Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harapnya semua sihat sejahtera.


Ramadhan sudah memanggil-manggil kita. Sungguh rasa tidak sabar di hati ini untuk berjemaah di surau malam ini, bertarawikh bersama jemaah yang lain. Sungguh aku sangat merindukan suasana itu. Indah sungguh panorama yang terhidang di depan mata apabila sepanjang berjalan kaki ke surau berhampiran rumah, aku lihat kanak-kanak berlari keriangan. Yang dewasa sedikit sibuk mengambil air sembahyang sampai basah hujung lengan baju dan hujung kaki seluar sambil bergelak ketawa dan membaling-baling air ke rakan yang lain. Yang lebih tua duduk menunggu di beranda surau sambil berborak dengan yang lain kerana jarang berjumpa. Alangkah indahnya saat itu.


Ramadhan kali ini benar-benar akan aku sambut selama sebulan di rumah bersama keluarga kerana aku benar-benar bercuti tanpa bekerja sambilan, tidak seperti selalu. Seronoknya dapat bersahur dan berbuka puasa. Pasti aku akan sibuk mengajak adik lelaki aku ke pasar mencuci mata untuk mencari juadah berbuka. Sungguh aku tak sabar !


Selamat datang Ramadhan yang dinanti-nanti. Selamat datang. Selamat menyambut Ramadhan, bulan penuh barakah dan kemualiaan kepada semua rakan-rakan. Maafkan andai ada silap dan salah serta kekasaran bahasa yang menyinggung perasaan.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, July 30, 2011

Aku jatuh cinta ?

Assalamualaikum kawan-kawan yang disayangi sekalian. *Mood kena happy. Korang kena excited baca entry nie. Kena senyum lebar-lebar sampai ke telinga okay. Aku nak korang happy tau. Mesti ! No excuses !


Okay, terkinja-kinja plak nak taip entry nie. Gedik pulak aku rasa. Hahaha. Cool, tarik nafas, hembus. Korang nak tahu tak cerita best nie? Sapa lah yang malang sangat tue yer boleh sangkut dengan aku. Hahaha.


Sebenarnya, aku jatuh cinta dengan cerita-cerita di bawah arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Yang rapat-rapat dengan aku tau lah kan hari tue aku tak berapa nak sihat sangat. So, bila baring je atas katil, aku kebosanan yang maha hebat. Sebelum nie, aku pernah tengok satu je filem beliau, iaitu Mukhsin. 


Bila aku tak berapa nak sihat hari tue, aku pun tengoklah cerita beliau daripada Sepet, Sepet 2: Gubra, Talentime, Muallaf dan Mukhsin untuk kali kedua. Aku sangat jatuh cinta dengan pembawakan cerita yang bersahaja dan penuh mesej. Aku suka sangat-sangat. Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi, filem beliau menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang sangat penyayang, macam aku. Okay, poyo di situ. 


Betul aku cakap. Aku tak suruh korang tengok, tapi kalau korang tengok itu satu bonus. Ada mesej yang ingin disampaikan. Negara luar boleh mengiktiraf filem beliau, tapi aku tak tahu kenapa filem beliau tak meletup sangat kat Malaysia. Tinggi sangat ke taste rakyat Malaysia ni sampai cerita rakyat macam tue dah tak lalu nak telan ? Pasal kontroversi cerita beliau semua tue, aku tak nampak apa yang kontroversi sangat. Cerita lain yang pegang sana sini tue tak pula nak kontroversi. Apa pun tak boleh !


At least, aku sihat dengan cerita-cerita macam tue. Aku rasa tenang je tengok cerita beliau. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, July 29, 2011

Aku putus cinta ?

Assalamualaikum semua. 


Normal lah kan jatuh cinta. Siapa yang tak pernah jatuh cinta. Mesti korang pun pernah kan? Yang putus cinta pun mesti ada juga. Releks lah, takat putus cinta, pakwe kawin lain, semua tu aku dah pernah rasa. Sedih? Mau tak sedihnya. Time tue masih old skol, aku siap call besfren aku, tak cakap banyak pun, tapi nangis saja, 3 jam ! Pergh, memang sabar sungguh kawan aku tue kan. Dia memang BFF aku untuk selamanya.


Nak bagi tips sikit bagi yang sedih-sedih putus cinta nie. Memang aku pun tak lah kuat sangat sebenarnya nak lalui benda tue coz sampai sekarang pun still boleh meleleh air mata bila tengok fb dia. *Yang aku gatal-gatal gi tengok fb suami orang tue kenapa? Itu salah satu kerja tak bermanfaat yang aku buat lah kalau korang nak tahu. Hahaha. Okay, its not funny. Tapi, suatu yang sangat menyedihkan kerana kita tak bagi peluang dan ruang kepada diri kita untuk bahagia seperti mana dia boleh kecapi kebahagiaan bersama orang lain.


Kenapa kita perlu menangisi apa yang terjadi? Banyak kali aku berfikir sebenarnya. Aku tak marah kat ex-aku tue. Lagi pun dah lama sangat kami berpisah dan dia pun dah nak ada dua orang anak. Kat sini adalah sedikit tips untuk yang bersedih, tetapi yang paling utama tentulah ingat Yang Maha Esa.


1. Dunia belum kiamat. Biarkan ia berlalu seperti angin. Kita akan sentiasa menghirup udara. Begitu juga dengan kehidupan. Kita akan sentiasa berdepan dengan kehidupan selagi kita belum temui kematian. Dia hanya berkahwin dengan orang lain. Itu saja. Dia masih ada. Biarkan dia bahagia. Bukankah kebahagiaan dia itu kebahagiaan kita juga?


2. Berfikiran positif. Kalau dulu kita menyayanginya, kenapa perlu hari ini kita membencinya? Hanya kerana kesilapan yang dilakukan, kita konon-konon tak boleh memaafkannya. Manusia itu tak sempurna sifatnya. Kalau semua orang bermusuhan, maka tak amanlah dunia. Cuba bayangkan, kalau suatu ketika dulu kita pernah bergelak ketawa, bergurau senda, kenapa hari ini kita nak memaki hamun? Cukup hanya sekadar berdiam, tidak berkata apa-apa. Itu lebih baik.


3. Terima hakikat bahawa jodoh kita dengannya tiada. Kita tak tahu masa akan datang. Siapa yang akan dipertemukan dengan kita. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia terbaik, tetapi bukan terbaik untuk kita. Jangan merasa dia tak cukup baik bila kita sudah tidak bersamanya.


