Monday, August 28, 2017

Ubat Periuk a.k.a Ubat Piok dari Kak Kabu


Ubat Periuk a.k.a Ubat Piok dari Kak Kabu | Assalamualaikum semua. Bersiaran lagi. Hari ni aku nak share pasal benda baik untuk badan kita ni. Meh pakat baca.

Selalu orang cerita apa barang yang ada sebelum cerita kelebihankan? Kali ni aku share pasal kelebihan dulu sebab aku teruja nak share kat semua. Selepas 10 hari aku ambil ubat periuk ni, ada beberapa kelebihan yang aku dan suami aku dapat. Kenapa suami? Sebab dia pun join minum sama sampaikan kadang dia sendiri cedok dalam periuk. Tak percaya sudah.


Apa kelebihan yang aku dapat bila amalkan ubat periuk ni?

1. Membuang dengan lancar. Ini paling ketara. Setiap pagi alhamdulillah mampu membuang dengan baik. Dia bukan jenis memulas sakit perut yang perlu terpaksa membuang. Dia macam elok je terasa, "okay, sekarang waktu berak". Hahaha. Gitu je. Pastu najis pun tak adalah keras kau perlu meneran sekuat hati. :P

2. Buang angin dalam badan. Awal-awal minum tu dalam 2-3 hari pertama, asyiklah aku terkentut. Ini tak tipu. Macam sentiasa kentut pun iye juga. Buang angin dalam badan sangat-sangat. Rasa lega perut, badan semua.

3. Segar bangun pagi. Disebabkan aku menyusukan Daryan, dan beliau jenis tidur yang sangat tak menentu asyik bangun je, bila pagi nak bangun tidur, aku rasa sangat penat selalunya. Macam tak laratnya nak buka mata, rasa nak tidur je satu hari. Acah-acah nak me time sangat. Tapi, bila ambil ubat periuk ni, alhamdulillah, aku bolehlah bangun badan rasa segar juga. Tak boleh nak cakap terus segar sebab baru consume kan, tapi perubahan tu boleh rasa.

4. Senang tidur malam. Aku rasa aku mula insomnia semula bila malam. Badan terlalu penat sampai bila nak tidur tu ambil masa yang lama nak lelap. Termenung sana, termenung sini tapi tak tidur juga selagi tak pukul 12 malam, 1 pagi. Alhamdulillah, bila ambil ubat periuk ni, aku boleh tidur sedang elok je pukul 10 pukul 11 malam. Tak payah nak termenung sangatlah. Hahaha.

Nampak tak EMPAT kelebihan yang aku dapat bila amal ubat periuk ni selama 10 hari? Jangan cakap hanya 4 je, tapi tengok dengan 4 kelebihan ni, ia sangatlah membuatkan hari-hari mendatang yang dilalui lebih bersemangat dan sihat. Suri rumah macam aku ni sangat perlukan semangat sebab nak hadap hero-hero yang lasak setiap hari.

Sedap ke tak sedap ubat periuk ni? Jujur aku katakan, BOLEH TELAN. Bagi aku rebusan yang pertama yang pekat tu lebih sedap berbanding yang dah hari ke 10. Langsung tak pahit, rasa biasa je. Tak payah nak risaulah. Bukan macam air akar kayu yang kelat melekat kat tekak sampai 2 3 hari masih terasa tu. Bau pun sedap je sebab bau segar. Siapa yang suka bau alam, suka kot bau ubat periuk ni.

Seterusnya, aku perkenalkan, Ubat Periuk a.k.a Ubat Piok Kak Kabu.



Kandungan yang terdapat dalam ubat periuk ni adalah:
  • Bidara putih 
  • Sepang dara
  • Bunga cangkok
  • Sambiloto
  • Misai kucing
  • Kayu sepang
  • Kederang
  • dan banyak lagi
Harga untuk 1 pek hanyalah RM 17 (tidak termasuk pos) untuk kegunaan selama 10 hari.



Cara pengambilan ubat periuk:
  1. Rebus sepeket ubat periuk sehingga mendidih (habiskan satu peket tak boleh rebus separuh)
  2. Minum 2 kali sehari; secawan pagi dan secawan malam
  3. Biarkan lebihan air di dalam periuk dan jangan disimpan dalam peti ais
  4. Panaskan semula bila hendak di minum
  5. Tambah air sehingga 10 hari sahaja 
  6. Tidak boleh hanya merebus sekali sahaja dan buat stok berbotol. Setiap rebusan akan mengeluarkan lebih banyak pati.
  7. Mereka yang berpantang secara normal, pembedahan dan keguguran perlu ambil 3 cawan sehari.

Boleh diambil oleh anak dara, bakal pengantin (lelaki dan perempuan), suami isteri, ibu bapa yang uzur (sakit sendi), wanita yang ikhtiar hamil, wanita yang tidak berpantang, bersalin secara pembedahan, period tak teratur, kencing manis, darah tinggi, gout, peranakan jatuh, sakit tumit dan macam-macam lagi. 


Tak boleh diambil oleh ibu mengandung, ibu menyusu anak yang G6PD, sakit kronik yang perlu pantauan doktor, kanak-kanak yang belum akil baligh dan berumur 16 tahun ke bawah.

Kelebihan:
  1. Tidak pahit
  2. Ini adalah HERBA dan bukan jamu. Jadi ubat periuk tidak panas, maka wanita menyusukan boleh ambil.

Tips:
  1. Jika tidak boleh telan ubat periuk, JANGAN BUANG. Anda boleh campur air hingga rasanya cair atau sehingga anda boleh minum air rebusan periuk tersebut. Boleh ikut sukatan dalam mug; 1 senduk pati, 3 senduk air masak
  2. Jika masih tidak boleh telan, boleh ambil alternatif Kapsul Rempah RM60 (60 biji/sebulan) dan makan 2 biji sehari pada waktu pagi. Sangat sesuai bagi mereka yang sibuk, tak perlu rebus, senang dibawa ke mana sahaja. 
  3. Jika suka rasa herba yang kuat, boleh cuba maajun RM50 (30 biji/sebulan) dan makan sebiji sehari pada waktu pagi. Tetpi rasanya PAHIT.
  4. Maajun, Kapsul Rempah dan Ubat Periuk adalah dari bahan yang sama, khasiat yang sama, cuma dibuat pelbagai bentuk untuk memudahkan semua golongan mengamalkan ubat piok.

Aku boleh buat kesimpulan daripada pengambilan ubat periuk ni selama 10 hari adalah rasa dia yang langsung TAK PAHIT, terdapat alternatif selain ubat periuk (kapsul dan maajun), harga yang mampu milik serta ratusan testimoni di instagram KekabuOnlineDotCom di bawah tanda palang FeedbackUbatPiokKakKabu (#FeedbackUbatPiokKakKabu) tetapi perlu request follow dulu.


Selain daripada ubat periuk, maajun dan kapsul, Kak Kabu turut menjual:

  1. Mandian Serum untuk mandian dalam pantang - RM25/pek untuk 5 kali mandi.
  2. Manjakani Serapat untuk wanita yang sudah berkahwin dan boleh dijadikan masker - RM30/30 biji untuk 15 hari.
  3. Tongkat Ali - RM35/30 biji untuk 15 hari.
Baiklah, macam mana cara nak dapatkan semua barang kat atas ni? Boleh terjah instagram @kekabuonlinedotcom.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...