Sunday, October 31, 2010

Peringatan atau satu kebetulan

Sebenarnya, entri nie aku dah post dalam blog 100penulis untuk first entry aku sebagai editor di blog tue suatu ketika dulu. Aku ingin kongsikannya bersama blogger lain di blog aku sendiri. bukan apa, aku asyik teringat saja dengan kisah nie yang mana buat aku tak keruan kalau tak balik rumah bila tiba hujung minggu. Kisah ini membuat aku akan mencuri peluang untuk balik ke rumah, walaupun hanya untuk beberapa jam.

Setiap manusia lahir ke dunia punya dua manusia yang sangat berjasa pada kita. Ayah dan bonda. Ada satu cerita benar yang berlaku pada diri aku minggu lepas yang aku ingin kongsi bersama. Mungkinkah hanya satu peringatan atau hanya satu kebetulan yang tiada apa-apa makna.

Cerita bermula apabila pagi itu aku bangun lambat. Dalam jam 9 pagi. Kebetulan pagi jumaat itu, aku tak ada kelas. Lagipun, empat malam sebelumnya sudah berturut-turut aku tidur pukul empat atau lima pagi. Nak dijadikan cerita, hari itu aku ada discussion dengan group business communication untuk presentation meeting executive petang tu. Bila aku bersiap, aku keluar bilik, aku tengok ada kawan-kawan lain masuk bilik masing-masing bawa sehelai kertas. Aku tanya, kertas apa. Astaghfirullah, aku terlupa sangat-sangat pagi tue pendaftaran subjek untuk semester depan dah dibuka.

Terus aku turun ke lab untuk buat pendaftaran seperti kawan yang lain sampai aku terlupa tujuan sebenar aku bersiap pagi tu. Tengah khusyuk pilih subjek, handphone aku berdering.

~~ satu jam saja ku telah bisa cintai kamu.. kamu.. kamu.. di hatiku, 
namun bagi ku melupakanmu butuh waktuku seumur hidupku... ~~


Alamak, budak group call. Aku pun ajak lah dia daftar subjek juga. Nasib baik dia belum daftar. Last-last kami jumpa di lab, then discuss sikit. Dan selebihnya, petang itu selepas solat jumaat di kelas sebelum presentation.


Kisah sebenar bermula di sini sebenarnya. Habis mendaftar, aku keluar dari lab untuk pulang semula ke bilik. Tiba-tiba, handphone aku berdering lagi. Keluar nombor 012389**** yang aku tak kenal. Aku angkat seperti biasa. Mendengar suara di balik panggilan yang diterima, serta-merta wajahku berubah. Jantungku berdegup kencang. Hampir jatuh jantung aku rasa saat itu. Air mata aku bergenang. Hangat sungguh mata aku rasa waktu itu.


Suara di balik sana hanya ungkap satu perkataan yang aku faham yang betul-betul mengusik jiwa. Dalam esak tangisnya, yang kedengaran hanya perkataan ini..

~~ baliklah.. baliklah.. baliklah.. ~~


Macam-macam dalam fikiran aku waktu itu. Minggu lepas aku tak pulang ke rumah seperti kebiasaan yang aku buat kerana terlalu sibuk dengan projek yang hampir kesemuanya ber'due date' 15 oktober. Tak terkejar aku nak siapkan semua dalam masa seminggu. Aku buat keputusan tak pulang minggu lepas atas sebab itu. Aku dah maklumkan hal itu kepada mak. Bila aku terima panggilan begitu, hanya mak dan abah yang ada dalam fikiran aku. Kenapa dengan mereka? Apa yang dah terjadi di rumah? Kenapa bukan adik-beradik aku yang buat panggilan? Kenapa tak ada sapa-sapa inform kat aku sebelum ni? Semua perkara negatif berlegar-legar di kepala sampaikan orang yang lalu-lalang di kaki lima depan lab memerhatikan aku dengan tanda tanya.


Berkali-kali aku menyoal pemanggil. Siapa ni? Kenapa? Cakap terang-terang. Tak jelas suara. Sampai satu ketika, aku bercakap seperti orang histeria. Ya Allah, aku betul-betul hilang arah. Hanya Allah yang tahu hati dan perasaan aku masa itu.