4. Anggaplah mereka itu kawan. Korang perasan tak, bila kita berkawan, kita jarang nak touching kan? Tapi, bila dah namanya couple, tengok dia senyum kat orang lain pun dah boleh buat gaduh 18 hari. Betul tak? Eleh, jangan tak ngaku pula.


5. Kenangan lama itu perlu. Kenapa? Sebab, orang yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Pernah dengar tak? Oleh itu, mengingati kenangan yang ada tu kadang-kala mengindahkan suasana, tapi jangan sampai kenangan itu membunuh dalam senyap. Sebab ada orang bunuh diri bila putus cinta. Tu putus asa dan putus harap dekat Allah. Berdosa besar hukumnya.


6. Menambah kenalan. Kalau boleh yang lebih hensom atau lebih cantik daripada ex. Yelah, boleh berlagak sikit. Hahaha. Bukanlah. Bila kita berkawan, kita tak lah ingat sangat kat ex kita tue. Tambah pula, boleh lah kita cuba hubungan dengan orang baru. Tapi, bagi aku lah, better kenal jer dulu. Kalau rasa terjatuh cinta tue, diam saja dulu. Bukan tak nak pisang berbuah dua kali. Tapi, better stabilkan emosi dulu. Kalau ada jodoh tak ke mana.


7. Paling senang, buat macam aku. Ikut saja lah pilihan mak abah. Memula memang tak suka lah, benci lah. Tapi, restu orang tua tue penting. Bila mereka bahagia, kita akan bahagia. InsyaAllah. Kadang, kebahagiaan kita nie tak penting sangat berbanding kebahagiaan mereka. Itu pendapat aku lah. Even kadang dah jatuh hati dekat seseorang, diam-diam sudah. 


Yang lain-lain tips tue, fikir sendiri lah. Tak tahu dah nak taip apa. Pokok pangkalnya, kalau tak nak merana, jangan nak sedih-sedih sangat.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tamat tempoh

Assalamualaikum semua. Aku semakin tak sabar untuk menyambut Ramadhan apatah lagi ini kali pertama sejak sambung belajar, dapat berpuasa sebulan lamanya di rumah tanpa perlu makan biskut kering atau roti high5 dengan air kosong di hostel. Bestnya dapat bersahur di rumah dengan keluarga. Tapi, rindu juga suasana hostel sebab ini Ramadhan terakhir aku bergelar pelajar untuk mendapatkan degree, insyaAllah.


Aku pernah tulis entry pasal nak join pertandingan menulis cerpen sebelum ni. Tapi, disebabkan esok dah tarikh tutup dan idea langsung tak mencurah-curah ke ladang gandum biar pun dah perah keringat sehabis mungkin, terpaksalah aku redhakan sahaja hadiah wang tunai RM1000 dan yang lain-lain tue kepada orang lain. *Gaya macam kalau join dapat juara je.


Sedihlah jugak sebenarnya. Tapi nak buat macam mana. Aku betul-betul kekeringan idea. Tak apa lah, mana tahu ada rezeki kat mana-mana lagi pertandingan, boleh lah aku join. 


Nota kaki: Tak ada ke contest yang blogger buat tawar hadiah macam tue ? :P


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Perbezaan iman seekor semut & seorang manusia


Assalamualaikum sahabat. Semoga Jumaat ini memberi 1001 ketenangan, kedamaian dan kesejateraan kepada kita semua. Amin. Ingin aku kongsikan satu cerita buat pedoman ramai. Banyak teladan yang boleh diambil dari cerita ini yang aku perolehi melalui email.

IMAN SEEKOR SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?”. (kita sedia tahu bahawa Nabi Allah Sulaiman adalah seorang nabi yang boleh berinteraksi dengan binatang)

Semut pun menjawab, “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”.

Jawab semut, “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan di tutup bekas itu. Kemudian, Nabi tinggalkan  semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji itu hanya dimakan setengah sahaja oleh semut. Lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut, “Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu, kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan. Ini sudah sebulan, tapi kamu hanya makan setengah”.

Jawab semut, “Aku tidak berbohong! Aku tidak berbohong ! Kalau aku ada di atas batu, aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi, bila kamu masukkan aku ke dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung kepada kamu dan aku tak percaya kepada kamu. Sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa !”.

Itulah IMAN SEEKOR SEMUT !

IMAN SEORANG MANUSIA

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya menggali kubur orang mati. Kerja menggali kubur orang mati bukan kerja yang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam. Oleh itu, kubur perlu digali terlebih dahulu.

Tetapi, yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak menggali kubur untuk menanam mayat. Sebaliknya, apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk menggali semula kubur.

Dia mahu melihat bagaimana rupa mayat setelah disoal oleh Munkar Nakir. Dia menggali satu kubur, dua kubur, tiga kubur, sepuluh kubur, lima puluh kubur sampailah 100 kubur.

Selepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya, “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih menghadap kiblat? Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian, “Di akhir zaman, hanya dua daripada 100 orang umat Islam yang percaya, rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Adakah ini IMAN SEORANG MANUSIA? Renung-renungkanlah sahabat. Sudah bermaharajalela sogokan dan rasuah di sana-sini. Kita sudah di akhir zaman. Semoga kita terlepas daripada syaitan manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil,

“ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN,
DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, July 28, 2011

Aku harus menerima kenyataan !

Assalamualaikum. 

Aku sangat sedih. Sangat. Biar aku meluah apa yang aku rasa.

Ramadhan yang bakal tiba sering kali membuatkan aku terkenang seseorang yang tak mungkin luput dari ingatan. Suatu saat dulu, aku punya seorang peneman paling setia. Mintalah apa sahaja, pasti akan ditunaikan tanpa sebarang rungutan. Aku merasakan dia akan sentiasa bersamaku sampai bila-bila, tapi ia hanya angan-angan aku. Tiada apa yang kekal di dunia ini dan AKU HARUS MENERIMA KENYATAAN !

Setiap kali Ramadhan, aku CUBA meluputkan memori pahit itu dari ingatan. Tapi, malam ini ianya ternyata bermain sekali lagi dengan keadaan yang paling menyedihkan. Mungkin kenangan waktu dulu hanya muncul sekali sekala, tapi malam ni ia sangat nyata bila ada seorang teman yang sangat tabah memberi aku keceriaan rupanya dalam kesakitan.

Suatu ketika dulu, bila tabir Ramadhan datang menjelmakan diri, orang ramai bersuka menyambutnya. Aku cuba untuk turut serta, namun aku tak berdaya. Aku perlu menjaga seseorang yang sangat-sangat aku sayangi. Dia nyawaku. Dia lebih mengetahui apa sahaja kegemaranku berbanding siapa sahaja. Pernah sekali hari raya, dia telah membelikan aku baju raya, sama sepertinya. Hanya aku, dan bukan yang lain.

