Thursday, January 30, 2014

Toy Pertama Darwish

Assalamualaikum semua. Jauh perjalanan luas pemandangan. Dah kenapa tiba-tiba aku bagi pepatah segala. Nak dijadikan cerita, Sukan Sea kat Mynmar hari tu ada kenangannya yang tersendiri buat Darwish. Tidaklah Darwish tengok tv layan sukan tu. Apalah budak 3 bulan tahu pasal tv. Dan tidaklah juga kami suami isteri mampu bawa Darwish melancong ke oversea tu. Basi dah cerita Sukan Sea tu kan, tapi aku baru kental hati nak up entry.

Tapinya, Darwish dapat patung maskot Sukan Sea Myanmar tu dari atok dia a.k.a abah mertua aku. Abah mertua aku bertanggungjawab sebagai pengurus pasukan karate dan silalah tepuk tangan sebab pasukan karate bawa balik 7 pingat emas. Okay, bukan nak cerita pasal sukan sea tu pun sebenarnya.


Dah alang-alang abah mertua aku ke sana, dia bawa balik patung tu untuk cucu dia ni. Mula-mula Darwish macam cuak bila tengok patung tu, tapi lama-lama dia so-so je. Layan tak layan. Kadang okay, kadang buat tak tahu je. Aku guna patung ni untuk rangsang otot dan motor tangan dia. Macam yang selalu dia buat time fisio. Ada guna juga patung ni.


*psst : aku rasa sekarang ni bila ada anak asyik cerita pasal anak je kat blog kan. Mak-mak sangat. Harap korang tak bosan.
 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Wednesday, January 29, 2014

Kejutan Hari Lahir Suami di Flora Kafe


Assalamualaikum. Straight to the point. Macam biasa bila je tiba hari-hari istimewa ni mulalah garu kepala nak fikir idea apa yang paling bernas dan best untuk sambut. Aku pun tak terkecuali.

Untung jadi encik suami ni. Sana sini orang nak sambut birthday dia. Dah macam budak kecik rupanya. Hahaha. Tarikh lahir encik suami 10 Januari. Dan kebetulan tarikh tu jatuh pada hari Jumaat. Mula-mula aku ingat nak sambutlah malam tu macam romantik-romantik, tapi bila fikir balik selalunya Jumaat malam kami balik rumah mertua, maka cancel. Fikir lagi dan lagi aku pun bincanglah dengan Eida nak celebrate ramai-ramai kat Flora Kafe alang-alang tu boleh jumpa geng lama ni. Rindu plak. Tapi, delay ke tarikh lain, alang-alang celebrate sekali birthday daddy to be, Syafiq a.k.a husband Yaya, 15 Januari.

Maka, 19 Januari, bertempat di Flora Kafe, bertemulah kami dengan tema putih. Macam warna kereta kami semua. Okay, tak ada kena-mengena. Hihi. Tapi, tak semua yang ada. Zul a.k.a husband Nory kerja (Tasya adik Nory ada temankan Nory), Eida dan Andy balik kampung. Yaya pun bawa sekali adik dia, Kakjie. Sebelum ni, kami pernah lunch secara buffet kat sini masa sambut birthday Yaya (entri SINI). Mila dengan Mcdee ada juga.

Flora Kafe menyediakan dekorasi yang sangat cantik. Nampak sangat mewah dan eksklusif, tapi jangan risau, harga sangat mampu milik. Pulak tu, makanan dia sangat sedap. Kau order, tak tunggu lama, order sampai. Begitu terbaik servis dia bagi.

Disarankan, kalau nak sambut majlis-majlis macam ni, call dulu pihak Flora Kafe untuk buat reservation. Kang tetiba kau datang ramai-ramai lepas tu tak ada tempat duduk, dah kau nak duduk kat lantai? Harap maklum, tempat ni macam pisang goreng panas.

