepas selawat dan juga doa pendek sikit mohon rezeki anak.

Makanlah makanan yang berkhasiat. Buah dan sayur jangan tinggal kalau boleh. Malas bersenam macam aku, rajin-rajinlah sikit wat kerja rumah. Alah, menyapu sampah je pun dah boleh keluar peluh. Idok le aku suruh kome bersenam macam nak kuruskan badan tu. Asal sihat dah okay.

Nak tambah sikit based on pengalaman aku. Adakah ini juga promosi namanya? Apa-apa jelah.

Nak dijadikan cerita, aku ada cyst kecil. Sebenarnya aku tak tahu pun aku ada benda alah ni sampailah aku gi scan. Patutlah aku senggugut teruk tiap kali nak period. Sebelum pregnant, aku buat sikit research untuk macam-macam produk sampailah aku hampir bersetuju nak beli PB set yang korset tu untuk lancarkan peredaran darah. Bila darah lancar, baru senang nak pregnant. Itu salah satu teori yang aku pakai hasil research aku. TEORI AKU FAHAM ! Harga memang oh mak kau lah tapi demi kesihatan dan zuriat aku bertabah cakap kat encik suami. Dia macam biasa dengan respon selambe, "tunggu dulu ye sayang. Ada rezeki, insyaAllah". Boleh? Tapi serius, PB memang bagus sebab cousin aku guna. Dia mampu, aku nan hado. Sobsobsob.

Makanya, aku kaji produk-produk lain antaranya lumiglow dan shaklee. Aku bagitahu sebab hasil research aku ye. Tak ada niat buat perbandingan atau apa. Tapi serius, semua produk ni sangat bagus. Sebab ada antara produk-produk ni kawan-kawan dan juga saudara aku guna dan berkesan. Cumanya, rezeki untuk aku beli tu tak sampai bila aku sampaikan hajat kat encik suami. Maka, bertabahlah aku buat kajian lagi dan akhirnya, encik suami setuju aku makan produk kesihatan SNE Marketing.

Seriously, ia sangat berkesan dekat aku. Aku bukan orang yang senang-senang nak cuba produk or rekemen kat orang kalau aku tak yakin. Tapi, bagi aku, produk ni sangat berkesan dekat aku dengan izin Allah. Paling menggembirakan, lepas aku makan dalam 3 kotak SNE Capsule dan sekotak Beutskin selama 2 bulan berterusan, bulan ketiga aku makan, aku disahkan hamil. Alhamdulillah. Selepas aku hamil 3 bulan, aku pergi scan semula, cyst aku hilang. Alahan seafood yang aku ada sejak dulu alhamdulillah, memang dah kurang sangat-sangat. Kalau korang nak tanya details pasal produk ni, boleh email aku. Aku pun dah jadi stokis untuk produk ni. InsyaAllah tak ada kesan sampingan. Tapi, ini BUKAN UBAT, ini SUPPLEMENT atau MAKANAN TAMBAHAN. Kesannya adalah berbeza untuk setiap orang.


Ini email aku:
ieza26_ashaari@yahoo.com


Ini satu set yang aku makan sebelum pregnant. Lepas aku pregnant, aku just continue SNE capsule (kotak gold) dan juga Excel tea tu sampai sekarang. Para suami pun elok makan set ni sebab yang bermasalah kadang bukan sahaja isteri, tetapi juga suami.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, June 6, 2013

Peringkat Kehamilan | Trimester Pertama

Assalamualaikum

Alhamdulillah, perut semakin membesar dengan baik dan kandungan sihat. Rasa macam tak percaya bila tengok perut besar tak seperti hari-hari 25 tahun yang dilalui dulu. Syukur alhamdulillah. Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu perasaan ni.

Perkongsian hari ni, sekadar untuk kenangan dan juga mungkin boleh menjadi panduan buat bakal-bakal mama kat luar sana. Ikutkan ilmu aku ni, tak lah banyak mana. Semua yang aku nak kongsi untuk peringkat kehamilan trimester pertama ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. So, sila jangan komen DAH KENAPA AKU TAK RASA MACAM YANG KAU RASA? SEBABNYA kau adalah kau dan aku adalah aku, kita TAK SAMA. SILA TAKE NOTE ! Sila baca dan faham. Hahaha.

Aku dah pernah cerita macam mana aku boleh tahu aku pregnant. Kat SINI. Sepanjang trimester pertama ni, Allah je yang tahu apa yang aku rasa. Aku boleh dikategorikan mommy to be yang menghadapi morning sickness yang teruk. Bukan setakat morning je, afternoon, evening, night semua cukup pakej. Memang sangat-sangat menguji kesabaran dan juga tahap kestabilan emosi aku. 

Antara gajah gejala yang aku hadapi sepanjang tempoh trimester pertama:


Emosi kurang stabil

Aku rasa bukan kurang stabil lagi dah, tapi tak stabil langsung. Entah kenapa, sikit-sikit cepat sangat nak menangis. Baring, nak tidur, encik suami tak cakap i love you je dah sentap nangis-nangis sampai 2-3 pagi lepas tu pagi-pagi encik suami nak pergi kerja tarik muka masam. Nasib badan pulak dapat suami tak cukup romantik, salam-salam terus blah pergi kerja. Sabar je lah.