Ramadhan itu, 1999, meninggalkan satu kenangan yang tak mampu aku lupa. Setiap malam, aku berada di sisinya untuk mendengar ceritanya. Macam-macam versi cerita yang kadang-kala aku tak faham tapi aku dengarkan saja. Bila saja dia mahu makan, aku suapkan ke mulutnya. Begitu juga bila haus dahaga. Aku sangat menyayanginya.

Suatu hari, dia berkata, "Tengok kat luar tue. Ada van datang. Nak datang amik Wan lah tue". Aku menjengukkan kepala di jendela. Melihat kalau-kalau ada kelibat van di mana-mana. Kosong, sunyi, tiada apa-apa kenderaan. Aku bertanya kepada kakak abahku. Dia hanya menggelengkan kepala.

Malam itu, aku seperti biasa bersamanya lagi. Lebih ramai yang datang menziarahi. Dia seperti biasa, ceria, cuma wajahnya lebih pucat daripada biasa. Pagi keesokkannya, aku pulang ke rumah menyiapkan badan sebelum ke rumah Wan semula. Tapi, suasana riuh rendah kedengaran dari rumah Wan yang hanya beberapa meter jaraknya dari rumah aku. "Wan tenat !", kedengaran suara abah dari luar bilik. 

Aku berlari sambil menangis ke rumah Wan. Masing-masing ku lihat di sisinya. "Wan !", aku hanya mampu memeluk sekujur tubuh yang pucat lesi. Aku melihat saat terakhirnya dengan jelas. Wajahnya bersih tersenyum. Ramadhan itu aku ditinggalkan dengan kenangan paling menyedihkan. Van yang semalam ditunggunya telah tiba hari ini. Saat ini, aku faham akan segala apa yang dikatakan olehnya. Mungkin waktu itu, aku terlalu kecil untuk memahaminya.

Sehingga saat ini, aku masih terasa hangat tubuhnya memeluk dan mencium pipiku. Aku masih terasa lembut tangannya menyisir rambutku. Masihku terasa keenakan masakan cendawan tumis kegemaranku dan kuih bahulu bakar. Aku juga masih ingat kecantikan baju raya kami bersama berwarna coklat.

Pernah aku coretkan kisah kami suatu ketika dulu. Kini, buat seorang sahabat yang tabah, aku mohon kau tabah menghadapi dugaan tuhan. Hanya insan terpilih sahaja yang menerima dugaan sepertimu. Aku berdoa dan sangat berharap semoga Ramadhan ini kita sama-sama menjalaninya dengan penuh kesabaran. Aku juga berharap, ada lagi Ramadhan untuk kita tahun hadapan dan seterusnya. Tabahlah wahai teman.


*Al-fatihah buat arwah Wan tersayang, Musripah. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Cucumu ini tak pernah sekali melupakanmu. Memori bersama dan nasihat akan sentiasa tersemat di hati.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, July 27, 2011

Rindu blog

Assalamualaikum kawan-kawan. Terasa bersemangat sangat malam nie nak post entry. Rindu pula pada semua yang mengambil berat. Lebih-lebih lagi yang selalu buat lawak dan menceriakan suasana. Dengan usikan yang ada, buat aku senyum sendiri pula. Dua tiga hari tak melayan blog, rasa sunyi saja. Harapnya, kawan-kawan yang sentiasa suka menceriakan suasana masih ada. Terima kasih juga atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah, aku akan jaga kesihatan baik-baik dan dapat melalui Ramadhan yang bakal tiba dengan lebih sempurna. Amin.


Bila 'bercuti' dari blog dua tiga hari nie, aku mula terfikir kenapa aku boleh rindu dengan blog. Aku tak dapat jawpan pasti, tapi aku terasa kosong saja. Mungkin sebab aku duduk sorang-sorang dekat rumah sampai lewat petang. Biasanya, tak lah sampai petang sangat kalau adik lelaki aku ada kat rumah. Tapi sebab last week dia join world cup punya sepak takraw (as a volunteer), aku tak ada teman nak bersembang, bercerita itu ini. Dia seorang adik yang sangat memahami dan rapat sangat dengan aku. Sampaikan nak pilih minyak wangi pun ajak aku yang temankan. Hari ni, dia ada kat rumah. Aku sangat happy. Dia ajak aku pergi karaoke dan jalan-jalan, tapi aku tak nak. Sebab tak larat sangat. Dia cakap, "Tak pelah. Tunggu kau 'tak puasa' kita keluarlah shopping". Ayat tak boleh blah ! Hahaha. 


Aku mula menulis blog tahun lepas. Kira dah setahun lebih juga aku menulis di sini. Masa mula-mula aku nak buka blog, ada seorang sahabat yang sangat baik hati dan penyabar yang bantu aku. Dia sangat sabar mengajar aku dari nak sign up sampailah terciptanya senyumangadisgerimis.blogspot.com ni. Aku macam tak percaya akan ada orang yang sabar mengajar aku untuk setup blog ni hanya melalui talifon. Dia beri arahan dan aku follow arahan dia. Dia sabar layan persoalan aku yang merapu. Hahaha. Pengalaman yang hebat. Mungkin bagi sesetengah individu, "Bukan susah pun nak sign up !", tapi bagi aku, tanpa dia, tiadalah Izfanora di alam maya. Sesuatu yang tak pernah aku bayangkan bila hasil tulisan aku dibaca ramai (lebih dari seorang, ramailah kan).


Bila kita melakukan sesuatu, pasti ada tujuannya. Betul tak? Macam aku juga. Tujuan utama aku buka blog, adalah untuk berkarya. Aku tak pernah terfikir nak kejar trafik ker, nak ramai follower ker dan lain-lain. Aku pun tak pernah nak fahamkan benda tue sehinggalah sekarang kerana aku hampir fed up untuk memahaminya. Sehinggalah suatu hari, aku terjumpa satu blog (waktu itu aku tak tahu pasal nak follow atau bagi komen) yang langsung tak meletak iklan dan input yang aku perolehi daripada blog itu sangat banyak. Terdetik di hati, "Dia berkarya kerana dia, bukan kerana yang lainnya !". Seperti buku diari kita suatu masa dulu. Kita hanya ingin ia menjadi rahsia peribadi kita tanpa mahu orang lain mengetahuinya. Ah, itu buku, ini blog. Itu bezanya.