Disebabkan lapar, tak banyak gambar yang aku snap. Sedihkan blogger cam aku ni tak berapa nak gigih nak snap gambar sana-sini. Aku masih lagi diselubungi perasaan malu. Ayat aku ni sangat sarkastik. Puih..

Aku dengan encik suami order set nasi lauk ikan keli goreng berempah cili merah, spaghetti bolognese chicken, sotong kangkung dan air bandung cincau. Sedap sangat, pinggan aku licin. Kegemaran encik suami bila makan kat sini adalah sotong kangkung. Licin dia bantai sorang.

Habis je makan, masing-masing layan hp. Masing-masinglah post gambar kat fb kat instagram. Sunyi kejap meja. Lepas tu, ~~happy birthday to you....~~ comel je bila staff Flora Kafe datang bawa kek sambil nyanyi lagu birthday. Riuh balik meja tu masing-masing ngadap kek pula. Kau bagi je lah apa pun, selagi boleh telan, masing-masing telan.


Konon-konon nak balik dah, check bil rupanya pisang sira Mila dengan aiskrim Nory tak sampai lagi. Duduk balik, sambung makan. Boleh pulak camtu. Korang tak boleh, geng kitaorang boleh je. Hahaha.

Siapa-siapa yang nak buat majlis kat sini, sangatlah recommended. Boleh contact dekat Facebook Flora Kafe AmpWalk atau alamat:
 
Flora Cafe
Lot G.08B-1 Ground Floor The Ampwalk, Ampang.
03-21618010 / 03-2858 6090

dan untuk memudahkan korang kalau nak celebrate apa-apa event dekat sini, better korang call Mell di 017-3024112.



Biasanya, siapa yang sambut birthday ni, dialah yang dapat hadiahkan. Tapi, Darwish ni selagi masih bawah setahun, banyak je hadiah dia dapat. Majlis birthday ayah dia, dia yang dapat hadiah. Untunglah. Thank you auntie Yaya bagi beg lembu comel dan auntie Mila untuk kasut pertama Darwish tu. Korang macam terdengar-dengar je kan kami suami isteri nak beli beg dengan kasut untuk Darwish.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, January 28, 2014

Budak 4 Bulan Berenang Kali Pertama

Assalamualaikum korang. Tajuk bukan main gempak kan. Kau jangan tak tahu, nak fikir tajuk pun boleh pitam dua tiga hari. Itu aku tak tipu. Sebab fikir tajuk je makan masa dua tiga hari, kau bayangkan kalau nak fikir entry. Dasar pemalas kau kan ieza. = . ='

Hari Ahad lepas, Darwish genap 4 bulan sehari. Kebetulannya yaya ajak datang rumah dia mandi kolam. Bila encik suami okay, aku dengan Darwish lagilah okay. First time tu nak campak Darwish ni dalam kolam mandi. Mama neves amat. Risau tak memasal fikir selamat ke tak anak aku ni. Encik suami siap cakap, "ayang jangan risau, abang pegang Darwish kuat-kuat".

Sabtu (sehari sebelum tu) sibuklah kami anak beranak mencari swimming suit untuk budak bambam ni. Pusing jusco jumpalah yang diinginkan. Less 10%, jusco buat sale. Pejam mata, bayar. Cari pelampung untuk Darwish, habis stok pula. Tak apa, lain kali kita cari lagi ye.


Maka, tiba hari dijanjikan, sampai kat rumah yaya pun dah lewat petang. Ada sama dengan kami masa tu mila dengan husband dia, nak mandi kolam sama. Tercetusnya idea nak mandi-manda ni bila kitaorang berjumpa dalam event ringkas yang belum siap taip kat draft aku tu. Next entry lah ye yang tu.

Dah kenyang makan, kami pun turun ke kolam mandi. Comel je Darwish pakai swimming suit. Malangnya, hujan gerimis. 


