Showing posts with label Percuma. Show all posts
Showing posts with label Percuma. Show all posts

Tuesday, May 27, 2014

Dapat Beg Percuma

Assalamualaikum semua. Aku teruja buat entry ni. Gaya dah macam duta Drypers pun ada. Aku up entry ni tak dibayar apa-apa pun, sekadar berkongsi benda free. Sebab orang Malaysiakan memang ramai yang suka benda free. Kan?

Al-kisah semalam, tengah lepak-lepak layan Darwish, adik aku ketuk pintu bilik. Macam biasa, kalau tengah hari, petang pukul 2 macam tu adik aku bagi surat yang dia ambil kat peti surat. Tup-tup, besar gedabak sampul ni. Eh, dari Drypers lagi? Dapat lampin lagi ke?



Sekali buka sampul, ololololo comelnya beg ladybird. Bertambah koleksi beg si Darwish ni. Bolehlah buat isi lampin kalau keluar pergi jalan-jalan. Tak payah kacau beg mama. Kedekut mama ni. Hahaha.





Macam mana nak dapatkan beg comel yang percuma ni? Boleh refer entry aku sebelum ni. Malas nak cari? Tak pe, aku faham kemalasan tu. Ni aku bagi link. Baik aku ni. Hahaha.



Entry tu aku buat lepas dapat lampin pakai buang free dari Drypers. Tak tahu pula akan dapat beg ni. Dan aku pun tak sure kalau korang daftar nanti, korang pun akan dapat beg ni tau. Sebab seingat aku kat web tu, dia mention pasal lampin je. Tapi, mana tahukan. Kalau dah rezeki, kau pun dapat sama. Kalau tak dapat, jangan marah aku plak. Dan lagi, lampin dan beg tak datang sekali di hari dan bungkusan yang sama. Gitu.






+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Friday, May 23, 2014

Dapat Lampin Pakai Buang Percuma

Assalamualaikum semua mak-mak. Kenapa mak-mak? Haruslah sebab part lampin percuma ni mak-mak yang terujakan. Kalau ada bapak-bapak yang teruja juga, baguslah tu. 



Darwish pengguna tegar Drypers. Idok le tegar mana, tapi so far Darwish stay pakai Dypers sejak habis pantang lebih kurang macam tu. Pernah try lampin lain macam Fitti, Huggies dan Mamy Poko, tapi atas sebab tertentu, Drypers jua yang berkenan di hati.

Sample ni aku dapat sebab daftarkan Darwish jadi ahli. Senang je nak daftar. Tak payah susah-susah pergi booth mana-mana. Sekarang pun boleh. Semua di hujung jari anda. Yang penting, anda mempunyai anak. Yang tengah mengandung tu, sabar-sabar sikit. Meletup nanti, isi borang cepat-cepat.

Pergi ke www.drypers.com.my (KLIK).

Tekan dekat sign up to be member now, kat kiri tu. 



Akan keluar macam ni. So isilah details anda semua.


Dah habis tu, bolehlah ke page awal tadi, tekan pula kat kiri bawah tu want a free sample? Pilih mana berkenan. 


Dah settle kat web tu, buka emel korang untuk sahkan alamat dan sebagainya. Aku pun dah tak berapa nak ingat. Lepas tu, tunggulah depan pintu rumah. InsyaAllah sampai.


Tapi, kau jangan ingat sample tu datang kat rumah kau satu pek 80 keping saiz M macam selalu kau beli. Aku tulis 80 keping saiz M sebab Darwish guna yang tu. Saiz lain aku tak tahu ada berapa keping. Aci tak? Hahaha. Sample tu ada 4 keping je. Free kan, so tak payah banyak bunyi. Bukan kena bayar pun. Lepaslah stok untuk sehari ye dak?





+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...