Blog membuat aku sedar sesuatu yang aku belum pernah sedar sebelum ini. Aku dapat meluahkan apa yang aku rasa di sini tanpa sikap prejudis orang lain terhadap aku. Anda semua yang tidak mengenali aku memberi komen menurut pandangan masing-masing tanpa bertanya itu ini. Bukan seperti rakan 'nyata' kita yang lain, yang selalu berkata mengenali kita, tetapi sebenarnya tidak.


Aku amat menghargai setiap pengalaman yang berlaku. Pengalaman aku dan orang lain adalah berbeza. Itu yang menjadikan aku dan kamu semua berbeza. Kita mungkin melihat satu blog yang sama, tetapi kita masing-masing ada pendapat yang berbeza tentang blog tersebut. Apa-apa pun, aku sangat merindukan blog anda semua. :)


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, July 26, 2011

Tabah lah wahai hati

Assalamualaikum semua. Tetiba aku terasa lama dah tak menjenguk blog nie. Tapi, kalau ingat-ingat semula, lagi lama aku tak menjenguk fb. Fb tue kadang hanya pencetus pergaduhan dan salah faham.  Hurm.


Apa khabar korang semua? Terima kasih pada yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku selama beberapa hari tak bersiaran. Ayat tak boleh blah. Aku tak ada modal cerita yang nak dikongsikan sebenarnya, tapi aku teringin meng'post' sesuatu di sini sebab aku terasa kosong pula bila aku tak menaip apa-apa.


Dua tiga hari nie aku tak berapa sihat sangat. Tak tahulah kat mana silapnya. Mungkin sebab aku jatuh lagi tempoh hari, so, sakit lama kembali bertandang. Sakit tue buat aku tak boleh nak stay lama mengadap lappy nie. Sorry guy. Aku cuba juga nak round-round blog korang, tapi memang tak berdaya. Adakah aku patut menjadi seperti abg stalker (promote gak tue) untuk mengambil mc? Tak perlu kot kan. Btw, thanks a lot kepada Wanie yang amik tahu pasal aku.


Selain makanan seafood, apa lagi yang boleh naikkan tekanan darah? Sesiapa boleh share dengan aku? Tekanan darah aku makin merosot nampaknya. Lately makin kerap nak pitam. Nak makan kerang banyak-banyak aku alergi plak. Kalau boleh, makanan yang korang suggestkan tue SEDAP yer. Hihihi.


Lagi satu, result aku baru keluar. Memang dah lama keluar sebenarnya. Just yang nie latest punya lah. Aku bersyukur dan happy sangat dengan result aku, tapi, ada satu subjek yang aku sangat-sangat mengharapkan sesuatu daripadanya sangat jauh dari sasaran aku. Memang aku terlalu sedih. Sangat-sangat sampai sekarang aku tak percaya dengan apa yang aku dapat untuk subjek tue. Nak buat macam mana, sabar saja lah.


Dalam keadaan kesihatan sekarang nie, ditambah dengan result macam tue, mood aku memang ke laut. Aku jadi blur, rasa nak bersendiri, jadi macam hilang arah nak berfikir. Tapi, aku kena sedar, selagi ada yang bernama kehidupan, aku kena teruskan berjuang. Aku hanya perlukan sedikit kekuatan. Lagi-lagi Ramadhan nak dekat dah nie. Sayangnya kalau puasa terbatal hanya disebabkan pitam dan pengsan. Tambah pula tarawikh yang bukan selalu ada. Ya Allah, kuatkan aku.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, July 24, 2011

Syukur

Assalamualaikum semua. Bertemu kita kembali di alam maya pada malam ni. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada-Nya kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas menghirup udara-Nya sehingga malam ni. Esok, aku tak tahu lagi. Aku cuba untuk menjengah 'rumah' kawan-kawan semua yang sentiasa ambil berat, ambil tahu dan bertanya khabar berita. Tapi, mungkin ada yang terlepas pandang. Maaf ya. Hari ini, aku lebih sihat dari semalam. Alhamdulillah. Korang pula macam mana? Mesti dah sihat kan. Yelah, aku kan dah tinggalkan Jamu Anak Dara untuk korang semalam. :)


Ada sesiapa yang rindu aku tak? Baik mengaku. Hahaha. *Macamlah ada orang nak rindukan. Perasan pula aku nie. Yelah, mana tahu, bila aku tak datang terjah dan bergurau-senda dekat blog korang, terasa ada kekosongan ke. Hihi.


Aku nak berkongsi satu pantun nie. Pantun nie dalam maksudnya dan aku suka sangat. Aku tujukan pantun nie buat semua rakan-rakan blogger. 


Beburung berzikir di sangkar Raudhah,
Menyambut azan di tabir senja,
Insan berkasih kerana Allah,
Bertemu berpisah kerana cinta-Nya.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, July 23, 2011

Jamu Anak Dara ?

Assalamualaikum semua. Mesti ada yang ternganga tengok tajuk. Hahaha.


Aku tak ada modal pun nak keluarkan Jamu Anak Dara nie yang mampu melawan kehebatan jamu-jamu lain yang ada kat pasaran tue. Kalau pun aku tetiba berfikiran untuk keluarkan produk jamu nie, pastinya orang pertama yang akan terkejut besar adalah mak aku. 


Kenapa hari ni aku nak post cerita pasal jamu? Macam dah tak ada cerita lain je kan. Aku pun tak fikir nak post entry hari ni sebab aku betul-betul tak ada mood dan agak moody sikit. Mungkin kerana terusik hati sikit kot. Sila abaikan.


Cerita pasal jamu semula. Tadi, aku pergi dapur untuk men'join'kan diri aku minum petang sementara tunggu maghrib bersama keluarga seperti biasa. Yang buat special sikit menu minum petang hari ni adalah mak aku hidangkan jamu sebanyak dua cawan untuk diminum bagi sesiapa yang ada 'nafsu' nak minum. Memang aku adalah antara individu yang paling susah untuk minum. Bau saja dah boleh buat aku muntah dan demam, inikan pula minum.


Mengapakah jamu dicipta?  Aku selalu bertanya soalan ni. Tolonglah cipta produk lain yang sedap-sedap. Barulah aku ada nafsu sikit. Nafsu nak minum okay. Aku tak kisah kalau tak pahit. Huh. Mak aku pun bebel-bebel sebab aku tak nak minum. Jangankan minum, pegang cawan pun tak nak. 


Adakah kerana seharian wajahku pucat lesi membuatkan petang itu kami sekeluarga dihukum minum jamu? Aku pun berkata sambil tersenyum, "Mak, confirm tak sakit dah sekarang ni. So, jangan risau". Dan seperti biasa mak aku bercakap, "Ah, alasan ! Nanti sakit panggil mak, mak.. ". Huhuhu. 


Tengok macam sedap, tapi rasa dia, pergh !

