Tuesday, December 31, 2013

Rutin Berpantang

Assalamualaikum semua. Macam biasa, lepas bersalin mestilah kau kena berpantang kan. Alkisah berpantang ni tak semestinya aku bersalin anak lelaki, kau bersalin anak lelaki, kisah berpantang kita mesti sama. Ikut orang yang jaga kitalah cara berpantang ni kan. Macam sekarang ni, aku dah nak habis berpantang 100 hari. Tapinya, lepas 60 hari ritu, dah macam-macam juga makannya. Cuma ais pantang lagi. Ada jugalah tertelan sikit. Tertelan kata kau. Apa-apa je lah ieza oi. :p

Macam aku, mak aku dan encik suami yang jaga. Majoriti lauk aku makan encik suami yang masak. Terima kasih kepada encik suami yang melayan tekak isteri beliau ni kalau mengadu dah muak nak muntah dan macam-macam. Pffft !

Meh aku kongsi rutin berpantang aku. Biasanya pagi aku bangun mandi segala. Part mandi ni, 30 hari yang pertama aku mandi dengan air rebusan serai wangi. Bau dia memang best dan menyegarkan. Time ni lah mak ayah aku pun join sekaki mandi juga air rebusan tu. =.=' Lepas tu, rambut basuh dengan air perahan limau nipis ke, kasturi ke, tak kisah, asalkan limau. Terasa ringan kepala ni. Hari first aku tak tahu kena basuh kepala dengan limau ni, aku gunalah shampoo rejoice. Patut aku peniing kepala semacam je. Satu lagi, tu petua juga nak elak rambut gugur semasa berpantang. Lepas hari ke 30 sampai hari ke 44, aku mandi dengan air rebusan daun jambu. Pun sedap bau dia. Then, lebih kurang sampai hari ke 60 aku mandi air panas time pagi, petang dah boleh air sejuk. Lepas tu dah boleh mandi air sejuk macam biasa.

Settle mandi segala, siap-siap, berbengkung, aku pun sarapan. Part sarapan ni terus makan nasi sepinggan. Tak tahu lah kenapa macam lapar sangat je. Tapi memang lapar. Sepinggan penuh. Sampai sekarang aku tak percaya, aku makan banyak betul. Petua orang tua, tak boleh tambah bila makan time berpantang. Apa yang ada dalam pinggan, itu je yang boleh ditelan. Sebab tu ambil banyak. Hahaha.

Masa awal-awal pantang, anak aku mandi petang je sebab mak aku mandikan. So, kena tunggu petang bila mak balik kerja. Bila badan dah okay semua, aku pula mandikan, pagi sekali, petang sekali.

Biasanya, lepas makan semua, aku pun releks je lepak-lepak tengok tv, tidur. Sampailah mak aku balik petang tu siapkan Darwish mandi. Lepas tu aku makan nasi lagi. Pantang orang dulu tak elok makan nasi malam, aku pun tak tahu kenapa. Tapi kalau aku lapar, aku makan je. Air pun sikit je kalau ikut pantang, tapi aku bantai juga sebab takut sembelit.

Aku berurut lepas maghrib. Kenapa aku berurut malam dan tak waktu pagi macam orang lain? Sebabnya yang urut aku mak aku. Berurut dalm pantang ni makan masa hampir sejam lebih. Mak aku pagi pergi ngajar. Kebetulan, petang time aku bersalin tu ada juga orang lain bersalin dan minta mak aku tolong urut. Sebab tu giliran aku berurut waktu malam.

Lepas siap berurut segala, pakai bengkung. Aku tak pakai param sebab kulit tak serasi. So, sapu minyak panas je lah. Rasanya, tu je lah rutinnya kot. hari-hari sama je sampailah habis pantang 44 hari. Dulu masa dengar 44 hari rasa macam biasa je, tapi bila dah lalu sendiri, azab juga. Lama gila rasa. Tip mudah, jangan kira hari berpantang anda!


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Monday, December 30, 2013

Petua dan Pantang Larang Mengandung dan Berpantang

Assalamualaikum korang. Apa khabar? Baiklah hendaknya ye. Macam biasa, kita ni orang Melayu memang kaya raya dengan adat, budaya dan pantang larang. Dari kecil sampailah besar, macam-macam ilmu turun-temurun yang kita dengar. Untung juga sebenarnya jadi anak kampung, yang mana mak ayah masih amalkan macam-macam petua. Cumanya sanggup dengan tak je lah nak ikut. Kadang rasa macam merepek dan azab je. Kadang sebab takut jadi apa-apa, redha dan bertabah jelah ikut. Macam aku. Pfft. = . ="

Nak dijadikan cerita, ada macam-macam petua dan pantang-larang yang aku ikut sepanjang mengandung dan berpantang. Aku nak kongsikan dengan korang, mana tau berguna. Antara yang aku ingat:


Gunting dan Jerangau

Gunting ni mesti korang taukan. Gunting kecil je. Simpan dalam uncang kecil dengan batang pokok jerangau. Orang jawa panggil sawanan. Pastu, masa mengandung bawalah ke hulu-ke hilir. Aku ikut je mak aku suruh buat. Sampai sekarang ada lagi uncang ni dalam laci.