Tiba-tiba, panggilan itu diambil alih oleh orang lain dengan suara yang lebih tenang. Akibat aku yang mula menangis, aku kurang jelas apa yang dia katakan sampai dia ulang dua kali. Kali kedua, baru aku sedar dia bercakap dalam bahasa cina. Hati aku mula tenang semula. Aku bertanya, siapa ni? Cakap melayu boleh? Mungkin akibat pelik, dia bertanya, 

'awak bukan cina ke?'

Aku menjawab, 'bukan, saya melayu'.

'Maaf, salah nombor'.


Tuhan yang Maha Mengetahui, betapa lega dan lapang dada ketika itu. Aku terasa dihidupkan kembali dalam dunia gelap. Mungkin seperti lawak, namun dari saat itu, sehinggalah sekarang, suara tangisan yang menyuruh aku pulang masih terngiang-ngiang di telinga aku. 


Aku tak tahu sama ada ia satu peringatan atau hanya kebetulan. Tuhan Maha Tahu segala yang berlaku. Aku nekad, aku akan cuba sedaya-upaya untuk pulang berjumpa mak dan abah setiap minggu seperti biasa walau aku sangat kesuntukan masa. Mereka insan yang sangat berharga yang tiada gantinya. Mereka insan yang sangat aku sayang lebih dari segala.


Sekadar berkongsi pengalaman. Ada iktibar sebaliknya. Ambil yang baik, buang yang tidak elok. 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, October 29, 2010

Salah ke apa yang aku rasa?

Pernah tak korang rasa sakit hati dan sedih sangat-sangat sampai tak boleh nak cakap apa-apa coz bila korang bersuara, korang akan menangis? Aku dah cuba bersabar sampai tahap yang aku rasa boleh menggugat keharmonian sebuah ikatan bernama persahabatan. Persahabatan itu satu ikatan yang bersih dan suci. Sepatutnya dilandasi dengan kejujuran, tolak ansur dan saling melengkapi. Tapi, semua tu aku rasa tak ada bila aku melalui benda nie.

It's normal bila kita dalam students life. Dulu time diploma, bukan aku tak biasa buat assignment last minute. But, the best things is, all the group members are participate bila dah masing-masing decide untuk settle last minute. Bukan kita tak biasa dengar kes member group jadi 'sleeping partner'. Memang biasa sangat aku dengar. Dan aku juga punya kawan yang macam tue. No wonder aku tak kisah.
Tapi, yang buat aku sangat terasa hati nie bila seorang manusia nie dah tak punya malu dan perasaan. Aku tak tahu nak luah macam mana, tapi hati aku sangat terguris bila diperlakukan begitu. Demi Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, hamba-Mu mohon kekuatan. 

Ya Allah, kalau ujian ini yang Kau beri untuk jadikan aku hamba-Mu yang sabar, aku redha. Tapi, jauhkanlah aku dari menyakiti hati mereka seperti mana mereka menyakiti hati aku. Aku hamba-Mu yang tidak punya kuasa untuk memberi balasan.

nota kaki: aku mohon dijauhkan dari manusia yang bertopeng..

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, October 23, 2010

Doa

Aku mencari dalam kegelapan,
Makin lama makin samar,
Ada cahaya di balik sana,
Yang beri aku sedikit terang..


Kakiku mula mencorak langkah,
Kadang detik hati ajak ke kanan,
Kadang kiri pula jadi pilihan,
Bingung?
Keliru?
Atau aku terlalu terburu?


Satu persatu temanku pergi,
Bukan ke mana,
Cuma di sini, berbakti kepada mereka yang bernama suami..


Jalanku masih jauh,
Langkahku perlu pantas,
Kejar segala yang dihajat,
Gapai semua impian.
Kecap jaya,
Nikmati puas..


Lelaki, jejaka, teruna?
Siapa mereka?
Oh.. tersedar semula,
Selepas lama aku keraskan rasa,
Mereka teman yang tercipta,
Khas hanya buat wanita..


Doa panjang usai solatku panjat,
Mohon permudah segala,
Agar dipertemu si dia,
Yang dicipta buatku jua,
Dengan jalan yang mudah,
Tanpa perlu aku berduka kali kedua..


nota kaki : mula terasa satu perasaan asing di hati..