*nota kaki: doakan kesejahteraan aku ye. Sorry kalau hari ni tak sempat terjah blog korang.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, July 22, 2011

Segmen : Aku ingin diSkodeng Abang Stalker

Oleh kerana kerinduan (ayat poyo dan penuh kontroversi di situ) kepada abg stalker, aku join lah segmen nie. Korang pun, kalau nak ribut taufan komen datang melanda blog korang, meh join sama. Memang tak rugilah join segmen abg stalker ni. :)


Abg stalker cakap, dia nak buat baik sikit sempena Ramadhan yang bakal menjelang nie. Adakah selama ini dia berbuat jahat? Hahaha. Okay, lebih-lebih pula. Nak tepek sikit banner abg stalker yang kacak ni. Ahaks.




Kalau nak join, klik sini okay.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tafsir mimpi

Assalamualaikum semua. Apa khabar anda semua di hari jumaat yang penuh barakah ini? Harapnya sihat dan ceria apatah lagi esok ada yang cuti. :) 


Okay, intro hari ni pendek je sebab tak tahu nak bebel apa. Aku proceed terus pasal tajuk aku. Apasal hari nie aku nak cerita pasal mimpi? 


Of course lah semua orang pernah bermimpi. Tak kira lah mimpi basah ke, mimpi kering ke, kena patuk ular ke ... bla bla bla ke ... Tak kisah lah mana satu pun kategori mimpi korang tu. Aku belum pernah lagi jumpa orang yang tak pernah bermimpi. Sebab dari aku kecik, adik aku pun cerita mimpi dier kat aku. So, logiknya, budak kecik pun mimpi, inikan kita yang dah dewasa nie kan. Apatah lagi lelaki. Hihi. Okay, gurau di situ.


Aku nak tanya sikit lah (tapi rasa macam dah banyak juga tanya kat entry-entry sebelum nie kan? Abaikan). Siapa yang tahu mentafsir mimpi? Ada tak? Sila lah tinggalkan link anda. Okay, ini bukan gurau, ini serius (nyanyi sikit macam Wonderpat).


Dah dua malam aku mimpi benda yang sama. Yang agak merisaukan adalah malam tadi aku mimpi benda yang sama seperti malam semalam, tetapi ada sambungannya. Maksud aku, (aku bagi contoh) kalau mimpi aku malam yang pertama tue dari A sampai D, kiranya malam tadi mimpi aku dari A sampai G. Aku takut malam nie aku tidur dan terus bermimpi dari A sampai Z dan aku terus tak bangun. Oh, apakah yang aku lalutkan ini !


Aku tak tahu kenapa aku terlalu risau. Sila lah bantu aku bagi sesiapa yang tahu. Jasa baik anda amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih (sempat lagi wat lawak !)


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, July 21, 2011

Semanis kurma vs Manisnya kurma ini

Assalamualaikum semua. Aku tahu, mesti malam nie ramai dok kecoh shoutout sana-sini, post itu ini pasal Malaysia lawan Chelsea yang golnya gol ihsan. Apakah aku juga menonton? Oh, walaupun aku menyokong Harimau Malaya, Malaysia tanah tumpah darahku, aku memang tak tahu apakah yang harus ditonton bila tengok perlawanan bola. Mengapakah ini terjadi kepada aku? Aku pun tak tahu. Hihi.


Entry aku malam nie bukan pasal bola, tapi pasal Program Semanis Kurma yang baru habis siarannya pukul 11 malam sebentar tadi. Korang tengok tak? Program malam nie istimewa sikit apabila secara tidak langsung meng'clear'kan kekecohan yang konon-kononnya diperkatakan oleh 'BUKAN PEMINAT SEPAH' mengenai ketidaksopanan kumpulan Sepah meniru program Semanis Kurma. Ini kerana, jemputan malam ini adalah Shuib dan Siti Sarah.


Ustaz dan ustazah sangat 'open minded' dengan hiburan yang dibawa oleh Sepah. Mengapakah orang lain terlalu menyibukkan diri mereka membuat kecoh? Apa pun tak boleh!


Banyak input yang diperolehi malam nie apabila tajuk yang dibawa (Isteri Umpama Bidadari) di ketengahkan. Aku sangat tertarik bila dikatakan, "Seorang wanita solehah di dunia (taat kepada Allah, taat kepada suami dan taat kepada ibu bapa) adalah lebih tinggi darjatnya daripada bidadari syurga". Subhanallah. Alasannya, wanita di dunia mengerjakan solat, berpuasa dan melakukan perkara yang diperintahkan Allah untuk menjadi bidadari.


Ada seorang suami menalifon dan bertanya mengenai tips bagaimana mendapatkan keluarga yang harmoni setelah keluarganya retak dan ibubapa masuk campur. Tips yang diberikan adalah DUIT. 

Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal

Duit sangat berguna di dunia, malah melalui 'DUIT' juga, ia akan membantu di akhirat.


Semoga kita semua, wanita, mampu menjadi seorang isteri umpama bidadari kepada seorang suami. Amin.


Nota kaki: Adakah entry kali ini terlalu serius sehingga aku merasakan ingin berkahwin? Apakah?


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Apa pun tak boleh !

Assalamualaikum semua. Hari ni, entry keluar petang pula. Selalunya pagi atau malam. Oh, ini semua gara-gara aku telah ditugaskan oleh abah untuk pergi membayar bil di pejabat pos. Kenapakah? *Dah aku sorang je duduk goyang kaki kat rumah nie tanpa pekerjaan. Tapi, aku bukan penganggur okay ! :(


Sebelum aku terlupa, aku nak cerita sikit pengalaman pertama kali aku nak pergi bayar bil kat pejabat pos. Untuk pengetahuan korang, tahun nie adalah pertama kali dalam hidup aku pergi ke pejabat pos untuk membayar bil. Sebelum nie, aku tak tahu pun nak bayar bil dekat mana (giler hulu aku duduk). Nak dijadikan cerita, adalah dialog antara aku dengan abah aku yang tersayang tue.


Abah: Nje, sok tolong gi bayar bil dekat pejabat pos (sambil tangan menghulur sampul surat yang mengandungi bil dan duit)

Aku: Mana nje tahu. (sambil mengambil sampul surat yang diberi)

Abah: Esok, masuk pejabat pos tengok kiri kanan. Cari mesin nombor giliran tue. Tekan butang A. Nanti, ambil slip nombor tue. Pastu, duduk tunggu sampai nombor dipanggil. Bila nombor dipanggil, pergi kaunter. Cakap kat orang yang jaga kaunter tue, nak bayar bil. Bagi bil kat dia. Bila dia cakap jumlah bayaran, bagi duit. Lepas tue, dia pulangkan bil yang dah berbayar. Ambil, pastu balik lah.