Kebetulan, kisah jerangau ni bermula masa ayah mertua adik ipar aku meninggal. Masa tu aku tengah mengandung dan kami sekeluarga belah suami aku nak pergi menziarah. Makanya, batang jerangau ni mak aku suruh kunyah lumat, hancur-hancur, lepas tu sapu kat perut dan belakang telinga. Rasa jerangau ni nak kata pedas tak pedas, nak kata pahit tak pahit. Cuma kat lidah tu macam pedas gigit halia lebih kurang.

Lagi satu, jerangau ni digunakan untuk baby. Sapu kat anggota badan kot camtulah. Orang tua kata untuk elak sawan macam-macam.

Lempuyang

Yang ni agak tragis bagi aku. Kohkohkoh. Ikutkan perangai aku, memang tak lah aku nak telan benda alah ni, tapi disebabkan sayangkan Darwish, aku rela walau terpaksa. Gitu. T.T

Lempuyang ni bentuk dia macam halia. Sekali tengok memang tak ubah macam halia. Rasa dia pun lebih kurang macam halia TAPI pahit gileeee! Aku tak tipu beb sebab aku kena paksa minum. Yakkksss. Warna dia bila diparut untuk buat pati tu warna hijau lumut + susu. Boleh bayang tak warna dia? Mesti kau nak tahu fungsi dia kan sampai tahap kenapa aku sanggup minum. Fungsi dia menambah susu badan. Alhamdulillah, lepas minum lempuyang tu, aku rasa susu penuh. Aku tak sanggup minum secawan. Aku minum setengah cawan je, itu pun ambil masa dua hari. Tekak aku sakit sampai ayah aku perli. Hahaha. Sampai ke hari ni, cuma sekali tu je lah aku minum. Macam tak sanggup nak telan berkali-kali.


Gunting, Cili Kering dan Kacang Hijau

Kes kalau part gunting ni biasalah mesti simpan dalam uncang. Simpan dalam uncang tu dengan cili kering dan juga kacang hijau bila dah bersalin. Fungsinya aku tak berapa nak pasti. Tapi yang aku terdengar, kacang hijau tu, kalau ada 'benda' nak kacau, susah sebab dia kira kacang hijau tak habis-habis. Mungkin kalau cili kering, dia pedas kot. Mungkin lah.

Uncang ni, sampai sekarang ada je kat atas kepala Darwish kat tempat dia tidur. Aku bawa je lah gi mana-mana kalau bermalam dekat tempat selain rumah mak aku ni. Sekali dengan yassin.


Sapuan di Muka Anak

Ehem, petua ni macam pffft sikit, atau mungkin macam lucah bagi kau. Mula-mula aku gelak guling-guling tapi bila tiap kali nak keluar rumah bawa baby masa dalam pantang mak aku pesan, aku buat je lah.

Gosok muka baby dengan seluar kecil ayah dia! Yang dah diguna dan bukan yang dah dibasuh. Fine, mesti kau tanya, dah kenapa nak kena buat macam tu. Aku mula-mula macam, biar betul mak ni. Aku buat tak? Yang ni aku tak buat. Kohkohkoh. Sebabnya aku rasa macam kejam gila nak usap muka Darwish yang mulus suci bersih tu dengan seluar kecil ayah dia. No no no mak, tak mungkin. Huhu.

Lagi satu, usap dengan tapak tangan kita TAPIIIIIII usap dulu tangan kita kat kemaluan kita, bahagian luar. Maksudnya, just usap je buat syarat macam kita dah siap-siap berkain semua, usap kat luar je sekali lalu dan usap kat muka baby dan selawat. Huh, yang ni lega sikit dengar dan aku buat.

Tujuannya, kata orang tua-tua, kalau 'benda' tengok dan nak ikut tak jadi nak ikut sebab pada pandangan dia, muka baby buruk. Wallahu a'lam.


Cuci Muka, Kaki atau Berwudhu'

Ni biasa dengar rasanya. Kalau balik lewat malam, ada baby dalam rumah, jangan terus masuk dan tegur baby. Make sure basuh muka, kaki atau seeloknya berwudu' dan bagi salam dulu kat baby sebelum tegur. Yang ni, encik suami hari-hari jugaklah dia buat kalau balik lewat.


