Tuesday, April 29, 2014

Makanan Bayi 6 hingga 12 Bulan


Assalamualaikum. Rentetan dari entry careless yang lepas, aku terasa nak berkongsi sedikit ilmu ni. Ilmu tak banyak kena kongsi, tak boleh kedekut. Aku pun nak anak korang sihat sejahtera gebu-gebu sentiasa. Gitu.

Macam biasa, bila nak bagi anak makan, lagi-lagi nak kenalkan makanan, eloklah ikut 4 days rules. Rules ni adalah nak tengok sama ada anak kita ni sesuai ke tak, alergi ke tak dengan makanan yang kita bagi. 

Confirm ada mak pak yang cakap, bagi nestum senang, kenyang. So, terpulang pada individu. Aku buat untuk anak aku, so ini cara aku. Leceh ke, buang masa nak sediakan ke, aku yang rasa, so tak payah komen. Itu je yang aku harap.

Baiklah. Tersasul jauh. Korang boleh refer kumpulan makanan yang sesuai diberi kepada anak korang mengikut usianya. Sebolehnya, jangan tambah perasa sama gula atau garam kerana tak elok untuk penghadaman. 


Mesti ada yang cakap, orang dulu elok je bagi macam-macam. Bagi aku semuanya pasal ilmu. Bukan semua orang ada ilmu untuk semua benda. Ada part kita boleh consider, ada part kena bertegas. Part makan ni, selagi kita boleh kawal, kita kawal. Lagipun, setahun pertama tu je pun. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, April 23, 2014

Sweet Potato

Assalamulaikum. Kisah pendek pada suatu hari semasa sedang baring berehat-rehat mencari info untuk makanan Darwish. Makanan untuk bayi berusia di bawah 1 tahun.

Alkisah bermula bila aku berhenti memberi Darwish makan puri sementara waktu sebab dia demam tumbuh gigi dan dalam mulutnya ada ulser sehinggakan dia tak mahu menelan susu hatta air liurnya sendiri. (T︵T) Menjejes-jejes air liur. Kesian aku tengok.

Kebetulan, pagi sebelum dia demam, aku bagi dia makan kentang lecek. Malam tu bila dia demam, aku terus terfikir, "ni mesti kes tak berak. Selalu makan, lepas berapa jam mesti berak. Ke sebab 1st time makan kentang dia demam?". Pemikiran seorang yang sangat emak-emak bila anak tak sihat. Kebetulan, 4 days rules untuk puri betik dah habis, so aku tukar ke kentang sebab baca resepi MASHED SWEET POTATO.

Tup! Keluar resepi ni . . .


Aku rasa sedih tahap tertinggi bila aku tak tahu bezakan POTATO dengan SWEET POTATO. Choi. Tahap PHD kebodohan aku masa tu. Kau dah kenapa bagi anak kau makan POTATO, bukan SWEET POTATO??? Kentang dengan keledek pun tak tahu beza? Terus aku simpan cerita sweet potato daripada cerita kat sweet husband aku. Kalau tak, mahu aku kena bahan 44 hari. Sorry Darwish, mama dah lama tak pergi sekolah.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, April 11, 2014

Hilangkan Bekas Gigitan Nyamuk

Assalamualaikum. Musim panas sekarang ni memang mengundang nyamuk. Stress aku kalau tinggal Darwish bila dia tidur siang kat depan tv tu. Confirm atuk nenek nyamuk segala gigit kaki tangan gebu dia tu. Tak cukup kaki tangan, kat kepala pun nyamuk serang. Kadang terpaksa tutup Darwish guna kelambu dia masa dia baby tu (eh, sekarang bukan baby dah ke?). Tapi, disebabkan Darwish dah cekap, bahaya kalau dia terjaga, kelambu tu ditarik-tarik. Dahlah ada besi. Bahaya.

Maka, kadang aku terpaksa redha kalau kegebuan anggota badan Darwish digigit nyamuk. Tapi, tidaklah aku biarkan saja kesan-kesan tu menghantui badan anak bujang aku tu. Aku tanya-tanya jugak kat orang lain. Cuba juga cara macam lumurkan dengan bancuhan tepung ubi. Namun, biasa je kesannya bagi aku.