Muntah-muntah dan loya sepanjang masa

Tahap muntah yang melampau. Makan apa je semua akan keluar balik. Yang bezanya, banyak atau sikit. Tapi paling jelas, makanan yang aku langsung tak boleh nak telan adalah NASI, makanan berunsurkan COKLAT, IKAN GORENG (rasa hanyir kat tekak) dan AIR KOSONG kat rumah mak aku ni. Pelik sangat. Nasi memang totally tekak aku tolak semua balik sampai aku pregnant 4 bulan. Kau bayangkan aku yang kurus ni bertambah kurus sebab tak dapat makan nasi. Kalah orang berdiet. Makanya, makanan alternatif yang aku makan adalah roti, mee, biskut dan seangkatan dengannya. Air kosong kat rumah mak aku ni rasa payau je bila aku minum. Tapi yang peliknya, bila balik rumah mertua aku, okay je aku bantai minum banyak-banyak.  

So, aku sarankan, bagi mommy to be yang macam aku ni, silalah bersedia duit lebih dari biasa untuk keperluan anda membeli bekalan makanan selain dari nasi. Nampak macam murah je biskut dengan roti, tapi kalau dah terpaksa menjadi makanan ruji selama 3-4 bulan, pastinya kos meningkat sebab kita orang Malaysia, kenyang makan nasi. Bila makan benda lain, susah nak kenyang.


Perut banyak angin

Part ni aku tak tahu nak tolong macam mana sebab bila dah asyik muntah, confirm perut kosong dan senang masuk angin. Memula, solution aku pergi jumpa doktor minta ubat. Doktor bagi ubat besar gaban warna hitam nama dia CHARCOAL. Cer korang gi search kat google, gambar apa yang keluar. ARANG beb, arang. Memang hitam lidah bila makan ubat ni. Makan pula kena dua biji, sampai tersekat-sekat kat kerongkong aku. Pergh! Kalau diingat balik, memang tragis. Aku makan pun sebab kena paksa dengan encik suami bila dia pegang perut aku dan dia dengar ada angin kat perut. 




Waktu tidur yang puftt !

Waktu tidur yang tak menentu. Memang tak terjangka beb. Kadang pagi-pagi aku tengah basuh pinggan kat dapur, boleh pula ngantuk tahap dewa. Mengantuk yang tak boleh ditahan-tahan. Mesti kena masuk bilik dan tidur. WAJIB ! Kalau tak, aku boleh jatuh kat dapur tu semata-mata sebab tertidur. Adakah itu normal atau aku saja yang rasa simptom macam tu, aku tak tahu. Wallahua'lam.

Aku rasa, itu antara tanda yang paling ketara yang terjadi kat aku sepanjang tempoh trimester pertama. Semua orang berbeza simptomnya. Dan paling tak boleh blah bila encik suami aku boleh buat ayat, "ayang, tu semua psikologi je !". Memang menusuk jiwa beb dia cakap macam tu. Sebabnya, dia tak rasa apa yang aku rasa, begitu juga orang lain, tak rasa apa yang aku rasa. 

Bagi mereka-mereka especially mak aku, nenek aku dan mak mertua aku yang mengalami mabuk teruk macam aku, dorang sangat memberi sokongan. Dengan sokongan-sokongan ni lah aku boleh bertahan dan kuat walaupun sebenarnya dah tak kuat nak bangun dari katil dan muntah lagi, dan lagi sampaikan kadang tak sempat nak sampai ke sinki, muntah dah tersembur. Yakss.


Tip untuk mengharungi trimester pertama :

1. Jangan biar perut lapar baru nak cari makanan. Kena paksa diri, jangan manja diri (ayat dah macam kata-kata motivasi masa nak ambil SPM)

2. Trimester pertama adalah tempoh untuk menelan asid folik. Makanya, kena telan juga walaupun dah tak lalu nak telan hari-hari. Sila jangan degil. Ingatlah kandungan anda.

3. Banyakkan makan buah dan sayur. Kenapa? Bila perut kosong, kalau tiba-tiba terasa nak membuang, confirm sembelit beb. So, kalau nak elak sakit sembelit pula membelenggu diri anda, makanlah buah dan sayur. Aku banyak makan buah epal, pir dan juga kurma. Dan aku sangat ELAKKAN dari makan buah jambu batu, nanas dan juga betik. Orang cakap tak elok, so aku elakkan. Tambah juga makan kismis setiap hari.

4. Minum air suam banyak-banyak. Tip aku UNTUK HILANGKAN ANGIN DALAM PERUT adalah dengan minum air halia suam yang dibuat sendiri. Sangat berkesan. Encik suami pun suka minum. Yang tak pregnant pun elok minum untuk buang angin.

Yang lain-lain dah tak berapa nak ingat. Kenalah rajin-rajin search kalau nak tahu lebih banyak maklumat. Next entry, aku nak kongsi apa yang aku lakukan untuk pregnant. Cis, dah macam 18sx pulak. Doakan semuanya baik-baik sahaja.


Ni scan masa baby dah tiga bulan


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...