Duduk Tumit Kaki di Punggung

Masa dalam berpantang, aku jamin 100% tak ada yang berani cangkung kalau bersalin normal. Tapi, bila rasa dah baik kononnya jahitan tu, beranilah cangkung. Kan, kan, kan. Nenek aku bising gila masa aku cangkung nak ambil baju dalam kotak. Katanya, aku belum cukup 100 hari. Pasrah aku duduk macam orang Jepun tu, sopan-santun sampai kebas kaki. Tabah sungguh.

Masa nurse datang rumah nak check aku dengan Darwish, dia sampai terkejut sebab aku susukan Darwish dengan duduk macam tu. Dia siap cakap, "budak-budak sekarang semua duduk terlunjur kaki susukan baby. Bagus awak ni", serius, memang bangga tapi nak je aku cakap kat nurse tu, "nurse tau tak, nenek saya dera saya.. waaa.."

Bak kata nenek aku, petua ni untuk elak apa benda ntah terkeluar dari tempat jahitan tu. Entahlah. Kalau korang sanggup, try lah.


Tutup Dahi

Part tutup dahi ni, masa aku bawa Darwish keluar pergi majlis hari jadi anak buah aku. Kami sampai rumah abang aku dah lewat petang. So, decide nak gerak balik rumah lepas maghrib. Abang aku yang pesan tutup dahi tu. Aku ikut je. Sampai sekarang, kalau keluar malam, aku tutup je kepala dan dahi Darwish.


Harapnya perkongsian ni dapat bagi manfaat kat semua. Mana tahu suatu hari nanti aku pula jaga orang berpantang, bolehlah aku plak follow benda-benda ni, nak kasi dera sama itu budak. Hahahaha.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, December 19, 2013

Peringkat Kehamilan | Trimester Ketiga

Trimester 1 --> SINI
Trimester 2 --> SINI

See, anak dah nak tiga bulan, kau masih nak cerita pasal kisah kau hamil? Ada aku kisah? Bahahaha. Saja nak taip entry nak semak blog katanya. Tapi boleh juga buat panduan untuk produktiviti akan datang. Apakah? Tettt..

Bulan Ketujuh

Bermulanya Ramadhan masa ni. Aku puasa seperti biasa sampailah satu hari tu, hari untuk check up dan juga ambil suntikan Tetanus Toxoid (kancing gigi) kali kedua, nurse tak dapat cari bunyi jantung baby (kat klinik sini tak ada scan). Ah sudah. Mula-mula aku cool je. Sebab fikir baby main nyorok-nyorok, sekali bila lama sangat nurse cari sampai nurse suruh aku cari mana part baby gerak-gerak, aku mula rasa tak sedap hati. Aku try releks, tarik nafas dan fokus kat baby dalam perut. Tapi, memang baby senyap je. Nurse pun cari lagi, akhirnya dengar, tapi sangat slow. Habis je check, cucuk bagai, aku terus ajak adik lelaki aku pergi klinik swasta, klinik biasa aku double check up. Jumpa doktor, cerita pum pang pum pang, doktor terus scan. Sedih tengok baby macam terapung-apung dalam rahim tak gerak, nadi pula slow. Doktor cakap, baby tak tahan kot mama dia puasa. Aku tak kejam, tapi aku yakin dengan Allah, aku continue puasa untuk hari tu sampai habis juga. Tapi, bermula esoknya sehingga habis Ramadhan, aku tak puasa. Nasib tahun ni puasa 29 hari je. = . ='

Bulan Kelapan

Memang segala makanan aku telan. Time ni aku terfikir, kenapalah tiap rumah yang aku pergi beraya mesti hidang air gas. Aku memang tak minum air gas, jadinya aku rasa tertekan sangat. Kalau ada tuan rumah yang hidang air sirap, aku rasa memang sedap sangatlah. Sedap gile! Bila datang rumah orang beraya atau orang datang beraya rumah aku dan nampak aku, mesti dorang akan tanya, "mengandung berapa bulan?" dan juga "lelaki ke perempuan?". Mula-mula excited juga menjawab, tapi bila dah kebas telinga, jadi macam, kau dah kenapa. Bukan apa, bila aku jawab, "mengandung dan lapan bulan, due bulan depan. InsyaAllah lelaki", mostly akan cakap, "kecilnya. Kurusnya. Tak cukup makan ke? Diet ke?". Sakit hati dengar. Aku pelik orang Malaysia ni. Kalau kurus suruh gemuk, kalau gemuk suruh kurus.