Para suami yang bergembira dalam kolam tu. Darwish yang pakai swimming suit satu set pun tak merasa langsung air kolam. Cuma mampu tengok dari jauh je ayah dia gelak-gelak dalam kolam dengan syafiq (husband yaya) dan mcdee (husband mila). Huhu. Next time ye sayang kita mandi.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, January 24, 2014

Berheader Baru di Tahun Baru

Assalamualaikum. Ini entry ringkas. Betapa ghairahnya aku menaip entry ni di tengah-tengah malam buta selepas berhempas-pulas memerah idea dan kreativiti yang sangat minimum, memaksa tangan untuk lembut berseni, dan nah, inilah hasilnya ! Kagum dan bangga diri sekejap sebab berjaya buat header baru. Lihat di atas tu ye. Hahaha. Nak tukar header baru masa awal tahun hari tu, tapi memang tak ada satu pun gambar kami sekeluarga bertiga. Dan itulah gambar pertama keluarga kecil aku.


Ada juga yang menyarankan untuk tukar header bersama Darwish sementelah kami telah bertiga. Yelah, header sebelum ni kan gambar nikah, masa kami suami isteri masih berdua. Tunggu punya tunggu, akhirnya ada juga event yang membuatkan kami berpakaian sedondon. Cerita event lain entry ye. Bagi yang rindu header lama, meh aku tepek sekeping.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, January 16, 2014

Pakej Hebat Chocolate Fountain 2014

Assalamualaikum semua. Siapa-siapa yang masih tercari-cari pakej coklat terjun (CF) untuk majlis masing-masing, meh tengok sini. Aku pun ada terfikir-fikir nak buat majlis kecil-kecilan untuk birthday Darwish nanti. Memang lambat lagi, TAPI kalau kau nak harga terbaik dari ladang, haruslah booking sekarang. Sekarang tau. Kalau masuk je pukul 12 tengah malam, dah bulan Februari, kirim salam je lah.
 

Ada macam-macam pakej yang ditawarkan oleh Eida ni. Okay, owner dia nama Eida. Bukan aku, Ieza. So, kau jangan contact aku tanya pasal CF ni. Kang aku terus cakap, "oh, kau tak baca entry tu sampai habis ye?". Hahaha. Dah melalut pula. Sila tengok dan pilih mana pakej korang nak. Apa-apa semua boleh bawa bincang.
 

Ada lapan pakej yang ditawarkan. Jangan malu pilih yang mana mahu :
1. Pakej Mini Coklat Fountain



2. Pakej Sewa Mesin Coklat Fountain





3. Pakej Kasih




4. Pakej Rindu





5. Pakej Sayang




6. Pakej Cinta




7. Pakej Raja Sehari



8. Servis-servis Lain



Nanti dulu, belum habis lagi ni. Sempena anniversary puan owner dengan suami tersayang, beliau sangatlah bermurah hati untuk memberi promosi diskaun yang super duper berbaloi-baloi untuk korang yang buat tempahan pada bulan ni, bulan Januari. Masuk je 1hb Februari, dah habis dah harga fall in love ni. Ada berapa hari lagi ni, silalah booking sebelum terlambat.


CF Eida ni dah sampai Ipoh, Perak, tau korang. Bagi korang yang duduk area sana yang nak book CF ni boleh contact Eida. InsyaAllah, CF sampai kepada anda.
 

Meh tengok CF Eida ni beraksi dengan jayanya.







Dah menjejes air liur korang? Moh le buat tempahan ye. Ini details owner dia.

Fast Reply SMS/ Call/ WhatsApp : 012- 233 4792 (EIDA)
Facebook : Chocolate Fountain ::She.Loves.Chocolate:: (KLIK)
Blog : Blog Chocolate Fountain Murah (KLIK)
Email : iedand23@gmail.com / sheloveschocolate29@gmail.com





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Tuesday, January 7, 2014

Senarai Barang Baby dan Mommy to be

Assalamualaikum korang. Ada yang pernah tanya kat aku, apa barang yang kena beli untuk anak first. Bagi aku yang over teruja, kalau masuk kedai jual barang baby, semua benda aku rasa perlu. Tapinya, nak buat macam mana, dompet tak cukup tebal dengan duit nak beli semua.