Aku: Ooo.. (apa pun tak boleh !)

[nota: nje tue nama panggilan aku singkatan dari manje. Adakah aku sangat manja? Abah aku je yang tahu. :P]

Adakah ayah korang pun macam tue? Atau adakah aku terlalu 'apa pun tak boleh !' sehingga terpaksa di'explain' sebegitu rupa? 

Memang abah aku seorang yang formal bila terangkan sesuatu, lebih-lebih lagi dekat aku. Adakah aku masa kecil dulu 'lembab'? Oh, aku pun tak tahu. Huhu.

Tapi, cerita sebenar yang aku nak cakap hari ni adalah apa yang berlaku kat pejabat pos pagi tadi time aku pergi membayar bil setelah berkali-kali. Aku dah ingat cara membayar bil okay !

Aku pelik sebab pejabat pos tue dah lah ramai orang datang, tapi pekerja tak cukup. Kaunter ada tiga, tapi, tak pernah pun aku tengok tiga-tiga kaunter buka walaupun kadang giliran menunggu ada 100 orang lagi ! Apa pun tak boleh !

Lagi satu, kata je peti cadangan. Tapi, aku rasa, pekerja kat situ pun tak pernah tengok apa yang dicadangkan oleh orang awam. Macam mana nak maju. Yelah, aku cakap sebab hari nie jer dah 21 Julai. Aku ternampak satu surat cadangan ni bertarikh 2 Jun. Nak kata sebulan sekali kutip kertas cadangan, 2 Julai dah lepas dah. Tak pe, aku fikir positif. Mungkin 2 bulan sekali kot dorang kutip kertas cadangan tue. Tapi kan, kalau tengok kondisi kotak cadangan tue sendiri, dah macam setahun tak berusik. Sebab dah bersawang-sawang. Apa pun tak boleh !


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, July 20, 2011

Berkesan ke?

Assalamualaikum semua. Part letak tajuk memang aku fail. Tak tahu lah kenapa payah sangat aku rasa nak letak tajuk yang bersesuaian dengan entry aku sampaikan kadang-kadang aku tukar tiga empat kali sebab aku rasa tajuk aku lari dari topik yang aku bincangkan. Intro nak gempak jer kan.


Okaylah. Hari nie aku nak bincangkan sikit pasal isu yang aku baca kat paper tengah hari tadi dan juga ada keluar berita pukul 8 tadi kat tv3. Aku rasa mesti ada antara blogger pun dengar jugak pasal benda alah nie. Pasal penetapan tarikh memperbaharui lesen ditetapkan mengikut tarikh lahir.


Memang apa saja yang dibuat atau diputuskan akan ada baik dan buruknya. Tapi, aku tak tahu kenapa aku asyik terfikir yang buruk daripada yang baik. Pelik lah. Aku dah cuba fikir yang baik-baik, tapi tak boleh. Antara yang aku fikir:


1. Renew lesen biasa kita buat setahun sekali. Aku rasa, bukan susah sangat nak ingat pun. Sebab, setiap kali renew, tarikh yang sama juga tamat tempohnya. Aku pun boleh ingat dah macam hari lahir dapat lesen lah. Ada beza sangat ke tarikh hari lahir ayah, tarikh hari lahir mak, tarikh hari lahir abang, tarikh hari lahir lesen? Macam tak ada beza je kan. Hahaha.


2. Kadang-kadang, tarikh lahir sendiri pun kita lupa. Betul tak? Mungkin bukan korang lah. Tapi, aku sendiri pernah terlupa tarikh lahir aku. So, tak ada point pun wat camtue.


3. Akan terlupa juga kalau pada tarikh tersebut kita ada perkara emergency. Normal lah, kadang ada candle light dinner ker, orang nak belanja makan ker, ada doa selamat ke. Yelah nak celebrate birthday. Tak ke kita akan lupa juga nak renew lesen kita disebabkan ke'busy'an kita?


4. Yang nie memang aku rasa berapi sikit sebab alasan yang diberikan kenapa ditetapkan benda alah nie adalah bila orang ramai beri alasan terlupa ! Okay, namanya pun alasan. So, adakah lepas nie bila kena tahan polis sebab tak renew lesen, mereka-mereka akan berkata, "Maaf encik. Saya terlupa hari ni hari lahir saya !"
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Hizami, nak header satu !

Nie lagi satu blog aku terjah dan ada orang baik hati nak bagi header free. Ner tau ada rezeki aku. Okay, sila undi aku. :P 


Sila klik banner untuk terjah tuan punya blog yang baik hati.




Nie slogan aku yang sangat kreatif:

'Ke hadapan Hizami, aku nak header satu sebab header aku tak bombastik dan tak cukup stylo dan realistik yang dapat menularkan aura-aura ke seantero dunia macam header Hizami'. (okay, cukup-cukup 20 patah perkataan)


Orang yang kena tag:


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, July 19, 2011

Segmen : Aku couple dengan Abg Stalker ?


Tetiba malam ni angin kus-kus plak nak join segmen. Lama sungguh aku tak join segmen-segmen nie. Tetiba terserempak dengan blog nie dan teringin nak join. Segan giler, tapi empunya badan ada mempromotekan diri kat komen dalam entry aku yang dulu-dulu nak jadi hero, so apa salahnya Abg Stalker menjadi hero aku kan? *Segan tahap dewa dah nie. Confirm iPai terjah nanti.


Eh, lebih-lebih plak. Okay, aku nak review skit blog Abg Stalker @ couple aku nie? (Ahaks, pasti ada yang muntah darah)


Aku baru jer kenal couple aku nie. Dalam masa sejam (+ - lah masa aku kenal dia), dia dah boleh buat aku gelak sakan. Best lah 'couple' dengan dia nie. Ayat tak boleh blah. Haha. Kalau korang nak rasa happy cam aku rasa, korang boleh lah couple dengan dia juga. Eh, boleh ke macam tue? Haha.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

La Tahzan

Assalamualaikum semua. Aku nak korang happy tau hari nie macam aku juga. Aku tak tahulah kenapa aku happy sangat hari nie, tapi memang mood happy saja.