Aku paling stress bila ada mulut cakap, "macam tak sesuai je perut kau ni dengan kau. Bulat je. Macam bola. Macam bantal. Macam tampal je. Macam cantik je. Macam comel je.". Aku tak faham kenapa perlu cakap macam tu dengan orang mengandung! Serius tak faham. Cubalah doakan yang baik-baik.

Time ni kami suami isteri borong terus barang baby. Tidaklah kami mensurvey sana-sini, berjalan ke hulu ke hilir mencari yang mana cantik, yang mana murah, merajinkan diri menjemah ke warehouse dan sebagainya. Pergi satu tempat, Manjaku, terus borong semua keperluan asas baby dalam masa 2-3 jam, rabak dompet pejam mata bayar kat kaunter dan settle. Gitu. Aku rasa aku gigih nak pergi window shopping, tapi encik suami tak suka pergi tempat ramai orang. Maka, pasrah. Entry lain aku cerita pasal barang baby.

Ni aku tepek gambar masa mengandung lapan bulan. Gambar masa entry raya pun ada. Ni tepek gambar lain.


Bulan Kesembilan

Masa bulan kesembilan ni lah rupa-rupanya berat baby naik sangat-sangat sampai mak aku pun cakap nampak ketara sangat perut membesar. Aku pun terasa mengah cepat lagi-lagi bila naik tangga. Rasa sakit kaki sebab tampung berat. Aku tunggu juga baby keluar masa 36 sampai 39 minggu. Tapi tak juga mahu keluar. Rupanya, baby keluar on due tepat-tepat 40 minggu mengandung.

Perubahan paling jelas aku nampak time ni, macam banyak tumbuh tahi lalat kat badan aku. Tapinya, bila bersalin je, semua hilang. Pelik tetapi benar. Ni gambar beberapa hari sebelum bersalin. Sila abaikan cahaya di wajahku itu. Suci kononnya.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, December 11, 2013

Botak

Assalamualaikum semua. Nak sambung kisah Darwish. Bosan ke baca kisah Darwish ni? Aku ni sama je macam blogger perempuan lain yang akan share hal masa bujang, masa kawin, masa ada anak, pasal kemas rumah, etc dan tak macam kebanyakkan blogger lelaki yang tak macam tu. Aku pun tak tahu kenapa macam tu perbezaan antara blogger laki dengan perempuan. Lumrah mungkin. Layankan saja.

Kat entry SINI ada aku cerita pasal darah kat rambut Darwish. Nak dijadikan cerita, 9 hari selepas Darwish keluar hospital, family aku dan mertua decide untuk buat majlis kesyukuran sekaligus majlis aqiqah untuk Darwish. Jemputan semua ayah aku yang uruskan sebab pada hari kejadian pun pagi tu kami masih berulang-alik bawa Darwish ke hospital untuk ambil darah Darwish. Majlis tu diadakan lepas asar lebih kurang bermula dalam pukul 5 petang.


Kebetulan, darah kat rambut Darwish betul-betul bersih sehari sebelum majlis. Gambar darah kat rambut dia tu tak ada pula dalam simpanan aku. Kira macam darah dah kering melekat-lekat kat rambut. Sila bayangkan. Pada hari majlis, ada marhaban lelaki dan cukur rambut. Masa ni, rambut Darwish tak dicukur habis lagi. Rambut Darwish dicukur habis masa hari Jumaat, beberapa hari selepas majlis.

Rupa-rupanya darah kat kepala Darwish tu bukanlah darah aku masa melahirkan Darwish, tapi darah dari kepala Darwish sendiri. Yang nyatanya, seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ni, aku kena vacum sebanyak dua kali dan kali yang pertama vacum tu terlepas sebelum vacum dimasukkan kali kedua dan Darwish selamat keluar dari rahim aku. Ada parut besar kat kepala Darwish berbentuk bulat seperti huruf 'o' yang menandakan Darwish mengalami luka yang teruk kat kepala masa vacum pertama terlepas dari kepala dia. Allahu akbar, Allah Maha Besar. Kuat sungguh Darwish menahan sakit dan berjuang untuk hidup. Sampai sekarang, tiap kali tengok kepala Darwish, mesti teringat pasal vacum yang terlepas tu. Sampai sekarang juga, parut kat kepala Darwish belum hilang walaupun Darwish dah dua bulan lebih berada di dunia menjadi amanah kami suami isteri.


Semoga Darwish terus kuat dan sihat ye sayang. Selesai entry ni ditulis, Darwish dah dua kali botak. Ayah dia pun ikut botak sama. :)
 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...