Sebenarnya, bila anak dah masuk 3 bulan ni, ada juga yang aku rasa tak perlu beli sepatutnya barang tu, tapi nak buat macam mana, dah beli masa anak dalam perut. Memang aku ada guna, tapi tak secara maksimum, so terasa agak membazir di situ. Kohkohkoh. Tak apa, ada rezeki lain nanti, insyaAllah. Rezeki untuk anak tu sentiasa ada.

Macam orang lain juga yang mencari list barang baby, aku pun macam tu masa mula-mula sebab tak tahu nak mula dari mana nak membelinya. Tanya mak aku, mak aku pun dah ingat-ingat lupa. List ni based on apa yang dapat aku simpulkan dari list-list yang aku cari dan juga berdasarkan keperluan aku bersalin kat hospital swasta tempat aku bersalin dan juga keperluan Darwish sepanjang berada kat nicu. Check it out. Semoga dapat membantu mommy to be yang lain.

Barang Baby

1. Berkaitan Pakaian

- Bakul baju kotor (1 unit)
- Hanger bulat (1 unit)
- Hanger klip stokin (2 unit)
- Baju lengan pendek untuk siang - baju lubang-lubang (5 pasang)
- Baju lengan panjang untuk malam (5 pasang)
- Rompers (2 pasang)
- Jumpsuit (2 pasang)
- Sarung kaki dan tangan (7 pasang)
- Topi (2 unit)
- Barut - mak dan mak mertua buat (12 unit)
- Kain lampin - (12 unit)
- Kain bedung - mak mertua buat (10 unit)

Kesimpulannya untuk perkara berkaitan pakaian baby yang aku dah beli ni, aku TAK SARANKAN sarung kaki dan tangan lebih dari 5 unit sebab kejap je baby guna. Macam Darwish, dah kena beli stokin pula. Sepatutnya beli stokin lebih lagi bagus. Melainkan kalau baby kecil. Selain tu, kalau dah ada kain bedung, tak perlu beli kain lampin. Membazir macam aku. =.='

2. Berkaitan Diapering

- Lampin pakai buang - beli paling murah saiz S (1 unit)
- Tisu basah (4 unit)
- Changging mat (1 unit)
- Penyembur air (1 unit)

Kesimpulannya, lampin pakai buang jangan beli banyak-banyak dulu sebab baby cepat besar. Darwish 2 bulan dah guna saiz M. Tisu basah pula beli banyak-banyak buat stok. Malam-malam baby banyak poo poo. Penyembur air berguna bila lambat bersihkan lampin sebab tahi melekat kat kulit.

3. Berkaitan Penjagaan Baby

- Besen mandi - kakak ipar bagi (1 unit)
- Bakul kecil untuk simpan barang mandian - dah ada masa duduk hostel (1 unit)
- Tuala mandi (3 unit)
- Cotton bud (1 unit)
- Minyak yu yi atau telon (1 unit)

Kesimpulannya, tuala mandi harus lebih. Macam aku, tuala mandi Darwish dah ada 7 sekarang ni. Bila mandi pagi, tengah siapkan dia, boleh pula dia pancut kencing. So, mandi petang harus tuala lain. Esok pagi, dah guna tuala yang ketiga. Untuk selamat, belilah lebih. Macam minyak yu yi atau telon ni, aku ada dua-dua. Kena test kat perut baby. Malangnya, dua-dua minyak ni tak sesuai untuk Darwish sebab still kembung. Jadinya, aku guna minyak yang nenek aku jual. Minyak telon aku sapu kat tapak kaki dan dada Darwish lepas mandi.