Pagi tadi aku bangun lambat sikit sebab malam tadi aku tidur lewat (alasan biasa student guna bila lambat masuk kuliah. Bukan aku okay). Bangun je dari tidur, macam biasa, aku tahu yang aku akan jadi bibik lagi hari nie. Oh, this is the best job in the world. Tak percaya? Try tanya suri rumah. Nie aku nak bagi info sikit. Jadi suri rumah adalah pekerjaan yang paling mulia sekali tau. Semua kerja dilakukan sendiri dari A hingga Z. Aku suka juga jadi suri rumah sebab semua benda dalam rumah nie aku tahu kat mana letaknya. (Korang jangan ingat aku dah tua okay. Aku tengah layan cuti semester yang sangat panjang. Huh !)


Walaupun mesin basuh baju kat rumah aku menghadapi masalah teknikal (ayat poyo di situ), aku berbangga sebab dapat membasuh baju family aku dengan tangan aku walaupun sakitnya sampai sekarang tak habis lagi. So, kalau sudi, klik lah iklan nuff tue. Dapat juga aku duit nak beli mesin basuh baju baru. Hihi. Dan, kerja yang paling aku suka sekali, basuh pinggan. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat. Aku buat dengan senang hati dan sangat happy. :)


Lepas settle kemas rumah semua (nie bukan entry puji diri okay), aku pun online seperti biasa sebab aku sorang-sorang je kat rumah hari-hari. Dan aku berkenalan dengan seorang blogger yang membuat aku terasa hendak ketawa setiap masa setelah diperkenalkan oleh iPai iaitu Abg stalker ! Dalam masa sejam, komen dier bagai hujan turun ke bumi ! Betul apa yang dikatakan oleh iPai, apalah ilmu yang digunakan oleh beliau. Kalau anda semua tak percaya, sila lihat komen beliau di entry-entry aku.


Apa-apa pun, hari ni mengajar aku untuk tidak bersedih (la tahzan). Aku terasa kegembiraan itu sehingga ke saat ini. Hahaha. Tak rugi berkenalan dengan dier. Pergi terjah blog dia.


*Abg stalker dah kena promote kat sini. Silalah faham-faham. Hahaha. :P
+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Anonymous ? | CM8

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Harapnya korang semua sihat sejahtera. Sebelum aku terus ke tajuk aku pasal Anonymous tue, aku nak buat cerita pendek sikit. Bukan apa. Aku just nak korang lebih faham dan dapat bayangkan situasi yang aku beri dengan lebih jelas, nyata dan terang. :)

Ini kisah benar. Pada suatu hari, aku terima panggilan dari satu nombor yang tak aku kenali. Aku menjawab panggilan seperti biasa tanpa sebarang curiga. 

Aku: Hello.

Dia: Hello. Nie siapa ye? (nada suara agak tinggi)

Aku: Eh, awk yang talifon saya, awak boleh tanya saya pula. Nak bercakap dengan siapa?

Dia: Tak kisahlah siapa pun. Kenal angah tak?

Aku: Angah mana pula?

Dia: bla bla bla bla (memperkenalkan angah kepada aku)

Aku: Kenal. Kenapa ye?

Dia: Nak cakap sikitlah ye. Tak payah nak kacau dia ye. Dia dah ada tunang. Cari je orang lain. Nanti rosak pula hubungan orang.

Apa yang korang boleh rumuskan? Kejadian nie mengajar aku sesuatu yang sangat berharga dalam hidup aku sampai sekarang sedangkan aku tak pun mengganggu hubungan orang. Dia adalah Anonymous yang tiba-tiba mengganggu ketenteraman hidup aku. Adakah aku suka atau tidak suka Anonymous? 

Aku menjawab persoalan ini dengan pendapat aku sendiri. Mungkin pendapat aku berbeza dengan pendapat kamu yang lain.

AKU TIDAK SUKA ANONYMOUS !

1. Mereka berani berkata apa sahaja (lantang bersuara) tanpa diketahui identiti. Bagi aku, mengapa perlu takut memperkenalkan diri kalau merasakan apa yang dikatakan adalah benar? Mereka bersuara seperti dunia ini mereka yang punya tanpa menjaga tatacara dan adab kesopanan. Apa guna adanya rukun negara kelima, 'kesopanan dan kesusilaan'?

2. Tidak berbangga dengan diri sendiri. Bukan aku kata kita perlu mendabik dada, tetapi kita perlu 'show off' diri kita dengan apa yang telah kita perkatakan. Kenapa perlu takut dijejaki kalau sudah menjejaki? 

3. Suka memanaskan keadaan. Bukan semua anonymous begini, tapi kebanyakkannya memang begini. Suka sangat menyelitkan komen panas untuk membuat orang naik angin. Bangga sangat ke tengok orang lain bergaduh? Apa agaknya yang ada dalam fikiran golongan begini? Tengok kat komen youtube pun bersepah-sepah. Kat blog pun banyak juga. Dorang tak ada kerja agaknya. 

Ni sebahagian yang dapat aku kongsikan kenapa aku tak suka golongan Anonymous nie. Walaupun bukan semua golongan nie bawa kritikan negatif, tapi tue lah. Korang suka ker 'pencuri masuk rumah'? Fahamlah maksud aku kan. :)

*Best jugak layan perasaan tetiba anonymous admire kat aku. Hihihi..



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Sunday, July 17, 2011

Kisah lawak tak kan lupa sampai mati ! | CM7

Apa-apa pun jadi, aku nak korang gelak. Okay? Sebab aku nak cerita kisah lawak nie. Nie bukan cerita sedih okay. Tak payah nak nangis-nangis bagai. Sila siapkan muka anda dengan reaksi yang paling melucukan. Aku bukan pelawak, so, topik nie memang berat giler bagi aku sampai aku terpaksa termenung lama memikirkan, "Aku ada kisah lawak, tapi boleh ke aku nak post kat blog nie?". Tak pe, aku try.


Dulu, lepas SPM, aku konon-konon dengan member aku tak nak lah 'tanam anggur' kat rumah. Aku terasa dah giler dewasa time tue sebab dah habis sekolah. So, aku dengan member aku pun carilah keje. Dari satu kilang ke kilang yang lain. Sampailah akhirnya, kami bergelar minah kilang kat kilang RPI, membuat komponen kereta untuk Proton. 


Itu intro je okay. Cerita lucu aku tak der kena-mengena kat kilang tue. 


Suatu pagi, kami dalam perjalanan nak ke tempat kerja (bunyi macam CEO je kan), kami terpaksa melalui kawasan jalan laluan lori-lori keluar masuk untuk pembinaan perumahan. Kira jalan short cut lah. Korang tau je lah kalau jalan camtue, memang bersih sangat. Kami pula naik motor. Member aku, Ikha, yang bawa (125 okay). Kalau aku yang bawa, memang tak bergeraklah motor tue.