Sampailah satu hari tu, kebetulan Darwish dengan ayah dia batuk. Maka, ke kiniklah kami bertiga. Settle check batuk, aku pun tanya doktor pasal krim untuk letak kat tempat Darwish kena gigit nyamuk tu. Doktor syorkan krim ni. Calazin cream; Aqueous Calamine Cream B.P. Doktor cakap sesuai untuk diapply kat baby, untuk gigitan binatang kecil, ruam lampin etc.


Dan hasilnya dalam beberapa hari memang sangat memuaskan hati aku. Aku tak pasti kalau krim ni ada dijual kat farmasi sebab aku belum buat survey. Cer kome buat survey.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, April 4, 2014

Diploma Penyusuan


Assalamualaikum. Ye, akhirnya aku berjaya mengharungi cabaran untuk mendapatkan Diploma Penyusuan. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka secara eksklusif selama 6 bulan, dorang dikatakan mendapat anugerah Diploma dan kalau dapat bagi sehingga 2 tahun, dapat pula pangkat Ijazah. Gitu. Dah macam kat universiti pulakan. 

Seriously, aku bangga dapat besarkan Darwish dengan fully breastfeed. Bukan membangga diri, tak, aku tak cakap aku bangga diri kat korang, cuma aku rasa bangga dengan diri aku sendiri sebab boleh lakukan benda ni walaupun banyak kata-kata dan perbuatan manusia di sekeliling aku yang seakan tak sabar nak bagi Darwish menjamah makanan. Bukan senang nak hadam kata-kata orang, tapi aku telan juga.

Untuk mama, ibu, mommy, mak, atau apa sahaja panggilan anda, berusahalah untuk menyusukan anak anda sepenuhnya. Namun, bagi mereka yang tidak dapat melaksanakan kerana sebab yang betul, percayalah, anak anda pasti memahaminya. Janganlah berputus asa hanya kerana kata-kata,

"DULU aku bagi makan elok je hidup sampai sekarang. Jadi orang juga, sihat walafiat".

Sedarkan diri kita, kita bukan hidup di zaman dulu, tapi zaman sekarang. Dunia yang penuh virus dan bakteria, dunia yang penuh habuk kotor dan debu dan juga dunia yang paling kejam sebab orang lain yang sibuk membuat keputusan untuk anak anda. Sila bertabah. Didiklah anakmu mengikut zamannya, dan bukan seperti zamanmu.

"Anak aku sihat je. Aku dah bagi makan dan dah campur susu".

Alhamdulillah anak kau sihat bila kau dah bagi makan dan susu campur. Alhamdulillah, kau patut bersyukur. Tapi, kalau anak aku sakit bila aku ikut cakap kau, apa kau buat? Paling biasa pun kau boleh tengok, lepas tu, keluar pula ayat,

"Anak kau ni kurang antibodilah. Tak kuat. Anak aku okay je". 

Baiklah, yang bagus semua anak kau. So, tak payah dah nak sibuk anak orang. Gitu. Bagi aku simple, dengar boleh, ikut tu tengok dulu. Bukan apa, bayi ni memang dicipta Allah, makanan ruji dia mula-mula adalah susu ibu. Dulu masa sekolah, aku pernah belajar yang air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun yang hanya menyusu ibunya sahaja adalah najis mukhaffafah, najis paling ringan, yang mana najis itu kalau nak disucikan memadai hanya dengan menjiruskan air bersih sahaja. Bukanlah aku nak cakap yang aku tak akan bagi Darwish makan langsung sampai umurnya 2 tahun, tapi, apa yang aku nak highlight adalah ISLAM sendiri menunjukkan bahawa susu ibu ni sangat tinggi khasiatnya sehingga mampu membesarkan seorang bayi lelaki sampai umurnya 2 tahun. So, kenapa perlu terlalu risau anak tak cukup zat kalau menyusu ibu saja sampai umurnya 6 bulan?

Oleh itu (penanda wacana tak hengat!), sebagai mama yang tahu apa yang terbaik untuk anaknya, buatlah ikut naluri hati. Dan, jangan jadi ibu bapa yang sibuk membezakan anak sendiri dengan anak orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Ini teaser . . .





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...