4. Berkaitan Keperluan Tidur

- Set tilam + bantal (1 unit)
- Selimut (1 unit)
- Kelambu kecil (1 unit)
- Set Baby Coat - termasuk tilam dan kelambu (1 unit)

Kesimpulannya, set tilam dan bantal tu yang senang untuk alih hulu-hilir. Macam kelambu kecil tu, bagi aku sekarang ni (bukan masa beli) ia sangat tak praktikal sebab baby sorang-sorang dalam tu. Bila lepas susukan malam-malam, agak susah nak tengok baby dalam tu. Sekarang, aku guna kelambu yang untuk satu katil king terus, mama ayah sekali masuk dalam kelambu, senang! Baby coat ni seriously macam tak guna sangat. Just guna tempat tukar lampin je sebab dalam pantang senang nak tukar lampin baby dengan berdiri. Tilam untuk baby coat ni jenis yang tebal. Bila travel, letak kat dalam kereta memang selesa Darwish tidur.

5. Lain-lain Barang Berkaitan

- Botol susu - set sehingga 2 tahun (1 unit) - review di entry lain
- Breast pump (1 unit) - review di entry lain
- Sabun basuh baju baby (1 unit)
- Berus botol baby (1 unit)
- Beg baby (1 unit)
- Set manicure (1 unit)
- Car seat - adik ipar bagi (1 unit)
- Stroller (1unit)

Kesimpulannya, barang yang berkaitan ni terpulang pada keperluan semasa korang nak guna. Macam aku, semua ni ada sebab Darwish perlukannya sepanjang di nicu dan sekarang pergi hospital follow up kesihatan, stroller digunakan. So, tak membazir bagi aku. Tapi, taklah sampai beli Quinny. Tak mampu nak membayar, mampu telan air liur je.



Barang Mommy to Be

1. Set Bersalin (1 unit) - review di entry lain
2. Kain batik
3. Stokin tebal
4. Pad
5. Nursing pad
6. Nursing bra

Kesimpulannya, untuk barang mommy to be ni yang ni perlu ada dan dipakai masa berpantang. 

Semoga ringkasan senarai barangan ni dapat membantu mommy to be yang lain.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Thursday, January 2, 2014

P & P : Flash Card

Assalamualaikum dan selamat tahun baru semalam. Kohkohkoh. Semalam i olls tak ada masa nak up entry. Katanya. Hari ni baru ada mood nak up.

P & P, stand for pengajaran dan pembelajaran. Gitu. Macam bagus aku nak cerita pasal pengajaran dan pembelajaran kat kau kan. Aku tak peduli, yang penting ada cerita. Untung-untung nuffnang bagi BE untuk Darwish. Darwish juga yang kena ye. Ah, melalut ke laut sudah aku ni.

Actually, aku dah start mula ajar Darwish guna flash card masa umur dia 2 bulan lebih, lebih kurang macam tu. Muda dan tak tahu apa-apa? Mungkin pada mata kita, kita nampak dia tak tahu apa-apa, tapi aku percaya dia tahu apa yang ada di sekeliling dia. Sebabnya, orang pun dia dah mula cam. Dari aku asyik membazir duit beli baju dia yang tak habis-habis tu, baik aku melabur untuk sesuatu yang lebih berjangka masa panjang. Betul tak?

Setiap kali aku ajar, memang mata dia fokus 100% kat flash card depan mata dia tu. Melainkan, ada pak cik mak cik dia sibuk panggil, "Darwish... Darwish..". Yang tu memang dia akan paling muka cari siapa panggil. Part tu aku pantang. Dari situ pun kita boleh tahu kenapa dulu kita masa sekolah, dalam kelas, cikgu tengah sibuk bercakap kat depan, mata kau sibuk pandang kat luar tingkap kalau nampak senior hensom lalu kat luar kelas. Kan? Kau lah tu, aku tak. Hahaha.

Aku dah beli beberapa jenis flashcard untuk Darwish. Setakat hari ni, ada 3 yang basic aku beli. Tak mahal pun sebab MPH buat sale kat Eon Big Bukit Rimau ni. Dekat je dengan rumah aku. Mula-mula dulu, kononnya aku gigihlah nak DIY sendiri flash card untuk Darwish ni. Tapi, banyak sangat halangan kononnya sampai tak terDIY. Maka, beli je lah.