Sedang menikmati pemandangan pagi yang indah tu, Ikha bertanya kat aku. "Busuklah. Kau tak bau ke?". Aku pun cubalah hidu sekelililng menggunakan pancaindera aku ni. Try korang hidu cam aku buat. Ada bau tak? (mesti korang tengah cuba menghidukan)


"Tak ada pun. Kau nie biar betul", aku bercakap sambil mata aku melilau kiri kanan. Dalam kepala aku nie, dah macam-macam aku fikir. Bau apalah yang budak nie bau. Oh, ada sampah kat kiri kanan jalan rupanya. Mungkin dia tak perasan sebab terlalu khusyuk bawa motor dengan hemahnya. Aku pun cakaplah kat dia, "Ikha, ada sampah banyak nie. Kau tengoklah kiri kanan nie". Dia pun toleh kiri kanan jalan sambil memecut motor. Harapannya, dapatlah lepas dari kawasan timbunan sampah dengan lebih cepat. 


"Makin kuat bau nie", kata Ikha tiba-tiba. Walaupun motor telah dibawa dengan kelajuan maksima (tipu di situ), bau yang ada semakin kuat. Aku pun baru terbau seperti apa yang dibebelkan Ikha. "Lajulah lagi", kataku kerana tak tahan bau yang ada sampaikan aku terpaksa menutup hidung dan menyorokkan mukaku di belakang badan Ikha. Ikha pula tak habis-habis melilau mata kiri dan kanan dan memecut. Dia pelik sebab sampah tak sebanyak kat laluan tadi, tapi bau semakin kuat.


Tiba-tiba ...




"Patutlah makin lama makin kuat bau. Makin dekat pulak kita kejar lori sampah nie !", Ikha bercakap kuat sampai membuatkan aku menjengukkan kepala melihat di depan. Hahaha. Kalau orang lain tengok kerenah kami time tue, mesti dorang cakap, "Giler ker budak dua orang nie. Ada ke patut lori sampah dikejar. Beriya-iya sungguh pulak tue !". Seharian kami tergelak bila teringat pasal kisah pagi itu.


Done. Aku tak taulah sampai ke tak lawak aku nie. Tapi, untuk pengetahuan korang, aku dok tergelak je bila taip entry nie. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tutorial lipat-melipat | CM6

Apa khabar orang kampung? Aku dah terlebih bajet masa sendiri nak post entry nie. Aku hampir berputus asa memikirkan toturial apa yang paling best nak show off kat korang semua, sampaikan mak aku yang tak tahu apa-apa pasal blog, aku dok tanya. Sian mak aku. Hihihi. Seingat aku, sepanjang aku ada dalam dunia blog dan ber'blogwalking' hulu-hilir ke blog otai-otai, tak ada lagi yang wat tutorial cam aku wat nie. Kira korang bertuah lah dapat jumpa toturial nie. Hahaha. Bangga diri sekejap.


Ilham buat tutorial ni aku perolehi lepas aku bengang dengan adik-adik lelaki aku yang memang langsung tak pernah nak kemas almari baju dorang. Apatah lagi memegang baju untuk dilipat. So, hari nie, aku nak tunjuk sikit kat korang (terutamanya blogger lelaki) yang rajin sangat update post, blogwalking sana-sini, komen kencang kat blog orang, untuk belajar nak lipat baju kemeja. Korang pandai pakai je kan. So, aku nak ajar mengemas sikit almari tue.


1. Bentang baju tue sebesar-besar alam. Lipat bahagian badan kanan baju tue ke dalam (seperti dalam gambar).



 2. Lipat bahagian lengan kanan baju ke dalam, menindih bahagian badan kanan baju yang dilipat tadi (seperti dalam gambar).


3. Ulang langkah yang sama untuk bahagian badan dan lengan kiri baju dengan menindih bahagian yang telah dilipat tadi (seperti dalam gambar).

 (2) <------- (1)
penat aku adjust, tapi still terbalik

4. Then, bahagian bawah badan dilipat ke atas (seperti dalam gambar).



 5. Akhir sekali, bahagian yang dilipat tadi, dilipat sekali lagi sehingga ukuran lipatan sama di paras bahu baju (seperti dalam gambar).



Pergh, memang aku tak percaya. Akhirnya, aku berjaya membuat tutorial yang pastinya buat korang semua ternganga. Hahaha. Selamat mencuba. *Aku sangat berharap adik aku baca toturial nie. =)




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Saturday, July 16, 2011

Wahai pembuang bayi, bacalah ini ... | CM5

Alangkah bahagianya aku hidup di dunia ini. Lahirku disambut dengan tangisan kesyukuran ibu. Tubuh kecilku dipangku ayah lalu laungan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri merupakan alunan merdu pertama yang ditangkap telingaku. Sungguh merdu suara itu.


Manisan di mulutku rasa. Betapa nikmatnya tamar ini yang merupakan manisan pertama singgah di perutku. Aku kenyang dengan makanan kegemaran ramai ulama' itu. Lalu rambut aku dirapikan oleh insan-insan terpilih. Sepanjang masa itu, alunan gemersik suara memuji kebesaran Ilahi atas kehadiranku ke dunia jelas berkumandang. Syahdunya waktu itu. Pada masa yang sama juga, ramai tetamu bertanya. "Siapa namanya?", sambil tangan mereka mengusap lembut kepalaku.


****************************************

Wahai pembuang bayi, SEDARKAH ANDA bahawa anda melalui tiap saat yang membahagiakan itu sekali seumur hidup anda. TETAPI, anda langsung tidak memberi peluang sekalipun kepada bayi anda untuk merasakan saat bahagia itu ??

Kelahiran anak anda disambut dengan penuh kebencian. Mungkin, tiada laungan azan apatah lagi iqamah, melainkan makian. Jangankan manisan tamar anda cari untuk disuap ke mulut bayi anda, air kosong juga belum tentu anda hidangkan. Sudah pasti tiada majlis menyambut kelahiran, ditambah dengan bayi anda tiada nama menyambut kematian mengerikan.

Pastinya anda, pembuang bayi, sudah muak dan jelak mendengar orang berkata itu ini. "Kenapa tak fikir masa buat dosa dulu?", "Kenapa buat macam ni. Tak fikir mak ayah ke?", "Dah hilang akal ke? Tak tahu dosa pahala?". 

Aku tak ingin bertanya. Aku hanya ingin berkata dan menyatakan, ANDA PEMBUNUH ! Anda juga TIADA HAK untuk melakukan perkara yang anda lakukan itu WALAU DENGAN APA JUA ALASAN, kerana anda telah menidakkan hak bayi anda melalui saat paling bahagia bergelar bayi. 

Tag:
1. Sofi
2. Nely



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...