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, October 16, 2010

Dalam 100, aku salah 1 nya..


Lama aku berfikir,

Lama aku berdiam,
Lama aku mencari, 
Lama aku menerokai.
Mencari yang tersembunyi,
Mencari yang akan diperolehi..

Aku meneliti,
Aku jadikan realiti,
Yang pasti,
Kini..
Aku salah satu,
Dari 100 penulis di sini..

Aku bukan sesiapa,
Masih mentah dan hijau,
Perlu tunjuk dan ajar,
Dari mereka,
Yang lebih terpelajar..

100 penulis mengajar aku ilmu paling berharga,
Kerjasama serta setia,
Berusaha bersama jua berjaya,
Bahagia dan mesra,
Tanpa sengketa tanpa derita..

Aku mencuba dan mencuba,
Mencari ilmu jua mereka,
Walau tidak bersua muka,
Kami mesra bak keluarga,
Aku bersyukur bersatu bersama mereka...

* nota kaki : saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

sangat GEMBIRA !

Mahunyer tak gembira hari nie.. sangatlah gembira sampai hilang kata-kata. 

1. Dapat balik rumah hari ni. PJ - Shah Alam bukanlah jauh, tapi kerana kesuntukan masa dengan assignment yang bersepah-sepah, hajat terpaksa ditunda. Dalam kelas pagi tadi pun, mak call berkali-kali sampai nak meletup hp tapi disebabkan hp silent mood, xsedar r. Mak sudah rindu.. hehehe.. sayang mak..

2. Buka almari baju, nak simpan brooch, nampak pula kotak dari Bonia Libresse. Pek promosi mereka dah sampai lah.. hahaha.. Suka sangat. Bukan sebab guna jenama tu pun, tapi sebab nak test power, betul ker web mereka tu. TQ Libresse..

3. Ambil peluang lepas gian tak buka blog dua minggu sebab wifi kat hostel kena tembak petir. Dengar-dengar camtu lah. Tak tahulah betul ke tak. Yang paling utama, tentulah blog. hahaha. Sangatlah teruja dan suka. Suka sangat lah. Tak tahu nak cakap camne. Dua-dua contest yang aku masuk dapat hadiah. Walaupun bukan yang utama, tapi susah kot nak menang kalau dah ramai yang join. Kan.. kan.. kan..?
Nak menunjuk kongsi sikit dengan korang-korang semua..

Yang pertama ni dari puan stoberi.. terima kasih puan sebab pilih gambar saya nie..


Gambar aku kat atas belah kanan. Jangan tak percaya, yang sebelah kiri gambar aku tu, classmate aku. huhu..

Yang kedua pula, dari kak sue.. memang cantik gambar si juara tue..


 siap dipuji lagi..


hahahahaha.. so, hari ni, aku sangat gembira. Tapi, aku sentiasa beringat, ada sebab Allah bagi kegembiraan kat aku hari ni. Aku kena sentiasa berjaga dan bermohon semoga tiada yang buruk terjadi.. Amin..


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, October 2, 2010

Perlukah

Diamku tak bererti aku takut,
Diamku tak bererti aku gentar,
Diamku tak bererti aku salah,
Diamku bererti aku memerhati..


Senyumku tak bererti aku bahagia,
Senyumku tak bererti aku gembira,
Senyumku tak bererti aku suka,
Senyumku bererti aku simpan duka..


Mengapa aku di sini?
Di kelilingi manusia bertopeng,
Yang sentiasa menyakitkan,
Jiwa dan perasaan..


Aku ingin bebas,
Dari kamu yang memerintah,
Dari kamu yang merasa megah,
Dari kamu yang memusnah..


Aku cuba bersuara,
Namun seperti ada yang menghalang,
"Dia perlukan masa,
Beri peluang.."
Namun, kau tetap tak sedar..


Aku perlukan sahabat,
Yang mengingatkan aku bila terlupa,
Yang menemani aku kala ketakutan,
Yang ada di sisi saat aku perlukan,
Yang turut sama rasa apa aku rasakan..


Aku tak perlukan kamu,
Yang menikam dari belakang..
Pergi engkau supaya aku bahagia,
Pergi engkau supaya tiada derita,
Pergi engkau biar hilang sengsara,
Pergi engkau agar aku ketawa semula...


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...