Ni lah 'buku sekolah' Darwish setakat ni. Flash card ada 3; ABC, 123 dan huruf hijaiyah, dan juga buku kecil ABC untuk badan saya, benda dan bentuk. Setakat ni, aku puas hati guna buku ni. Meh aku kenalkan korang flash card Darwish ni ye.

 

Flash card ABC ni aku beli dengan harga RM11.90. Besar saiz dia. Tu yang bagus. Depan huruf besar, belakang huruf kecil. Ada juga kad untuk suku kata a, e, i, o, u. Sangat disyorkan kepada korang cumanya warna dia biru macam ni je lah dan juga ketebalan dia macam kertas manila tu. Tak menarik sangatlah kalau budak tengok. Lepas flash je kad kat Darwish, habis sesi je, aku nyanyi lagu yang hindustan dalam bas tu, yang last part dia ~~i love you~~. Tau tak lagu tu? Habis je lagu tu, sengih-sengih Darwish ni.


Aku suka flash card 123 ni. Sebabnya warna-warni, sesuailah dengan budak-budak. Mama budak pun suka juga kalau kau nak tahu. Ada nombor dari 1 sampai 20. Nombor dekat depan belakang kad ni, so bila dah guna nombor satu, terbalikkan kad, belakang dia nombor 2. Yang bestnya kad ni, ada marker sekali dia bagi dan boleh tulis kat tengah kad tu ikut garis titik-titik dan boleh padam semula. Baguslah nak ajar anak menulis. Setakat ni aku ajar Darwish sampai nombor 10 dulu. Aku tak dan beli kad macam ni untuk ABC sebab tak jumpa masa mula-mula pergi beli tu. Bila jumpa, rasa macam nantilah dulu. Pastu pergi lagi dah habis. Padan muka aku. =.=' Harganya murah saja, RM8.90.

 

Untuk flash card huruf hijaiyah ni, dia dah ada tanda atas. Tapi tak apa, aku ajar je guna sebutan alif, ba, ta. Belum lagi alif di atas a. Gitu. Huruf lam alif dan yang bertitik tiga juga vi (wau titik satu di atas) tu tak ada. Tak apa, itu aku ajar kemudian bila Darwish dah pro yang basic ni. InsyaAllah. Habis flash, macam biasa, ada lagu dia. Lagu yang budak-budak selalu nyanyi tu. Tu google lah sendiri. Jangan malas. Harga dia pun murah je, RM8.90.

 

Last but not least, yang ni mama dengan ayah dia buat rujukan juga sebab kadang ada je doa yang aku tak familiar, means aku sendiri pun jarang sangat nak baca, apatah lagi hafal. Bad mama here. T_T Yang ni, bila besar sikitlah aku tunjuk kat Darwish. Cumanya, aku baca jelah bila keadaan sesuai. Contohnya bacakan kat dia doa tidur bila dia nak tidur. Gitu. Yelah, huruf hijaiyah pun dia belum familiar, dah aku tunjuk kat dia huruf sambung-sambung camni. Peninglah anak aku nanti. Harganya pun mampu milik, RM11.90.

Sekali sesi aku flash kan kad kat dia, aku buat tiga kali. Lepas tu dah, main-main dengan dia pula, buat macam dia buat kat kelas fisio sampai dia dah penat, lepas tu dia akan tidur dengan jayanya. Biasanya, aku buat dua atau tiga kali sehari, ikut mood dia. Lepas mandilah kebiasaannya sebab dia segar masa tu. Ataupun, time dia tak nak tidur walaupun dah bagi susu. Tak adalah aku strict sangat time untuk dia belajar. Just sambil lalu je. Semoga usaha kecil ni membuahkan hasil yang besar suatu hari nanti. 



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...