Friday, January 21, 2011

DOA

Tawa pudar bersama sepi,
Girang hilang dibawa sunyi,
Hati kosong kau bawa pergi,
Jiwa sayu meniti hari.

Lama kasih terjalin,
Gembira tak berpaling,
Senyum tak lekang dari bibir,
Bahagia sentiasa hadir.

Mungkin aku hanya gadis biasa,
Gadis gerimis dari desa,
Aku bukan bidadari si pencinta,
Aku lemah dek dugaan masa.

Dirimu penuh kasih sayang,
Tuturmu menawan hatiku yang kesepian,
Senyum mu penawar,
Memberi sinar kala aku dalam kegelapan.

Sudah tertulis di sana,
Kita tidak bersatu di dunia,
Dirimu abadi di jiwa selamanya,
Biar kita tak lagi bercinta,
Biar kita tak lagi bermesra,
Biar kini kita jauh dari mata,
Namun di jiwa, 
Kita tetap bersama.

Hadirmu dalam hidup,
Menuai benih kasih bersama,
Mengajar onak suka jua duka,
Kita kecap bahagia walau seketika.

Redha dengan ketentuan,
Tabah dengan suratan,
Tenang dengan keputusan,
Terima dengan hati penuh kelapangan.

Doa ditabur moga bahagia,
Doa dipinta mohon rela,
Doa disemai agar tiada sengketa,
Doa kita agar kita sama-sama bahagia,
Walau cinta itu bukan milik kita akhirnya.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, January 12, 2011

Beri aku cara lupakan cinta ini

Kenapa tiba-tiba aku terfikir nak post entry macam nie? hurm.. Ada seorang teman baik yang sentiasa ada bersama aku ketika senang jua susah, telah 'tag' aku sekeping gambar yang membuat aku lama terdiam, berfikir. Secara tiba-tiba ia berlaku di saat aku betul-betul memerlukan 'nasihat berharga' kerana aku berada dalam dilema.


Jatuh cinta, namun cinta tidak dibalas. Apa rasanya? Sakit, perit.. Tuhan Yang Maha Mengetahui apa rasanya. Dia berada di depan mata kadang-kala, tapi, seperti tiada. Dia jauh nun di sana, namun tidak langsung bertanya khabar berita. Terasa diri ini boneka. Mungkin dia tidak tahu apa yang kita rasa. 


Namun, apabila ku belek gambar yang diberi, aku berfikir lagi. Buang cinta? atau biarkan sahaja? 


Cinta itu anugerah kawan-kawan. Kurniaan DIA yang sungguh indah. Perlu dijaga, kenapa dibuang? Kerna itu gambar ini menceritakan segala-galanya. Biar si dia ada selamanya dalam jiwa, namun tunggu sahaja masanya bila ia patut tiba. 





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, January 9, 2011

syukur

Huh.. Cuak sangat hari nie. Ye r, mana tak cuak, aku kan finalis AJL. Jap lagi nak perform on stage. Adoi, gugur jantung nie. Opss, tetiba pulak fofular, ngaku jadi finalis AJL. Motif??


Hari nie hari ahad. Macamlah korang tak tahu kan. Whatever lah. 


Adakah aku cuak kerana:


1) Aku finalis AJL 25? Pergh, fofular lah aku nie. Korang tak bangga ker jumpa blog orang glamour cam aku nie tapi rendah diri? Hahaha. Giler sekejap di situ.


2) Oh, hatiku sudah dicuri. Kami telah bersatu hati hari ni. Adakah?? Jangan fikir bukan-bukan okay. Malam nie bukan malam pertama kami. Hahahaha. Eh, aku belum berpunya lah geng. Releks lah. Masih muda lagi kan. =) (Dalam hati dah desperate nak kahwin sebab member-member dah hulu-hilir dukung baby. Tak ada sesapa nak berkenalan ker? Ahaks..)


3) Yang nie betul. Aku tak tipu. Memang aku cuak sebab nie. Result aku kuar hari nie. Dan ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Alhamdulillah.. Aku pass beb. Giler terkinja-kinja terlompat-lompat aku tengok result tadi. Memang rasa lepas beban kat kepala nie lepas tengok result. Huh.. Dapatlah aku perform malam nie dengan tenang dan penuh kosentrasi. Opss, melalut lagi. 


Nota kaki: Sem depan nak buat yang terbaik. (Azam yang sama bila tiba sem baru. Huhu..)

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, January 4, 2011

Jangan Jadikan Wanita Itu Boneka

Pesona wajah indah bidadari,
Si pari-pari menari hiasan dunia,
Bunga di taman mekar wangi, 
Getar jiwa si perkasa jejaka,
Melihat cantik utusan Ilahi.

Dihadiahkan Hawa buat Adam,
Zulaikha teman si tampan Yusuf,
Dicintai Khadijah oleh Muhammad,
Buat teman jua penenang,
Kala suram jadi penerang.

Wanita itu anugerah,
Wanita itu tanggungjawab,
Wanita itu kawan,
Wanita itu rakan seperjuangan,
Wanita itu kekasih sepanjang zaman.

Jangan kau jadikan wanita itu boneka,
Kau jadikannya alas,
Kau patahkan rusuknya yang sedia bengkok,
Kau biar dia derita,
Kau biar dia buta,
Tanpa mengenal siapa itu Maha Pencipta.

Cinta itu anugerah,
Wanita jatuh cinta,
Pada kau bernama jejaka,
Tanpa diminta, dengan rela sepenuh jiwa,
Namun dipersia.

Hadir wanita di dunia,
Hadir wanita dalam jiwa,
Hadir wanita permaisuri takhta,
Mungkin tidak lama,
Mungkin seketika,
Mungkin tak selamanya.

Hargainya selagi bumi berputar,
Sayanginya selagi jam berdetik,
Kasihinya selagi jantung berdenyut,
Biar dia berimam,
Biar dia punya penunjuk,
Arah juga jalan,
Tanpa menuju jalan kesesatan.



Nota kaki: Dedikasi puisi ini buat adik Sha yang disayangi. Sabar menempuh cubaan hidup yang penuh onak dan ranjau.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...